Anda di halaman 1dari 4

ULASAN KRITIKAL JURNAL / PETIKAN

Tajuk : Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik : Satu Kerangka


Umum.

Jurnal ini saya pilih ini amat bersesuaian dengan bidang pengajian saya.
Subjek major saya ialah matematik pemulihan khas dan subjek minor yang saya
pelajari ialah matematik. Secara amnya, petikan ini menceritakan bahawa
matematik adalah melibatkan kemahiran asas mengira. Di samping itu,
matematik juga melibatkan kefahaman tentang sesuatu konsep dengan tepat.
Guru matematik pula perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
matematik dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian pelajar.
P&P matematik yang berkesan melibatkan beberapa kemahiran seperti
perancangan mengajar, pelaksanaan pengajaran, penyediaan latihan yang
berterusan, penggayaan & pemulihan, menilai kefahaman konsep & penguasaan
kemahiran, pengurusan bilik darjah dan penilaian terhadap bahan & kurikulum
matematik.
Dalam perancangan mengajar, guru matematik perlu meneliti dan
menguasai konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik dengan jelas,
di samping mengenalpasti dan menyenaraikan objektif P&P. Seterusnya, guru
matematik perlulah bijak dalam memilih Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
sesuai untuk memperkembangkan sesuatu konsep. Guru juga perlulah bijak
untuk menyediakan aktiviti latihan yang sesuai sama ada di peringkat
perkembangan atau di peringkat akhir pengajaran. Guru juga perlu melatih para
pelajar untuk meningkatkan kemahiran KBKK yang berkaitan dengan kehidupan
seharian bagi setiap topik. Penerapan nilai-nilai murni juga perlu dilakukan sama
ada di peringkat awal, peringkat pertengahan atau peringkat akhir P&P. Pada
pendapat saya, objektif yang digariskan dalam sesuatu P&P memadailah tidak
melebihi tiga objektif dan objektif yang digariskan juga perlulah selaras dengan
kemampuan pelajar. Tanpa perancangan mengajar yang baik juga, proses P&P
tidak akan dapat disampaikan kepada murid dengan berkesan. Kebanyakan guru
di sekolah rendah mahupun menengah tidak merancang pengajaran harian
mereka dan seringkali rancangan pengajaran mereka adalah berbentuk
ringkasan mengajar kerana disediakan selepas P&P diadakan. Keadaan ini telah
menyebabkan set induksi tidak menarik dan kadang kala langsung tidak terdapat
set induksi dalam P&P. Golongan pendidik seperti ini juga biasanya tidak
menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh menarik minat pelajar
dan seringkali menggunakan bahan yang sama setiap tahun. Kenyataan ini
disokong dengan pendapat Shaharir 1984, yang menyatakan bahawa semua
teknik atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu
pelajar mencapai objektif yang digariskan. Manakala menurut Ngeau 1984,
menyatakan bahawa kemahiran dalam matematik adalah bersifat heirarki dan
berkesinambungan.
Kemahiran pelaksanaan pengajaran yang berkesan pula memerlukan
penglibatan aktif serta perbincangan & penemuan dalam P&P. Walau
bagaimanapun pelaksanaan pengajaran sering berlaku dengan berpusatkan
guru yang kadang kala guru lebih syok sendiri manakala muridnya ketinggalan
jauh ke belakang. Kenyataan ini disokong oleh DAugustine 1973, yang
menyatakan bahawa satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara
aktif dalam aktiviti seperti menulis, perbincangan secara lisan serta pergerakan
yang melibatkan anggota badan. Kaedah perbincangan dan penemuan pula
dapat mengukuhkan input dalam sesuatu proses pembelajaran. Kaedah ini
merangkumi aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menakul.
Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti
membuat perbandingan & mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat
generalisasi. Kenyataan ini disokong oleh DAugustine 1973, Husen &
Postlethwaite 1970 yang menyatakan bahawa penemuan adalah satu teknik
pengajaran di mana para pelajar akan mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur
atau tidak berstruktur sehingga mereka memperolehi satu kesimpulan yang baru.
Kenyataan lain yang menyokong ialah pendapat Forsten 1992 yang menyatakan
bahawa pelbagai situasi dapat dikait dan dikembangkan sesuai dengan dunia
matematik yang luas.
Kemahiran untuk menyediakan latihan yang berterusan juga perlu
dilaksanakan secara berterusan oleh guru. Ramai guru beranggapan latihan
hanyalah bentuk bertulis sahaja. Walau bagaimanapun, sebenarnya latihan
dapat disediakan dalam pelbagai bentuk seperti lisan, permainan, simulasi atau
dalam bentuk projek. Pada pendapat saya kuantiti latihan pula hendaklah wajar
dan tidak terlalu banyak kerana latihan yang banyak boleh menyebabkan murid
cepat jemu dan seringkali gagal menghabiskannya apabila diberi sebagai kerja
rumah.
Kemahiran penggayaan & pemulihan pula biasanya dilaksanakan dengan
membahagikan pelajar kepada dua kategori iaitu kategori cerdas dan kategori
lemah. Aktiviti penggayaan biasanya disediakan untuk kumpulan pelajar cerdas,
manakala aktiviti pemulihan pula disediakan untuk kumpulan yang lemah. Walau
bagaimanapun, kebanyakan para intelek tidak menyokong kaeadah ini
dilakukan dengan mengasingkan kumpulan pelajar cerdas dan lemah. Hal ini
kerana menurut DAugustine 1973 dan Nik Azis 1996 menyatakan bahawa
kedua-dua aktiviti tersebut iaitu (penggayaan & pemulihan) boleh dirancang
untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar terbabit dan tidak semestinya golongan
pelajar cerdas sahaja perlu diberi aktiviti penggayaan sebaliknya mereka juga
perlu diberi aktiviti pemulihan dalam sesetengah keadaan.
Kemahiran penilaian kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran pula
digunakan untuk meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep
terdahulu. Di samping itu, kemahiran ini juga digunakan untuk menentukan
kesediaan murid untuk mempelajari konsep dan kemahiran baru. Kenyataan ini
disokong oleh pendapat Nik Azis 1996, Travers, et.al 1977, menyatakan bahawa
penguasaan konsep yang mantap akan memudahkan aktiviti penyelesaian
masalah.
Kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik juga tidak kurang
pentingnya. Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan
disiplin sebagai amalan dalam proses P&P (BPG, 1998). Kemahiran asas yang
perlu ada dalam kemahiran ini ialah kemahiran untuk menguruskan pengajaran,
kemahiran untuk membina iklim pembelajaran yang kondusif dan kemahiran
untuk mengorientasi pelajar. Pada pendapat saya, sebagai guru kita mestilah
mengenali karektor setiap murid kerana kedudukan murid di dalam kelas juga
boleh mempengaruhi P&P sama ada terhadap guru atau murid yang lain.
Contohnya, jika pelajar yang tinggi diletakkan di barisan hadapan kelas akan
menyebabkan pelajar lain yang berada di belakangnya tidak dapat melihat papan
tulis di hadapan kelas dengan jelas.
Dalam kemahiran penelitian terhadap kurikulum & bahan matematik perlu
dilakukan secara terperinci dan berterusan oleh guru. Walau bagaimanapun,
kemahiran ini akan lebih mudah dilaksanakan jika mendapat sokongan yang
padu dari pihak sekolah. Guru hendaklah sentiasa peka tentang bahan
pengajaran yang digunakan sama ada berkesan atau sebaliknya. Guru juga
perlu sentiasa memperbaharui bahan pengajarannya mengikut perkembangan
semasa dan minat pelajar.
Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa guru perlu arif dalam strategi
P&P supaya dapat memupuk minat pelajar seterusnya dapat membina konsep
dan menguasai kemahiran. Pembinaan konsep dan penguasaan kemahiran ini
secara tidak langsung akan membentuk penghayatan dalam diri pelajar dalam
bentuk kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai