Anda di halaman 1dari 2

Tugasan bagi subjek Algebra Linear ini adalah masalah pengaturcaraan linear.

Kami
dikehendaki untuk menghasilkan satu laporan kajian mengenai masalah situasi sebenar yang
boleh diselesaikan secara pengaturcaraan linear. Kami dikehendaki untuk menemubuak
seorang pengurus atau pemilik perniagaan di mana perniagaan tersebut mempunyai set
matlamat dan kekangan masing-masing. Berdasarkan data yang dikumpul, kami perlu
menganalisis dan memodelkan situasi sebenar tersebut ke dalam bentuk masalah
pengaturcaraan linear.

Untuk menjalankan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya iaitu saudara Sia Jia Ren
telahpun menemubul seorang pemilik kilang perabot, Encik Tan untuk mengumpulkan data bagi
menghasilkan pengaturacaraan linear. Sebelum kami menjalankan temu bual dengan Encik
Tan, kami telah berbincang, merangka dan membina soalan yang akan ditanyakan kepada
Encik Tan. Kaedah temu bual juga dikenali sebagai temu bual separa struktur di mana
beberapa soalan akan dibina untuk ditanyakan kepada Encik Tan dan seterusnya soalan juga
akan ditambahkan bergantung pada maklum balas yang diberikan oleh Encik Tan semasa temu
bual itu berlaku.

Selepas menemu bual, kami mengeluarkan data-data daripada dialog temu bual
tersebut dan diklasifikasikan ke dalam bentuk jadual supaya maklumat yang dikumpul boleh
dinampak dengan jelas melalui jadual. Seterusnya, kami juga membentuk persamaan dengan
menggunakan maklumat yang didapati. Selepas mendapat persamaan, kami menggunakan
perisian komputer iaitu Microsoft Excel untuk membuat pengiraan.

Semasa menjalankan tugasan ini, kami menghadapi beberapa masalah. Antaranya


masalah adalah kami menghadapi kekangan masa dalam menemu bual sasaran yang perlu
ditemubual iaitu pemandu teksi kerana pemandu teksi tersebut berada di negeri Johor dan kami
tidak mempunyai masa ruang untuk pergi ke Johor untuk menemu bual pemandu teksi tersebut.
Dengan ini, kami terpaksa menukar tajuk tugasan kami. Tajuk kami yang kedaua adalah
berkaitan dengan makanan kucing. Dengan ini, kami pun telah pergi ke klinik haiwan di Lipis
untuk menemu bual dengan doktor di sana. Apabila sampai di klinik haiwan tersebut, kami
diberitahu bahawa klinik tersebut tidak mempunyai doktor haiwan tetapi mempunyai teknikal
sahaja. Jadi, maklumat yang diingini dalam tugasan kami tidak didapati. Dengan ini, kami
bertukar tajuk tugasan kami lagi sehinggalah dapat. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah
berbincang dengan rakan yang lain untuk bertanya pendapat mereka dalam melaksanakan
tugasan tersebut. Kami juga mencari maklumat di internet yang berkaitan dengan
pengaturcaraan linear ini.
Kami juga diminta untuk menggunakan perisian komputer dalam menghasilkan tugasan
kami. Masalah yang dihadapi adalah kami tidak tahu cara penggunaan perisian komputer untuk
menyelesaikan soalan. Dengan ini, kami pun telah meminta tunjuk ajar daripada rakan kami
iaitu Syahrin tentang cara untuk menggunakan perisian tersebut. Selain itu, kami juga membuat
rujukan kepada video di laman web yang menunjukkan cara penggunaan perisian tersebut
dengan jelas.

Sepanjang proses menjalankan tugasan ini, saya telah berfikir soalan yang akan
digunakan dalam temu bual. Saya perlu merangka dan membina soalan yang berkaitan dengan
tajuk saya dengan betul supaya sesi temu bual boleh dijalankan dengan lancar. Di samping itu,
pembinaan soalan temu bual terlebih dahulu juga membantu kami dalam menjimatkan masa
dan tenaga kami. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana jika kami tidak membina soalan
temu bual terlebih dahulu, maka kami akan menghadapi keciciran maklumat. Keciciran
maklumat berlaku kerana kami tidak dapat menjalankan temu bual dengan baik dan bukan
semua maklumat yang diperlukan tersebut didapati dalam sesi temu bual tersebut. Dengan ini,
sesi temu bual kali kedua perlu dijalankan untuk memenuhi kehendak terhadap maklumat yang
tercicir tersebut. Perancangan soalan temu bual dapat membantu saya untuk berfikir secara
kritis.

Selain itu, saya juga dapat berfikir secara kritis apabila saya menjalankan penganalisian
data. Saya perlu menganalisis semua data yang dikumpul sama ada data tersebut diperlukan
dalam menghasilkan persamaan atau tidak. Saya juga menjalankan analisis data dengan
menukarkannya dalam bentuk laporan. Selain daripada menganalisis data, kami juga membuat
pengelasan data di mana data yang dikumpul dikelaskan dalam jadual.

Secara kesimpulannya, semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini, kami telah
menghadapi pelbagai masalah dan nasib baik semua masalah tersebut telah berjaya
diselesaikan. Sepanjang proses menyempurnakan tugasan kerja kursus ini, saya dapat
mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini dengan baik dalam mengumpul
maklumat, mengelaskan maklumat, menganalisis maklumat dan membuat kesimpulan.

Anda mungkin juga menyukai