Anda di halaman 1dari 5

FASAL YANG KEDUA PADA MENYATAKAN TELINGA

Ketahui olehmu bahawasanya telinga itu menjadikan dia oleh Allah SWT bagi engkau kerana beberapa
faedah yang bangsa dunia dan beberapa faedah yang bangsa akhirat.

Maka sesetengah daripada segala faedahnya yang bangsa dunia bersedap-sedp dengan yang didengar
dan menyampaikan ia kepada memaamkan segala perkataan yang didengar.

Dan setengah daripada segala faedah yang bangsa akhirat itu mendengar Al-Quran dan hadith Nabi SAW
dan segala ilmu yang memberi manfaat.

Dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar itu lebih afdhal daripada penglihat kerana
kebanyakkan faedah oenglihat itu bangsa dunia dan kebanyakkan faedah pendengar itu bangsa akhirat.
Dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna daripada yang tuli.

Dan bermula mensyukuran pendengar itu memeliharanya daripada mendengar yang dilarang, seperti
mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik, seperti bida’ah dan berbantah
bantah dan sepeti mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti daripadanya akan fitanah
dan seperti mendengar perkakas permainan yang diharamkan seperti serunai dan gendang.

Dan jangan engkau tertipu disebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu
kerana perkataanya itu menyalahi Al-Quran dan hadith Nabi SAW .

Maka lazimkan olehmu memelihara pendengar engakau daripada perkataan keji dan yang sia-sia kerana
mereka yang menuntut dengar bersekutu ia dengan mereka yang berkata-kata pada dosa perkataan
yang haram itu dan lagi pula bahawasanya mendengar perkataan yang sia-sia dan keji itu mendatangkan
was-was ke dalam hati

Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan yang didengar itu seperti makanan, sestengah memberi
manfaat dan setengahnya memberi mudharat dan setengahnya penawar dan setengahnya racun,
bahkan berkekalan perkataan itu di dalam ati lebih ama daripada berkekalan makanan di dalam perut
kerana makan itu hilang ia dari dalam perut besar dengan tidur dan umpamanya.

Dan terkadang berkekalan ia di dalam perut beberapa hari kemudian hilang ia dengan makamn pencair
(julab).

Adapun perkataan jatuh ke dalam hati maka terkadang berkekalan ia di dalam hati seumur hidup. Maka
jika ada ia perkataan yang jahat maka sentiasa ia menfitnahkan dan mendatangkan was-was bahkan
terkadang menyebabkan ia kana kebinasaan yang besar.

Maka hendaklah bersungguh-sungguh orang yang berakal pada memelihara pendengarnya dan segala
anggotanya sebelum di tanya daripadanya pada hari kiamat.

Telah berfirman Allah SWT :

‫إِ َّن ٱلسَّمۡ ع و ۡٱلبصر و ۡٱلفُؤاد ُك ُّل أ ُ ْو َٰٓلئِك كان ع ۡنهُ مسۡ ا‬
٣٦ ‫وٗل‬
Maksudnya: ….. bahawasanya pendengar dan penglihat dan hati sekalian itu akan ditanya daripadanya
pada hari kiamat.

Al-Isra’ : 36

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya

Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat


perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di situ. Kedua, siapakah yang layak untuk berijtihad. Dua
perkara ini merupakan nilaian asas untuk menentukan sesuatu hukum.

Kembali kepada hukum muzik, perkara ini diperselisihi sejak zaman berzaman. Daripada Ibnu Hazm Al-
Andalusi yang mengkritik hadis mu’allaq di dalam Sahih Bukhari. Hadis mu’allaq adalah hadis tanpa
sanad yang tergantung, disandarkan secara langsung sabda Nabi daripada sahabat. Di sisi ulama hadis,
secara asalnya hadis mu’allaq merupakan hadis yang lemah dan tidak boleh diguna pakai. Tetapi ada
hadis yang Imam Al-Bukhari bawa secara mu’allaq di dalam Sahihnya, antaranya adalah hadis
pengharaman muzik.

Maka Ibnu Hazm Al-Andalusi yang merupakan ulama kurun ke-3H mengatakan bahawa hadis ini
mu’allaq, dhaif dan tidak boleh dipakai. Dia di antara ilmuan Islam pertama yang menolak hadis-hadis
mu’allaq dalam Sahih Bukhari, antaranya hadis Al-Ma’azif, di mana Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda,

‫ف‬
َ ‫از‬ َ ‫لَيَ ُكون ََّن مِ ْن أ ُ َّمتِى أَ ْق َوا ٌم يَ ْستَحِ لُّونَ ْالحِ َر َو ْال َح ِر‬
ِ َ‫ير َو ْالخ َْم َر َو ْال َمع‬

“Benar-benar akan ada di kalangan umatku kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki),
khamr (arak), dan muzik.” (Riwayat Al-Bukhari dengan lafaz yang jazm/tegas)
Apabila dikatakan “akan ada di kalangan umatku satu kaum yang menghalalkan muzik” ini menunjukkan
bahawa hukum muzik itu adalah haram pada asalnya.

Perkataan Al-Ma’azif di dalam hadis itu juga diperselisihi di kalangan ahli ilmu tentang pengertiannya.
Apakah ia bermaksud peralatan muzik ataupun ia bermaksud pemuzik, ataupun ia bermaksud kedua-
duanya sekali. Yang tepatnya seperti yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah, apa yang
diertikan dengan Al-Ma’azif adalah peralatan-peralatan muzik.

Para ahli ilmu di dalam memahami isu muzik berselisih kepada tiga pendapat; 1) muzik itu haram secara
mutlak, 2) muzik itu harus tetapi bersyarat, 3) muzik itu harus secara mutlak (pendapat Ibn Hazm).

Di kalangan ilmuwan kontemporari, ada yang mengatakan muzik itu harus tetapi bersyarat, contohnya
tidak lagha (sia-sia), liriknya bagus, tidak melalaikan dan sebagainya.

Dan sebahagian ilmuwan lagi memegang pendapat yang mengatakan muzik haram secara mutlak
berdasarkan nas atau dalil yang tegas dari Al-Quran dan Hadis, antaranya seperti hadis di atas serta
banyak lagi perbuatan para sahabat yang membenci dan mengelak dari mendengar muzik.

Maka pendapat mana yang benar dan hendak kita pilih?

Apabila kita berhadapan dengan isu seperti ini, pertama sekali hendaklah kita kembalikan perselisihan itu
kepada nas Al-Quran dan Hadis. Hadis yang dikatakan mu’allaq oleh Ibn Hazm tadi telah dijawab oleh
ulama hadis yang lain bahawa ia bukan hadis mu’allaq. Ini kerana di antara metodologi Imam Bukhari,
kadang-kadang apabila hadis itu berulang, dia tidak menyatakan sanadnya. Tetapi sebenarnya hadis itu
maushul (bersambung sanadnya).

Perkara ini telah dijawab oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab beliau Ta’liqu Al-Ta’liq yang
mempertahankan Sahih Al-Bukhari. Dia telah membuktikan bahawasanya hadis-hadis yang Imam
Bukhari nyatakan tanpa sanad sebenarnya semuanya bersanad. Antaranya adalah hadis muzik tadi.
Maka hadis itu sahih dan wajib diterima.

Jadi wujud pendapat yang mengatakan muzik itu haram. Muzik mesti dijauhi dan dielakkan. Dalilnya
banyak lagi, antaranya bukti dari perbuatan Abu Bakar As-Siddiq radhiyallahu ‘anhu apabila dia masuk ke
rumah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dia mendengar budak perempuan yang masih kecil menyanyi
sambil memukul duf. Apabila dia mendengarnya, dia marah lantas mencelanya dengan mengatakan,
“Seruling-seruling Syaitan!” Nabi mengatakan kepada Abu Bakar, biarlah, mereka sedang berhari raya.
Hadis ini menjadi antara titik utama perselisihan.

Satu kumpulan mengatakan Nabi mengizinkan, menunjukkan ada pengecualian. Maka wujudlah
pandangan yang mengatakan boleh dengan bersyarat.

Pendapat yang membolehkan ini telah dijawab oleh orang-orang yang mengatakan muzik ini haram,
mereka mengatakan bahawa sesungguhnya muzik ini haram kepada semua orang kecuali kepada
kanak-kanak perempuan, dan di sana ada pengecualian kepada peralatan-peralatan tertentu seperti duf.
Namun Nabi membenarkannya hanya untuk kanak-kanak perempuan. Nabi tidak menyuruh Abu Bakar
menyanyi satu lagu, Nabi tidak menyuruh sahabat menyanyi, dan Nabi tidak ada pertubuhan Nasyid,
kelab Nasyid dan sebagainya. Semua ini tidak ada dan tidak pernah dibuat pada zaman Nabi dan para
sahabat.

Jadi mereka mengatakan muzik haram. Kenapa haram? Kerana apabila Abu Bakar mencela, dan
mengatakan bahawa muzik ini adalah seruling-seruling Syaitan, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sama
sekali tidak mengkritik atau membantah perkataan Abu Bakar yang mengatakan sedemikian. Ini bererti
Nabi mengakui bahawasanya benar nyanyian dan pukulan itu merupakan seruling-seruling Syaitan,
cuma Baginda memberi pengecualian kepada kanak-kanak yang masih kecil untuk bergembira pada hari
Raya mereka.

Para ulama yang mengharamkan ini berusaha untuk menyamakan pandangan mereka dengan teks-teks
hadis.

Maka yang mana hendak kita ikut? Pandangan yang mengatakan muzik harus juga menggunakan hadis
yang sama tetapi mereka memahaminya secara umum. Mereka melihat Nabi membenarkan kepada
semua orang. Bahkan mereka menggunakan dalil-dalil Syair untuk membenarkan nyanyian, di mana
sahabat-sahabat Nabi ada yang bersyair.

Syair Arab hakikatnya bukan seperti syair kita yang berlagu-lagu. Syair Arab hanyalah dibaca seperti
sajak, disebut seperti bacaan biasa, tanpa lagu dan tanpa dinyanyikan.

Jadi pendapat yang menggunakan dalil Syair untuk mengharuskan nyanyian ini juga tertolak.

Adapun kita apabila berhadapan dengan dua pandangan ini, kita jadi keliru. Mengapa kita keliru? Sebab
kita minat muzik. Apabila kita minat muzik, kita merasakan pendapat yang mengharamkan itu terlalu
berat dan keras, tidak sesuai dengan kita. Kita cenderung kepada pendapat yang mengharuskan kerana
ia lebih longgar dan kena dengan minat kita.

Agama ini bukan soal keras sangat, tegas sangat, literal sangat atau mengikut apa yang kita suka. Literal
kita dengan Al-Quran dan hadis Nabi sallallahu’alaihi wasallamsebenarnya sangat baik selama mana
sesuai dengan kaedah. Jangan literal tidak ketahuan.

Para ulama yang mengharamkan muzik berhujah dengan kaedah. Mereka bukan berhujah semberono,
melihat satu hadis dan terus mengeluarkan hukum. Tidak. Mereka telah menghimpunkan kesemua dalil
dan mereka mengikuti kaedahnya dan itulah hasil dari kefahamannya.

Saya dulu daripada kecil sampai masuk sekolah menengah merupakan penasyid, menyanyi bersungguh-
sungguh bersama kumpulan nasyid, membuat persembahan di sana sini. Nasyid atau lagu, kalau tidak
sedap siapa yang hendak dengar?

Kalau kita mengatakan, “Kita telah menyampaikan mesej dakwah melalui lagu ini”, kalau lagu itu tidak
sedap, siapa yang hendak mendengarnya? Siapa yang hendak mengambil manfaat daripadanya?
Bahkan kalau sedap sekalipun, sejauh mana ia dipraktikkan?

Walaupun ramai yang telah hafal lagu Maher Zain “Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa Jama’a
bainakuma fi khair”, lafaz itu adalah dari hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, diambil dan dijadikan lagu.
Walaupun sedap dan ramai orang telah menghafalnya, tetapi berapa ramai yang mengucapkannya
kepada pengantin?

Sebab itu, Nabi tidak menjadikan muzik ini sebagai salah satu alternatif atau mekanisme untuk dakwah.
Tidak ada satu pun contoh dari Nabi dan para sahabat, mereka tidak pernah berdakwah melalui muzik
pun. Jadi kita sebagai pendakwah yang hendak berdakwah, tidak perlulah hendak bermuzik.

Setidak-tidaknya ambillah langkah berhati-hati, supaya tindakan kita itu tidak menjerumuskan kita kepada
kemungkaran yang lebih besar. Jangan jadikan muzik sebagai salah satu cara untuk kita berdakwah.

Satu masalah yang sangat besar yang kita hadapi pada hari ini adalah apabila di kalangan ustaz-ustaz
sendiri yang mempromosi muzik. Sepatutnya dia mempromosikan ilmu agama yang ada padanya, ilmu
yang diwariskan oleh Nabi, bukan mempromosikan muzik. Ada banyak benda yang lebih penting untuk
disampaikan kepada masyarakat, daripada menyibukkan diri dengan muzik dan lagu. Berpegang dengan
hadis Nabi di dalam isu ini adalah lebih baik dan selamat.
Sesungguhnya ketenangan bagi jiwa orang yang beriman itu adalah dari alunan Al-Quran Al-Karim.
Ketenangan itu bukan datang dari muzik dan lagu, tetapi ia datang dari mengingati Allah Subhanahu wa
Ta’ala.

Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai