Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


PENGHARGAAN 2
PENGENALAN 3
1.0 OBJEKTIF DAN TUJUAN KAJIAN 4
2.0 JENIS-JENIS DATA YANG DIGUNAKAN 5
3.0 MENGANALISIS DAN MENJADUAL DATA 6-7
4.0 PERWAKILAN DATA DAN MEMBUAT PENGIRAAN 8-11
5.0 MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT INFERENS 12
6.0 KESIMPULAN 13
7.0 REFLEKSI 14-15
8.0 RUJUKAN 16
9.0 LAMPIRAN

PENGHARGAAN

1
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada Tuhan yang Mahabaik keran telah
memberikan saya peluang untuk belajar di IPGKBM. Jika bukan kerana kepercayaan saya
kepada-Nya, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini untuk menimba ilmu.

Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada seluruh keluarga saya kerana
sentiasa memberikan sokongan penuh kepada saya dan sentiasa hadir untuk menguatkan
semangat saya ketika saya hamper putus asa untuk meneruskan perjuangan saya di sini.

Selain itu, saya juga amat menghargai segala perkongsian yang sudi diberikan oleh
sahabat-sahabat seperjuangan berkaitan dengan tugasan ini sehinggalah tugasan ini
terlaksana.

Setinggi-tinggi penghargaan terutama sekali kepada pensyarah Puan Nor Afizah


Binti Mohd Noor selaku pensyarah Statistik Asas kerana sentiasa mengongsikan maklumat
yang membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Semoga Tuhan memberkati kita semua.

PENGENALAN

2
Pengumpulan data bermaksud satu cara untuk mendapatkan maklumat
dalam satu rangka yang mudah bagi mencapai satu tujuan kajian. Dengan
pengumpulan data, kita dapat melihat maklumat dengan mudah kerana cara ini lebih
sistematik dan kita dapat menentukan ataupun mendapatkan maklumat yang kita
mahu dengan lebih mudah dan teliti. Namun demikian, jawapan itu masih perlu diuji
secara empirikal. Data yang dikumpulkan ditentukan oleh pembolehubah-
pembolehubah yang ada dalam hipotesis. Data itu dikumpulkan oleh sampel yang
telah ditentukan sebelumnya. Sampel tersebut terdiri atas sekumpulan unit analisis.

Sebelum pengumpulan data itu dibuat, sebagai seorang pengumpul data,


adalah wajar bagi mengetahui cara-cara untuk mengumpul data. Terdapat tiga cara
umum yang selalu digunakan dalam pengumpulan data iaitu dengan cara membuat
pemerhatian, menemu-bual dan membuat kajian melalui borang soal selidik. Dalam
kajian yang kami jalankan, kami telah menggunakan ketiga-tiga kaedah ini, namun
begitu, kaedah membuat kajian melalui borang soal selidik menjadi sumber utama
kami dalam mendapatkan maklumat.

Wawancara adalah kaedah pengmbilan data dengan cara mengemukakan


sesuatu soalan kepada seseorang responden, caranya adalah dengan bercakap-
cakap secara bersemuka. Sambil membuat wawancara, kaedah pemerhatian juga
memainkan peranannya tersendiri. Pemerhatian adalah pengamatan dan pencatatan
secara sistematik terhadap unsur-unsur yang kelihatan dalam suatu gejala atau
gejala-gejala dalam objek kajian. Akhir sekali, kaedah membuat kajian menggunakan
borang soal selidik merupakan cara yang paling mudah. Hal ini disebabkan oleh
segala soalan hanya dikemukakan di atas kertas, dan ia terserah kepada responden
untuk menjawabnya mengikut prosidur yang telah ditetapkan.

Tidak dapat dinafikan, kajian tentang data ini amat penting dalam kehidupan
seharian kita lebih-lebih lagi kepada Negara kita. Tanpa analisis data, kita tidak akan
mengetahui graf pencapaian kita. Daripada graf tersebut, kita boleh melakukan
penambahbaikan untuk masa yang akan datang.

1.0 OBJEKTIF DAN TUJUAN KAJIAN

3
1.1 Mengkaji dan mengumpul maklumat tentang kekerapan pelajar PPISMP IPG
KAMPUS BAHASA MELAYU untuk mengulang kaji pelajaran selepas habis
waktu kuliah.
1.2 Menganalisis dapatan kajian dan membuat kesimpulan tentang kepekaan
pelajar PPISPM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU untuk membuat ulang kaji
selepas waktu kuliah.
1.3 Mengetahui isu yang berlaku dalam IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.
1.4 Mengukuhkan lagi pengetahuan tentang cara menganalisis data dengan betul
dan tersusun.
1.5 Membuat pengiraan ukuran kecenderungan memusat, serakan dan perihalan
data berdasarkan data yang dikumpul.
1.6 Mengbina perwakilan visual untuk data yang digumpul serta
mendokumentasikannya melalui analisis logik dan kritis.

2.0 JENIS-JENIS DATA YANG DIGUNAKAN

4
Dalam pengumpulan data, terdapat dua jenis data yang digunakan iaitu data
kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif bermaksud Data kualitatif adalah data yang
berbentuk kata-kata bukan dalam bentuk angka. Data kualitatif diperoleh melalui
berbagai macam teknik pengumpulan data misalnya wawancara, analisis dokumen,
diskusi terfokus, atau observasi. Bentuk lain data kualitatif adalah gambar yang
diperoleh melalui pemotretan atau rekaman video. Data kualitatif berfungsi untuk
mengetahui kualitas dari sebuah objek yang akan diteliti. Data ini bersifat abstrak
sehingga peneliti harus benar-benar memahami kualitas dari objek yang akan
diteliti. Data kuantitatif pula adalah data yang berbentuk angka atau bilangan. Sesuai
dengan bentuknya, data kuantitatif dapat diolah atau dianalisis menggunakan teknik
perhitungan matematik atau statistik. Data kuantitatif berfungsi untuk mengetahui
jumlah atau besaran dari sebuah objek yang akan diteliti. Data ini bersifat nyata atau
dapat diterima oleh pancaindera sehingga peneliti harus benar-benar teliti untuk
mendapatkan keakuratan data dari objek yang akan diteliti.

Data yang kumpulan kami gunakan adalah data jenis kuantitatif. Hal ini
deisebabkan oleh data yang kami kumpul melibatkan angka.

3.0 MENGANALISIS DAN MENJADUALKAN DATA

MASA DIAMBIL UNTUK BELAJAR(minit) KEKERAPAN


11-20 4
21-30 2

5
31-40 8
41-50 2
51-60 10
61-70 5
71-80 1
81-90 1
91-100 4
101-110 2
111-120 2

MASA DIAMBIL TITIK LONGGOKKA


SEMPADA SEMPADA
UNTUK KEKERAPAN TENGA N
N BAWAH N ATAS
BELAJAR(minit) H KEKERAPAN

1.0-10.0 0 0.5 10.5 5.5 0

11.0-20 4 10.5 20.5 15.5 4

21-30 2 20.5 30.5 25.5 6

31-40 8 30.5 40.5 35.5 14

41-50 2 40.5 50.5 45.5 16

51-60 10 50.5 60.5 55.5 26

61-70 5 60.5 70.5 65.5 31

71-80 1 70.5 80.5 75.5 32

81-90 1 80.5 90.5 85.5 33

91-100 4 90.5 100.5 95.5 37

101-110 2 100.5 110.5 105.5 39

111-120 2 110.5 120.5 115.5 41

6
KEKERAPAN
12

10

8
KEKERAPAN
6

0
1.0-10.0 21-30 41-50 61-70 81-90 101-110

Kajian ini telah kami jalankan di IPGKBM. Responden yang terlibat adalah semua
pelajar PPISMP 2A dan pelajar PPISMP 2B. Sebanyak 41 orang responden yang terlibat
dalam kajian kami ini. Kami menjalankan kajian tentang kekerapan pelajar PPISMP untuk
mengulangkaji pelajaran selepas waktu kuliah dalam masa satu hari. Soalan yang kami
nyatakan adalah berkenaan dengan berapa minit pelajar PPISMP belajar selepas waktu
kuiah, waktu mereka belajar dan sebab memilih waktu berkenaan.

4.0 PERWAKILAN DATA DAN MEMBUAT PENGIRAAN

POLIGON KEKERAPAN

7
TITIK
TENGAH KEKERAPAN
5.5 0
15.5 4
25.5 2
35.5 8
45.5 2
55.5 10
65.5 5
75.5 1
85.5 1
95.5 4
105.5 2
115.5 2
125.5 0

Chart Title
12
10
8
6
4
kekerapan
2
0

CARTA BAR

8
MASA DIAMBIL
UNTUK
BELAJAR(minit) KEKERAPAN
1.0-10.0 0
11.0-20 4
21-30 2
31-40 8
41-50 2
51-60 10
61-70 5
71-80 1
81-90 1
91-100 4
101-110 2
111-120 2

TEMPOH BELAJAR
(MINIT)

BILANGAN KEKERAPAN
PELAJAR
12

10

8
KEKERAPAN
6

0
1.0-10.0 21-30 41-50 61-70 81-90 101-110
MASA YANG DIAMBIL UNTUK BELAJAR
(MINIT)

CARTA PAI

9
MASA DIAMBIL
UNTUK
BELAJAR(minit) KEKERAPAN
1.0-10.0 0
11.0-20 4
21-30 2
31-40 8
41-50 2
51-60 10
61-70 5
71-80 1
81-90 1
91-100 4
101-110 2
111-120 2

masa yang diambil untuk pelajar belajar setelah tamat waktu kuliah
1.0-10.0
11.0-20
21-30
31-40
41-50
51-60
61-70
71-80
81-90
91-100
101-110
111-120

Formula yang digunakan:

10
Min : fx/f

Median : (jumlah kekerapan)

Mod : jumlah yang paling tinggi

Sisihan piawai : (fx^2/f) - min^2

Varians : (fx^2/f) - min^2

MASA
DIAMBIL
UNTUK titik
BELAJAR(mini had had tenga
t) KEKERAPAN bawah atas h (x) f*x f*x^2
1.0-10.0 0 1 10 5.5 0 0
11.0-20 4 11 20 15.5 62 961
21-30 2 21 30 25.5 51 1300.5
31-40 8 31 40 35.5 284 10082
41-50 2 41 50 45.5 91 4140.5
30802.
51-60 10 51 60 55.5 555 5
21451.
61-70 5 61 70 65.5 327.5 25
5700.2
71-80 1 71 80 75.5 75.5 5
7310.2
81-90 1 81 90 85.5 85.5 5
91-100 4 91 100 95.5 382 36481
22260.
101-110 2 101 110 105.5 211 5
26680.
111-120 2 111 120 115.5 231 5
2355. 167170
jumlah 41 5 .3

min 57.45122
mode 51-60
median 20.5
sisihan piawai 776.6805
varians 27.86899

11
TUGASAN INDIVIDU : VELLYZRO JOANNES

5.0 MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT INFERENS

Berdasarkan maklumat yang telah kami dapat, bilangan pelajar yang mengulang kaji
dalam masa sekitar 50-60 minit adalah 10 orang. Masa ini adalah masa kedua paling lama
yang diambil oleh pelajar untuk belajar. Masa paling lama secara purata yang diambil oleh
9 orang pelajar ialah diantara 60-70 minit untuk 5 orang dan 4 orang bagi masa diantara 90-
100minit. Manakala, masa paling singkat iaitu 10-20 minit pula adalah seramai 4 orang.

Berbalik kepada dapatan yang telah diperolehi melalui soal selidik yang dijalankan,
masa yang belajar pelajar PPISMP adalah tidak sama. Berdasarkan maklumat yang kami
dapat itu, dapat menunjukkan bahawa secara puratanya pelajar ini belajar dalam masa
sejam lebih sahaja. Ini kemungkinan adalah disebabkan mereka dapat aktif untuk belajar
dalam masa tersebut. Berdasarkan hasil soal selidik juga, dapat dilihat bahawa ada
beberapa pelajar yang belajar dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar 10-20 minit. Melalui
perbicangan singkat bersama responden ini, mereka mengatakan mereka berasa penat
sewaktu beriadah pada waktu petang dan menyebabkan mereka hanya dapat belajar dalam
tempoh tersebut. Dalam kajian ini juga, dapat ditafsirkan bahawa kebanyakn pelajar yang
melebihi satu jam untuk belajar telah memilih masa pagi sebelum subuh untuk belajar. Ini
kerana, menurut responden dalam bahagian bertulis, mereka mengatakan bahawa suasana
lebih sunyi dan mereka dapat belajar dengan lebih tenang dan dapat berfikir dengan lebih
efektif. Selain itu juga, responden mengatakan bahawa capaian internet pada waktu tersebut
lebih lancar dan memudahkan mereka untuk mencari maklumat yang berkenaan dengan
tugasan yang mereka ingin siapkan.

Berdasarkan visual yang dibuat, tempoh masa untuk belajar yang diambil oleh
pelajar yang disoal selidik adalah tidak sama kerana kemampuan responden untuk bertahan
dalam belajar adalah berbeza. Selain daripada suasana yang tenang dan otak lebih aktif
untuk berfikir, responden memilih masa pagi sebelum subuh untuk belajar kerana
kebanyakkan responden mengatakan bahawa mereka berasa segar pada waktu tersebut.
Responden yang belajar dalam tempoh kurang satu jam pula mengatakan bahawa mereka
berasa penat pada waktu riadah dan membuatkan badan mereka lemah dan kurang
bersemangat untuk belajar.

12
6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa dengan kajian ini dapat dilihat bahawa
tempoh masa yang diambil oleh responden ini adalah berbeza. Kemampuan untuk belajar
dalam tempoh yang lama oleh beberapa orang responden ini juga dapat membuktikan
bahawa setiap masa adalah berharga buat mereka.

Selain itu, kebanyakkan mereka memilih masa pagi sebelum subuh untuk belajar
kerana pada waktu malam itu mereka mungkin mengambil masa untuk berehat dan sudah
menetapkan masa bangun pada pagi sebelum subuh itu untuk belajar. Dengan
membiasakan rutin seperti ini, adalah tidak menjadi masalah bagi mereka untuk belajar
pada waktu ini setiap hari yang mereka inginkan.

Pelajar PPISMP kebanyakkannya mengambil tempoh masa kurang daripada satu


jam. Ini dapat dilihat melalui jadual kekerapan yang telah dibuat. Ini adalah disebabkan
pelajar ini mengatakan bahawa mereka hanya mampu untuk belajar dalam tempoh tersebut
kerana mereka perlukan rehat yang secukupnya.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tempoh masa responden ini belajar adalah tidak
sama dan mempunyai sebab sendiri memilih masa belajar.

13
7.0 REFLEKSI

Nama : Vellyzro Joannes

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada-Nya kerana telah


memberikan peluang kepada saya untuk terus menimba ilmu di IPG KBM. Saya juga
berterima kasih terhadap keluarga saya kerana terus menyokong sya untuk terus berjuang
dalam menimba ilmu di perantauan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Nor
Afizah Binti Mohd Noor selaku pensyarah mata pelajaran Statistik Asas kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar di samping telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya.
Sekali lagi terima kasih diucapkan kerana puan tidak hanya menjadi penunjuk arah tetapi
juga sebagai pembimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga saya
ucapkan kepada rakan sekelas yang banyak berkongsi idea dan pendapat yang cukup
bernas dan amat membantu.

Pelbagai perkara telah saya belajar sepanjang melaksanakan tugasan ini.


Sepertinya, jika selama ini saya hanya dengar apa itu perisian Microsoft Excel dan tidak
tahu bagaimana untuk menggunakannya, sekarang serba sedikit saya sudah ada
pengetahuan bagaimana untuk menggunakannya. Dengan perisian komputer ini, segala
data yang ingin dipersembahkan dalam graf atau apa-apa jenis visual menjadi lebih mudah
dari segi pengiraannya.

Sebelum itu, sepanjang melaksanakan tugasan ini saya mendapat satu pengalaman
yang selama ini saya belum pernah lakukan iaitu melakukan soal selidik dan mengumpulkan
maklumat. Perkara ini mengajar saya untuk menjadi lebih berani dan tidak malu untuk
berdepan dengan orang lain dalam mengumpulkan maklumat atau data untuk sesuatu isu di
sekeliling saya. Pengalaman dalam menjadualkan maklumat menggunakan teknologi seperti
komputer dan juga perisian komputer adalah benda yang boleh dikatakan baru kerana
sebelum ini sewaktu masih berada di bangku sekolah rendah mahupun menengah rendah
dan tinggi, penjadualan maklumat adalah secara manual dan sedikit mengambil masa untuk
meyiapkannya. Tetapi dengan pembelajaran yang diajar oleh puan sendiri sedikit sebanyak
memudahkan ataupun lebih menyingkatkan masa untuk menjadualkan data yang telah
dikumpul.

Selain itu, saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat belajar statistic ini dengan
menggunakan perisian Excel ini. Ini kerana, ini adalah pertama kali saya membuat graf

14
dengan menggunakan komputer. Pengalaman ini ingin saya bawa dan terus kembangkan
supaya saya lebih mahir di masa depan kelak.

Saya sebagai bakal menjadi seorang guru sangat berharap dapat mempelajari
statistik ini dengan lebih dalam lagi supaya saya dapat mengaplikasikan dalam hidup saya
dan dengan harapan pengalaman ini dapat saya kongsikan dengan keluarga mahupun
kawan-kawan yang terlibat dalam perniagaan. Saya boleh mengajar mereka bagaiman
menggunakan aplikasi ini dan mungkin akan memudahkan mereka untuk mengira segala
kos yang mereka keluarkan dan untung dalam perniagaan mereka.

Dengan kefahaman yang saya dapat sepanjang melaksanakan tugasan ini,


perisian Excel yang diperkenalkan itu saya dapat aplikasikan dengan menjadualkan kos
yang saya keluarkan sepanjang berada di perantauan. Contohnya, saya boleh
menjadualkan seterusnya membina graf untuk kos perbelanjaan seharian saya di sini. Jika
berada di negeri kelahiran saya, saya mungkin tidak perlu melakukan perkara ini kerana
perbelanjaan yang keluar di sana boleh dijaga kerana tidak banyak benda yang saya
perlukan.

Oleh itu, saya berharap saya mempunyai peluang untuk belajar statistik asas ini
dengan lebih dalam lagi untuk kebaikan perancangan perbelanjaan dan juga apa-apa
perkara yang boleh mengaitkan subjek ini. Sekali lagi saya mengucapkn kepada semua
pihak yang telah membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam
melaksanakan tugasan ini. Sekian.

15
8.0 RUJUKAN

Graham Upton.(2000). Introduction Statistic. New York: Oxford University Press

Ananda Kumar Palaniappan(2009). Penyelidikan dan SPSS(PAWS). Selangor. Pearson


Malaysia Sdn.Bhd

Zain, S. M.(2002). Fungsi Matematik. Kuala Lumpur.UKM

16

Anda mungkin juga menyukai