Anda di halaman 1dari 9
31.88 33,8 Jalan Nusaria 3, Taman Nusantara 81850, ‘Gelang Fatah, Johor, Tel: MaTang012-7618178 Mr Teng014-913.9237 By RAL TEBE Penilaian Akhir Tahun Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [25 markah] 1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahian tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula, (i) Pihak kerajaan akan memperindahkan taman rekreasi dengan menambahkan beberapa kemudahan asas. (ii) Gotong-royong telah mereka selesaikan menjelang waktu tengah hari. (iii) Seminar keibubapaan yang disampaikan oleh penceramah itu berbincang tethadap masalah sosial. (iv) Antara citi yang perlu ada pada seseorang usahawan ialah rajin berusaha. [8 markaht} 2 Dalam setiap ayat di bacoah terdapat satu kesalahan ejaan, Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediaken. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semuula, @_Pihak imigresen telah berjaya menahan beberapa orang warga negara Bangladesh yang bekerja tanpa permit. (ii) Mesyuarat itu telah dihadiri ahli jawatan kuasa yang telah dilantik dalam mesyuarat agung. (iii) Sesi temubual antara pemberita dengan pelakon baharu itu telah berjalan lancar: (3 markalt] 3. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawoah kepada ayat pasif. (i) Penyajak itu mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan. (ii) Keluarga kami memelihara beberapa ekor kucing Parsi. : (iii) Saya menjawab soalan peperiksaan dengan berhati-hati. (iv) Mereka sedang membincangkan rancangan aktiviti tahunan. (v) Beliau membaca surat khabar di anjung, rumah. [10 markah} 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. BANK ANDA @) oo [4 markah] 5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikuinya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dari ban berturap tanah merah, Alif melangkah menyusuri permatang sawah. But getah yang dipakainya basah oleh embun. Dalam dingin yang mencengkam, dia merasai nikmat yang sukar diterjemah dengan bahasa kata. Puas, tetapi jauh di sudut hati, dia terasa diri amat kerdil berada di tengah petak emas yang ‘amat bernilai ini. Inilah hasilnya jika kita berbudi kepada tanah. Ujaran abah masih terngiang- ngiang di telinga. Dia cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, petak emas ini membuak dengan rasa geram, marah dan dendam yang berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah. Dia sangka dia sudah mengalah ketika itu. Dia hampir mahu angkat bendera putih. Apatah lagi kala melihat air mata yang luruh daripada mata layu emak. “Apa yang nak dipertahankan sangat tanah tu? Semua orang dah setuju. Dia seorang saja yang tak beri kata putus. Budak ini memang nak menyusahkan orang!” Abang Man bersuara lantang. Beberapa orang lain kelihatan ikut terangguk- angguk dan bersemangat. Anjung rumahnya jadi ruang perbicaraan. Dia berusaha menenangkan hati yang terasa seperti mahu luruh. Emak kelihatan bersusah payah berusaha menjadi hakim yang adil. Tetapi dia tidak tahu sejauh mana emak dapat terus bertahan. Dipetik daripada cerpen “Menuai Emas”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Apakah peristiwa setahun lepas yang diingati oleh ‘dia’? [3 markah] (ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan ini. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, selain daripada mendapat hasil, apakah kebaikan-kebaikan berbudi kepada tanah? [4 markah] 6 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. é PADA SEKUNTUM MAWAR, (MAHWA MOHAMED) Sehelai kelopakmu gugur adalah titis air mata bonda yang luruh dalam lipatan usia. Merenung pada malam yang kematian angin pada laut yang kematian ombak seperti telah menutup pintu kehidupan ini menjadi sepi dan lara pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. Sekuntum mawar bukan melontar harum indahmu di hujung lembah tapi mengangkat seri mahkotamu ke puncak iman. Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka. pecereecereeen ering ree eneereme nen 4 (i) Nyatakan harapan pengarang terhadap ‘sekuntum mawar’? [2 markah] (ii) Nyatakan dua gaya bahasa sajak ini berserta contohnya. [4 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah peranan keluarga untuk memastikan golongan remaja tidak terjebak dalam gejala negatif? [4 markah] 7 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian karya Osman Ayob ii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon Jalan ke Puncak Karya Juri Durabi (iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani Nilai kerjasama terdapat dalam novel yang anda pelajari di Tingkatan 2. Berdasarkan novel yang anda kaji itu, nyatakan dua contoh peristiwa yang mempeflihatkan nilai kerjasama tersebut. [10 markah] 4 BAHAGIAN C “ [15 markah] 8 Lihat peta pokok di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam peta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. s|ARANGAN BUATAN MALAYSIA Harga berpatutan Menerapkan semangat Tarikan pelancong patriotik BAHAGIAN D (30 markah] Gambar di bawah menunjukkan tempat-tenpat bersejarah yang terdapat di negara ini. Teliti gambar- gambar lersebut, kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan. Anda boleh’ memilitt untuk menjawab sama ada Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Puente! Pay cerweuun sty (i) Rakan pena anda yang berada di luar negara ingin mengetahui tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati di negara ini. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan beberapa buah tempat-tempat bersejarah yang popular dalam kalangan pelancong. (ii) Generasi muda pada masa kini wajar memelihara bangunan bersejarah yang ada di negara ini untuk tatapan generasi pada masa akan datang. Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memelihara khazanah ini. (iii) Anda akan mewakili sekolah anda ke pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah, ‘Pentingnya Generasi Muda Mengetahui Tinggalan Sejarah di Negara ini’. Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai