Anda di halaman 1dari 2

Enam Peringkat dalam Domain Taksonomi Bloom adalah:

1.Pengetahuan - daya ingatan


Keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku.
Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan ialah:
Mengingat pengetahuan sama seperti pengajaran guru.
Tidak perlu mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
Jawapan dapat ditentukan betul atau salah.
Menggunakan perkataan seperti siapa, apa, di mana, bila, beri definisi, takrifkan, huraikan, labelkan,
padankan, namakan, nyatakan

2.Kefahaman
Keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna dalam bentuk tulisan, lisan atau
simbol tertentu
Menterjemah Terjemah tanpa mengubah makna asal
Menafsir - Tafsir idea dalam bentuk tersurat atau tersirat
Mengekstrapolasi - buat telahan atau inferens mengenai peristiwa pada masa hadapan berdasarkan
maklumat yang diterima
Memerlukan bahan atau alat komunikasi dan dinyatakan mengikut kefahaman sendiri.
Menggunakan perkataan seperti huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, anggarkan, terangkan, berikan
contoh, tulis semula, rumuskan

3.Aplikasi
Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan
situasi am
Sebut semula masalah lama perlu menentukan prinsip, kesesuaian dan had untuk menyelesaikan masalah
baru dan berikan alasan.
Ciri-ciri soalan proses mental aplikasi.
Berkaitan dengan masalah situasi baru yang tidak sama dengan masalah yang dibincang dalam bilik
darjah.
Menggunakan perkataan seperti pilih, buat, kirakan, tunjukkan, laksanakan, sediakan, kaitkan, selesaikan,
gunakan

4.Analisis
Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur tersebut.
Analisis unsur, analisis hubungan, analisis prinsip
Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
Perkataan yang digunakan seperti mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan

5.Sintesis
Keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi
lebih berstruktur, tersusun menyeluruh.
Penyampaian, himpunan, cadangan.
Soalan bebas dijawab dari segi isi atau masa.
Hasilnya dinilai oleh pengguna
Perkataan yang digunakan seperti ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan
berlaku.

6.Penilaian
Keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.
Soalan situasi tentang perkara baru yang diuji melalui proses mental peringkat penilaian.
Perkataan yang digunakan sepertipertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan.

Anda mungkin juga menyukai