Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (IPGKTAA)


27200 KUALA LIPIS

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM AMBILAN JUN 2014

Kertas Kerja ini dibentangkan dengan tujuan mendapatkan :


i- Punca kuasa melaksanakan program
ii- Kelulusan peruntukan kewangan untuk melaksanakan program
iii- Kelulusan menggunakan bas IPG.

1.0 PENGENALAN

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu


program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui kegiatan
kokurikulum, guru pelatih dapat melibatkan diri dalam unit beruniform dan menjadi
pemangkin kecemerlangan di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Program
Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan program yang diwajibkan kepada guru pelatih
Ambilan Jun 2014 untuk memenuhi kehendak kursus kokurikulum unit beruniform II (WAJ
3111). Perkhemahan ini dilaksanakan selama 4 hari 3 malam dengan mengadakan aktiviti-
aktiviti yang dikehendaki di dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) yang ditetapkan.
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
melalui penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

2.0 RASIONAL

Pelaksanaan perkhemahan ini bertujuan untuk memantapkan pembinaan ciri-ciri


peribadi, sosial dan profesional insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah melalui aktiviti-
aktiviti ilmiah dan aktiviti dalam kehidupan sebenar dengan menerapkan kemahiran
insaniah. Selain itu, ia dirancang untuk memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada
guru pelatih supaya guru pelatih dapat mengetahui, memahami, menguasai ilmu yang
berkaitan perkhemahan supaya semua ilmu yang didapati dapat dipraktikkan di sekolah
yang akan berkhidmat pada masa akan datang. Program ini juga adalah satu aktiviti luar
bilik darjah yang dapat mengeratkan hubungan sesama guru pelatih dan mewujudkan
hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih tanpa mengira agama, kaum dan
bangsa.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014 1/6


3.0 MATLAMAT

Perkhemahan Unit Beruniform ini bertujuan untuk melahirkan guru pelatih yang
memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidik yang berpengetahuan, berdaya maju,
berdaya tahan, dan berdaya saing. Perkhemahan unit beruniform ini juga dijalankan untuk
memberi pendekatan kepada guru pelatih tentang kepimpinan, disiplin dan kerjasama yang
perlu ada dalam setiap guru pelatih. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesempatan
kepada guru pelatih untuk merancang, mengendalikan dan menguruskan program
perkhemahan unit beruniform.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyediakan perancangan aktiviti perkhemahan unit beruniform sekolah.


4.2 Mengaplikasikan kemahiran kepemimpinan dalam perancangan, pengurusan serta
pelaksanaan perkhemahan unit beruniform melalui kerjasama berpasukan.
4.3 Mempamerkan kemahiran asas perkhemahan serta kerjasama dalam aktiviti semasa
perkhemahan unit beruniform.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

5.1 Tarikh : 3-6 April 2016.


5.2 Tempat : Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

6.0 PELAKSANAAN

6.1 Ikhtiar hidup


- Masakan ala rimba dan solar
- Membuat perangkap
6.2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan
6.3 Kebudayaan
- Permainan tradisional
- Malam kebudayaan
6.4 Pengembaraan
- Membaca kompas

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014 2/6


7.0 PENYERTAAN

7.1 50 Pelajar Semester 6 Ambilan Jun 2014


(Senarai Peserta Dilampirkan)
7.2 10 orang pensyarah Unit Kokurikulum

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

8.1 Jawatankuasa Induk

Penaung : Tn. Haji Abdullah bin Mohd Yusof.,SMP


Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Pengerusi : Dr. Abd Shatar bin Che Abd Rahman.,AAP


Timbalan Pengarah

Timbalan Pengerusi 1 : En. Mohd Rasdi b Sa’amah


Setiausaha Akademik

Timbalan Pengerusi 2 : En. Shukri b Mat Yaacob


Ketua Unit Kokurikulum

Penyelaras : En. A. Jailani bin Che Abas

Setiausaha : En. Nik Zaidi bin Ismail

Bendahari : Pn Zuharni bt Abdul Malek., PKC

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014 3/6


8.2 Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Unit Beruniform (PISMP Ambilan Jun 2014)

Pengerusi : Tay Shan Shen

Naib Pengerusi : Effa Nadhira Farhana binti Sapawi

Setiausaha : Wan Nur Syamimi binti Wan Azmi

Bendahari : Nurul Afiqah binti Osman

AJK:

Peralatan : Liew Soo Hui


: Yeow Jing Yuan

Tempat/Kebersihan : Sia Jia Ren


: Nashiera

Makanan : Ooi Rui Yin


: Ng Mu Xue

Aktiviti : Tay Shi Ying


: Lim Shi Cai

Hadiah : Nur Amira


: Nazirah Alan Hafifi

Pengangkutan : Mohd Shafiq bin Hj Saini


: Ilya Yohana Renyta

Keselamatan : Syahrin Nadzif bin Sumadi


: Syamsul

Fotografi/Multimedia : Tan Lean Chuen


: Nur Fadhilah binti Mazlan

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014 4/6


9.0 TENTATIF PROGRAM
(Tentatif Program Dilampirkan)

10.0 SENARAI ALATAN


(Senarai Alatan Program Disertakan)

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL KEWANGAN JUMLAH CATATAN


(RM)
1. Makan Ditanggung oleh IPG:
RM 18 x 50 orang x 4 hari 3600 RM 10 x 50 orang x 4 hari = RM 2000
Selebihnya akan dibayar oleh pelajar
Semester 6 Ambilan Jun 2014
2. Cenderamata
RM 10 x 10 orang 100 Dibayar oleh pelajar Semester 6
RM 50 x 3 hamper 150 Ambilan Jun 2014

3. Buluh
RM 5 x 50 orang 250 Dibayar oleh pelajar Semester 6
Ambilan Jun 2014
4. Sewa Tapak
RM 7 x 3 hari x 50 orang 1050 Dibayar oleh pelajar Semester 6
Ambilan Jun 2014
5. Pengangkutan
1 buah bas - Membuat permohonan penggunaan
4 buah kereta Pensyarah bas IPGKTAA.

6. Peralatan tambahan 100 Dibayar oleh pelajar Semester 6


(Aktiviti) Ambilan Jun 2014

Jumlah 5250

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014 5/6


12.0 PENUTUP/SYOR
Semoga kertas cadangan pelaksanaan Perkhemahan Unit Beruniform
Semester 6 Ambilan Jun 2014 ini akan diluluskan dan kerana perkhemahan unit
beruniform ini dilaksanakan atas keperluan dalam silibus. Usaha ini memberi manfaat
yang besar dalam membina jati diri bakal guru yang berketerampilan. Diharapkan juga
program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan halangan.
Terima kasih tidak terhingga atas sokongan penuh Yang Berbahagia Tuan Pengarah
dan kepimpinan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yang sentiasa menyokong usaha-
usaha mempertingkat pembinaan jiwa insaniah guru.

Disediakan,

____________________________
(WAN NUR SYAMIMI BINTI WAN AZMI)
Setiausaha,
Perkhemahan Unit Beruniform Sem 4 Ambilan Jun 2014

Disemak, Ulasan :

________________________
________________________
________________________ ________________________
(A. JAILANI BIN CHE ABAS)
Penyelaras Unit Beruniform

Disokong, Ulasan:
________________________
________________________
______________________________ ________________________
(SHUKRI BIN MAT YAACOB, AMP.)
Ketua Unit Kokurikulum,

Diluluskan, Ulasan:
_______________________
_______________________
_____________________________________ _______________________
(HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP.)
Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014 6/6

Anda mungkin juga menyukai