Anda di halaman 1dari 3

Ketahui oelhmu bahawasanya Allah SWT menjadikan ia bagi engau akan perut

kerana beberapa faedah yang bngsa agama dan beberapa faedh bngsa dunia.

Adapun faedahnya yang bangsa agaman maka memberi oleh perut itu akan segala
badan akan bantuan daripada yan berubah di dalamnya daripada makanan pada
darah dan kepada air mani yang dengan dia mendapat anak dan berkekalan oleh
manusia.

Maka dengan sejahtera segala anggota perut seperti jantung dan limpa dan paru-
paru dan perut besar sejahtera yang tinggal daripada segala badan daripada segala
penyakit yang mengah daripada menunaikan segala ibadat dengan sempurna.

Dan adapun faedahnya yang bangsa dunia maka menyempurnakan kesedapan


segala makanan dan minuan dan jimak kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada
ketika sihat perut.

Dan bermula mensyukurkan nikmt perut itu memeliharanya daripada makan


makanan yang aram dang yang syubhat. Ertinya : Yakin tiada yang diyakinkan akan
halalnya dan tiada diyakinkan akan haramnya, dan memeliharanya daripada
bersangatan kenyang. Maka hendaklah bersungguh-sungguh engkau memelihar
perut itu daripada yang haram dan yang syubhat kerana tiga perkara.

1. Kerana takutt daripada siksa api neraka. Telah berfirman Allah SWT:








10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim,
sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula
akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala.

Dan sabda Nabi SAW

Ertinya: Tiada masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang
haram.

Dan sabda Nabi SAW;

Ertinya: Tiap-tiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka api neraka
lebih utama dengan dia.

Dan sabda Nabi SAW;


Ertinya: maka barang siapa memelihara dirinya daripada segala yang syubhat maka
sungguhnya telah menuntut bersih ia akan agamanya dan dirinya.

(Diriwayat oleh As-Syaikhan dari Nukman bin Basyir RA)

2. Bahawasanya yang makan akan makanann yang haram dan yang syubhat itu
tiada diberi petunjuk akan dia kepaa ibadat kerana tiada patut bagi
mengerjakan ibadat itu melainkan yang suci daripada segala kekotoran sama
ada kotoran yang dapat dilihat dengan mata seperti najis tau kotoran yang
taiada dapat diliat sepeti hadas kecis dan hadas besar dan makan yang
haram dan yang syubhat.
3. Bahawasanya yang memakan akan makanan yang haram dan yang syubhat
itu ditegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan dan jika
mengerjakan daripadanya dan tiada ada baginya melainkan penat jua.

Sabda Nabi SAW:

ERTINYA : Beberapa banyak daripada yang sembahyang malam tiada ada


baginya daripada senbahyang melainkan berjaga dan beberap banyak
daripada yang berpuasa tiada ada baginya daripada puasanya melainkan
lapar dan dahaga.

Diceritakan daripada Ibnu Abbas RA

Ertinya : Tiada menerima Allah SWT akan solat seseorang yang ada di dalam
perutnya yang haram.

Adapun bersangatan kenyang, maka hanyasanya dituntut daripada


menjauhkannnya kerana beberapa perkara :

a. Kerana bahawasanya banyak makan itu sebab bagi keras hati


b. Bahawasanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota
pada yang sia-sia dan pada kejahatan.
c. Dan membanyakan makanitu membinasakan keerdikan dan kepintaran
dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan.
d. Bahawasanya banyakk makan iu sebab bagi sedikit ibadah, kerana
bahawasanya manusia itu apabia membanyakkan ia akan makan nescaya
berat badannya dan mengantuk matanya.
e. Bahawasanya membanyakkan makan itu sebb bagi ketiadaan sedap
mengerjakan ibadah.
f. Bahawasanya pada membanyakkan makan itu ditakuti jatuh kepada yang
haram dan yang syubhat.
g. Bahawasanya pada menyusahan hati dan memenatkan badan pada
mencarinya dan menyediakannya dan memakannya dan melepaskan
daripada mudharatnya.
h. Bahawasanya pada membanyakkan makan ituu sebab bagi bersangatan
sakit mati, kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekada keedapan
dunia.
i. Bahawasanya pada membanyakkan makan padanya mengurangkan
pahala akhira.
j. Bahawasanya pada membanyakkan makan padanya dihisab pada hari
kiamat.

Telah menyebut kan sepuluh perkara ini oleh al-Imam Al-Ghazali di dalam
Minhajul Abidin.

Telah datang beberapa hadis Nabi SAW pada mencela akan kenyang
setengah daripadanya:

Ertinya : Bermula orang yang sempurna iman memakan ia pada satu


perut dan orang yang kafir makan ia pada tujuh perut memada akan anak
cucu Adam beberapa suap yng membetulkan akan tulang belakangya. Jika
ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah maka
sepatutnya sepertiga bagi makanan dan epertiga bagi minuman dan
sepertiga bagi mengeluarkan nafas.
(Diriwayat oleh As-Syaikhan dari Ibnu Umar RA)

Anda mungkin juga menyukai