Anda di halaman 1dari 3

Astronomi Menurut Islam

Definisi Ilmu Astronomi :


Berikut adalah definisi-definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh atau sarjana-
sarjana Islam pada zamannya:-
(1) Ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak, saiz dan gerakan jasad-
jasad tersebut oleh: As Shafa
(2) Ilmu untuk mengetahui hal ehwal jasad-jasad cakerawala yang bertaburan di
angkasa lengkap dengan bentuk, kedudukan, ukuran serta jaraknya. oleh : Thasy
Kura
(3) Ilmu berkaitan dengan gerakan dan peredaran bintang-bintang yang tetap.
Dari gerakan dan peredaran bintang ini dapat diketahui bentuk dan
kedudukannya melalui hitungan gerakannya yang dapat dilihat dengan cara
metrik. oleh : Ibnu Khaldun
Pengenalan

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut
acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial,
keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah
untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran
mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang
bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang
berpengetahuan dan berkemahiran.

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan
bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan
bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang
pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan
perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat
pendidikan negara. Tujuan utama sistem perundangan pendidikan adalah untuk menentukan
tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan
cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif
membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan
perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru pula adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat
perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan
dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B.
Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kementerian Pendidikan
Malaysia juga telah melihat profesion perguruan sebagai berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang
tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Bidang pendidikan pada masa kini
telahpun berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,
sistematik dan holistik. Maka, kalangan warga pendidik, perundangan pendidikan negara
serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sistem dan
perundangan pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas
pertama walaupun ia mengambil masa yang panjang. Peningkatan profesionalisme guru dapat
membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan
profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan
dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang
rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion
keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber
utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam
pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru
harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri
memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.

Oleh itu, perundangan pendidikan yang mantap dan berkesan dapat member impak
yang sangat besar dalam profesion perguruan yang menjurus kepada kecemerlangan dan
keseimbangan taraf pendidikan di Malaysia. Dalam memartabatkan profesion peguruan juga,
perundangan pendidikan seharusnya digubal dengan penuh teliti dan mengambil kira
peredaran zaman dan masa supaya perundangan tersebut tidak terus ketinggalan dengan arus
permodenan yang kian pesat. Pada zaman sebar canggih masa kini, peranan guru amatlah
penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang sempurna kepada anak bangsa yang
bakal meneraju masa depan negara, dan perundangan pendidikan yang berkesan dalam
memartabatkan profesion perguruan amatlah perlu bagi menjamin kelancaran untuk masa
depan negara.

Anda mungkin juga menyukai