Anda di halaman 1dari 24

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGF 2023
PENTADBIRAN KEWANGAN

DISEDIAKAN UNTUK
..

DISEDIAKAN OLEH
..
Laporan 1

1.0Pengenalan

Konsep pengurusan kewangan yang betul adalah dengan merancang perbelanjaan iaitu

merancang masa depan dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah kewangan anda.

Salah satu faktor berlakunya penyalahgunaan wang di sekolah adalah disebabkan guru tidak

dapat menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan

kerjayanya. Berdasarkan piagam pelanggan, guru tidak seharusnya bertingkah laku yang

boleh menjatuhkan maruah diri dan dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

Walaupun guru-guru didedahkan dengan kod etika yang harus dipatuhi oleh setiap

penjawat awam ini, namun tahap kesedaran dan sikap tidak mengapa ini menjadi satu rutin

biasa bagi guru yang tidak bertanggungjawab. Etika dalam profesion yang lemah juga telah

menyebabkan berlakunya masalah pengagihan wang yang tidak adil kepada murid yang tidak

layak. Sebagai contoh, terdapat sekolah yang mengisi Borang Rumusan terlebih dahulu untuk

dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), seterusnya meminta murid melengkapkan

borang permohonan. Tindakan ini tidak mengikut prosedur yang betul dan sangat jelas

kelihatan sikap dan tindakan guru ini adalah membuat kerja mudah dalam melaksanakan

tugas yang diamanahkan.

Selain itu juga, terdapat sesetengah pihak pentadbir yang tidak memahami dan masih

kurang jelas tentang prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-

guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk

kepentingan sendiri. Sebagai contoh, berdasarkan artikel Berita Harian (2008), seorang guru

telah ditahan kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu.
Di samping itu, terdapat juga pihak pentadbir yang menipu dalam menulis maklumat murid

supaya murid mendapat bantuan daripada kerajaan.

Pengurusan kewangan juga merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek

pengurusan kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan

sistematik dan berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk

menentukan aspek kewangan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh

kerajaan. Guru Besar juga untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan

berlaku di dalam pentadbiran kewangan sesebuah sekolah. Pengurusan kewangan dapat

dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap

Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri.

2.0Penemuan Audit
2.1 Isu 1

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan dalam mengagihkan

bantuan Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) di mana dilaporkan

lapan kes kehilangan dan penyelewengan wang berjumlah RM 196,550 telah dilaporkan dari

tahun 2004 hingga 2008. Dua kes melibatkan penyalahgunaan wang oleh guru besar, tiga kes

kehilangan wang oleh guru besar, dua kes kegagalan guru besar menyerahkan wang dan satu

kes aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar. Menyedari masih ramai masyarakat di

negara kita yang masih tercicir dan tidak berkemampuan untuk mendapat peluang

pendidikan, pihak KPM telah menunjukkan keprihatinannya dengan menubuhkan Kumpulan

Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid yang berkelayakan.

Isu penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata kewangan yang lemah

merupakan salah satu punca berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di

sekolah. Hal ini mudah berlaku kerana apabila penyata kewangan tidak tetap dan sentiasa
mempunyai kesilapn dalam penyata akan memudahkan pihak bertanggungjawab untuk

membuat penyelewengan wang sekolah. Penyalahgunaan wang mudah berlaku sekiranya

Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa. Namun, kita sedia maklum tentang laporan Ketua

Audit Negara, 2009 telah melaporkan penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh Guru

Besar sendiri, maka seharusnya pihak atasan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah ataupun

Jabatan Pelajaran Negeri itu sendiri turun padang untuk memantau dan membuat semakan

bersama-sama pihak pentadbir untuk memastikan segala pengurusan kewangan di setiap

sekolah berjalan dengan lancar.

2.1.1 Penyelesaian

Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang semakin berleluasa ini untuk

mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah memperkenalkan bantuan KWAPM akan

diberikan kepada murid yang berdaftar melalui sistem eKASIH. Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM adalah dilaksanakan

berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali

sebagai eKASIH. Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri, semua bantuan

persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini.

Sekiranya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini terus menerus menjadi fenomena biasa

bagi warga pendidik dan pihak pentadbir, semestinya institusi pendidikan akan terus dicemari

dengan unsur-unsur yang negatif. Jadi, sewajarnya perkara ini haruslah dibendung dan

ditangani dengan segera. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani isu

penyalahgunaan wang ini, pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan

(monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap.

Pihak pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada

berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah. Jika kita merujuk kepada
kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008, kesemua kes

penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh Guru Besar. Guru Besar

merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan penting untuk mencapai

kecemerlangan dan kelestarian untuk sesebuah organisasi.

Guru Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran,

pengurusan dan kepimpinan. Jadi, Guru Besar akan mendapat kepercayaan, kebergantungan,

keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen

daripada anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad Subki,

2010). Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi

sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di

samping sahsiah diri yang rendah. Seorang Guru Besar yang baik seharusnya sentiasa

mengambil tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam pengurusan kewangan organisasi

sekolah.

Selain itu juga, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah. Pihak KPM

boleh melaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank. Sistem bayaran itu pula

terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP akan

dikreditkan ke dalam akaun sekolah. (Sumber: http://Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud,

Keningau, Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Selepas itu

pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut, tidak semestinya

wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. Bagi pihak pengurusan yang

bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan atau

kepentingan lain.

Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir. Di samping itu juga,

pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan belanjawan. Mereka harus menyedari
akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-

wenangnya. Oleh itu, pihak pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah.

Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang

ditetapkan. Oleh sebab itiu, pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya

diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang

tidak mencukupi tersebut. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang

mencukupi, mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan.

Di samping itu ibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan diri

dengan PIBG di sekolah. Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan wang di

sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku penyelewengan, ibu bapa harus bersuara dan

bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi memahami isi

mensyuarat yang dibincangkan. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan

murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk

mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini.

Walaubagaimanapun, guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses

penyaluran bantuan ini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi

jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima.

2.2 Isu 2

Masalah utama yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam pengurusan kewangan ialah

masalah peruntukan wang kerajaan yang tidak mencukupi. Isu ini mungkin jugamerupakan

masalah utama di kebanyakan sekolah di negara kita terutamanya di sekolah-sekolah rendah

luar bandar di mana enrolmen pelajamya tidak ramal. Peruntukan wang kerajaan ini adalah
berdasarkan bilangan pelajar sesebuah sekolah atau pun yang biasa disebut sebagai Bantuan

Per Kapita Gran (PCG) untuk mata pelajaran tertentu.

Selain itu,apabila peruntukan PCG mata pelajaran dikumpulkan mengikut mata pelajaran

teras,wajib, tambahan dan elektif di mana ada mata pelajaran yang mendapat peuntukan PCG

yang banyak dan ada mata pelajaran mendapat kurang per untukan di bawah peG. Bagi PCG

bukan mata pelajaran terutama bagi Bimbingan dan Kaunseling, ianya selalumengalami

kekurangan peruntukan (Azizah Hassan, 2004).Begitu juga dengan peruntukan untuk Lain

Peruntukan Berulang Tahun (LPBT) atau Lain Peruntukan Khas (LPK) tidak mencukupi

untuk membayar bil-bil elektrik, air, tele-fon, percetakan, membeli bahan dan bekalan

sekolah, dan membeli alatan bantu mengajar.

Hal ini berlaku kerana harga barang-barang dan perkhidmatan telah naik pada tiap tahun

sedangkan peruntukan dan pemberian kerajaan adalah pada kadar yang tetap setiap tahun

(Shahril Marzuki, 1999). Oleh itu, guru besar atau pengetua yang menghadapi masalah

kewangan sedemikian biasanya terpaksa mencari sumber kewangan lain, misalnya daripada

PIBG sekolah ataupun melalui viremen bagi menampung kekurangan tersebut.

Dalam keadaan yang lebih serius, terutamanya selepas pertengahan tahun, sesetengah

perbelanjaan terpaksa dibatalkan ataupun dikurangkan. Malah di setengah sekolah adayang

mengadakan kempen berjimat cermat dalam penggunaan elektrik dengan tidak membenarkan

pelajar-pelajar memasang kipas sebelum waktu rehat dan begitu juga bilik guru di benarkan

memasang penghawa dingin selepas waktu rehat sahaja (Azizah Has-san, 2004).
2.2.1 Penyelesaian

Peruntukan wang kerajaan perlu ditambah selaras dengan kenaikan harga barang

danperkhidmatan. Kadar bantuan per kapita yang digunakan sekarang adalah berdasarkan

cadangan akan dikemukakan untuk mengatasi masalah dan isu-isu pengurusan kewangan

sekolah yang telah dinyatakan di atas. Walaupun cadangan-cadangan berikutmungkin tidak

dapat menyelesaikan kesemua masalah tersebut, namun adalah diharapkan supaya cadangan-

cadangan ini dapat menyelesaikan sebahagian besar daripadanya.

Peruntukan wang kerajaan perlu ditambah selaras dengan kenaikan harga barang

danperkhidmatan. Kadar bantu an per kapita yang digunakan sekarang adalah berdasarkan

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 tahun 2002, Pemberian Per Kapita Gran untuk Sekolah-

sekolah. Sebaliknya, harga barang-barang seperti kertas pendua, peralatan sukan dan

perrnainan, serta kadar tarif utiliti seperti elektrik, air, dan telefon telah pun dinaikkan(Shahril

Marzuki, 1999). Jumlah penggunaan utiliti tersebut di sekolah. juga telah meningkat

sedangkan peruntukan masih tidak ditambah. Misalnya.jumlah penggunaan elektrik bagi

komputer, Internet, me sin fotostat, dan pendingin hawa telah meningkat.

Oleh itu, kadar bantuan perlu diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan in-deks harga

barangan dan perkhidmatan semasa. Begitu juga, peruntukan PCG mata pe-lajaran mengikut

Teras, Wajib, Tambahan dan Elektif sepatutnya dirombak semula dandiganti dengan formula

yang baru iaitu pemberian peruntukan PCG mata pelajaran perlumengikut keperluan mata

pelajaran atau setiap mata pelajaran diberi peruntukan PCG,terutarna bagi kumpulan mata

pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan (Azizah Hassan,2004).

Bagi mengatasi masalah kutipan wang SUWAyang tidak mencukupi untuk menampung

perbelanjaan sekolah, maka adalah dicadangkan supaya meningkat. Oleh itu, kadar bantuan

perlu diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan in-deks harga barangan dan perkhidmatan
semasa. Begitu juga, peruntukan PCG mata pe-lajaran mengikut Teras, Wajib, Tambahan dan

Elektif sepatutnya dirombak semula dan di ganti dengan formula yang baru iaitu pemberian

peruntukan PCG mata pelajaran perlumengikut keperluan mata pelajaran atau setiap mata

pelajaran diberi peruntukan PCG,terutarna bagi kumpulan mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan (Azizah Hassan,2004).

Bagi mengatasi masalah kutipan wang SUWA yang tidak mencukupi untuk menampung

perbelanjaan sekolah, maka adalah dicadangkan supaya Bahagian di Kementerian Pelajaran

Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri memberi pertimbangan dan kelonggaran apabila

sekolah-sekolah membuat permohonan untuk menaikkan kadar kutipan yurankhas (Loo Bee

Lian, 1999; Mohamed Mahamod, 1997). Oleh kerana yuran khas yangdikutip pada awal

tahun tidak dapat menampung kos barangan yang semakin meningkat akibat inflasi maka

pertimbangan harus diberi bagi menaikkan kadar yuran khas yang dikutip daripada setiap

pelajar setiap tahun. Sehubungan dengan itu, sewaan kantin dankedai buku juga perlu dinilai

semula setiap tahun. Malah, langkah yang lebih baik lagi ialah dengan memasukkan

peruntukan tersebut ke dalam perjanjian sewaan sebagaimana perjanjian yang dibuat di antara

dengan kerajaan bagi kenaikan kadar tol di lebuhraya di Malaysia (Shahril Marzuki, 2005).

Pihak PIBG sekolah perIu berusaha mewujudkan satu tabung untuk membantu pelajar-

pelajar yang datang dari keluarga miskin iaitu yang mempunyai status sosio-ekonomi(SES)

yang rendah. Tabung bantuan ini boleh diwujudkan dan ditambah setiap tahun melalui

pelbagai projek yang boleh diusahakan oleh pihak PIBG. Dalam pada itu,bantuan yang diberi

tidak semestinya bantuan penuh untuk membayar yuran khasataupun yuran peperiksaan

awam. Sebaliknya, untuk membantu lebih rarnai pelajarbantuan yang diberi mungkin dalarn

bentuk sebahagian daripada yuran-yuran tersebut. Disamping itu, pihak sekolah mungkin

boleh berusaha mendapatkan biasiswa untuk pelajar-pelajamya. Salah satu sumber untuk

mendapatkan sumbangan bagi biasiswa adalahmelalui persatuan murid tuanya. Sekiranya


sesebuah sekolah itu tidak mempunyaipersatuan tersebut, maka pihak sekolah boleh berusaha

dengan menghubungi muridtuanya yang telah berjaya.

Sehubungan dengannya, pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hendaklah memberi per-

timbangan dan meluluskan peruntukan tambahan selewat-lewatnya pada pertengahan ta-hun

supaya pengurusan kewangan sekolah dapat dilicinkan. Disamping itu, pihak JPN juga perlu

memberi pertimbangan yang sewajarnya apabila sekolah sebagai PTJ membuatpermohonan

untuk peruntukan tambahan bagi projek yang telah pun diluluskan. Ini ada-lah disebabkan

oleh masalah inflasi atau pun kenaikan harga barangan setiap tahun.

2.3 Isu 3

Pengurusan kewangan yang kurang mahir merupakan salah satu isu yang dinyatakan di

audit. Tinjauan daripada audit yang pemah dijalankan menunjukkan bahawa pengurus

kewangan yang kurang mahir merupakan salah satu masalah utama di dalam pengurusan

kewangan sekolah di kalangan sekolah-sekolah di Malaysia ini (Loo Bee

Lian,1999;Mohamed Mahmod, 1997). Masalah ini berlaku terutamanya di kalangan guru

besar/ pengetua/pegawai kerani yang barn dilantik. Namun dernikian, terdapat juga guru 00-

sar/pengetua/pegawai kerani yang lama tetapi masih belum mempunyai kemahiran dalam

pengurusan kewangan sekolah. Akibatnya, terdapat masalah seperti rekod urusankewangan

yang tidak lengkap dan perbelanjaan dilakukan tanpa mengambil kira baki peruntukan

(Abdul Rahim Affandi, 2003).

Masalah ini biasa berlaku di sekolah-sekolah rendah yang kecil di luar bandar (under

enrolment) kerana tidak ada seorang kerani kewangan. Sebaliknya, guru besar terpaksa

melakukan kerja kerani kewangan. Masalah ini bertambah rumit apabila guru besar/ pengetua

tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan kewangan se-kolah,


terutamanya guru besar/pengetua yang barn dilantik dan belum pemah menghadirikursus

pengurusan kewangan (Abdul Rahim Affandi, 2003).

Selain dari itu, terdapat kerani di sebuah sekolah menengah yang telah dinaikkan taraf seb

mengadu bahwa beliau terpaksa menguruskan banyak akaun sekolah, iaitu akaun wang

SUWA, wang kerajaan, peruntukan pendidikan khas, akaun asrama, dan juga akaun PTJ.

Kerja beliau bertambah sejak sekolah itu dijadikan PTJ tetapi tidak ada pertambahan staf.

Oleh itu,beliau berpendapat bahawa staf pejabat sekolah perlu ditambah apabila sekolah

dijadikan PTJ (ZaidahMustafa, 2004).

2.3.1 Penyelesaian

Bagi memastikan pengurusan kewangan yang cekap di mana-mana organisasi, seseorang

yang telah dilantik seharusnya memahami bidang tugas dan status sekolah yang diurus. Bagi

sekolah ini, pegawai yang dilantik harus mengurus perihal kepelbagaian bidang tugas yang

berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah. Contohnya, mengurus baucer bayaran

barangan atau perkhidmatan, dan pengurusan barangan secara pesanan menggunakan nota

minta. Disamping itu, terdapat juga pengurusan kewangan lain yang turut diuruskan. Setiap

urusan yang melibatkan pembelian, pembayaran, penerimaan, dan penghantaran barangan

atau perkhidmatan yang dijalankan pada hari-hari tertentu haruslah direkod dan dicatat pada

buku tunai. Jumlah peruntukan yang diterima dari tahun ke tahun adalah ditentukan oleh

pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS). Sumber kewangannya ialah bantuan

kewangan kerajaan dan wang. Peruntukan yang diterima daripada pihak kerajaan adalah

berdasarkan agihan mata pelajaran.

Selain itu juga, terdapat sesetengah pihak pentadbir yang tidak memahami dan masih

kurang jelas tentang prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-
guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk

kepentingan sendiri. Sebagai contoh, berdasarkan artikel Berita Harian (2008), seorang guru

telah ditahan kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu.

lni jelas melanggar tatacara kewangan dan pengetua berhak menolak pembayaran (Abdul

RahimAffandi, 2003). Selain daripada itu, terdapat juga guru tingkatan yang mengutip

yurankhas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkan wang kutipan kepada pihak sekolah. Se-

baliknya, guru yang terbabit membelanjakan wang tersebut dan hal ini hanya diketahuioleh

pihak sekolah apabila pelajar mengadu tidak menerima resit. Di samping itu, terdapat juga

guru tingkatan yang menyerahkan kutipan yuran khas kepada sekolah beberapa minggu atau

bulan kemudian dengan alasan hendak menunggu sehingga semua pelajar-nya telah

menjelaskan yuran (Wan Azman Wan Idris, 2002).

2.4 Isu 4

Kelemahan dalam pengurusan perbelanjaan mengurus dan pembangunan

menyebabkan perbelanjaan melebihi peruntukan, perbelanjaan kurang daripada peruntukan,

peruntukan tidak dibelanjakan langsung, pindahan peruntukan yang diluluskan tidak

dibelanjakan dan peruntukan tambahan yang diluluskan tidak dibelanjakan lansung. Kawalan

perbelanjaan yang kurang efektif juga menyebabkan perbelanjaan yang dilakukan tidak

selaras dengan kelulusan-kelulusan yang diberi, perbelanjaan tidak mematuhi tatacara

perolehan, bil-bil tidak dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan baucar bayaran

tidak disokong dengan butir-butir lebgkap (Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2, 1996).

Ketidakakuran dalam pengurusan kewangan sekolah ini boleh memberi kesan kepada

proses pengajaran dan pembelajaran murid memandangkan kewangan sekolah adalah


merupakan nadi kepada aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah. Walau

bagaimanapun, keadaan ini bukan sahaja bergantung pada pelaksana tetapi ia juga

dipengaruhi oleh kerjasama dan komitmen bahagian-bahagian lain dalam KPM terutamanya

yang terlibat secara langsung dengan pengagihan peruntukan kewangan seperti Bahagian

Kewangan, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Bahagian Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah

(PPD) dan Jabatan PelajaranNegeri (JPN). Komitmen ini amat diperlukan memandangkan

pengurusan kewangan sekolah merupakan aspek pengurusan yang dinamik kerana kadang

kalanya berlaku perubahan mengikut dasar kewangan dalam negara dan keperluan semasa

(Odden & Archibald, 2006).

Selain itu, kelemahan pengurusan kewangan juga sering dikaitkan dengan spending

again and again and again dan kritikan terhadap pelaksana dasar mengenai spending

doesntmake different terhadap program-program yang telah dijalankan (Grubb, 2006).

Kritikan sebegini secara langsung adalah berkait dengan integriti, kewibawaan dan ketelusan

pentadbir kewangan sekolah dalam pengurusan kewangan yang berkesan. Malah, ramai

warga Amerika yang dilaporkan kurang berpuas hati pada prestasi sekolah awam yang tidak

cekap, dan bukan pada peruntukan yang besar dari kerajaan (Ward, 2006). Menurut Unit Unit

Akaun Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM (2006), Penyata Kewangan Sekolah

masih mempunyai kelemahan dari segi penyelenggaraan dokumen dan rekod serta

penyediaan penyata tersebut. Penyata kewangan kerapkali perlu dibetulkan kerana kesilapan

atau ketinggalan yang material dan fundamental yang menjejaskan ketepatan angka-angka

yang ditujukan dalam Penyata Kewangan Sekolah. Kesalahan ini adalah mengenai isu yang

sama dan telah beberapa kali dilaporkan. Oleh itu pihak sekolah hendaklah memandang

serius perkara ini, supaya kesalahan dan ketinggalan yang sama tidak akan berulang lagi.
2.4.1 Penyelesaian

Pentadbiran kewangan yang sistematik bergantung kepada kebijaksanaan pengetua

menguruskan sumber kewangan, mengawal rapi penerimaan dan perbelanjaan dana-dana

sekolah serta memastika sebarang penyelewengan diperbetulkan dengan segera bagi

meningkatkan mutu pendidikan di sekolah ( Shahril, 1994 ). Seseorang pengetua juga

berkewajipan mewakilkan kepada orang lain dengan syarat adanya arahan bertulis dan

pegawai yang diwakilkan tidak melepaskan diri dari tanggungjawabnya , (Arahan

Perbendaharaan , 1990). Selain itu , seseorang pengetua atau Ketua Jabatan juga hendaklah

memastikan semua pengurusan kewangan diuruskan dengan sempurna dan sistematik.

Sekiranya pengurusan kewangan sekolah tidak diuruskan dengan sistematik, ini akan

menyebabkan pihak pengurusan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Semua urusan

pentadbiran, pengurusan, kewangan, keputusan dan dasar pendidikan dikawal oleh

Kementerian Pendidikan yang bertindak sebagai badan yang tertinggi dalam sistem berpusat

(Mok et.a/.,1988). Tujuan pentadbiran berpusat ini adalah untuk menjadikan pentadbiran

kewangan dapat d ijalankan dengan lebih teratur, kemas dan sempurna di semua sekolah di

negeri-negeri agar dapat digerakkan dengan saksama dan adil ( Robiah, 1989). Belanjawan di

peringkat sekolah ialah satu aspek perancangan pendidikan bagi membiayai perkhidmatan

dan kelengkapan yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha menyediakan satu program

pendidikan yan berkesan dan efektif (Zaidatol Akmaliah, 1990). Kementerian Pendidikan

melalui Jabatan Pendidikan Negeri , akan memberi bantuan pelajaran kepada setiap sekolah

berasaskan jumlah bilangan murid pada 1 Oktober pada setiap tahun.

Sekolah memerlukan seorang pengurus kewangan yang cekap (Jemaah Nazir Sekolah

Persekutuan, 1993). Wang yang diperuntukkan kepada sekolah merupakan satu amanah yang

harus diurus dan dibelanjakan menglkut lunas-lunas yang telah ditetapkan sama ada oleh
Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan atau mengikut Arahan Perbendaharaan

Kerajaan Malaysia. Pengurusan kewangan sesebuah sekolah aka melibatkan proses amalan

penggunaan wang secara optimum supay organisasi dapat mencapai objektif dan perancangan

yang telah ditetapkan. Pengurusan kewangan sekolah adalah satu aspek yang sangat penting

di sekolah. Pengetua bertanggungjawab sepenuhnya menentukan bahawa pengurusan

kewangan sekolah di jalankan mengikut peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan oleh

kerajaan.

Sebarang penyelewengan dalam pengurusan kewangan ini akan menjejaskan

pentadbiran sekolah secara keseluruhannya. Pengetua dikehendaki meneliti dan mematuhi

semua prosedur kewangan supaya dapat menentukan kelicinan pengurusan kewangan

sekolah. Pengetahuan ini perlu untuk membolehkan pengetua menyelia kerja-kerja

perkeranian dengan berkesan. Tugas pengu rusan kewangan ini tidak boleh diserahkan

sepenuhnya kepad kerani atau guru sahaja kerana tanggungjawab terakhir urusan kewangan

ini adalah terletak kepada pengetua sendiri (Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, 1981).

2.5 Isu 5

Kegagalan untuk merancang penggunaan kewangan secara berkesan merupakan salah

satu isu yang ditemui di dalam laporan audit. Pengurusan kewangan adalah penting di

sekolah kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah

tidak dapat dijalankan secara lebih berkesan. Pengurusan kewangan merujuk kepada

peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan (Akaun dan Audit), 1962 yang dikeluarkan

di bawah Akta Pendidikan 1996. Di bawah peruntukan itu, mengikut Surat Pekeliling

Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4 Tahun 1988, pihak sekolah dikehendaki

menyelenggara, menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengan sempurna menyedia dan

mengemukakan satu penyata akaun pada tahun kewangan yang baru berlaku kepada pihak
audit tidak lewat dari 28 atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana berkenaan). Ini

bertujuan membolehkan penyelarasan ataupun pembetulan dibuat pada penyata akaun itu

apabila perlu. Selaku pengurus kewangan sekolah, pengetua dan guru besar perlu

bertanggungjawab penuh bagi merancang, mengurus dan mengawal serta menentukan

pengurusan kewangan di sekolah dengan cekap dan berkesan ( Zaidatol Akmaliah, 2003).

Para pengetua dan guru besar perlu mentadbir kewangan sekolah mengikut panduan

yang ditetapkan oleh Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakuanan Kumpulan Wang

Sekolah, 2005, surat-surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan,

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Pernyataan ini member

tanggungjawab mengendalikan urusan akaun dan kewangan sekolah dengan sempurna

termasuk rekod-rekod kewangan. Ini selaras dengan keperluan Arahan Perbendaharaan 53:

Semua pegawai pengawal adalah bertanggungjawab melaksanakan kewajiban kewangan

pejabat masing-masing dengan sempurna.

Tanggungjawab tersebut adalah memungut dengan sewajarnya segala wang awam

yang patut diterima oleh atau di bawah arahan mereka, menyimpannya dengan selamat serta

juga bertanggungjawab sekiranya akaun yang dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa

mereka didapati tidak betul. Sebarang perwakilan kewajiban ini kepada pegawai lain

hendaklah dibuat dengan arahan bertulis. Bagaimanapun, seorang pegawai itu secara amnya

tidak terlepas dari tanggungjawabnya sendiri setelah perwakilan dibuat.

2.5.1 Penyelesaian

Pengetua merupakan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya

untuk memastikan bahawa aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut

prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling

Kewangan dan Perakaunan Sekolah; Arahan Perbendaharaan; dan Akta Pendidikan 1996
(Mokhtar Ibrahim, 2007). Pihak sekolah perlu mematuhi peruntukan dalam Akta Kewangan

dan Arahan Perbendaharaan di samping peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke

semasa oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat-surat pekeliling. Adalah

menjadi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan kepada Pengurusan

Kewangan dan Perakaunan yang berkesan. Segala sumber dan pendapatan perlu diurus

dengan cekap dan mematuhi peraturan kewangan supaya segala peruntukan kewangan di

sekolah dapat digunakan secara efisien dan optimum.

Bagi menentukan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dengan lebih

berkesan, tatacara kewanagn perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini bagi memenuhi objektif

kewangan semasa (Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Aspek

kewangan adalah tugas penting yang perlu dikendalikan secara sistematik dan berkesan.

Pengetua atau guru besar bertanggungjawab sepenuhnya menentukan aspek kewangan

sekolah supaya berjalan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Beliau

juga bertanggungjawab memastikan tiada sebarang penyelewengan berlaku dalam

pentadbiran kewangan sekolah.

Oleh itu, pengetua atau guru besar bertanggungjawab menentukan pentadbiran

kewangan sekolah dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam perintah

kewangan. Pengetua atau guru besar dikehendaki mengkaji dan mematuhi segala prosedur

kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan kewangan sekolah. Oleh yang demikian,

pengetahuan dalam ilmu simpankira adalah perlu bagi membolehkan pengetua atau guru

besar membuat perancangan kewangan di samping menyelia kerja-kerja pekeranian dengan

berkesan (Zaidatol Akmaliah, 2003).

Secara umum, kejayaan pelaksanaan pengurusan kewangan sekolah amat bergantung

pada sikap dan kefahaman pengetua, pembantu tadbir kewangan dan guru -guru di sekolah
sebagai pelaksana atau pemain utama terhadap perubahan dasar ini. Ini adalah kerana

pelaksana akan melaksanakan sesuatu polisi berdasarkan kepada apa yang difahami dan

menterjemahkan melalui tindakannya (Caldwell & Spinks, 2003). Jika sesebuah sekolah

ingin mencapai ke tahap kecemerlangan, pengurusan kewangan perlu dilaksanakan dengan

cekap dan berkesan (Reynolds et al., 2001) kerana banyak kajian menemui wujudnya

perkaitan yang rapat di antara kejayaan sesebuah sekolah dengan jumlah wang yang diurus

dan digunakan secara bijaksana (Borman et al., 2000). Sehubungan dengan kenyataan

tersebut, Burrup (2003) menegaskan pengurusan kewangan yang cekap bukan bermakna

penjimatan wang daripada berbelanja tetapi lebih menumpukan perbelanjaan berkesan yang

menghasilkan manfaat yang banyak kepada pencapaian murid.

Justeru, pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan amat bergantung kepada

kebijaksanaan kepemimpinan sekolah untuk merancang sebelum perbelanjaan dilakukan di

mana dengan perancangan yang teliti, kepemimpinan pengetua akan dapat menentukan

agihan bantuan dengan baik. Semasa mengurus kewangan sekolah, pengetua atau guru besar

perlu menitik beratkan perancangan dan kawalan di samping mengambil kira unsur-unsur

pentadbiran yang lain. Oleh itu, dalam mengurus kewangan sekolah pengetua atau guru besar

perlu mampu menjelaskan dan menerangkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan

ke arah mana ia dibelanjakan kepada pihak tertentu bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Pengetua atau guru besar juga perlu memastikan semua sumber kewangan sekolah digunakan

secara cekap untuk kepentingan pelajar. Menurut Zaidah (2004), kecekapan ialah

mendapatkan output yang optimum dengan menggunakan input yang minimum Aspek

kecekapan ini mengukur sejauh mana sumber-sumber input digunakan secara optimum bagi

menghasilkan output.
3.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulanya, mengurus perolehan secara berkesan merupakan sebahagian

daripada aspek pengurusan kewangan sekolah yang perlu diketahui oleh pengetua atau guru

besar bagi mengelak pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap

perolehan. Menurut Ellison, (2007), prinsip akauntabiliti awam perlu dijadikan amalan oleh

setiap pegawai yang terlibat dalam mengurus perolehan kerajaan. Dalam menjalankan tugas

mengurus perolehan sikap tanggungjawab, amanah, jujur dalam membuat keputusan perlu

diutamakan. Pengurusan perolehan yang berkesan dapat mengelakkan sebarang pembaziran

dan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas perolehan di samping memberi

pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Bagi memastikan perolehan

awam dibuat dengan berkesan, perkara pokok yang perlu diberi perhatian adalah peruntukan

yang sentiasa mencukupi, spesifikasi barangan atau perkhidmatan perlu ditentukan terlebih

dahulu dengan mendapatkan perkhidmatan dan nasihat teknikal daripada individu yang mahir

atau pakar dalam bidang berkenaan.


Rujukan

Abdul Rahim bin Affandi (2003). Laporan audit bersyarat: Kajian kes di sebuah sekolah
menengah di Pulau Pinang .Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, UniversitiMalaya
yang tidak diterbitkan.

Azizah Hassan (2004). Pengurusan kewangan sekolah: Kajian kes di sebuah sekolah
menengah harian biasa bertaraf PTJ di Daerah Kuala Terengganu.

Liang Shou Chuan (2005). Pengurusan kewangan sekolah menengah bantuan penuh kerajaan
dan sekolah menengah bantuan modal di bahagian Sarikei, Sarawak.

Loo Bee Lian (1999). Pengurusan kewangan sekolah: Satu kajian tentang amalan pengetua di
sekolah-sekolah menengah Pelabuhan Klang.

Mohamed Mahmod (1997). Pentadbiran kewangan sekolah: Satu tinjauan


amalan pengetua di sekolah menengah daerah Kuala Selangor.

Mokhtar Ibrahim (2003). Pengurusan kewangan dan amalan perakaunan di sebuah sekolah
menengah teknik di Sabah: Satu kajian kes.

Omardin Ashaari (1998). Peranan, tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.KualaLumpur


Utusan.

Shahril Marzuki (1993). Pengurusan kewangan sekolah yang cekap dan berkesan: Satu kajian
kes. Jurnal Pendidikan, 15,71-82.

Shahril Marzuki (1999). Kepimpinan pengetua yang berkesan dalam pengurusan kewangan
sekolah bagi menghadapi alaf baru. Masalah Pendidikan, 22,77-94.

Wan Azman Wan Idris (2002). Pengurusan kewangan sekolah: Analisis teguran Jabatan
Audit Sekolah, Cawangan Negeri Sembilan,

Bahagian Akaun. (2012). Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.


Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan, (2nd ed.). Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Foo, S. F., Zakaria Kasa, Rosnani Jusoh & Noridah Ab Rahim. (2004). Amalan pengurusan
kewangan pengetua-pengetua sekolah menengah.

Gianakis, G. A., & McCue, C. P. (1999). Local government budgeting: A


managerial approach. Westport: Greenwood.

Kerajaan Malaysia. (2005). Pekeliling perkhidmatan bilangan 6 tahun 2005.Putra Jaya:


Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia. (2012). Preliminary report: Malaysia education blueprint 2013-2025.


Putra Jaya: Kerajaan Malaysia.

Locke, K., & Golden-Biddle, K. (2004). An introduction to qualitative research: Its potential
for industrial and organizational psychology. Dlm.

Steven G. Rogelberg. Handbook of Research Methods in Industrial and Organizational


Psychology, hlm. 99-118, Malden: Blackwell.

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi & Saedah Siraj (2013). Implementing a
type of financial managements in Malaysian public schools: An initial study. Global
Business and Economics Research Journal, 2(2), 29-51.

Murphy, E. A., & Dingwall, R. (2011). Method and health policy research. New York:
Walter de Gruyter.

Nor Fariza Mohd Radzi, Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj & Mojgan Afshari.
(2012). Financial decentralization in Malaysian schools: strategies for effective
implementation. The Malaysian Online Journal of Educational Science, 1(3).

Patton, M. (1987). How to use qualitative methods in evaluation. London: Sage Publication.

Rahmad Sukor Ab. Samad & Yong, L. C. (2005). School-basedmanagement: A survey on the
extent of principals' knowledge and implementation. Jurnal Pendidikan 2005,
Universiti Malaya, 183-205.

Shahril @ Charil Marzuki. (2005). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.

Shahril @ Charil Marzuki. (2005). Pengurusan kewangan di sekolah rendah dan menengah di
Malaysia: Isu, masalah dan cadangan untuk mengatasinya. Masalah Pendidikan, 28,
143-152.

Shahril @ Charil Marzuki. (2006). Mengurus kewangan sekolah, (2nd ed.). Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai