Jenama kopi yang biasa kita minum pasti memberikan perasaan yang mendatar apabila
meminumnya setiap hari. Bagi penggemar tegar kopi pasti mereka turut tercari-cari jenis kopi
yang jarang sekali boleh di dapati di kedai biasa. Hanya boleh didapati di kawasan pergunungan
dan juga di kepulauan kecil sesebuah negara yang mana mereka adalah pengeluar paling banyak
untuk jenis kopi yang pelik.
Walaupun harga yang agak tinggi berbanding kopi biasa, namun ianya bukanlah menjadi satu
malasah untuk para penggemar kopi untuk merasai keunikan rasa dan juga bauan kopi yang lain
daripada yang lain.
Ikuti beberapa jenis kopi dari seluruh dunia yang pasti memiliki keunikan sendiri.
Kopi Luwak
Kopi yang berasal dari Indonesia ini dirumus khas dari tahi binatang musang yang mana pada
mulanya menjadi baja tanaman ladang kopi. Kemudian menjadi bahan utama untuk membuat
kopi kerana kuantitinya yang banyak suatu ketika dahulu. Jangan risau, kopi ini telah di
dipastikan pembuatan serbuknya terjaga dengan mengambil hanya yang baik sebelum
dipanggang untuk dijadikan sebuk kopi. Kopi ini menjadi antara kopi termahal dan pelik di
dunia, dan boleh menempah sendiri secara online.
Kopi Mark
Sangat sesuai jika anda dapat sajikan kopi ini di waktu pagi atau petang sebagai minuman
pilihan. Kopi yang dirumus khas dengan rasa masam yang enak, aroma yang menusuk kalbu
memberikan anda satu keunikan rasa yang luar biasa. Kopi yang klasik untuk semua. Kopinya
hanyalah yang terpilih dari bahan Arab yang dipanggang.
View Photo
27 Ogos - Daun sirih sememangnya sudah menjadi amalan golongan dari dahulu lagi. Pasti anda
mempunyai pengalaman melihat atuk atau nenek kita sentiasa mengunyah daun sirih. Tetapi
golongan muda kini pasti tidak tahu khasiat yang terdapat pada daun sirih ini.
Khasiat daun sirih ini sudah banyak dikenal dan telah teruji secara klinis, dan sehingga kini
penelitian tentang tanaman ini masih terus dikembangkan. Daun sirih sangat bermanfaat untuk
mengubati berbagai penyakit.
Disini kami senaraikan 14 jenis masalah kesihatan yang dapat diubati dengan menggunakan daun
sirih.
1. Batuk
Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci daun sehingga bersih dan rebus sampai
tersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.
2. Bronkitis
Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua
gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-
masing sepertiga gelas.
4. Luka bakar
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu,
kemudian letakkan ke tempat luka.
5. Mimisan
Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda, kemudian memarkan dan gulung. Gunakan
untuk menyumbat hidung yang berdarah.
6. Bisul
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapukan pada
bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.
10. Sariawan
Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya
setelah selesai.
12. Jerawat
Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Masukkan masukkan daun sirih
yang sudah ditumbuk halus dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci
muka. Lakukan 2-3 kali sehari.
13. Keputihan
Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih
hangat tersebut untuk mencuci bahagian sulit.