Anda di halaman 1dari 12

Hukum bermain alat musik (Jika anda tidak mahu baca dengan panjang anda boleh scroll down

dan lihat pendapat Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi namun sya sarankan anda sekurang-kurangnya baca huraian pendapat yang mengharuskannya ) Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Terdapat tiga pendapat para ulama' tentang masalah bermain alat musik

a)

Yang mengharamkan semua jenis dan bentuk alat muzik kecuali addufuf iaitu kompang atau rebana yang dipukul ketika majlis pernikahan kerana terdapat hadis yang sahih mengenai keharusannya. Namun ia tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur. Tetapi lawan pendapat yang masyhur adalah harus memukul alat rebana atau kompang dalam semua upacara majlis kegembiraan umat Islam Yang mengharuskan semua jenis dan bentuk alat-alat muzik. Mereka berpendapat bahawa yang haram itu bukalah zat atau ain alat muzik itu sendiri tetapi faktor-faktor luar yang mengiringinya itu yang menentukan sama ada ia menjadi haram atau sebaliknya. Yang mengaharamkan beberapa jenis alat muzik - iaitu alMizmar, al-Awtar dan Thoblu al-Kubah dan mengharuskan selain daripadanya..

a)

b)

Bertepatan dengan tajuk diatas saya akan nyatakn tentang pendapat kedua iaitu Harus bermain alat muzik Sebelum itu saya sertakan terlebih dahulu pendapat yang mengharamkannya

Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

1. Daripada Abdul Rahman bin Ghunm katanya, Abu Amir atau Abu Malik al-Asyari telah menceritakan kepada aku bahawa dia telah mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda: Pasti akan berlaku satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan muzik. (1)

(1) Riwayat al-Bukhari (5590) dalam kitab al-Asyribah, bab orang yang menghalalkan arak dan menamakannya dengan nama yang lain.

2. Daripada Abu Malik al-Aysari katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi. (1)
(1) Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.

3. Daripada Nafi bahawa Ibnu Umar r.a. telah mendengar suara seruling tukang gembala. Lalu ditutup dua telinganya dengan dua jari telunjuknya dan memalingkan kenderaannya dari jalan seraya berkata: Wahai Nafi, adakah kau masih mendengarnya?. Aku menjawab: Ya. Maka dia terus menjauhkan diri sehingga aku mengatakan tidak mendengar lagi, baru diangkat tangannya dan mengembalikan kenderaannya ke jalan. Kemudian Ibnu Umar berkata: Saya melihat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam berbuat demikian sewaktu mendengar seruling tukang gembala. (1).
(1) Riwayat Abu Daud (4914) dalam kitab al-Adab, bab larangan nyanyian dan alat muzik; Ibnu Majah (1901) dalam kitab an-Nikah, bab nyanyian dan ad-duff; Musnad Ahmad (4307) dalam kitab Musnad al-Mukthirin Min as-Sahabah, bab musnad Abdullah bin Umar bin al-Khattab.

4. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda: Sesungguhnya Allah Taala telah mengharamkan arak, judi, gendang dan ghubaira (1) dan tiap-tiap yang memabukkan adalah haram.(2)
(1) Ulamak berselisih pendapat mengenai makna alat muzik tersebut. Ada yang menyatakan tonbur ( alat muzik seumpama gitar yang mempunyai tali daripada tembaga. Berasal dari Parsi). Ada yang menyatakan gitar, ada yang menyatakan gambus dan lain-lain . Lihat Nailu al-Autar oleh as-Syaukani. (2) Riwayat Abu Daud (3680) dalam kitab al-Asyribah, bab larangan daripada perkara yang memabukkan.

5. Daripada Ubaidillah bin Zahr, daripada Ali bin Yazid, daripada Abu Umamah, daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam

sabdanya: Sesungguhnya Allah Taala mengutuskan aku untuk membawa rahmat dan petunjuk kepada seluruh alam, dan memerintahkan aku supaya menghapuskan mazamir (alat-alat muzik yang bertiup) dan kabarat iaitu gambus dan seruling serta berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah. ( Riwayat Ahmad ).
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada sanadnya Ali bin Yazid al-Ilhani dan dia adalah rawi yang lemah. Tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Masud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu Abbas r.a. yang telah berkata bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:


Kubah itu haram, dannu itu haram, maazif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram. Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al-Imam al-Baihaqi dalam as-Sunan alKubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al-Bazzar secara marfu. Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada ulamak yang mengharamkan alat-alat hiburan ( muzik ). Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain, yang tidak perlu penulis senaraikan ke semuanya di sini kerana lafaznya tidak jauh berbeza dengan hadis-hadis tersebut di atas selain daripada istidlalnya yang sama.

Dalam kitab al-Muhazzab oleh al-Imam Abu Ishak as-Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata as-Syirazi:


Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, mazifah, thabl (gendang) dan mizmar. Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli Lahwu al-Hadis bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah.. ( Surah Luqman: 6 ) Berkata Ibnu Abbas: Lahwu al-Hadis sesungguhnya itulah alat-alat hiburan. Al-Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya al- Minhaj dalam Kitab asSyahadat:

Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti tonbur, gitar, shanj dan mizmar iraqi dan haram mendengarnya. Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al-Hanbali dalam alMughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut: Hiburan itu tiga keadaan: i) Haram - iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus, thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

ii) Harus - iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya. iii) Makruh - iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh. Abdul Rahman al-Jaziri menyebut: Hukum alat muzik yang bertali seperti tonbur, rebab, qanun atau bertiup seperti seruling di sisi ulamak hanafiyyah ialah makruh tahrim. Berkata al-Imam as-Sayyid Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rebab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (ad-Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.

Ini pula pendapat yang menyatakn bahawa ianya harus dan ia boleh menjadi haram

Terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik. Dr. Wahbah menyebut bahawa Imam Malik, az-Zohiriyyah dan sekumpulan ulamak sufi mengha.pruskan mendengar nyanyian walaupun bersama-sama dengan alat muzik seperti al-ud (alat muzik bertali seperti gitar dan seumpamanya) dan lainnya. Inilah pendapat sekumpulan para sahabat seperti Ibnu Umar, Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin az-Zubair, Muawiyyah, Amru bin al-As dan lain-lain. Begitu juga pendapat sebahagian tabiien seperti Said bin al-Musayyab. Antara ulamak yang mengharuskan muzik juga ialah As-Syeikh Mahmud Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al-Fatawa Dirasah li Musykilat alMuslim al-Muasir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al Ammah di mana katanya: Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara . Selain itu, Dr. Ahmad as-Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa ulamak dalam kitabnya Yasalunaka an ad-Din wa al-Hayah dalam perkara mendengar muzik dan nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa beliau berpendapat, fatwa al-Allamah as-Syeikh Mahmud Syaltut itu adalah pendapat pertengahan yang adil di antara ulamak yang mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik dan nyanyian itu. Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh ad-Dilalat fi Samai al-Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyibunyian yang merdu seperti suara burung juga termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah dihukum haram. Bahkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada al-Lahwu. Menurut beliau al-Lahwu ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat. Beliau seterusnya menegaskan bahawa sesiapa yang memerhatikan semua hadis yang datang daripada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam mengenai alat-

alat muzik ini, dia akan mendapati larangan-larangan tersebut dikaitkan dengan menyebut al-Malahi iaitu perkara-perkara yang melalaikan - dan juga menyebut tentang arak, penyanyi-penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat, perkara-perkara keji dan kefasikan bersamanya. Ini bermakna ia dihukum haram dengan sebab perkara-perkara haram tersebut bukannya alat muzik itu sendiri. Hadis-hadis yang tidak menyebutkan perkara-perkara tersebut adalah hadis-hadis Ahad yang tidak boleh dithabitkan hukum dengannya secara qotie (putus dan muktamad). Bahkan hadis-hadis yang bersifat mutlak (umum) ini, dikhususkan oleh hadis-hadis yang menyebut tentang perkara-perkara haram yang mengiringi permainan muzik. Dengan itu, maka hadis-hadis yang menyebut tentang pengharaman alat-alat muzik hendaklah dilihat dalam konteks bahawa ianya disertai dengan perkara-perkara haram dan boleh menyebabkan kelalaian kerana di sana terdapat hadis yang melarang bermain muzik dikaitkan dengan perkara tersebut. Beliau juga mensyaratkan tujuan dan niat yang baik walaupun tidak disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan ketika bermain muzik dan mendengar nyanyian yang diharuskan. Niat memainkan peranan. Sekiranya dia mempunyai niat atau cita-cita yang tidak baik melalui alat muzik yang dimainkan serta nyanyian harus yang didengarinya seperti bercita-cita atau berkhayal meminum arak, berfoya-berfoya dan berseronok dengan perempuan ketika bermain muzik dan mendengar lagu itu atau dia mahu kalau boleh perkara tersebut ada dalam majlis tersebut, maka hukumnya adalah haram juga. Peranan niat yang membawa kesan kepada hukum harus dan haram ini samalah seperti peranan niat ketika membaca al-Quran bagi mereka yang berada dalam keadaan berhadas besar. Jika dia berniat membaca al-Quran maka hukumnya adalah haram dan jika berniat zikir maka hukumnya adalah harus. Begitu juga seseorang yang minum air teh dengan niat minum arak dan juga seorang suami yang bersetubuh dengan isteri dalam keadaan dia niat menggauli atau menggambarkan isterinya itu adalah perempuan tertentu yang bukan isterinya maka kedua keadaan tersebut, hukumnya adalah haram. Pendapat Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi ini turut dipersetujui oleh al Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa sebagaimana tersebut dalam kitabnya Fatawa Mustofa az-Zarqa. Bahkan beliau turut memperakui bahawa kitab karangan Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi tersebut adalah sebagai rujukan terbaik dalam mengetahui hukum yang berkait dengan masalah alat-alat muzik. Dalam kitab Fatawanya juga, al-Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa telah menukilkan pandangan al-Allamah Ibnu Abidin r.a. dalam Hasyiahnya, syarah kepada kitab Raddu al-Mukhtar di mana nas kata-katanya ialah: Aku berpendapat: Ini semua memberi maksud bahawa alat-alat muzik itu bukanlah haram kerana alat muzik itu sendiri, tetapi ia di sebabkan allahwu (iaitu disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan

daripada menunaikan tanggunggjawab dan kewajipan kepada Allah). Hukum ini sama sahaja sama ada orang yang mendengarnya atau bermain menggunakannya . Beliau seterusnya menegaskan Apakah kamu tidak lihat bahawa hukum bermain alat muzik itu, kadang-kadang harus dan kadang-kadang dihukum haram. Ini semua adalah disebabkan perbezaan niat dan tujuan mendengarnya. Dan sesungguhnya setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada tujuan dan niatnya . Di antara ulamak mutakhir di zaman kita ini yang sependapat dengan golongan ulamak yang kedua ini ialah as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhowi sebagaimana dijelaskan dan dihuraikan dengan pangjang lebar dalam kitabnya Malamih al-Mujtama al-Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al-Haram fi al-Islam - ( Halal dan haram dalam Islam ). Dalam huraian tersebut beliau telah menolak hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alat-alat muzik dengan menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai alatalat muzik adalah dipertikaikan kesahihannya.

Sekalipun hadis ke 1 (lihat hadis-hadis yang menjadi hujjah kepada golongan yang mengharamkan alat-alat muzik di atas) di sebutkan dalam kitab Sahih al-Bukhari tetapi ia termasuk dalam kategori al- Muallaqat bukan termasuk dalam kategori hadis yang sanadnya bersambung. Pada sanadnya terdapat seorang perawi Hisyam bin Ibn Ammar yang dipersoalkan oleh sebahagian ahli hadis. Abu Daud berkata tentangnya: Beliau meriwayatkan empat ratus hadis yang tidak mempunyai sebarang sandaran. Imam Ahmad berkata: Dia tidak teliti dan lemah akal. Al-Hafiz az-Zahabi pernah berkata mengenainya: Beliau jujur dan banyak riwayat, namun ada perkara yang tidak disenangi tentangnya. Selain daripada dipertikaikan kesahihannya, pendalilannya juga dipertikaikan. Ini kerana perkataan al-maazif sebagaimana dalam hadis tersebut belum ada persepakatan tentang maknanya secara tepat. Menurut sebahagian orang ia bermaksud permainan-permainan . Ini sangat umum. Ada juga yang mengatakan ia bermakna alat-alat muzik . Selain itu, hadis itu juga tidak mempunyai makna yang jelas tentang pengharamannya kerana ungkapan ( yang diterjemahkan dengan makna mereka menghalalkan ) dalam hadis itu mempunyai dua makna sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn al-Arabi. Makna pertama ialah dengan makna hakiki bukan majazi iaitu mereka beriktikad bahawa perkara tersebut adalah halal. Makna kedua: ia adalah kiasan (majaz) yang bermaksud bermudah-mudah menggunakan perkara tersebut. Beliau juga telah menegaskan bahawa hadis ini adalah menjelaskan tentang perilaku sekelompok manusia yang tenggelam dalam kemewahan, kefoyaan dan arak. Mereka dikelilingi oleh arak dan wanita, permainan dan

nyanyian serta zina dan sutera. Oleh itu kita dapati Ibn Majah meriwayatkan hadis ini dari Abu Malik al Asyari dengan lafaz yang bermaksud: Akan ada di kalangan umatKu yang akan meminum arak yang dinamakan dengan nama lain. Kepala-kepala mereka dipenuhi dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan memasukkan mereka ke dalam tanah dan akan menggantikan rupa mereka dengan rupa kera dan babi . Perkara yang sama juga telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya dan al-Bukhari dalam kitab Tarikhnya. Setiap mereka yang meriwayatkan hadis ini bukan melalui Hisyam Ibn Ammar meletakkan ancaman itu ke atas orang yang meminum arak dan bukannya pada alat-alat muzik tersebut. Alat-alat muzik tersebut hanya dijadikan sebagai penyempurna dan yang mengikuti mereka. Di samping itu beliau juga telah menukilkan beberapa riwayat sebagimana yang disebutkan oleh as-Syaukani dalam kitabnya Nailu al-Awthor bagi menyokong dan menguatkan pandangan ulamak yang mengharuskan alat-alat muzik. Antaranya ialah: i) Imam Haramain dalam kitab an-Nihayah dan Ibnu Abu ad-Dunya telah menyatakan: Para sejarawan telah menukilkan bahawa Abdullah Ibn az- Zubair memiliki beberapa hamba wanita yang pandai bermain gitar, dan Ibnu Umar pernah ke rumah beliau serta mendapati al-ud (sejenis alat bertali seperti gitar dan seumpamanya) terdapat di sisinya. Ibnu Umar berkata: Apakah ini wahai sahabat Rasulullah?. Abdullah Ibn az-Zubair pun memberikannya kepada Ibnu Umar untuk dilihatnya. Ibnu Umar menelitinya dan berkata: Adakah ini mizan syami ( sejenis alat muzik dari Syam)?. Abdullah Ibn az-Zubair berkata: Ya, dengannya diukur akal manusia. Pengarang kitab al-Aqd, al-Allamah al-Adib Abu Umar alAndalusi menceritakan: Pada suatu hari Abdullah Ibnu Umar mengunjungi Abdullah Ibnu Jafar. Beliau mendapati Abdullah Ibnu Jafar memiliki seorang hamba perempuan yang dalam biliknya terdapat al ud. Kemudian Abdullah Ibnu Jafar berkata kepada Ibnu Umar: Adakah kamu rasa ia tidak mengapa?. Katanya: Ia tidak menjadi sebarang kesalahan. Imam al-Mawardi telah meriwayatkan daripada Muawiyyah dan Amru Ibn al-As bahawa mereka berdua pernah mendengar bunyi alud yang dimainkan di hadapan Abdullah Ibnu Jafar. Bahkan Abu Fadhl Ibnu Tahir dalam kitabnya as-Sima menyatakan: Tiada khilaf di kalangan Ahli Madinah tentang keharusan al-ud.

ii)

iii)

iv)

Abu al-Faraj al-Asbahani pernah menyatakan bahawa Hassan bin Thabit pernah mendengar dari Izzah al-Mila nyanyian syairnya yang diiringi dengan bunyian alat muzik. Ar-Rawyani pernah menceritakan dari al-Qaffal bahawa Mazhab Malik bin Anas mengharuskan nyanyian yang disertakan alat muzik. Al-Ustaz Abu Mansur al-Fawrani menukilkan dari Imam Malik bahawa beliau mengharuskan al-ud. Manakala Abi Talib al-Makkiy telah menyebutkan dalam kitabnya Quutu al-Qulub yang dinukilkan daripada Syubah bahawa beliau pernah mendengar bunyi gendang besar (thonbur) di rumah al-Minhal Ibnu Amru iaitu seorang ahli hadis yang masyhur. Imam al-Mawardi menceritakan tentang keharusan al-ud di kalangan sebahagian ulama mazhab syafie. Ia juga diceritakan oleh Abu al-Fadhl Ibnu Tahir dari Abu Ishak as-Syirazi. Al-Asnawi menyebutkannya dalam kitab al-Muhimmat daripada ar-Rawyani dan al-Mawardi. Ibnu an-Nahwi meriwayatkan perkara tersebut dari alUstaz Abu Mansur. Ibnu al- Mulaqqin menceritakannya dalam kitab al-Umdah daripada Ibnu Tahir. Al-Adfuwi menceritakannya daripada as-Syeikh Izzuddin Ibnu Abdul Salam. Pengarang kitab alImta menceritakannya daripada Abu Bakar bin al- Arabiy. Imam alAdfuwi juga telah menegaskan keharusannya.

v)

vi)

Semua mereka itu menyatakan keharusan mendengar nyanyian (yang diharuskan syarak) bersama dengan alat-alat muzik yang dimaklumi. Selain daripada Dr. Yusuf al-Qardhowi, bekas Syeikh al-Azhar Fadhilah al-Imam al- Akbar as-Syeikh Ja-du al-Haq Ali Ja-du al-Haq (telah meninggal dunia pada pertengahan 90-an) juga bersependapat dengan pendapat yang mengharuskan alatalat muzik sebagaimana yang dapat dilihat dalam kitab himpunan fatwa-fatwanya mengenai persoalan-persoalan semasa yang bernama Buhuth wa Fatawa Islamiyyah fi Qodhoya Muasirah, juzuk ke v. Dalam jawapan atau fatwanya yang panjang lebar mengenai hukum mendengar alat muzik itu, beliau akhirnya membuat kesimpulan dengan berkata: sebagai mengambil sikap jalan tengah antara pendapat-pendapat ulamak tersebut, maka kami lebih cenderung untuk berkata bahawa mendengar alat-alat muzik walau apa pun jenis dan bentuknya, menghadiri majlis-majlisnya dan mempelajarinya adalah termasuk dalam perkaraperkara yang diharuskan. Dengan syarat ia tidak mendorong kepada membangkitkan nafsu syahwat, perlakuan-perlakuan tidak senonoh dan tidak disertai dengan arak, tarian-tarian, perkara-perakara yang buruk dan fasik atau digunakan untuk perkara-perkara haram atau ia digunakan sebagai wasilah atau

alat yang membawa kepada berlakunya perkara haram dan mungkar atau ianya boleh melalaikan daripada menunaikan tanggungjawab dan kewajipan. Demikian juga pandangan Prof. Dr. Hamka. Beliau telah menyebut dalam tafsirnya Al-Azhar (jil.7, m.s.5559) di mana katanya: Semata-mata nyanyian pada pokoknya tidaklah haram. Baru jadi haram kalau dia telah menjadi permainan katakata yang menimbulkan syahwat. Majlis Tarjih Muhammadiyyah pada Kongres Muhammadiyyah ke 20 di Yogyakarta tahun 1931 telah mengambil kesimpulan bahawa ala-alat muzik itu pada pokoknya tidaklah apa-apa. Dia akan terpuji kalau nyanyian yang dinyanyikan atau dimuzikkan dapat menambah ghairah agama. Sebaliknya dia menjadi haram hukumnya jika dia akan menimbulkan kelalaian kita beragama.

Kesimpulannya Ianya haram apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara. Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan dalm kitabnya bahawa mengguna dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada al-Lahwu. Menurut beliau al-Lahwu ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan bahawa sesiapa yang memerhatikan semua hadis yang datang daripada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam mengenai alat-alat muzik ini, dia akan mendapati larangan-larangan tersebut dikaitkan dengan menyebut al-Malahi iaitu perkara-perkara yang melalaikan - dan juga menyebut tentang arak, penyanyi-penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat, perkara-perkara keji dan kefasikan bersamanya. Ini bermakna ia dihukum haram dengan sebab perkara-perkara haram tersebut bukannya alat muzik itu sendiri. Hadis-hadis yang tidak menyebutkan perkara-perkara tersebut adalah hadis-hadis Ahad yang tidak boleh dithabitkan hukum dengannya secara qotie (putus dan muktamad). Bahkan hadis-hadis yang bersifat mutlak (umum) ini, dikhususkan oleh hadis-hadis yang menyebut tentang perkara-perkara haram yang mengiringi permainan muzik. Dengan itu, maka hadis-hadis yang menyebut tentang pengharaman alat-alat muzik hendaklah dilihat dalam konteks bahawa ianya disertai dengan perkara-perkara haram dan boleh menyebabkan kelalaian kerana di sana terdapat hadis yang melarang bermain muzik dikaitkan dengan perkara tersebut.

Selain itu ianya boleh menjadi haram walaupun tidak disertai dengan perkara yang haram sekiranya seseorang mempunyai niat atau cita-cita yang tidak baik melalui alat muzik yang dimainkan serta nyanyian harus yang didengarinya seperti bercita-cita atau berkhayal meminum arak, berfoya-berfoya dan berseronok dengan perempuan ketika bermain muzik dan mendengar lagu itu atau dia mahu kalau boleh perkara tersebut ada dalam majlis tersebut, maka hukumnya adalah haram juga. Peranan niat yang membawa kesan kepada hukum harus dan haram ini samalah seperti peranan niat ketika membaca al-Quran bagi mereka yang berada dalam keadaan berhadas besar. Jika dia berniat membaca al-Quran maka hukumnya adalah haram dan jika berniat zikir maka hukumnya adalah harus. Begitu juga seseorang yang minum air teh dengan niat minum arak dan juga seorang suami yang bersetubuh dengan isteri dalam keadaan dia niat menggauli atau menggambarkan isterinya itu adalah perempuan tertentu yang bukan isterinya maka kedua keadaan tersebut, hukumnya adalah haram. Pendapat Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi ini turut dipersetujui oleh al Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa sebagaimana tersebut dalam kitabnya Fatawa Mustofa az-Zarqa. Bahkan beliau turut memperakui bahawa kitab karangan Al-Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi tersebut adalah sebagai rujukan terbaik dalam mengetahui hukum yang berkait dengan masalah alat-alat muzik. Dalam kitab Fatawanya juga, al-Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa telah menukilkan pandangan al-Allamah Ibnu Abidin r.a. dalam Hasyiahnya, syarah kepada kitab Raddu al-Mukhtar di mana nas kata-katanya ialah: Aku berpendapat: Ini semua memberi maksud bahawa alat-alat muzik itu bukanlah haram kerana alat muzik itu sendiri, tetapi ia di sebabkan allahwu (iaitu disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan daripada menunaikan tanggunggjawab dan kewajipan kepada Allah). Hukum ini sama sahaja sama ada orang yang mendengarnya atau bermain menggunakannya . Beliau seterusnya menegaskan Apakah kamu tidak lihat bahawa hukum bermain alat muzik itu, kadang-kadang harus dan kadang-kadang dihukum haram. Ini semua adalah disebabkan perbezaan niat dan tujuan mendengarnya. Dan sesungguhnya setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada tujuan dan niatnya .
Terdapat khilaf ulama' mengenai hukum-hukumnya terpulanglah kepada anda untuk mempercayai yang mana satu kerana sya mmg tidak layak untuk menentukan pendapat yng lebih kuat ..

Artikel ini telah diedit oleh sya dan sya telah rujuk dengan artikel seorang hamba Allah yang lain .. Mari kita doakan supaya hamba Allah itu diberkati sekiranya dia tidak menipu dlm menulis artikelnya...

Wallahualam...

Anda mungkin juga menyukai