Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (2005) perguruan merupakan satu bidang pekerjan

yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan

yang khas. Profesion merujuk kepada satu pekerjaan yang melaksanakan fungsi

sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut tahap kemahiran tertentu dan

suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh

sesorang individu diperlukan.

Peranan guru pada masa dahulu lebih tertumpu kepada proses penyampaian

ilmu sahaja berbanding dengan guru sekarang yang menjadi pemudahcara ilmu

pengetahuan. Oleh itu, guru perlu lebih bersedia dan peka dengan situasi-situasi

pembelajaran yang cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan tugas guru

atau peranan pendidik guru perlu lebih inovatif, cekap, kreatif dan efektif dalam

menyampaikan dan sentiasa memikirkan pendekatan baru dalam amalan mereka

Aspek keguruan dianggap satu profesion apabila guru memperoleh

pengetahuan dan kemahiran melalui latihan dalam satu tempoh jangka masa yang

panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai

kuasa autonomi dalam membuat keputusan. Sebelum seorang guru menjadi guru

yang bertauliah, beliau perlu menerima latihan keguruan dari segi pengetahuan

mendalam tentang matapelajaran, pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah dan

teknik penyampaian serta mempunyai sahsiah yang baik.

Seterusnya selain mempunyai ilmu yang mendalam tentang pengetahuan

yang diajar, guru juga perlu mempunyai pengetahuan tentang pelajar. Antara aspek

yang perlu diambil kira ialah dari segi kognitif, emosi, fizikal dan sosial. Pemahaman

tentang kecerdasan pelbagai, perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan

1
emosi dapat membantu guru memperkembangkan potensi pelajar ke peringkat

yang optimum. Selain itu, cara belajar dan keperluan murid agar guru dapat

memberikan pendekatan yang sesuai.

2.0 Ulasan Kritis (Ulasan Drama)

Daripada plot cerita Cikgu Bidan kisah ini menceritakan tentang Cikgu Anis yang

berkhidmat sebagai guru pndidikan jasmani, Cikgu Anis disukai ramai orang. Rakan

sekerjanya, Cikgu Roslan yang cemburu dengannya menyebarkan khabar angin

bahawa dia menguruskan perniagaan bidan. Namun cikgu anis telah membuktikan

bahawa dia bukanlah membuat kerja sambilan dengan berniaga sebagai bidan,

tetapi beliu hanya membantu orang kampung yang memerlukan pertolongaan

beliau tanpa mengharapkan upah dan balasan. Cikgu anis juga seorang guru yang

sangat prihatin terhadap anak muridnya, beliau juga menjadi kesayangan semua

murid di sekolah tersebut.

2.1 Peranan Guru Sebagi Seorang Yang Profesional

Semua guru di sekolah merupakan ejen yang menyampaikan maklumat kepada


murid, mendidik dan menyebarkan ilmu adalah satu tanggungjawab wajib yang
perlu dilaksanakan oleh guru. Guru berperanan yang sangat penting untuk
membimbing murid dan memberi tunjuk ajar yang betul kepada murid. Antara
peranan guru yang paling penting adalah untuk agama bangsa dan Negara.

Guru juga berperanan sebagai pengmal ilmu dan kemahiran. Usaha untuk
membentuk tingkah laku murid di sekolah rendah adalah kea rah melahirkan
warganegara yang mampu membangunkan diri secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu dalam aspek keilmuan,ketrampilan, displin kendiri dan berakhlak mulia.
Menurut Ragbir kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai displin dalam kurikulum
sekolah.Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah,dedikasi, komited pada
tugas, ikhlas dan sangup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.

2
Menurut Mok Song Sang (2007) menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang
bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepaa jiwa manusia. Guru
sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti
membaca,menulis, berfikir dan sebagainya. Guru juga berperanan sebagai
pembimbing kepada murid di sekolah. Menurut crow and crow (1993), di bawah
konteks pendidikan, bimbingan merujuk kepada pemberian bantuan atau
pertolongan yang betul kepada murid.

Selain daripada itu, guru juga berperanan sebagai seorang yang professional yang
mempunyai etika dan akuantabiliti yang tersendiri seperti yang telah dipamerkan
oleh Cikgu Anis di dalam cerita Cikgu Bidan. Sebagai seorang guru di dalam cerita
ini, cikgu anis telah mengambil peranan sebagai seorang guru yang menjaga
kebajikan muridnya terlebih dahulu berbanding seorang guru yang suka mencari
kesalahan muridnya sendiri.

Oleh itu tidak akan ada mana-mana murid beranggapan kehadiran mereka di
sekolah seolah-seolah tidak disedari oleh orang lain. Ini akan dapat mengelakkan
mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan ingin menarik perhatian
rakan atau guru menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010). Manakala
tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara ialah sentiasa menghormati
dan menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat tempat dia berkhidmat.
Contohnya ialah menolong orang yang memerlukan dengan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan serta mengamalkan tingkah laku berbudi dan
bersopan santun yang boleh diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan
harian yang baik menurut Ahkiar, Shamsina dan Muhammad Khusairi (2005).

Seterusnya, selain daripada itu antara peranan sebagi seorang guru yang
menjaga etika perguruan ialah, guru juga berperanan sebagai agen perubahan, ini
membawa maksud guu itu perlu membawa perubahan yang positif ke dalam diri
setiap murid supaya apa yang disampaikan oleh guru tersebut dpat diamalkan oleh
murid. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran
yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru juga perlu
peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia
menerima perubahan menggunakan peralatan canggih (zainal Abidin, 1999).

3
2.2 Isu Kepedulian Guru (Cikgu Bidan)

Secara ringkasnya, pendekatan kepedulian caring approach diambil daripada


konteks Anglo Saxon dalam ( Syed Ismail dan Ahmad Shubki 2010), di mana
membawa maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian kepedulian boleh
didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Setiap guru
perlulah mengambil pendekatan kepedulian dalam menghadapi murid di dalam
kelas atau ketika mengadakan aktiviti di luar kelas supaya murid dapat merasakan
yang guru sentiasa ada bersama dan akan berfikir dengan mendalam sebelum
melakukan sesuatu dengan harapan tidak mahu menyinggunng perasaan guru yang
sering mengambil peduli terhadap mereka.

Manakala menurut Hall et al. (1977) mengemukan Model Concerns - Based


Adoption: 7 peringkat kepedulian yang memberikan petunjuk terhadap cara untuk
memahami dan menangani kepedulian yang dihadapi iaitu kesedaran,
informational, personal, pengurusan, akibat, kolaboratif dan fokus semula. Manakala
kategori Kepedulian Guru (Fuller et al., 1972) Kepedulian bukan melibatkan
pengajaran, peranan sebagai guru, kandungan subjek dan disiplin, hubungan
peribadi/sosial/emosi guru dengan pelajar, kaedah pengajaran dan penilaian
pembelajaran pelajar, pembelajaran pelajar terhadap bahan pengajaran dan
penambahbaikan diri sebagai guru . Fuller, Parsons dan Watkins (1974) mengenal
pasti tiga kelompok kepedulian iaittu kepedulian terhadap penyempurnaan diri
dengan memahami tugas dan tidak mencampurkan tugas dan masalah lain,
mengambil berat tugas - tugas pengajaran seperti mengambil kira bahan-bahan
pengajaran dan perasaan murid terhadap guru dan melalui impak pengajaran guru
lebih focus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan.

Di dalam cerita Cikgu Bidan, watak yang di bawa sebagai cikgu Anis adalah watak
yang sangat sesuai untuk isu yang saya pilih ini ialah tentang kepedulian guru.
Kepedulian guru adalah salah satu daripada fokus Etika Guru di mana Cikgu Anis
memainkan peranan yang sangat penting di sekolah tersebut. Mengapa saya
memilih Kepedulian Guru sebagai isu Etika dalam cerita Cikgu Bidan ini, adalah
kerana sifat dan sikap Cikgu Anis yang suka membantu orang kampung di tempat
tinggalnya tanpa mengambil endah pandangan negative yang dilemparkan oleh
Cikgu Roslan yang cemburu akan kelebihan dan sikap Cikgu Anis itu.

4
Di sekolah pula Cikgu Anis terkenal dengan sikap baik,ramah, penyayang terhadap
murid, membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan, rajin berkerja dan
menepati masa. Apabila murid menghadapi kesusahan. Antara situasi yang
menunjukkan isu kepedulian guru yang digarap daripada cerita Cikgu Bidan yang
dilakonkan oleh watak Cikgu Anis ialah seperti berikut:

Sikap cikgu anis yang suka membantu orang kampong tanpa meminta balasan
dantidak kira masa dan tempat. Beliau juga disegani oleh orang kampong dengan
sikap dan budi pekertinya itu. Selain itu Cikgu Anis juga seorang yang mudah
tersenyum. Hal ini sangat bersesuaian dengan isu etika iaitu kepedulian guru yang
mana kita boleh aplikasikannya di dalam kerjaya kita sebagai guru pada masa akan
datang.( Rujuk Lampiran 1).

Seterusnya situasi yang ditunjukkan didalam cerita ini menunjukkan sikap Cikgu
Anis yang peduli akan anak muridnya, beliau juga sangat prihatin dan segera
membanttu jika terdapat murid beliau menghadapi kesusahan, walaupun tidak
disukai oleh Cikgu Rosalan, Cikgu Anis tetap membantu murid tersebut. Hal ini
menunjukkan seikap beliu yang sangat disenangi oleh anak murid beliau. (Rujuk
Lampiran 2).

Situasi ketiga menunjukkan sifat kepedulian Cikgu Anis yang suka menolong orang
yang lebih susah dan memelukan pertolongan beliau kerana mempunyai kelebihan
dalam mengurut orang di kampong tersebut. Di dalam situasi di atas, Cikgu Anis
telah memberi bantuan kepada salah seorang makcik di kampong tersebut, dan
beliau membantu tanpa meminta sebarang balasan sekalipun.(Rujuk Lampiran 3).

Situasi yang keempat menunjukan sifat kepedulian Cikgu Anis terhadap isteri Cikgu
Roslan kerana Isterinya itu ingin melahirkan anak, walaupun Cikgu Roslan telah
menabur fitnah terhadap Cikgu Anis, namun beliau masih lagi ingin membantu isteri
Cikgu Roslan tanpa menyimpan sifat dendam walaupun sedikit. Hal ini kerana sifat
kepedulian Cikgu Anis dalam cerita tersebut sangat mendalam.(Rujuk Lampiran 4)

Situasi yang ditunjukkan di lampiran 5 menunjukkan sifat kepedulian Cikgu Anis


terhadap masyarakat di dalam Cerita Cikgu Bidan. Cikgu anis telah memberi ubat
secara percuma kepada makcik tersebut tanpa meminta upah dan membantu
dengan penuh keikhlasan. Beliau juga seorang guru muda yang memumpuanyai

5
peribadi yang baik dan berbudi bahasa, inilah sifat kepedulian yang sangat baik.
Rujuk Lampiran 5).

3.0 Kesimpulan

Profesion guru sentiasa terikat dan dipandu oleh kod Etika Keguruan. Justeru setiap
perlakuan dan isu yang berkait dengan mereka harus sentiasa ditangani secara baik
agar imej profesion tidak akan tercemar. Sememangnya dalam apa-apa profesion
sekali pun, pasti aka nada setitik nila yang merosakkan sebelangan susu. Ini tidak
dapat dielakkan akan tetapi boleh dikurangkan. Apabila seseorang guru itu Berjaya
menyusun kehidupan professional dan peribadi mreka seiring dengan nilai-nilai
etika guru maka secara langsung martabat,prestasi dan produtiviti mereka akan
meningkat.
Guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis nduan
bagaimana guru harus bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod etika yang
diperkenalkan sesui untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod etika perguruan
menyatakan dengan jelas tentang akuntabiliti guru terhadap pemegang amanah
dalam bidang pendidikan.
Berdasarkan perbincangan yang telah dihuraikan dalam tugasan ini, kerjaya guru
dilihat memerlukan tindakan yang aktif dan responsif daripada guru. Guru tidak lagi
sekadar menunggu arahan dan tunjuk ajar dari pihak atasan sahaja sebelum
bertindak. Dalam melaksanakan segala tindakan tersebut, pematuhan kepada etika,
memenuhi tugas dan tanggungjawab kepada yang memerlukan. Seperti didalam
cerita cikgu bidan, cikgu Anis telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya
dengan penuh dedikasi.
Melalui kesantunan guru pula, isu etika adalah sangat penting untuk guru
mengaplikasikanya di dalam kelas, seperti isu kepedulian guru yang dipilih oleh
saya yang digarap dalam cerita Cikgu Bian ini. Di dalam penceritaan ini Cikgu Anis
telah menunjukkan isu kepedulian seorang guru yang tinggi dan memberi manfaaat
kepada semua.

6
4.0 Rujukan

Akhiar Pardi, Muhammad Khushairi Jusoh & Shamsina Shamsuddin. (2015). Asas Kepimpinan

& Perkembangan Profesional. Bangi : Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd

Mok Song Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI .Sekolah Rendah.

Subang Jaya Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Syed Ismail, Ahmad Subki. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional.
Selangor Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Mohamed (1999). Pengurusan Strategik Di Sektor Pendidikan
Serdang :
Penerbit Universiti Putra Malaysia

Dilayari pada 2 mac 2017


https://budhiwoodcutter.blogspot.my/2013/05/asas-asas-kepemimpinan-
agama-hindu.html

dilayari pada 5 Mac 2017


http://fk-bk.blogspot.my/2013/03/asas-fungsi-dan-metode-
kepemimpinan.html

7
5.0 Lampiran

Lampiran 1

8
Lampiran 2

Lampiran 3

9
Lampiran 4

Lampiran 5

10

Anda mungkin juga menyukai