Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang GST

Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan


berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan
sistem cukai yang adil.

Cadangan untuk melaksanakan GST bermula ketika Tun Daim Zainuddin sebagai
Menteri Kewangan Malaysia tetapi tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir pada
ketika itu sebagai Perdana Menteri. Cadangan perlaksanaan GST ini terus
disuarakan oleh Dato Seri Anuar Ibrahim kerana pada masa tersebut, ekonomi
negara sedang meningkat dan bukan seperti sekarang.
Keadaan ekonomi negara pada waktu sekarang tidak bersesuaian untuk
melaksanakan GST. Sekiranya ekonomi negara melambung tinggi barulah ia
merupakan waktu yang paling sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

Pengenalan dan Latarbelakang


Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013,
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk
melaksanakanGoods and Services Tax (GST) dan penghapusan Sales and
Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.
Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan
kewangan kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah
agensi Rating menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif pada
bulan Julai 2013.[3]
Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil
kepada rakyat atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di
masa akan datang.

Namun terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa ada beberapa aspek
pelaksanaan GST yang akan menghasilkan keadaan di mana harga barangan
akan meningkat. Hujah utama mereka ialah dengan pelaksanaan GST, walaupun
kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas
adalah dikecualikan dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana
melibatkan banyak aktiviti urusniaga. Sebagai contoh kos menghasilkan alat
keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain semuanya
akan dikenakan GST. Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk
menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan
pengeluaran barangan asas.

Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai
jualan) akan dikurangkan menjadi 6% dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya
6-7 perkhidmatan harian yang dikenakan cukai dan hanya 1015 barangan
harian yang digunakan dikenakan cukai. Namun di bawah sistem GST nanti 90%
dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan cukai, walaupun pada kadar
yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian menjadi semakin tinggi kerana
semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai

Akhir sekali apabila GST dilaksanakan nanti, 89% dari keluarga di Malaysia yang
sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah,
perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah, mereka juga tidak
menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka
rendah. Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang
terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari
penurunan cukai sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai