Anda di halaman 1dari 4

Apa yang dimaksudkan Hubungan Luar Negara Dengan Negara Lain

Dasar luar negara bermaksud dasar yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap
negara-negara lain yang bertujuan untuk menjaga kepentingan sesebuah negara. Dasar luar
Malaysia adalah kesinambungan daripada dasar dalam bagi melindungi dan menjaga
kepentingan nasional seperti keselamatan dan kesejahteraan ekonomi. Negara turut
mengamalkan dasar berkecuali iaitu mengadakan hubungan baik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi. Namun, Malaysia lebih menekankan hubungan erat dengan negara asia
terutamanya ASEAN. Selain itu, negara turut menggalakkan pemeliharaan keamanan dan
melindungi hak asasi manusia dengan menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman, hubungan luar dijalankan secara pro
komanwel, demokrasi serta anti komunis selaras dengan keadaan Perang Dingin yang berlaku
waktu itu antara blok demokrasi (Amerika Syarikat) dengan blok Komunis (Soviet Union).
Disebabkan ancaman daripada Komunis di Tanah Melayu pada waktu itu, hubungan
Perjanjian pertahanan telah dijalinkan dengan British iaitu Perjanjian Pertahanan Anglo-
demokrasi dan Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya 1957 (AMDA). Kemudian, semasa era
pemerintahan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, negara telah menghadiri Persidangan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia ekoran peristiwa berdarah 16 Mei
1969. Pada persidangan tersebut, Malaysia bertindak sebagai berkecuali dan tidak memihak
kepada mana-mana blok dalam perang dingin. Selain itu, Malaysia juga memainkan peranan
yang aktif dalam OIC, NAM dan ASEAN serta Pertubuhan Komanwel. Di samping itu,
Malaysia turut meneruskan tradisi serantau dan hubungan dengan Negara-negara Islam serta
Dunia Ketiga dan negara Malaysia turut dijadikan sebagai contoh negara Islam yang terbaik.

Bagaimana Kedaulatan dapat dikekalkan

Kedaulatan dapat dikekalkan dengan adanya hubungan antarabangsa. Malaysia


berdaulat kerana berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan mengadakan
hubungan luar atau polisi luar atau hubungan serantau melalui dasar luar. Malaysia
mengamalkan dasar luar dengan tujuan menjamin kedaulatan dan keselamatan negara.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia mengutamakan semangat kerjasama dan
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Dari segi keselamatan,
nagara kita perlu mengelakkan dari sebarang ancaman dari negara-negara luar . Oleh itu
negara kita memerlukan dasar luar yang dapat mengekalkan hubungan baik dengan semua
negara (K.Ratnam , 1999 : 213-215)

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia mengutamakan semangat kerjasama


dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Dari segi keselamatan,
nagara kita perlu mengelakkan dari sebarang ancaman dari negara-negara luar. Oleh itu
negara kita memerlukan dasar luar yang dapat mengekalkan hubungan baik dengan semua
negara. Secara umumnya, dasar luar Malaysia merangkumi tindakan bagi memastikan
kemakmuran dan kestabilan negara di samping kedaulatan negara. Kerjasama antarabangsa
dan hubungan luar negara juga turut melibatkan unsur politik, sosial, ekonomi dan budaya.
Rusdi Omar (2005).
John Bodin (1530-1596) dalam bukunya Six Books Cancerning The State
menegaskan kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara
iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Kuasa tertinggi menurut
beliau dimiliki oleh golongan raja atau pemerintah yang memiliki kuasa daulat (mutlak).
Beliau juga menegaskan betapa perlunya satu kuasa yang padu yang harus diterima oleh
semua pihak dan tiada sesiapa pun yang harus melanggar kedaulatan sebuah negara. Ia
seharusnya diterima dan dihormati oleh semua orang. Di samping itu, tidak ada kumpulan
atau individu yang boleh mempersoal atau membangkang kuasa tertinggi ini kerana dengan
tersebut, hak untuk kebebasan atau hak sebagai rakyat akan ditetapkan. Kedaulatan negara
hanya boleh kuasai secara holistik oleh kuasa Tuhan yang sentiasa lebih berkuasa ke atas
pemerintah.
Malaysia dari segi politik menjalin hubungan diplomatik dengan hampir semua
negara yang merdeka dengan melantik wakil-wakil khas dan menubuhkan kedutaan serta
mengadakan lain-lain hubungan politik . Dari segi ekonomi pula Malaysia menyokong
perdagangan bebas serta menyertai pakatan-pakatan perjanjian ekonomi seperti Perjanjian
Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Bank Dunia, dan Tabung Matawang
Antarabangsa (IMF ). Selain itu Malaysia juga mempromosi kebudayaan Nasional melalui
aktiviti-aktiviti pembangunan pelancongan dan pertukaran kebudayaan negara asing. Di
samping itu, turut mendapat perhatian dalam matlamat polisi luar Malaysia ialah kerjasama
dari segi teknikal dengan negara asing melalui bantuan-bantuan kepakaran yang diterima dari
negara maju dan yang diberi kepada negara mundur lain. Malaysia juga tidak ketinggalan
menjalin hubungan di bidang pertahanan dengan negara luar. Keadaan ini membolehkan
Malaysia memperolehi kepakaran dan pengetahuan dari segi teknik dan teknologi terbaru
bidang ketenteraan untuk menghadapi sebarang ancaman dari luar negara. Faridah Jaafar
(2007).

Kesan Hubungan luar Negara

Kesan hubungan luar antara negara Malaysia dengan negara lain ialah kedaulatan dan
pengiktifaran negara akan dapat dicapai apabila negara mendapat pengiktirafan hasil daripada
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Hasil daripada jalinan diplomatik
yang telah diwujudkan di antara Malaysia dengan negara lain, aspek keselamatan dapat
dicapai dengan strategi mengadakan hubungan berbaik-baik diantara dua negara tersebut.
Malaysia telah mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan
mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun. Jepun
menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana
Menteri Malaysia. Berikut adalah senarai-senarai perjanjian yang telah dicapai oleh Malaysia
melalui hubungan diplomatik. Ukuran kesejahteraan dan kemakmuran hasil hubungan
diplomatik yang baik juga dapat dilihat dengan terdapatnya peluang-peluang melanjutkan
pelajaran oleh rakyat daripada negara-negara membangun ke negara-negara maju seperti UK,
Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Umpamanya Malaysia telah
mengorakkan langkah dengan mengadakan Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Dr Mahathir
Mohamed. Idea Dasar Pandang Ke Timur adalah bertujuan menjadikan Jepun dan Korea
Selatan sebagai model kejayaan Malaysia. Apatah lagi kedua buah negara tersebut
mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan Malaysia iaitu lokasinya yang terletak di Asia.
Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin
keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara
yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari
perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk
mempertahankan kepentingan bersama. Misalnya, Malaysia menjalinkan hubungan
pertahanan dengan Britain bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Di samping
itu, jalinan hubungan ini juga bertujuan untuk menjamin keperluan asas negara. Antara
keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal
ini, Malaysia perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca
pendapatannya. Malaysia merupakan negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan
memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya
atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya negara ingin
memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari
segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, latar belakang sejarah dan
kebudayaan masyarakat juga akan mempengaruhi negara kita untuk terbabit menjalin
hubungan antarabangsa dengan negara lain.

Rujukan

Faridah Jaafar. (2007). Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-
2005. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
K.Ratnam.(1999) .Sejarah Malaysia,Asia Tenggara ,Asia Timur dan Asia Selatan.
Selangor : Pustaka sarjana Sdn.Bhd.
Rusdi Omar. (2005). Hubungan Malaysia-Singapura Era Mahathir.
Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai