Anda di halaman 1dari 2

Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj.

Ketahui oleh mu bahawa sa Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan faraj kerana
kegunaan yang bangsa akhirat iaitu mengadakan anak yang dengan dia telah bersabda Nabi
sallallahu alaihi wa salam:

Ertinya berkahwin oleh kamu nescaya kamu mendapat anak-anak maka bahawa sanya aku
bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat dan sabda Nabi
sallallahu alaihi wa salam:

‫ص َدقَة َج ِار َية أَ إو ِع إلم يُ إنت َ َف ُع ِب ِه أ َ إو َولَد‬


َ ‫ع َملُهُ ِإ اَّل ِم إن ث َ ََلثَة ِإ اَّل ِم إن‬
َ ُ‫ع إنه‬ َ ‫سانُ ا إن َق‬
َ ‫ط َع‬ ِ ‫قَا َل ِإذَا َماتَ إ‬
َ ‫اْل إن‬
ُ‫صا ِلح يَ إدعُو لَه‬ َ
Ertinya apabila mati manusia nescaya putus oleh amalnya melainkan daripada tiga perkara:

1. Pertama wakaf

2. Keduanya Ilmu yang di ambil manfaat dengan dia.

3. Ketiganya anak yang beriman yang mendoa baginya.

Berkata ibnu Hajar rahimahullah taala: di tulis baginya seumpama segala amal yang baik
yang mengerjakan dia oleh anaknya tiada segala amalnya yang jahat-jahat. Intaha…

Demikian lagi menjadi oleh Allah taala bagi engkau akan faraj kerana kegunaan dunia iaitu
bersedap-sedap dengan jimak dan bersuka-suka dengan sekelian anak yang dapat dengan
jimak itu yang bermula mereka itu sebesar-besar segala perhiasan dunia kerana firman
Allah taala:

‫ون ِزينَةُ ا إل َحيَا ِة ال ُّد إنيَا‬


َ ُ‫ا إل َما ُل َوا إلبَن‬
Ertinya bermula harta benda dan sekelian anak itu perhiasan hidup dunia dan firmannya:

َ ِ‫اء َوا إلبَن‬


‫ين‬ ِ ‫س‬َ ِ‫ت ِم َن الن‬
ِ ‫ش َه َوا‬
‫ب ال ا‬ ِ ‫ُزيِ َن ِللنا‬
ُّ ‫اس ُح‬
Ertinya dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan daripada perempuan dan
anak-anak.

Bermula mensyukurkan ini anggota iaitu dengan memelihara daripada yang diharamkan
seperti zina dan liwat dan mengeluarkan air mani lain daripada tangan Isterinya dan
Jariahnya dan*

*memelihara daripada yang subhah seperti jimak pada nikah yang bathil jika taklid ia akan
yang berkata dengan sah nikah itu dan jika tiada nescaya adalah ia haram bukan subhah
telah berfirman Allah taala pada ketika memuji akan orang yang beriman yang mendapat
kemenangan

َ ‫وم‬
‫ين‬ َ ‫اج ِه إم أَ إو َما َملَكَتإ أ َ إي َمانُ ُه إم فَ ِإنا ُه إم‬
ِ ُ‫غ إي ُر َمل‬ ِ ‫علَى أ َ إز َو‬
َ ‫ون ِإ اَّل‬
َ ‫ظ‬ُ ‫وج ِه إم َحا ِف‬ َ ‫َوالاذ‬
ِ ‫ِين ُه إم ِلفُ ُر‬
Ertinya dan sekelian yang memelihara mereka itu akan segala faraj kecuali atas sekelian
isteri dan sahaya mereka itu yang perempuan maka bahawa sa mereka itu tiada dicela.

Dan ketahui oleh mu tiada sempurna memelihara faraj itu melainkan dengan memelihara
mata daripada melihat perempuan yang haram di lihat dan memelihara hati daripada
memikirkan rupa yang elok dan memelihara perut daripada memakan yang subhah dan
daripada bersangatan kenyang kerana yang demikian itu menyeru kepada zina yang adalah
ia sebesar segala dosa besar dengan ijmak kemudian daripada kufur dan membunuh orang,
telah berfirman Allah taala:

‫ون َو َم إن‬ ِ ‫َّللاُ إِ اَّل بِا إل َح‬


َ ُ‫ق َو ََّل يَ إزن‬ ‫س الاتِي َح ار َم ا‬ َ ‫ون النا إف‬ َ ُ‫َّللا إِلَ ًها آ َخ َر َو ََّل َي إقتُل‬ َ ‫ِين ََّل يَ إدع‬
ِ ‫ُون َم َع ا‬ َ ‫َوالاذ‬
ُ َ‫َف لَهُ ا إل َعذ‬
َ َ ‫اب َي إو َم ا إل ِق َيا َم ِة َو َي إخلُ إد ِفي ِه ُم َهانًا ِإ اَّل َم إن ت‬
‫اب َوآ َم َن‬ ‫ض اع إ‬ َ ُ‫َي إف َع إل ذَ ِلكَ َي إلقَ أَثَا ًما ي‬
Ertinya

Dan mereka yang mengibadahkan mereka itu serta Allah taala akan tuhan yang lain dan
tiada membunuh mereka itu akan nyawa yang mengharamkan Allah taala akan
membunuhnya melainkan dengan sebenar-benar dan tiada berzina mereka itu dan barang
siapa mengerjakan akan yang demikian itu nescaya berjumpa ia akan seksa ( atau akan
telaga di dalam api neraka jahannam) di gandakan baginya akan seksa pada hari kiamat dan
berkekalan ia padanya dihinakan dia melainkan mereka yang taubat,

dan firman Allah taala:

ertinya dan jangan menghampiri kamu akan zina kerana bahawa sanya zina itu adalah ia
maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan ertinya sejahat-jahat pekerjaan.

Telah mencerita oleh Imam Bukhari dan imam Muslim daripada ibnul Masuud radiallahu
anh berkata ia : bertanya aku akan Rasulullah saw apa dosa yang lebih besar disisi Allah?
bersabda ia bahawa engkau jadikan bagi Allah taala akan yang menyengutui dan Allah jua
yang menjadikan akan dikau, bersembah Aku : kemudian apa? Bersabda ia bahawa engkau
bunuh anak engkau kerana takut engkau bahawa makan ia serta engkau. Bersembah Aku:
kemudian apa? Bersabda Nabi saw bahawa engkau berzina akan perempuan orang yang
hamper dengan rumah engkau.

Wallahuaalam.

Kitab penawar bagi hati bagi Sheikh Abdul kadir al Mandili

Anda mungkin juga menyukai