Anda di halaman 1dari 3

Selamat pagi, saya ucapkan kepada para juri dan rakan-rakan sekalian.

Di
pagi, ini saya ingin menceritakan sebuah cerita yang bertajuk Si Comel
dengan Dewi Bunga.

Di dalam sebuah kampung, ada sebatang pokok buluh yang


bernama Comel. Dia tinggal bersama kaum keluarganya. Hidup mereka
aman dan bahagia.

Ayah, kenapa saya tak ada bunga? Comel bertanya kepada


ayahnya.

Sayang, kita tak sama dengan tumbuhan yang lain,jawab ayahnya.

Tapi kenapa? Saya pun mahu cantik! kata Comel sambil menangis
sekuat hati.

Kita akan berbunga sekali sahaja dalam seumur hidup. Selepas


berbunga untuk kali kedua kamu akan mati! kata ayahnya hampa.

Kenapa adik menangis? Tiba-tiba Dewi Bunga menyapa Comel.

Kakak, tolonglah saya! rayu Si Comel sambil menceritakan segala-


galanya.

Fikirlah baik-baik supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Tidak, saya tak akan menyesal! jerit Comel.

Dewi Bunga simpati melihat Comel. Dia tidak mahu menghampakan Comel.

Jangan Comel, kamu akan mati! bantah ayahnya.

Dia sayangkan Comel. Dia tidak mahu anaknya mati hanya kerana
ingin berbunga.

Comel masih berdegil. Dia terus merayu pada Dewi Bunga. Akhirnya
Dewi Bunga berjanji akan membantu Comel.

Ayah, saya rasa letih. Badan saya semakin kurus dan kering.

Inilah balasannya orang yang degil dan tidak mahu bersyukur. Kamu
akan mati Comel! kata ayahnya kesedihan.

Akhirnya Comel mati kerana tidak dapat menyerap air secukupnya.


Selamat pagi, saya ucapkan kepada para juri dan rakan-rakan sekalian. Di
pagi, ini saya ingin menceritakan sebuah cerita yang bertajuk Gagak yang
Sombong.

Di dalam sebuah hutan, tinggal sekumpulan burung gagak. Burung-


burung gagak itu hidup dengan aman dan damai di sepohon pokok yang
tinggi dan rendang.

Setiap hari, selepas mencari makanan, burun-burung gagak itu akan


berkumpul dan berbual-bual antara satu sama lain. Kehidupan mereka
sangatlah bahagia.

Dalam kumpulan gagak itu, ada seekor gagak putih. Gagak putih
tidak suka bercampur gaul dengan gagak-gagak lain yang berbulu hitam.

Tengoklah rupa kamu semuanya hodoh. Tidak seperti saya! kata Si


Gagak Putih itu dengan sombong.

Gagak-gagak lain sangat benci akan perangainya. Mereka sentiasa


dikeji oleh gagak putih itu. Gagak putih itu menganggap dirinya sahaja
burung yang paling cantik di dunia.

Suatu hari, sedang gagak-gagak hitam bekerjasama membina sarang


mereka, datanglah Si Gagak Putih.

Wahai gagak-gagak hitam semua, mengapakah kamu semua ini


bersusah payah membina sarang? tanya gagak putih.

Lihatlah diri aku ini. Aku hidup bebas ke sana ke mari tanpa bersusah
payah! tambah gagak putih itu lagi dengan nada yang sombong.

Gagak-gagak yang lain hanya berdiam diri sahaja mendengar kata-


kata Si Gagak Putih.

Setelah beberapa hari bertungkus-lumus, maka sarang yang dibina


oleh gagak-gagak hitam itu pun siap. Gagak-gagak hitam berasa sungguh
gembira. Mereka gembira kerana ada tempat untuk berlindung daripada
hujan dan panas.

Sekarang kita sudah ada rumah sendiri! kata seekor gagak hitam.
Mereka juga gembira kerana dapat tinggal bersama-sama.

Tiba-tiba datang Si Gagak Putih. Gagak putih sangat cemburu melihat


sarang cantik yang telah dibina oleh gagak-gagak hitam. Oleh sebab terlalu
cemburu, maka gagak putih mengambil keputusan untuk merosakkan
sarang itu pada masa gagak-gagak hitam tiada di situ.
Sebahagian daripada sarang itu telah musnah dikerjakan Si Gagak
Putih. Gagak putih berasa sungguh puas apabila berjaya merosakkan
sarang.

Tidak lama kemudian, pulanglah kumpulan gagak hitam itu. Alangkah


terperanjatnya mereka apabila melihat sebahagian daripada sarang
mereka telah musnah. Mereka tidak tahu siapa yang merosakkan sarang
mereka itu.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpindah dari kawasan


tersebut.

Anda mungkin juga menyukai