Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

UNIT KO-KURIKULUM
SMK PERANTAU DAMAI
26700 MUADZAM SHAH

TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBA GUNA

LOKASI
TAPAK : PADANG SEKOLAH

DISEDIAKAN
OLEH : MOHD.RIZAL BIN ATAN
GPK KO KURIKULUM

TARIKH : 08HB FEBRUARI 2006

0
LATAR BELAKANG

Setiap tahun akan diadakan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Batang
Padang yang melibatkan penyertaan di peringkat sekolah rendah dan juga
menengah. Walaubagaimanapun setiap kali kejohanan sepak takraw diadakan,
pihak sekolah tidak dapat menghantar wakil pelajar untuk menyertai
pertandingan tersebut. Perkara ini berlaku disebabkan SMK Buyong Adil tidak
mempunyai gelanggang sepak takraw. Malahan ketiadaan kemudahan prasarana
ini juga menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi
diri dalam permainan ini. Selaras dengan perkara tersebut, Unit Kokurikulum
SMK Buyong Adil berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang sepak takraw
dengan harapan ianya akan memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak
langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut.

MATLAMAT

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar


beriadah

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum

Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru dalam


permainan sepak takraw

Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam permainan sepak takraw

Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan


terhadap aktiviti Kokurikulum

1
OBJEKTIF

Objektif khusus:

Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana-


Aktiviti PJK
Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum SMKPD
Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan & permainan
Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar
Melahirkan bakat baru yang berkualiti
Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

PERLAKSANAAN PROJEK

1. Lokasi

Di kawasan padang.

Lokasi yang strategik Hujung tepi padang (berhampiran tapak


perkhemahan)
Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana
kemudahan sukan secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum
yang telah ada di sekitar kawasan tersebut adalah seperti tapak
perkhemahan, Gelanggang Petanque, Gelanggang Bola Tampar, Padang
Bola Sepak, Gelanggang Bola Baling dan Gelanggang Bola Jaring.

2. Proses Pembinaan

Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian


bahan-bahan binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)
Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil,pasir ,vrc,
penyewaan JCB dan upah kerja.
Kadar keluasan 50 X 82

2
3. Jangkamasa siap 01 bulan

4. Sumber Kewangan

Jangkaan Sumber kewangan


- Unit Kokurikulum JPNP
- Sumbangan orang perseorangan

PENUTUP

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek pembinaan


gelanggang sepak takraw ini akan menjadi kenyataan kerana dengan adanya
gelanggang ini akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan
memberikan manfaat kepada pembangunan diri pelajar. Hal ini merupakan satu
kemudahan yang sepatutnya ada dan diharapkan menjadi perangsang kepada
pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan sepak takraw baik di
peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi
selaras dengan penekanan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap
penglibatan pelajar dalam aktiviti Kokurikulum.

3
LAMPIRAN

1. Lampiran Bajet

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH :

(Mohd.Rizal Bin Atan) (En. Idrus Bin Othman)


GPK Ko-kurikulum Pengetua
SMK Perantau Damai SMK Perantau Damai
26700 Muadzam Shah 26700 Muadzam Shah

4
LAMPIRAN BAJET

BIL ITEM KUANTITI RM CATATAN

1 Simen 50 beg x RM 15.00 750.00

2 Pasir 07 Lori x RM 170.00 1190.00

3 Batu Kerikil 01 Lori x RM 436.00 436.00

4 VRC 4x8 26 Keping x RM 35.00 910.00

5 Sewa JCB 5 Jam x RM 40.00 200.00

6 Upah Kerja 1600.00

JUMLAH 5876.00

Anda mungkin juga menyukai