Anda di halaman 1dari 1

Kelas hari ini berjalan seperti biasa.

Saya menerapkan nilai kasih sayang

melalui tajuk berlaku adil di sekolah. Hari ini guru pembimbing saya Cik.Saaline

masuk ke kelas saya untuk memantau proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Hari ini saya dapat memerhatikan bahawa para pelajar di kelas moral saya

melibatkan diri dengan penuh bersemangat.Disebabkan kelas moral merupakan kelas

gabungan,maka tahap pembelajaran murid adalah berbeza- beza. Keadaan ini agak

menyukarkan saya kerana sebagai seorang guru, ianya adalah tugas saya untuk

memberi ilmu pengetahuan kepada semua pelajar tidak mengira tahap pembelajaran

pelajar-pelajar saya. Di situasi ini , saya kena menyediakan serta menggunakan dua

pendekatan yang berbeza demi pelajar saya dapat memahami dan menerapkan nilai

yang dipelajari.

Walaubagaimanapun, kesemua para pelajar menunjukkan perlakuan bermoral

yang tinggi serta berdisiplin. Saya dapat memerhatikan kelakuan para pelajar saya

yang makin hari makin berubah kearah menjadi seorang individu yang bermoral

berlandaskan nilai nilai moral yang dipelajari.Kekuatan proses pengajaran saya

pada hari ini adalah aktiviti penyediaan peta I-Think. Pelajar melibatkan diri dengan

penuh bersemangat. Saya dapat memerhatikan yang para pelajar saya meunjukkan

minat yang mendalam semasa membuat akitivi hands on semasa proses pengajaran

dan pembelajaran berlaku.

Saya berharap bahawa segala ilmu yang saya pelajari akan membantu saya

untuk menjadi seorang guru yang lebih berpengalaman serta lebiih memahami para

pelajar saya di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai