Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Apabila dewasa nanti, ______ ingin A. baharu

menjadi pakar bedah, kata Julia kepada B. layu
neneknya. C. suram
A. kamu D. usang
B. kami
C. saya 7. Air sungai itu menjadi ______ akibat
D. kita penerokaan hutan yang tidak terkawal.
A. kelat
2. Wahai Laksamana! Bersiap sedialah B. ketat
kerana _______ akan berangkat ke C. keruh
Majapahit sebelum matahari terbit D. kasar
esok, titah Sultan Mansur Shah.
A. beta 8. Kamarul ______ kerana dia tidak dapat
B. hamba menyertai program khidmat masyarakat
C. tuanku di kampungnya.
D. baginda A. gusar
B. celaru
3. Anand ______ maklumat tentang pulau- C. keliru
pulau pelancongan di Malaysia kepada D. kecewa
Cikgu Hasnol sebentar tadi.
A. melaporkan Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.
B. mengumumkan
C. membekalkan
D. menyerahkan

4. Setelah melihat banyak tetamu berada di

rumahnya, Fatin berasa ______ untuk
keluar dari biliknya.
A. malu
B. selesa
C. bangga 9. Terdapat dua busut _________ yang besar
D. rindu di ladang kepala sawit itu.
A. anai-anai
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini. B. ubur-ubur
C. abuk-abuk
D. angkut-angkut

10. Hana pergi ke pejabat pos ________

mengeposkan rakan penanya sekeping
poskad.
A. akan
B. untuk
C. demi
D. dengan
5. Ayah menggunakan ________ gergaji untuk
11. Hari Pahlawan disambut pada setiap
memotong dahan-dahan pokok besar
tahun bagi mengenang jasa _______
yang tumbang itu.
tanah air.
A. sebuah
A. ketua-ketua
B. sebilah
B. anak-anak
C. selaras
1 C. budak-budak
D. sebatang
D. perajurit-perajurit
6. Rumah teres dua tingkat itu kelihatan
12. Gamat mampu hidup walaupun
______ kerana sudah lama tidak didiami
badannya ______ dan akan bercantum
orang.
semula setelah dicampak ke dalam laut.
A. dipotong-potong
B. disiat-siat
C. dicarik-carik
D. dilumat-lumat Pilih ayat yang betul.
16. A. Ayah sedang membaca senaskhah
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah. surat khabar.
B. Beberapa biji rumah di Kampung Melati
musnah dipukul ribut semalam.
C. Harga sebuah pensel itu dua ringgit
setengah.
D. Ibu membeli sesikat sayur di pasar.

13. Encik Dahlan ________ surat khabar yang

berlonggok di situ sebelum
menghantarnya ke pusat kitar semula.
A. ikatan
B. terikat
C. pengikat
D. mengikat

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat

yang diberikan.

14. Buku-buku rujukan itu disusun oleh kakak

di rak buku.
A. Kakak menyusun buku-buku itu di rak
buku rujukan.
B. Kakak menyusun buku-buku rujukan itu
di rak buku.
C. Kakak menyusun buku-buku di rak buku
rujukan itu.
D. Kakak menyusun buku-buku rujukan di
rak buku itu.

15. Persembahan tarian singa itu terpaksa

dibatalkan kerana hujan lebat.
A. Pembatalan persembahan tarian singa
itu mungkin akibat hujan lebat.
B. Oleh sebab hujan lebat, persembahan
tarian singa itu terpaksa dibatalkan.
C. Persembahan tarian singa yang lebat itu
terpaksa dibatalkan kerana hujan.
D. Hujan turun dengan lebatnya kerana
persembahan tarian singa itu terpaksa
dibatalkan.

Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar
dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap bari. Malah, ibu anda mungkin akan
berleter sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya?
Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan
anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak,
perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Namun begitu, anda
2
juga diingatkan supaya tidak makan terlalu banyak ketika lapar kerana dikhuatiri anda akan
kekenyangan dan berasa mengantuk.
Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang berbuat
Soalan 17 hingga
demikian 20
kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut berbahaya. Jangan ikat perut.
Baca
Tahukah anda bahawakemudian
petikan di bawah, jawab
perut yang soalan-soalan
kosong yang
tidak dapat berikut.
membekalkan tenaga kepada anda? Badan
anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda
menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses
oleh asid tersebut untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh.
Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda
terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran.
17. Apakah punca utama sakit perut?
A. Terlalu banyak makan ketika perut
kosong. 20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
B. Tidak makan makanan yang berkhasiat A. Sarapan perlu diambil pada waktu
ketika bersarapan. petang.
C. Tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut B. Badan akan menjadi lemah jika kita
yang kosong mengambil sarapan.
D. Lapisan perut dihakis oleh asid kerana C. Kita akan diserang penyakit gastrik jika
tiada makanan untuk diproses tidak makan.
D. Kita dapat menumpukan perhatian pada
18. Sesetengah orang tidak bersarapan kerana pelajaran jika tidak bersarapan.
ingin
A. kurus dan berjimat cermat
B. menjaga badan dan mengekalkan
kesihatan
C. kurus dan menghadapi pelajaran dengan
tenang
D. menjaga badan dan membahayakan diri

19. Mengapakah kita diingatkan agar tidak

mengabaikan sarapan?
A. Ibu akan berleter jika kita tidak makan
B. Sarapan penting untuk kesihatan
C. Banyak makanan lazat dihidangkan
ketika sarapan
D. Kita akan lebih sihat jika kita tidak
bersarapan

3
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

meluaskan membacakan mengisikan membelikan

meluas membaca mengisi membeli

Pada waktu rehat, kantin sekolah menjadi tempat tumpuan murid untuk _______________ makanan.
Namun begitu, ada juga murid yang _______________ masa rehat tersebut dengan mengunjungi
perpustakaan sekolah. Mereka ________________ buku-buku cerita dan surat khabar yang disediakan di
situ. Selain itu, mereka membuat ulang kaji pelajaran dan perbincangan berkumpulan. Pengisian masa
dengan aktiviti yang berfaedah ini membantu murid menimba ilmu dan _____________________
pengetahuan.
[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat tanya : ___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Jawapan : Guru penasihat Kelab Doktor Muda di sekolah saya ialah Cikgu Rashidah.
[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

___________________________________________________________________________________________________

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Buah nona atau nama saintifiknya, annona squamosa merupakan sejenis buah yang boleh
dimakan. Bentuk buah nona bulat dengan kulit yang berbonggol dan mempunyai biji yang banyak.
Rasa buah nona masam manis.
Penanaman pokok nona mudah sekali. Tumbuhan ini ditanam daripada biji. Biji buah nona
amat keras dan berwarna coklat kehitaman. Tinggi pokok nona boleh mencapai sehingga sehingga
lapan meter. Selepas lapan bulan disemai, pokok nona akan mengeluarkan hasil. Buah nona yang
sudah masak amat lembut dan isinya lebih mudah dikeluarkan.
Buah nona kaya dengan khasiat seperti protein, kalsium, fosforus dan vitamin C. Selain itu,
buah nona mengandungi antioksidan, kalium dan magnesium. Antioksidan dapat melawan radikal
bebas di dalam tubuh. Kalium dan magnesium pula bermanfaat untuk melindungi diri daripada
serangan penyakit jantung. Sementara itu, vitamin A yang terdapat dalam buah nona baik untuk
penjagaan kulit, rambut dan mata.
Khasiat buah nona yang lain ialah dapat membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu
pertumbuhan kanak-kanak. Sementara itu, daunnya dapat dijadikan ubat untuk merawat bengkak
bernanah, cirit-birit dan masalah radang usus.

a. Bentuk buah nona

_________________________________________________________________________________
[1 markah]

b. Bagaimanakah sifat buah nona yang sudah masak?

___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.
Pokok nona boleh mencapai
ketinggian sehingga lapan meter.

Buah nona kaya protein, kalsium,

fosforus, vitamin C, vitamin A, kalium
dan magnesium. betul

Pokok nona ditanam daripada

batangnya. salah

Antioksidan dalam buah nona baik

untuk penjagaan kulit, rambut dan
mata.

[2 markah]

Soalan 24
Baca petikan laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Program Minggu Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang telah menganjurkan program
Minggu Bahasa Melayu bermula 10 Oktorber 2016 ingga 14 Oktober 2016. Program ini telah
dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Haji Lokman Bin Sakiman.
Pelbagai acara yang berkaitan dengan Bahasa Melayu telah diadakan sepanjang program
tersebut. Antaranya termasuklah pertandingan bercerita, pertandingan pidato, berbalas pantun
dan kuiz bahasa. Melalui acara-acara tersebut, murid-murid dapat mengasah bakat terpendam
dalam diri mereka.
Guru-guru Bahasa Melayu yang diketuai oleh ketua panitia Bahasa Melayu, Puan Salmah binti
Abdullah telah mengadili semua pertandingan yang diadakan. Mereka mengadili pertandingan itu
dengan adil.
Pada hari terakhir, acara penyampaian hadiah diadakan. Acara tersebut disempurnakan oleh
guru besar. Beliau menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang.
Program Minggu Bahasa Melayu pada tahun ini berjaya mencapai matlamatnya. Kejayaan ini
bertitik tolak daripada kerjasama dan komitmen ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu.

Laporan disediakan oleh, 20 OKTOBER 2016

Mawar
(MAWAR BIN BAHARUDIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang

a. Perkaaan bakat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

____________________________
[1 markah]

b. Siapakah yang mengadili pertandingan bercerita?

___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Apakah sebab Program Minggu Bahasa Melayu pada tahun ini berjaya mencapai matlamatnya?
___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Adakah program berbentuk bahasa perlu diadakan setiap tahun? Mengapa?

___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Burung-burung
bebas di angkasa
terbang ke sana ke sini tanpa
gangguan
kicaumu sungguh menghiburkan
hari yang lara menjadi girang
fikiran yang kacau menjadi tenang.

Burung-burung
terbang di angkasa tinggi-tinggi
bebas mencari makanan
di alam yang terbentang luas
tiada halangan.

Namun kini
alam kian berubah
pembangunan semakin pesat
terbangmu burung bagai disekat.

a. Apakah maksud rangkap terakhir sajak di atas?

___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[2 markah]
b. Bagaimanakah keadaan burung sebelum pembangunan kian pesat?
___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[1 markah]
c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
sajak tersebut.

Kicau burung menenangkan fikiran Kemajuan negara memudahkan

[1
burung mencari makanan
markah]

Kicaumu sungguh menghiburkan

hati yang lara menjadi girang
d. Terangkan maksud baris-baris sajak di bawah.
___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Anda mungkin juga menyukai