Anda di halaman 1dari 14

-Kaedah Fiqh:

" " iaitu menghalang perkara yang harus kerana bimbang membawa kepada
Haram.
-Dalilnya:




















"dan diantara manusia ada orang mempergunakan percakapan kosong untuk
menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejekejekan,mereka itu memperoleh azab yang menghinakan"
(Luqman:ayat 6)
-Mengfokuskan pada kalimah ini:
"


" yang membawa maksud Percakapan Kosong.
Ibnu Mas'ud,Ibnu 'Abbas dan Ibnu Umar menyatakan kesohihan maknanya ialah
Nyanyian.
~Lalu Ibnu Hazim membidas makna tersebut dengan berkata:
"tiada lah hujah akan perkara ini atas beberapa sebab iaitu:
-tiadanya hujah yang disandarkan pada Rasulullah
-berlaku perselisihan makna dalam kalangan sahabat dan tabi'in
-nas yang dikemukan itu membatalkan hujah mereka kerana perlakuan ini disifatkan
sebagai kekafiran tanpa khilaf(dipersetujui ulama2) kerana mempermainkan agama
Allah."
~Imam Ghazali menyokong bidasan(dakwaan) Ibnu Hazim,katanya:
"ada pun yang mempergunakan


( percakapan kosong/nyanyian) terhadap agama
sebagai bahan gantian unutk menyesatkan manusia dari jalan Allah(agama
Allah),sungguh ianya HARAM lagi dicela walaupun ia membaca Al-Quran tapi (bertujuan)
menyesatkan manusia dari agama Allah,maka ianya juga HARAM."

Sejumlah ulama seperti Qadi Abu Tayyib al-Tabari, Syafii, Malik, Abu Hanifah, Sufyan dan
lainnya menyatakan bahwa musik hukumnya haram. Seperti kata Imam Syafii, Menyanyi
hukumnya makruh dan menyerupai kebatilan. Barang siapa sering bernyanyi maka
tergolong safeh (orang bodoh). Karena itu, syahadah-nya (kesaksiannya) ditolak.
Bahkan, kata al-Syafii, memukul-mukul (al-taqtaqah) dengan tongkat hukumnya makruh.
Permainan seperti itu biasa dilakukan orang-orang zindiq, hingga mereka lupa membaca alQuran. Al-Syafii mengutip sebuah hadits yang mengatakan bahwa permainan dadu adalah
salah satu jenis permainan yang paling dimakruhkan dibanding permainan-permainan yang
lain. Dan saya, tegas al-Syafii, sangat membenci permainan catur. Bahkan semua jenis
permainan. Sebab permainan bukanlah aktivitas ahli agama dan orang-orang yang memiliki
harga diri(muruah). [1]
Begitu juga dengan Imam Malik. Guru al-Syafii ini melarang keras musik. Menurutnya, Jika
seseorang membeli budak perempuan, dan ternyata budak tersebut seorang penyanyi,
maka pembeli berhak untuk mengembalikan budak tersebut (karena termasuk cacat).
Pendapat Imam Malik ini kemudian diikuti oleh mayoritas ulama Madinah kecuali Ibnu Said.
[2]

Hal senada diungkapkan Abu Hanifah yang mengatakan bahwa musik hukumnya makruh,
dan mendengarkannya termasuk perbuatan dosa. Pendapat Abu Hanifah ini didukung oleh
sebagian besar ulama Kufah, seperti Sofyan al-Tsauri, Himad, Ibrahim, Syubi dan ulama
lainnya. Pendapat-pendapat di atas dinukil dari Al-Qadi Abu Tayyib al-Tabari.[3]

Halal dan haram berhibur


Sabda baginda rasulullah : Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam
kitab (Al-Quran) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitabNya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada
kalian (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).
Hukum memainkan alat muzik (contoh gitar) atau berhibur dapat tergantung pada beberapa
pertimbangan iaitu:
1. Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuat
2. Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnya
3. Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebut
4. Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan itu
5. Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukan

Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuat


Seperti sabda Rasulullah Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya
(balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan (Muttafaqun Alaih)
Dalam soal bermain alat muzik, ia terdapat 2 bahagian iaitu bermain dengan niat dan tujuan
atau bermain tanpa niat dan tujuan. Bermain tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara
fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti dalam keadaan kegembiraan dan
semangat, kesedihan dan duka. Dalam hal bermain dengan tujuan dan niat, ini dilihat dari baik
buruk niatnya, berniat untuk menghilangkan jemu, ingin mendatangkan semangat (yang tidak
melalaikan) atau berniat untuk mencari kemewahan dunia, keglamouran dan kepopularan.

Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnya


Firman Allah,
Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada
mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-Araf, ayat 157).

Demikian juga dengan muzik atau hiburan, boleh atau tidak dengan melihat kesannya
terhadap umat (pendengar) apakah ia membawa kebaikan atau kerusakan.
Dalam soal ini, apakah ia membawa kesan positif, memberi peringatan atau kesan
negative, melalaikan sehingga membazir masa dan melupakan perkara penting yang lain.

Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebut


Firman Allah swt :
Jauhilah kamu akan najis (kekotoran) iaitu dari berhala (syirik) dan perkataan keji
(bohong, palsu dan kotor) (Surah Al-Hajj : 30).

Isi muzik atau hiburan juga terkait dalam soal boleh atau tidak pada hal ini. Adakah yang
diisi itu dengan kata-kata kotor dan lucah serta keji, atau dalam muzik apa yang dialunkan
itu sesuatu alunan yang membawa maksud yang tidak baik atau pemujaan.

Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan itu


Boleh atau tidaknya juga ditentukan oleh cara melaksanakan suatu hiburan itu.
Melaksanakan suatu hiburan dengan sopan santun, budi pekerti, aurat terjaga dan lelaki
dan perempuan berasingan. Atau melaksanakan suatu hiburan dengan menggerakan badan
yang mengiurkan, terlompat-lompat, terbuka aurat dan percampuran lelaki dan
perempuan.
Secara hikmah dan faedah dari Firman Allah,
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya ..." (An Nur: 30)
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya ..." (An Nur: 31)

Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukan


Waktu melakukan atau melaksanakan juga menentukan boleh atau tidak bermain alat music
dan berhibur ini. Apakah waktu pelaksaan itu semasa ada kematian, kelahiran, waktu ibadah,
perkahwinan dan hari raya seperti hadis ini:
"Daripada Aisyah Radhiallahu anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di
sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (Idul
Adha), ketika itu Nabi Shallallahu alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya.

Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam
membuka wajahnya dan bersabda:"Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah
Hari Raya." (Hadis Shahih Muttafaq Alaih)
Haram
Jika memainkan alat muzik atau menghiburkan, dengan niat dan tujuannya untuk mendapat
nama, popular dan glamour, untuk mendapat pujian dari orang ramai dan dipandang tinggi,
hukumnya haram. Sekalipun menghiburkan dengan nasyid, tetapi mempunyai niat yang salah
dan buruk, ia menjadi haram.
Hiburan yang melalaikan pendengar, melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba-NYA,
sebagai anak dan sebagai pelajar, mengkhayalkan diri sehingga membazir masa, hukum hiburan
itu haram. Pedulilah samada yang membawa hiburan itu kumpulan nasyid, jika kumpulan
nasyid ini menghiburkan pendengar dengan membawa lagu kekasih, tetapi ia mengkhayalkan
para pendengar terutama wanita dengan tergedik-gedik berangan mahukan lelaki, hiburan itu
menjadi haram. Walau kumpulan My Chemical Romance menyampaikan lagu My Mother
dengan membawa mesej untuk sayangi ibu dan memberi kesan yang baik pada pendengar, ia
dapat menjadi halal.
Isi lirik lagu yang dinyanyikan, kata- kata yang keluar ketika memainkan alat muzik seperti
kata-kata kasar dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang bercanggah dari syariat Islam.
Maka hukumnya menjadi haram. Apabila melaksanakan permainan alat muzik, nyanyian dan
hiburan ini, ia disertakan sekali dengan tari menari, joget tehenjut-henjut, gerakan badan
yang mengiur dan mengghairahkan, pakaian yang tidak cukup kain serta tiada batasan
pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka hiburan ini haram. Sama juga jika berhibur pada
waktu yang membawa kepada fitnah, seperti waktu kematian atau waktu solat yang dapat
menyebabkan tertinggalnya solat itu, hukumnya adalah haram

Ulama' Fiqh ' terdahulu membenarkan muzik apabila mempunyai


konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji,
perkahwinan dan juga perayaan. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik
yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan
sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan
keberhalaan.
Malangnya industri muzik seperti juga bidang-bidang lain, ia
diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat
terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik;
nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah
berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah
bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada
maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan

beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai


jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super
dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini
bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan
memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.
Kembali kepada persoalan apakah Hukum mendengar lagu atau
konsert K-POP... Di sini saya berpendapat Hukumnya adalah
Haram sekiranya Artis K-POP:

* Mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan mahram...


* Memperdengarkan lirik yang berunsur lucah, yang merangsang
syahwat, yang menarik rangsangan di antara bukan mahram
untuk melakukan maksiat, berpelukan, perzinaan dan
sebagainya...
* Haram juga sekiranya konsert atau nyanyian tersebut
melalaikan pendengar sehingga meninggalkan ibadah fardhu atau
terganggu tumpuannya ketika melakukan ibadah Fardhu.
* Juga Haram sekiranya terdapat aktiviti permujaan kepada manamana makhluk, berhala dan sebagainya... Maka dengan itu
sekiranya artis K-POP itu menjadi pemujaan atau kegilaan kepada
remaja-remaja maka wajarlah artis itu ditegah
TERDAPAT DALIL ORANG-ORANG YANG MENGHARAMKAN LAGU(NYANYIAN) DAN BANTAHAN
DARI ULAMA-ULAMA
Terdapat beberapa dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian diterima iaitu :
Golongan yang mengharamkan nyanyian mengunakan dalil dengan hadith yang diriwayatkan oleh
Abdullah bin Masud dan Ibnu Abbas bahawa mereka mengharamkan nyanyian berdasarkan firman
Allah SWT:
Dan di anatara manusia(ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk
menyesatkan (manusia) dari jalan Allah SWT tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah SWT itu
olok-olok. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan (Luqman:6)
Dari orang-orang yang mengharamkan nyanyian adalah firman Allah SWT dalam memuji orang
orang yang beriman. Firman Allah SWT
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat,
Mereka berpaling daripada(Al-Qashash:55)
Ini termasuklah Al-Laghwu(perkataan yang tidak berguna), maka wajib kita menghindarinya.
Terdapat 3 golongan iaitu:

1.Golongan yang mendengar nyanyian untuk membantu dirinya melakukan maksiat kepada Allah
SWT maka dia seorang yang fasiq.
2.Golongan yang mendengar nyanyian dengan niat yang baik untuk menghiburkan diri dan untuk
memperkuatkan ketaatannya kepada Allah SWT , maka orang itu dikatakan membuat kebaikan dan
termasuk dalam kebenaran.
3.Golongan yang tidak berniat apa-apa sama ada kebaikan mahupun kejahatan orang ini termasuk
dalam golongan lagha(sia-sia).
Dalil dengan hadith dari Siti Aisyah sesungguhnya Allah SWT
qainah(penyanyi perempuan), menjualnya, memakan hasilnya dan mengajarinya.

mengharamkan

Jawapannya ialah:
1.Yang dimakskudkan dengan qainah ialah hamba perempuan yang menyanyi di hadapan lelaki
dalam majlis dikhuatirkan boleh menimbulkan fitnah. Apabila menimbulkan fitnah ia akan menjadi
haram.
Golongan yang mengharamkan nyanyian ke atas wanita dengan alasan yang tidak munasabah iaitu
suara wanita adalah aurat , padahal perkara tersebut tidak mempunyai dalil, dan tidak pula yang mirip
dengan dalil dari agama Allah bahawa suara wanita itu salah satu aurat.
Kemungkinan semua nash-nash yang dijadikan dalil diatas mungkin shahih tetapi tidak sharih (jelas)
dan tidak ad asaut pun yang sampai kepada Rasulullah untuk mengatakan nyanyian itu haram.

Hukum Nyanyian
Ulama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut syarak. Terdapat khilaf
ataupun perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada
sebahagian ulama menetapkan hukum nyanyian dan muzik adalah haram manakala sesetengah
lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang mengharuskannya. Setiap dari ulama ini
berpegang kepada pendirian masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang
dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.
Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan Muzik
Seperti sedia maklum terdapat sebahagian ulamak yang berpendirian mengharamkan terus
nyanyian dan muzik. Mereka telah berhujah dengan mendatangkan beberapa nas-nas aal-quran
bagi menyokong pendirian mereka. Antara dalil dari al-quram yang golongan ini ber[egang
padanya termasuklah:
Firman Allah:
Maksudnya: dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya
kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.
Surah Luqman:6

Perkataan lahwal hadis di dalam hadis ini ditafsirkan sebagai nyanyian. Ini menurut riwayat
yang sahih daripada ibnu Masud, Ibnu Abbas dn Ibnu Umar. Malah Ibnu Masud telah
bersumpah dengan berkata: demi Allah, maksudnya adalah nyanyian. Ini disebut oleh Ibnuu alQayyim dan yang lainnya.
Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada pada tahap hadis yang
marfuk. Ibnul Qayyim turut menambah yang hadis pada sahabat adalah lebih berautoriti dan
leboh layak diterima berbanding tafsiran para ulama yang datang selepasnya meskipun masih
terdapat pertikaian berhubung pendapat berkenaan.
Berdasarkan ayat yang dikemukakan ini, sebenarnya tafsiran bagi perkataan lahwal-hadith
tidaklah hanya terhad tafsirannya kepada maksud nyanyian sahaja. Bahkan ada juga yang
mentafsirkannya sebagai cerita-cerita dan kisah-kisah orang ajam (bukan arab) berhubungkait
dengan raja-raja mereka.
Yusuf al-Qardawi tidak menerima pendapat yang menyatakan bahawa tafsir sahabat adalah
sama seumpama hadis marfuk. Ini ekoran tafsiran para sahabat lazimnya berasaskan kepada
kefahaman mereka sendiri berhubung ayat-ayat al-quran. Ini kerana banyak berlaku
pertentangan antara tafsiran dikalangan sahabat sendiri. Jika semua tafsiran mereka setaraf
hadis marfuk sudah tentu tafsuran mereka tidak berbeza bahkan serupa antara satu dengan
yang lain.
Ibnu Hazmin berpendapat bahawa tafsiran sahabat ini tidak boleh dijadikan hujah kerana
beberapa sebab:
1. Orang-orang selain dari Rasulullah, kata-katanya tidak boleh dijadikan hujah.
2. Tafsiran tersebut bertentangan maksud dengan tafsiran para sahabat yang lain.
3. Nas ayat tersebut telah menidakkan hujah mereka sendiri
Dalil al-quran berikutnya yang mengharamkan nyanyian dan muzik:
Maksudnya: dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling
daripadanya sambil berkata: Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat
Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil.
Surah al-Qasas: 55
Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz al-laghwa
dalam ayat ini adalah kata-kata bodoh seperti caci-maki, sumpah-seranah dan sebagainya.
Ibnu Jurayj telah memberi sedikit kelonggaran bagi mndengar nyanyian. Lalu beliau ditanya
secara sinis: Pada hari akhirat kelak, adakah nyanyia ini akan dating dalam suratan kebajikan

atau kejahatan kita? Lalu beliau menjawab: tiada dalam suratan kebajikan mahupun suratan
kejahatan. Ini kerana ia adalah sama seperti al-laghwi dalam satu firman Allah:
Maksudnya:Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu Yang tidak dimaksudkan
(untuk bersumpah), tetapi ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) Dengan
sebab sumpah Yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar


Surah

Al-baqarah:

255

33. Katakanlah: "Tuhanku Hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak
ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan
yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak
menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa
yang tidak kamu ketahui."

Dr Yusuf al-Qardawi tetap berpegang dengan pendiriannya yang menyatakan bahawa tidak
semua nyanyian adala laghwa bahkan ia mempunyai hokum yang tersendiri bergantung kepada
niat si pelakunya. Niat yang baik boleh mengubah hiburan menjadi suatu qurbah dan perkara
yang harus menjadi satu amalan taat. Berbeza pula dengan niat buruk yang akan merosakkan
amalan yang pada zahirnya berbentuk ibadat tetapi pada hakikatnya terdapat sifat riya. Bagi
sesiapa yang mendengar nyanyian tanpa mempunyai apa-apa niat sama ada ibadat mahupun
untuk maksiat, ia merupakan satu perkara lagho yang dimaafkan. Ia samalah seperti seorang
yang bersiar-siar di taman atau duduk di pintu rumahnya sambil melihat permandangan di luar.
Dalil seterusnya bagi golongan yang mengharamkan nyanyian adalah:Maksudnya : Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa Yang Engkau
rancangkan)! kemudian siapa Yang menurutmu di antara mereka, maka Sesungguhnya neraka
Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan Yang cukup.Dan desak serta pujuklah
sesiapa Yang Engkau dapat memujuknya Dengan suaramu; dan kerahlah penyokongpenyokongmu Yang berkuda serta Yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut
campurlah Dengan mereka Dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh Syaitan
itu melainkan tipu daya semata-mata.
Al-Israa: 63 dan 64

Sesetengah ahli tafsir menyatakan: maksud suaramu itu suara syaitan dalam ayat tttersebut
ialah nyanyian. Mujahid berkata: suara syaitan ialah nyanyian, seruling, dan hiburan. Ad dohlak
berkata: suara tiupan seruling (muzik). Namun begitu, tafsiran ini tidaklah bersifat maksum.
Oleh itu, kita tidak wajib berpegang kepada tafsiran ini kerana ramai ahli tafsir lain yang
membuat tafsiran berbeza sama sekali.
Ibnu Abbas r,a berkata: Maksud suara syaitan ialah setiap seruan yang menggalakkan perbuatan
maksiat kepada Allah. Ia turut ditafsirkan sebagai bisikan was-was. Hakikat yang sebenarnya
ialah: apa yang difahami daripada ayat ini, bukan makna zahirnya yang tersurat. Kerana
maksudnya di sini ialah keran Iblis yang dilaknat itu telah diberitahu agar menyesatkan umat
manusia. Sesungguhnya iblis tidak berupaya menyesatkan hamba Allah yang ikhlas.
Syaitan guna muzik lalaikan manusia
SENI suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya
hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suara yang tersendiri. Pada umumnya seni
suara bertujuan mendapat hiburan dan keseronokan.

Antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga
ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri cakap kotor, cabul dan
yang
kiranya
dapat
mengarah
kepada
perbuatan
dosa.
Tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan
disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti
pada hari raya, perkahwinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah,
akidah
dan
pada
waktu
lahirnya
seorang
bayi.
Jelasnya, Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Kedatangannya untuk memberi
rahmat kepada alam seluruhnya. Ia bukan untuk menyekat dan menghalang minda serta
kecenderungan manusia, tetapi membimbing dan mengarah ke arah kebaikan dan kemuliaan
insan.
Justeru, Islam membebaskan manusia daripada belenggu kongkongan dan kawalan nafsu dan
syaitan.
Dalam membincangkan mengenai muzik dan nyanyian ada beberapa pandangan dan tafsiran
ulama terdahulu dan terkini terhadap nas al-Quran dan hadis mengenainya.
l

Dalil

al-Quran.

Allah berfirman bermaksud: Dan antara manusia (ada), orang yang mempergunakan perkataan
yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) daripada agama Allah tanpa pengetahuan
dan menjadikan agama Allah itu sebagai ejekan. Mereka berhak menerima azab yang hina.
(Surah
Luqman,
ayat
6)
Kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa laghwa al-hadis ialah nyanyian. Allah berfirman
yang bermaksud: Pujuklah (wahai iblis) siapa yang engkau mampu antara mereka dengan

menggunakan

ajakanmu

Sawtika.

(Surah

al-Isra,

ayat

64)

Mujahid menjelaskan ajakanmu (Sawtika) dalam ayat ialah nyanyian dan serunai. Allah
berfirman yang bermaksud: Dan penyair-penyair itu diikuti oleh golongan yang sesat. Tidaklah
kamu perhatikan mereka merayau-rayau di tiap-tiap lembah dan mereka memperkatakan apa
yang mereka tidak lakukan kecuali orang yang beriman dan beramal salih, banyak mengingati
Allah serta mereka membela diri selepas dizalimi. Dan orang yang zalim akan mengetahui ke
tempat
mana
mereka
akan
kembali.
(Surah
al-Syuara,
ayat
224-227)
Apa yang dapat difahamkan dalam ayat di atas bahawa Allah mengutuk nyanyian yang
digunakan untuk menyesatkan manusia daripada agama Allah. Begitu juga syaitan
menggunakan media nyanyian dan muzik untuk melalaikan manusia daripada
tanggungjawabnya
terhadap
agama
Allah.
Seterusnya, Allah mengecam penyair yang tidak beriman dan menjalankan kegiatan hidupnya
tanpa matlamat, berusaha menyesatkan orang ramai dan mencari pengaruh dengan
menggunakan syairnya. Tetapi penyair beriman dan beramal salih serta sentiasa menjalankan
tanggungjawab agama dengan baik tidak termasuk dalam golongan yang dikutuk oleh Allah. Hal
ini
kerana
syair
mereka
mengajak
orang
ramai
kepada
kebaikan.
l

Dalil

hadis.

Dalam sahih al-Bukhari meriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah mengahwinkan seorang


perempuan dengan seorang lelaki Ansar, maka Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Wahai
Aisyah tidakkah ada hiburan berserta kamu kerana orang Ansar gemar kepada hiburan.
Dalam sahih Muslim pula ada meriwayatkan bahawa Aisyah berkata (maksudnya): Rasulullah
masuk dan bersamaku ada dua jariah (hamba perempuan) yang sedang menyanyi dengan
nyanyian perang Buath, lalu Rasulullah berbaring di atas tilam dan memalingkan mukanya.
Kemudian Abu Bakar pula masuk dan menengking aku lalu berkata: Serunai syaitan ada di sisi
Rasulullah. Maka Rasulullah menghadapkan mukanya kepada Abu Bakar dan berkata: Biarlah
mereka berdua. Selepas Rasulullah memejamkan matanya aku mengisyaratkan dengan mata
kepada
kedua-duanya
maka
mereka
pun
keluar...
Dalam riwayat lain pula bermaksud: Abu Bakar masuk dan bersamaku ada dua jariah dari kaum
Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian orang Ansar mengenai Buath. Aisyah berkata keduaduanya bukan penyanyi. Abu Bakar berkata: Adakah ada serunai syaitan dalam rumah
Rasulullah. Kejadian itu berlaku pada hari raya. Rasulullah berkata: Hai Abu Bakar setiap kaum
ada
hari
raya,
maka
ini
ialah
hari
raya
kita.
Ahmad meriwayatkan daripada Anas, katanya (yang bermaksud): Orang Habsyah menyanyi di
hadapan Rasulullah dan menari seraya berkata, Muhammad hamba yang soleh. Maka
Rasulullah bertanya: Apa yang mereka kata? Sahabat menjawab: Mereka berkata Muhammad
hamba
yang
soleh.
At-Tirmizi pula meriwayatkan daripada Aisyah katanya, Rasulullah bersabda bermaksud):
Isytiharkan perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana.
Hadis di atas menjelaskan bahawa nyanyian dan bunyian boleh diadakan dalam majlis

perkahwinan,

hari

perayaan

dan

kebesaran

tertentu

dan

juga

peperangan.

Begitu pun, ada nas hadis yang mengharamkan nyanyikan antaranya: Abu Daud meriwayatkan
bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya nyanyian menumbuhkan nifak dalam
hati.
Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: Beberapa orang dari kalangan
umatku meminum arak dan mereka namakannya bukan dengan nama arak. Mereka dialunkan
oleh
suara
biduanita
dan
dihiburkan
oleh
muzik.
Hadis di atas adalah sebahagian daripada hadis Rasulullah yang menyebut dengan jelas
larangan terhadap orang yang menyanyi, bermain muzik dalam majlis hiburan yang disediakan
dengan minuman arak, penyanyi perempuan dan unsur maksiat lain.

Dalil pertama:
Daripada Maqil B. Yasar radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa
Sallam bersabda:


Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah
lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat
ath-Thabrani, Mujam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)
Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang
menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya
bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu
mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di
antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut
dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya,
mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran).
(Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah, 1/225)

Dalil Kedua:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:







Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti
melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah
berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah,
hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan
(merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no.
4802)
Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan
zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan
memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang
zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan
mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada
zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram)
dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan,
melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah
(yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, alMinhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)

Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya
walaupun dalam peristiwa baiat.
Daripada Aisyah radhiyallahu anhu, beliau berkata:

}


{
Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam berbaiat dengan kaum wanita secara
lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu.
Dan tangan Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita
melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)
Dalam surah Al 'Araf Allah berfirman maksudnya :
" Katakanlah, Tuhan ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak

maupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan
yang benar, (mengharamkan) kamu mempersekutu dengan sesuatu yang Allah tidak
menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) kamu mengada-adakan terhadap
Allah apa yang tidak kamu ke ketahuni."
(QS

Perbuatan

jahat

Al

'Araf

dan

: 33)

jijik.

Pada ayat tersebut terdapat perkataan fawahisya menurut bahasa arab melanggar batas, dalam istilah
syar'iyah ialah setiap perbuatan yang keji dan jijik, menurut akal, agama dan adab atau sopan santun iaitu
suatu perbuatan yang terkenal jijik sejak zaman dahulu seperti zina, rogol, seks diluar tabi'ie, sumbang
maharam dan lain2 perbuatan yang jijik. Tetapi pada zaman jahiliyah terdapat satu etika yang agak ada
sedikit kedepan iaitu hanya melihat perbuatan zina sebagai satu kejahatan apabila dilakukan secra terangterangan atau ditempat terbuka, tetapi jika dilakukan secara sembunyi, maka dianggap bukanlah satu
kesalahan, sama juga dengan undang-undang konvensional, zina itu tidak boleh dijatuhi hukuman
terhadap pelakunya, jika dilakukan dalam bentuk suka sama suka, dan kes zina dianggap salah apabila
dikaitkan dengan kes rogol, jadi melakukan zina secara sembunyi atas dasar suka sama suka, tidak dapat
dihukum, jika ingin untuk dibawa ke mahkamah hendaklah dibuat pertuduhan kepada kes rogol.
Tumbuhnya rumah berpeleseran seperti rumah urut, rumah tumpangan, kelab-kelab hiburan (hedonisme)
yang
berkedok
(bersembunyi)
disebalik
tempat-tempat
tersebut.

Islam datang membawa peraturan yang mengharamkan terhadap perbuatan tersebut, baik secara terang
atau sembunyi-sembunyi. Adapun motivasi pelarangan tersebut, kerana perlakuan tersebut jelas
membawa akibat yang buruk terhadap peribadi maupun terhadap masyarakat, setiap perbuatan yang
dilrang oleh Allah adalah termotivasi untuk menghindarkan mudharat dan kerosakan kepada individu dan
masyarakat seluruhnya yang berpunca dari perbuatan keji dan jijik itu.

Firman Allah SWT Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah
menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka) (Surah An-Nisa, 4:89).
Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam agar
tidak mengikuti mereka dengan meniru cara budaya orang kafir.
Hiburan yang melampau batas yang menjauhkan umat dari agamanya adalah suatu perkara yang
amat mendukacitakan apabila artis-artis dipuja, kehidupan artis dijadikan kayu ukur garis panduan
dan ikutan serta bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan masyarakat. Semuanya kelihatan
normal kerana digunakan atas nama kemodenan dan mengikut arus zaman.

Amat mendukacitakan apabila melihat anak-anak muda hari ini mereka lebih mengenali keperibadian
artis-artis berbanding keperibadian para ulama dan para Nabi. Bahkan hiburan di Malaysia setanding

dengan hiburan di Negara barat. Kita telah menjadi mangsa fesyen oleh pihak barat sehinggakan
tidak ada nilai ketimuran dan hilang jati diri akibat terlalu mengagungkan budaya barat. Filem-filem
ditayangkan cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu, sehinggakan pembuat
filem merasa bangga dengan babak seks kononnya menepati zaman moden. Untuk tidak nampak
ketinggalan dan kolot, makanan-makanan barat dihidangkan. Arak diteguk dan rokok-rokok jenama
barat dijual sana sini bagi melariskan produk mereka.
Jelas sekali budaya Hedonisme bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya
Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan AsSunnah sebagai paksi pemikiran.
Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu,
tidakah kamu mahu berfikir? (Al-Anam: 32).
Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:
...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat
kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.(Ali Imran: 185).
Firman Allah yang bermaksud:
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan
kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak
menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).(Al-Qiamah: 20-21).

Anda mungkin juga menyukai