Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM SEKOLAH 2016

1.0 Latar Belakang

Perkhemahan adalah penting untuk semua murid. Program seperti ini harus dijalankan
dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan murid di samping dapat menambah
ilmu pengetahuan murid dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum
mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menyenangkan dikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan untuk memastikan kandungan kurikulum dapat dikuasai secara tidak langsung
tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan semua murid mempunyai potensi
diri masing-masing yang perlu dikenalpasti. Selain itu, program yang berbentuk luar bilik darjah
ini dapat memberi peluang kepada murid untuk menjalani kehidupan yang sebenar.

2.0 Tujuan

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta
berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri,
masyarakat, bangsa, Negara dan agama.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang
kepada para peserta dalam memperkembangkan potensi diri masing-masing dari segi
kepimpinan dan kreativiti di samping mengukuhkan disiplin kendiri, semangat kerjasama dan
kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Pelaksanaan perkhemahan unit beruniform ini juga adalah untuk melahirkan generasi muda
yang berwawasan, mempunyai imej kendiri yang posititf, berakhlak mulia dan mampu menangani
segala masalah dan cabaran dalam hidup.

3.0 OBJEKTIF
Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini dapat:

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

1
2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin.
4. Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
5. Memberi peluang kepada para peserta untuk mengembangkan bakat dan
kebolehan mereka dalam diri masing-masing.
6. Memupuk semangat bekerjasama dalam ahli unit beruniform.
7. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam
suasana semula jadi yang kondusif.

4.0 SASARAN PESERTA


Semua ahli Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan Puteri Islam dan semua guru
pemimpin Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek.

5.0 MAKLUMAT PERKHEMAHAN


Perkhemahan ini akan diadakan pada:

Tarikh: 7 & 8 Oktober 2016


Hari: Jumaat & Sabtu
Tempat: SK Kampong Keledek

6.0 STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi : Hajah Khadijah binti Mat Amin, PKC


Guru Besar SK Kampong Keledek

Naib Pengerusi : Puan Norhayati binti Ismail


GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi Bersama 1 : Puan Noriah binti Nor


GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi Bersama 2 : Encik Ajib bin Othman


GPK Hal Ehwal Murid

2
Setiausaha : Cik Christina Su Eng Yi

Bendahari : Puan Ainul Farilah binti Aminuddin

Kem Komadan : Encik Mohd Fauzi bin Seti

Penolong Kem Komadan : En Zahid bin Razak

QM : Puan Rosilawati binti Mohamed

Penolong QM : Cik Samsina binti Badrin

AJK Pendaftaran : Puan Kamilah binti Azmi

AJK Persiapan Tempat : 1. Encik Zahid bin Razak


2. Encik Azrul bin Sahmah
3. En Mohd. Fauzi bin Seti
4. Encik A. Sabri
5. Encik Mohd. Azizi

AJK Peralatan : 1. Puan Nurzalina


2. Puan Salina binti Osman
3. Cik Ain Nur Syahidah
4. Puan Quek Siew Leng

AJK Siaraya : 1. Encik Mohd. Fauzi bin Seti


2. Encik Samsir Amir
3. Encik Ajib bin Othman

AJK Penyelaras Pertandingan: 1. Puan Norhayati binti Ismail


2. Cik Effa Nadhira Farhana binti Sapawi
3. Cik Siti Adiela binti Faudi

3
AJK Broshur & Dokumentasi: 1. Encik Azrul bin Sahmah
2. Puan Norfilah binti Ismail

AJK Hadiah : 1. Puan Kamilah binti Azmi


2. Puan Norfilah binti Ismail
3. Puan Sayyidah binti Najwa

AJK Makanan : 1. Puan Rosilawati binti Mohamed


2. Puan Quek Siew Leng
3. Puan Fardynani binti Mazlan
4. Puan Salina binti Osman

AJK Keselamatan : Encik Zahid & Pengawal Keselamatan

AJK Majlis Penutup : 1. Puan Noraidah binti Absyar


2. Puan Norasiah binti Hamdan

Pengacara Majlis : Puan Salina binti Osman

AJK Kebersihan : Semua guru

7.0 TENTATIF
(Tentatif Program Dilampirkan)

8.0 SENARAI ALATAN


(Senarai Alatan Program Disertakan)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

A. JUMAAT 7 Oktober 2016 ( Hari pertama)


Bil. Perkara Kuantiti (orang) Harga (RM) Jumlah (RM)
1. Sarapan pagi 16 16 x RM3.00 RM 48.00
2. Minum pagi 16 16 x RM3.00 RM 48.00
3. Makan tengahari 16 16 x RM5.00 RM 80.00

4
4. Minum petang 16 16 x RM3.00 RM 48.00
5. Makan malam 16 16 x RM5.00 RM 80.00
6. Minum malam 16 16 x RM3.00 RM 48.00
JUMLAH RM 352.00

B. SABTU 8 Oktober 2016 ( Hari kedua )


Bil. Perkara Kuantiti (orang) Harga (RM) Jumlah (RM)
1. Sarapan pagi 16 16 x RM3.00 RM 48.00
2. Minum pagi 16 16 x RM3.00 RM 48.00
3. Makan tengahari 16 16 x RM5.00 RM 80.00
4. Minum petang 16 16 x RM3.00 RM 48.00

JUMLAH RM 224.00

JUMLAH = RM 576.00
Anggaran Perbelanjaan Perkhemahan
A. Makan (16 x RM22 x 1 hari) + (16 x RM14 x 1 hari) = RM 576.00
Jumlah Besar = RM 576.00
Anggaran Perbelanjaan Perkhemahan
A. Makan = RM 576.00
B. Bahan habis guna dan cenderamata = RM 585.00
Jumlah Besar = RM 1161.00
Sumber Kewangan : Peruntukan daripada kewangan sekolah (Unit Kokurikulum)

10.0 PENUTUP
Semoga kertas cadangan pelaksanaan Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan
ini akan diluluskan dan kerana perkhemahan unit beruniform ini dilaksanakan atas keperluan
kepada pembelajaran murid. Usaha ini memberi manfaat yang besar dalam membina jati diri
murid yang berketerampilan. Diharapkan juga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar
tanpa sebarang masalah dan halangan. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan penuh Guru
Besar SK Kampong Keledek dan semua warga sekolah yang sentiasa menyokong usaha-usaha
mempertingkat pembinaan jati diri murid.

5
Disediakan,

____________________________
(CHRISTINA SU ENG YI)
Setiausaha,
Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan

Disemak,

________________________
(NORHAYATI BINTI ISMAIL)
GPK Kokurikulum

Disokong,

______________________________
(NORIAH BINTI NOR)
GPK Pentadbiran

Diluluskan,

_____________________________________
(HAJAH KHADIJAH BINTI MAT AMIN, PKC)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek.

6
TENTATIF PROGRAM
Hari Pertama
Masa Hari
(7.10.16)
0800 –1000 Pendaftaran & Taklimat Mendirkan Khemah
1000 – 1200 Aktiviti 1 (Pertandingan Memasak)
1200 - 1430 Makan & Solat Zohor
1430 – 1700 Latihan Persembahan
Solat ASAR
1700 – 1900 Makan
Pengurusan Diri
SOLAT MAGHRIB, TAZKIRAH
1900 – 2100
SOLAT ISYA’
2100 – 2300 Malam Kebudayaan

Hari Pertama
Masa Hari
(8.10.16)
Pengurusan Diri
0500 – 0630 SOLAT SUBUH
Berjemaah & Tazkirah
0700 – 0800 Senaman pagi
0800 – 0830 Minum pagi
Aktiviti Mini Gajet
0830 – 1100
Aktiviti Jelajah Minda
Aktiviti Jahitan
1100 – 1200
Aktiviti Origami
Makan
1300 – 1400
SOLAT ZUHUR
1430 – 1500 Majlis Penutup
1500 – 1600 Mengemas
SOLAT ASAR BERJEMAAH
1630 – 1700
Balik

7
SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM 2017

SENARAI PERALATAN CATATAN


1. Peti pertolongan cemas
2. Kompas
3. Cangkul
4. Plastik beg hitam besar (satu kotak)
5. Penyapu
6. PA system
7. Torchlight x5
8. Garam x 5
9. Tali raffia
10. Parang
11. Gergasi
12. Khemah x10
13. Pencuci Pingan x5
14. Gas x1
15. Penukul x5
16. Bekas memasak besi
17. Lilin masak

Anda mungkin juga menyukai