Anda di halaman 1dari 20

1

UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

PANEL BIDANG SAINS SOSIAL


FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN
PEMBANGUNAN INSAN

UWS 10103 KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN


MUTAKHIR MALAYSIA

PENULISAN AKADEMIK

PENGENALAN
Panduan ini menerangkan dengan terperinci tugasan-tugasan untuk kursus ini yang
merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan bagi memenuhi
60% markah kursus.

Tugasan Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia bertujuan untuk menilai


peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi iaitu :

1. kebolehan mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam


penyelesaian sesuatu masalah
2. menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasilkan sesuatu
yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

Panduan ini mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan pensyarah


menilai hasil kerja pelajar.

CIRI-CIRI PENULISAN AKADEMIK


Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur
yang jelas.
Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
2
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.


Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.
Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran dan tidak
mengandungi kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

APA ITU PLAGIARISME?


Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan
menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar.

Seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan
orang lain yang bermaksud seperti berikut:

Memetik atau meniru sebulat-bulatnya hasil kerja orang lain tanpa memberi
penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwa bahawa ia adalah hasil
ciptaan sendiri.

Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang
diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak
salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah
sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang
adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Pertimbangan ini
termasuk gambarajah, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya
yang tidak dinyatakan sumber asal.

Menyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih
kursus.

Bagaimana mengelak daripada PLAGIARISME?

Memastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang dipetik mempunyai


rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.
Menulis semula ayat atau perenggan dan memastikan rujukan dinyatakan
dalam kurungan.
Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat
segala rujukan.
Mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang boleh
gunakan tanpa hak cipta.

RUJUKAN
Penulisan akademik mesti mengandungi dua jenis rujukan iaitu rujukan dalam teks
dan senarai rujukan di bahagian akhir penulisan sebelum lampiran.
3
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

1. Rujukan Dalam Teks (Sistem Harvard)

Contoh penulisan rujukan dalam teks ialah seperti berikut :

Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang


dirujuk. Contoh:

Menurut David Drakakis (2000), perumahan dan perancangan pembangunan...."

Jika nama pengarang tidak ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun
dalam kurungan. Contoh:

Perumahan dan perancangan pembangunan yang baik adalah disebabkan peranan


pihak kerajaan yang efisyen dan dibantu oleh pihak swasta (David Drakakis,
2000).

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan
nama kedua-dua pengarang. Contoh:

Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa


oleh Kralj dan Petrovic (1995)......

Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang
pertama. Contoh:

Safaai Deris, et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual.

Gunakan huruf kecil (a,b,c) untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan
oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG


Solver oleh Puget dan Albert (1994a).

Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran


buatan (Puget dan Albert, 1994b).

2. Senarai Rujukan / Bibliografi

Semua sumber yang dirujuk dalam teks mesti disenaraikan di akhir tugasan di bawah
tajuk Rujukan.
4
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Kaedah Menulis Rujukan / Bibliografi

BUKU

Pengarang Tunggal

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy


types and the fundamental groupoid. New York: The Free Press.

Nik Rahimah Nik Yacob. (1991) Perancangan dan pengurusan keluaran. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Pengarang Bersama

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice: a
source book. London: McMillan.

Cohen, J. & Fischer, K. (1980). Statistical power analysis for the behavioral
sciences. New York: Academic Press.

Cetak Ulang, Edisi Baru & Jilid

Buckley, C.B. (1965). An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak


ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saravananthan, K. (1988). Matematik pertama. Jil. 1 & 2. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Karya Mengikut Judul

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia Kita: Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. (2001). Ed.
Ke-2. Selangor: International Law Book Service.
5
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Terjemahan

Lazim Mat Haron. (1987). Gagasan ilmu baru. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.

Bab/Artikel dalam Buku

Mikesell, J.L. (1999). Government as an economic unit. Dlm. Buchanan, J.M. &
Flowers, M.R. (pnyt.). The public finances: an introductory textbook, hlm.
356-374. Illinois: Richard D.Irwin Inc.

Mohd Salleh Abas. (1987). Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam dua puluh
tahun yang pertama. Dlm. Tun Mohamed Suffian et al. (pngr.).
Perlembagaan Malaysia. Perkembangannya: 1957-1977. hlm. 189-222.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nota:
(pnys. = penyusun), (pnyt.= penyunting), (pngr. = penyelenggara)

JURNAL

Bahl, R. (1986). The design of Intergovernmental Transfers in Industrial Countries.


Public Budgeting and Finance Vol. 6 No: 4: 3-22.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi
masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector optimization


problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.

DOKUMEN AWAM

Akta

Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.
Bhd.

Laporan

Kementerian Kewangan Malaysia. (1990). Laporan Ekonomi 1990-2001.


6
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Laporan Unit Perancangan Ekonomi Negeri. (1999). Mesyuarat Pembangunan


Ekonomi Negeri Kali Kedua. Pejabat Setiausaha Negeri Johor, 15 - 16
Ogos.

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995.

Malaysia. (1990). Buku Maklumat Perangkaan 1990-2001. Kuala Lumpur:


Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malaysia. (1989). Akaun Awam Lengkap. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan


Negara.

BAHAN TIDAK DITERBIT

Tesis/Latihan Ilmiah/Laporan Teknik

Yusnaidi Yusof. (2003). Peranan Pusat Zakat di Negeri Kedah. Tesis Ph.D.
Universiti Utara Malaysia.

Zuriana Zahrin. (2003). Federalisme Fiskal: Pemberian Kerajaan Pusat kepada


Kerajaan Negeri Johor & Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Malaya: Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran

Zuriana Zahrin. (2000). Pelacuran Gadis Bawah Umur: Kajian di Taman Sri
Puteri. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuryani Zohari. (2006) Gaya kepimpinan dan pencapaian prestasi Koperasi


Pekebun Kecil Daerah Gerik Bhd. Laporan Praktikum. Fakulti Pengurusan
Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

Kertas Kerja/Prosiding/Seminar

Chan Siew Hon. (2006). Private Finance Initiative (PFI): Privatization Revisited?
Kertas Kerja Simposium Pelaburan Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur. 14 Disember.

Zuriana Zahrin & Nor Azizah Zainal Abidin. (2006). Amalan Federalisme Fiskal
di Malaysia: Analisis Perbandingan Negeri Johor dan Kedah. Prosiding
Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam 2006, hlm. 55-65.
7
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Temu Bual

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

MAJALAH

Artikel dengan Pengarang

Ismail Hamid. (1990). Sastera kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.

Mohd Yusman Awang, Muhd Izhar Abu Samah & Zamri Ramli. (2004). Dadah:
Merenung kembali erti sebuah kegagalan. Massa, 10 April: 27-33.

Artikel tanpa Pengarang

Ternama, terkenal dan dadah. (2004). Massa, 10 April. 37.

Drummer: The talk of the town. (2003). New Yorker, Oktober: 45.

AKHBAR

Artikel dengan Pengarang

Faisal Othman. (1992). Jaga kepentingan umum asas pemerintahan Islam.


Utusan Malaysia, 30 Oktober: 6.

Siti Zainon Ismail. (1990). Wanita, puisi dan peribadi. Berita Minggu, 4
Februari: 7.

Artikel tanpa Pengarang

Peningkatan kes belia tidak membayar pinjaman. (1992). Utusan Malaysia, 30


Oktober: 10.

Masjid di Algeria jadi medan latihan golongan pelampau. (1989). Mingguan


Malaysia, 23 Februari: 10.
8
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Berita/rencana dengan nama penulis

Kandau Sidi. (2000). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 5 Julai:
17.

Berita/rencana tanpa nama penulis

Telefon bimbit bukan sekadar penghubung. (2000). Berita Harian, 5 Julai: 24.

Surat kepada editor

Fizani. (1992). Jangan salahkan imam, bilal sahaja. Forum. Berita Harian, 30
Oktober: 13.

Izhab, Z. (1992). Effective reading is the way to ensure success of science


students. Surat kepada editor. New Straits Times, 25 Januari: 9.

Rujukan umum akhbar

Berita Harian. (1985). 28 Disember.

The Star. (1991). 2 Jun.

RUJUKAN ELEKTRONIK

Ackrill, R. (1998). EMU and stabilization: a reconsideration of the fiscal


federalism paradigm. Centre for European Economic Studies, Department
of Economics, University of Leicester. (atas talian)
http://www.le.ac.uk/economics/research/RePEc/lec/lecees/ceesrev.pdf (28
Jun 2003).

Follesdal, A. (2003). Federalism. Standford Encyclopedia of Philosophy (atas


talian) http://folk.uio.no/andreasf.pdf (5 Jun 2003).

Majlis Perbandaran Kluang. (2007). Profil: Objektif & Misi Majlis Perbandaran
Kluang (atas talian) http://www.johordt.gov.my/mpk/ (3 Mac 2007).

Pritzer, T.J. (tanpa tarikh). An early fragment from central Nepal (atas talian)
http://www.ingress.com/astanart/pritzker.html (5 Jun 2000).
9
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

PERINCIAN TUGASAN UWS 10103

1. TUGASAN INDIVIDU [10 %]

Pelajar dikehendaki untuk memilih sebuah artikel daripada salah sebuah tema
di bawah iaitu :
Perlembagaan
Tanggungjawab Warganegara
Pembangunan dan Sumbangan

Artikel berkenaan perlu dianalisis dan diulas menggunakan ayat sendiri


sepanjang 3 halaman bercetak. (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan
gambar, isi kandungan, rujukan dan lampiran)

Format penulisan ulasan artikel ialah seperti berikut :


Font Times New Roman bersaiz 12
Langkau 1.5
Mengandungi pengenalan, 3 isu perbincangan artikel (huraian dan
ulasan) dan kesimpulan
Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan
berkaitan digalakkan
Melampirkan artikel yang dipilih di bahagian lampiran
Menyatakan sekurangnya 5 rujukan lain yang digunakan berkaitan
dengan artikel di bahagian rujukan.

Tugasan individu yang dihantar perlu mengandungi :


muka hadapan seperti contoh di Lampiran A
biodata pelajar (nama, no matriks, no kad pengenalan, alamat semasa,
alamat kampung, emel, nombor telefon, nama dan nombor telefon
rakan baik, motto hidup dan idola) beserta gambar
isi kandungan
ulasan artikel
rujukan
lampiran (artikel)

Penghantaran tugasan individu dalam bentuk hardcopy ialah pada Minggu


ke 9 perkuliahan.

Pemarkahan akan diberikan mengikut rubrik di Lampiran B

2. TUGASAN KUMPULAN [25 %]

Pelajar dikehendaki untuk menulis tugasan secara berkumpulan sepanjang 25


hingga 30 halaman (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan gambar, isi
10
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

kandungan, rujukan dan lampiran) berdasarkan kepada tajuk yang diagihkan


oleh pensyarah masing-masing secara kritis. (Tajuk Tugasan di Lampiran C)

Pembentukan kumpulan mengikut kepada pembahagian yang dilakukan


pensyarah masing-masing.

Pelajar digalakkan untuk menyediakan proposal penulisan tugasan dan


melakukan perbincangan dengan pensyarah masing-masing sebagai panduan
menyediakan tugasan.

Format penulisan tugasan ialah seperti berikut :


Font Times New Roman bersaiz 12
Langkau 1.5
Mengandungi abstrak, pengenalan, sekurang-kurangnya 5 isi
perbincangan (huraian dan ulasan) dan kesimpulan / penutup.
Pembahagian pecahan isi boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tajuk
tugasan yang diberikan.
Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan
berkaitan digalakkan serta dinyatakan sumber rujukan
Menyenaraikan sekurangnya 10 rujukan lain dari pelbagai sumber di
bahagian rujukan.

Tugasan yang dihantar perlu mengandungi :


muka hadapan seperti contoh di Lampiran A
biodata pelajar (nama, no matriks, no kad pengenalan, alamat semasa,
alamat kampung, emel, nombor telefon, nama dan nombor telefon
rakan baik, motto hidup dan idola) beserta gambar berkumpulan
isi kandungan
abstrak
pengenalan
isi perbincangan
kesimpulan / penutup
rujukan
lampiran (sekiranya ada)

Penghantaran tugasan kumpulan dalam bentuk hardcopy ialah pada Minggu


ke 8 perkuliahan. Penghantaran dalam bentuk softcopy perlu disertakan
dengan bahan / medium pembentangan (powerpoint dan sebagainya) selepas
pembentangan kumpulan berlaku. *Bagi kumpulan yang mendapat giliran
awal pembentangan dibenarkan menghantar softcopy pada minggu ke 8
bersama hardcopy.

Pemarkahan akan diberikan mengikut rubrik di Lampiran D


11
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

3. TUGASAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN [15 %]

Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil penulisan selama 25 minit


bermula dari Minggu ke 6 perkuliahan. (15 minit masa pembentangan dan 10
minit soal jawab)

Kaedah pembentangan adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing


(Contoh : lakonan, bual bicara, forum dan sebagainya) dan menggunakan
pelbagai bahan / medium pembentangan. (Contoh : powerpoint, flash, video
dan sebagainya)

Medium pembentangan tersebut perlu dihantar kepada pensyarah di dalam


satu CD beserta softcopy penulisan tugasan kumpulan.

Pemarkahan akan mengambil kira kreativiti pelajar, kelancaran, pengurusan


termasuk ketepatan masa, isi perbincangan, bahan / medium yang digunakan
dan kerjasama kumpulan.

Rubrik pemarkahan seperti di Lampiran E.


12
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

LAMPIRAN A : MUKA DEPAN

TUGASAN BERKUMPULAN / INDIVIDU


TAJUK :

KOD KURSUS UWS 10103


KENEGARAAN & PEMBANGUNAN MUTAKHIR
NAMA KURSUS MALAYSIA

FAKULTI
1. AHMAD BIN MUHAMMAD (CE 10103)
2.
3.
4.
5.
NAMA PELAJAR 6.

SEKSYEN

NAMA PENSYARAH PN. HARLIANA BINTI HALIM

TARIKH HANTAR

MARKAH
TUGASAN
13
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

LAMPIRAN A

KRITERIA PEMARKAHAN PENULISAN


TUGASAN INDIVIDU 10%

KRITERIA SKALA MARKAH / ULASAN


Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci Cemerlang
Skop literatur luas dan komprehensif dipilih dan sesuai. (8-10)
Hubungkait idea jelas ditunjukkan
Reviu kritikal yang sangat baik
Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap.
Susunatur terbaik, logikal dan koheren.
Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-
contoh sesuai, penerangan dan huraian tambahan .
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik
Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder

Liputan kandungan relevan dan sangat mencukupi Kepujian


Skop literatur yang luas dipilih dan digunakan dengan sesuai . (6-7)
Perhubungan idea yang jelas .
Reviu kritikal yang baik
Analisis idea tepat dan padat
Susun atur baik dengan kesilapan yang sedikit/minima
Idea dikembang dengan baik dan mengandungi fakta atau contoh
mencukupi untuk menyokong hujah
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik dengan
sedikit kesilapan .
Mempunyai lebih daripada mencukupi bahan sumber utama dan
sekunder

Liputan kandungan relevan dan baik Sederhana


Jumlah tinjauan literatur relevan memuaskan. Perhubungan idea (5-6)
agak jelas .
Reviu kritikal agak baik :
Analisis idea agak tepat dan mendalam .
Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan
Idea dikembang dengan agak baik dan mengandungi fakta/contoh
sokongan yang agak mencukupi.
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik
Mengandungi jumlah bahan sumber utama dan sekunder yang
Mencukupi

Liputan kandungan mencukupi dan relevan Lulus


Hanya bilangan kecil literatur dipilih dan digunakan. (3-4)
Sebahagian perhubungan idea jelas.
Reviu kritikal mencukupi
Analisis idea mencukupi .
Susun atur memuaskan dengan beberapa kesilapan signifikan
Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/ contoh-contoh
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baik dengan
beberapa kesilapan
Mempunyai bilangan bahan sumber yang tidak mencukupi

Liputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan Gagal


Perhubungan idea tidak jelas . (0-2)
Sedikit atau tiada reviu kritikal
Analisis idea tidak logikal dan tidak menyakinkan
Susun atur lemah dengan kesilapan yang nyata
Idea dikembang secara lemah dengan sedikit atau tiada huraian
tambahan
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah.
Kekurangan bahan sumber utama dan sekunder
14
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

LAMPIRAN C
AGIHAN SOALAN TUGASAN
KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
SEMESTER 1 2013/2014
PENSYARAH TAJUK TUGASAN
PM DR. KHAIRUL 1. Huraikan secara kritis komponen utama yang
AZMAN MOHD terkandung dalam Parlimen seperti yang diperuntukkan
SUHAIMY dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Tindakan mahasiswa menurunkan Jalur Gemilang
mendapat kecaman pelbagai pihak. Kritiskan pendapat
anda terhadap tindakan tersebut.
3. Bincangkan pengaruh ketamadunan tradisional dalam
pembentukan negara Malaysia.
4. Huraikan peristiwa-peristiwa penting selepas tahun 1948
yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.
5. Bagi mencapai matlamat Wawasan 2020, terdapat
sembilan cabaran yang harus di atasi. Huraikan dengan
kritis 3 daripada cabaran tersebut.
6. KDRTS adalah komponen sesebuah negara. Dengan
mengambil 2 contoh kerajaan yang sesuai, huraikan
komponen-komponen tersebut.
7. Tunku Abdul Rahman Putra al-Hajj tokoh utama dalam
pencapaian kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
Jelaskan dengan terperinci peranan beliau dalam
peristiwa di atas.
8. Setiap kali perayaan menyambut dirgahayu
kemerdekaan, kurang rakyat Malaysia mengibarkan
Jalur Gemilang. Jelaskan.
9. Penjajahan Jepun telah meningkatkan semangat
nasionalisme kalangan rakyat. Bincangkan

TN. HJ 1. Di Malaysia, kedudukan Perlembagaan adalah tertinggi


SHAMSAADAL mengatasi Parlimen, Badan Eksekutif dan Badan
SHOLEH HJ SAAD Kehakiman. Jelaskan maksud penyataan tersebut
dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
2. Aplikasi dan kemajuan sains dan teknologi dalam
kehidupan harian pada hari ini lebih mengundang
bahana dalam pembangunan kendiri mahasiswa.
Nyatakan pendapat anda.
3. Institusi Beraja relevan dalam pembentukan negara
moden. Bincangkan.
4. Tolak ansur antara kaum yang telah memudahkan dan
mempercepatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu. Huraikan.
5. Terangkan matlamat Dasar Ekonomi Baru dan strategi
pelaksanaan yang telah dirangka bagi mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi negara.
6. Hubungan Raja Rakyat merupakan asas kepada
kekuatan sesebuah pemerintahan. Dengan contoh yang
sesuai, perjelaskan kenyataan ini.
7. Tun Abdul Razak dengan gelaran Bapa Pembangunan
telah berjaya mengubah landskap pembangunan
Malaysia 1971-1976. Bincangkan.
8. Mutakhir ini memperlihatkan kurangnya rakyat Malaysia
berbangga apabila membeli barangan buatan Malaysia.
15
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Bincangkan senario tersebut.


9. Malaysia telah melalui satu sejarah penjajahan yang
amat panjang. Bincangkan faktor-faktor mengapa
Malaysia dijajah oleh kuasa asing.

DR. MD AKBAL 1. Walaupun pemerintahan negara di bawah kuasa YDPA


ABDULLAH namun hampir semua perkara dilaksanakan oleh
Jemaah Menteri atau atas nasihat Jemaah Menteri.
Bincangkan maksud Jemaah Menteri termasuk
pembentukan dan peranannya
2. Nyatakan keperluan dan kepentingan aspek pendidikan
terhadap remaja dan mahasiswa dalam menangani isu-
isu sosial kini.
3. Huraikan pengajaran yang dapat diambil daripada
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan menyentuh
aspek pembangunan politik, ekonomi dan sosial.
4. Penyingkiran Singapura telah memulih dan meredakan
iklim politik Malaysia selepas tahun 1965. Jelaskan
kenyataan ini dengan lebih lanjut.
5. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses
penggubalan dasar-dasar bagi negara Malaysia.
6. Kedaulatan adalah simbol kepada sesebuah kerajaan
yang berkuasa. Bincangkan dengan mengemukakan 2
bukti kerajaan yang berkaitan.
7. Rukun Negara adalah ideologi dan pegangan kehidupan
rakyat Malaysia. Jelaskan dengan lebih lanjut.
8. Sebahagian rakyat Malaysia hanya bersedia
mengibarkan Jalur Gemilang yang didapati secara
percuma sahaja semasa merayakan ulangtahun hari
kemerdekaan. Bincangkan.
9. Penjajah bukan sahaja menjajah hasil bumi tetapi
mereka juga menjajah pemikiran kita. Bincangkan.

DR. KHAIRUNESA 1. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa


ISA perkara yang membolehkan Kerajaan Persekutuan
menggubal undang-undang mengatasi bidang kuasa
kerajaan negeri. Huraikan peruntukan-peruntukan
tersebut.
2. Kualiti sahsiah dan akademik mahasiswa semakin
meruncing. Perlukah satu dasar dibentuk bagi
menggantikan dasar pendidikan kebangsaan dalam
usaha memulih semula kualiti mahasiswa?
3. Melaka kalah kerana teknologi. Huraikan.
4. Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai tanpa melalui
pertumpahan darah. Jelaskan keistimewaan itu.
5. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1970
bermatlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat. Bincangkan sejauh
manakah dasar ini mencapai matlamatnya.
6. Kehilangan Pulau Batu Putih telah mencabar kedaulatan
dan mengubah sempadan negara. Bincangkan.
7. UTHM telah mengabadikan nama Tun Hussein Onn
sebagai nama salah sebuah IPTA. Jelaskan sumbangan
besar beliau dalam bidang pendidikan, keharmonian
kaum dan keselamatan di negara ini.
8. Mutakhir ini wujud sebilangan rakyat yang mendapat
tajaan negara enggan pulang berkhidmat setelah
menamatkan pengajian. Bincangkan.
16
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

9. Dasar ekonomi semasa penjajahan British telah


meninggalkan pelbagai kesan terhadap ekonomi negara
kita. Bincangkan.

PN. NORANIFITRI 1. Huraikan ciri-ciri tradisi dalam Perlembagaan


MD NOR Persekutuan dan peranannya mengekalkan kestabilan
negara.
2. Plagiat, meniru, tidak hadir kuliah tanpa sebab dan tidak
menghormati pensyarah merupakan trend mahasiswa
hari ini. Hujahkan isu tersebut dalam konteks nilai
kesarjanaan mahasiswa terhadap diri sendiri, keluarga,
agama, universiti dan negara.
3. Bincangkan warisan Ketamadunan Tradisional di
Malaysia dengan melihat dari aspek nilai
pensejarahannya dan kepentingan pemeliharaan
warisan tersebut.
4. Globalisasi merupakan ancaman kepada pengekalan
negara bangsa. Apakah usaha dan langkah generasi
muda hari ini boleh mengekalkan kelangsungan
kemerdekaan negara di era globalisasi?
5. Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh
kerajaan pada 17 Jun 1991 untuk meneruskan Dasar
Ekonomi Baru 1970-1990. Terangkan strategi-strategi
untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan
Nasional.
6. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Huraikan
kenyataan ini dengan lebih lanjut dengan contoh yang
sesuai sebagai seorang rakyat yang setia dan
bertanggungjawab.
7. Mengapa gelaran Bapa Pemodenan diberikan kepada
Tun Dr. Mahathir? Jelaskan dengan lebih lanjut dengan
mengemukakan pendapat anda.
8. Perasaan kesetiaan terhadap negara adalah benteng
kedaulatan sebuah negara. Ulaskan.
9. Campur tangan British terhadap pentadbiran tradisional
Melayu telah membawa satu perubahan besar.
Jelaskan.

PN. HARLIANA 1. Suruhanjaya Pilihanraya memainkan peranan penting


HALIM dalam memastikan amalan demokrasi berparlimen
dilaksanakan. Huraikan.
2. Golongan belia merupakan aset negara. Hujahkan
signifikan nilai remaja dan mahasiswa dalam konteks
pembangunan dan tanggungjawab terhadap negara.
3. Ibn Khaldun dalam Al-Muqaddimah pada abad ke-14
menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap
utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan
mengalami kemusnahan. Bincangkan penyataan
tersebut dengan mengambil Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka sebagai contoh.
4. Limpahan kemakmuran negara kini merupakan kesan
daripada penubuhan Malaysia pada 1963. Bincangkan.
5. Dasar Wawasan Negara (2001-2010) digubal oleh
MPEN II mempunyai 5 strategi untuk mencapai objektif.
Huraikan.
6. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa sains adalah
asas kepada pembentukan sebuah negara maju.
17
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

Bincangkan Dasar Sains dan Teknologi dengan


mengkaji impak ke atas pembangunan negara.
7. Malaysia telah melalui satu sejarah penjajahan yang
amat panjang. Bincangkan faktor-faktor mengapa
Malaysia dijajah oleh kuasa asing.
8. Generasi muda dikatakan tidak mempunyai semangat
kecintaan yang mendalam terhadap negara masa kini.
Bincangkan.
9. Survival dan kemajuan merupakan teras proses
pemantapan kenegaraan. Jelaskan dengan lebih lanjut
kenyataan ini.

EN. JOHAR 1. Huraikan ciri-ciri tradisi dalam Perlembagaan


MARTAM Persekutuan dan peranannya mengekalkan kestabilan
negara.
2. Unsur-unsur tradisi telah termaktub dalam
perlembagaan semenjak 53 tahun lalu. Bincangkan
rasional tindakan tersebut.
3. Pemahsyuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
merupakan manifestasi kebebasan daripada cengkaman
penjajahan British untuk selama-lamanya. Bincangkan.
4. Semasa lagu kebangsaan berkumandang di udara, ada
sebahagian dari kalangan ahli masyarakat tidak
menunjukkan rasa hormat dan bangga. Mengapa?
5. Survival dan kemajuan merupakan teras proses
pemantapan kenegaraan. Jelaskan dengan lebih lanjut
kenyataan ini.
6. Dasar Wawasan Negara (2001-2010) digubal oleh
MPEN II mempunyai 5 strategi untuk mencapai objektif.
Huraikan.
7. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa sains adalah
asas kepada pembentukan sebuah negara maju.
Bincangkan Dasar Sains dan Teknologi dengan
mengkaji impak ke atas pembangunan negara.
8. Generasi muda dikatakan tidak mempunyai semangat
kecintaan yang mendalam terhadap negara masa kini.
Bincangkan.
9. Keadaan ekonomi semasa penjajahan British telah
meninggalkan pelbagai kesan terhadap pembangunan
ekonomi negara kita. Bincangkan.

EN. ZULKIFLI SENIN 1. Walaupun pemerintahan negara di bawah kuasa YDPA


namun hampir semua perkara dilaksanakan oleh
Jemaah Menteri atau atas nasihat Jemaah Menteri.
Bincangkan maksud Jemaah Menteri termasuk
pembentukan dan peranannya
2. Nyatakan keperluan dan kepentingan aspek pendidikan
terhadap remaja dan mahasiswa dalam menangani isu-
isu sosial kini.
3. Huraikan pengajaran yang dapat diambil daripada
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan menyentuh
aspek pembangunan politik, ekonomi dan sosial.
4. Penyingkiran Singapura telah memulih dan meredakan
iklim politik Malaysia selepas tahun 1965. Jelaskan
kenyataan ini dengan lebih lanjut.
5. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses
penggubalan dasar-dasar bagi negara Malaysia.
18
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

6. Kedaulatan adalah simbol kepada sesebuah kerajaan


yang berkuasa. Bincangkan dengan mengemukakan 2
bukti kerajaan yang berkaitan.
7. Rukun Negara adalah ideologi dan pegangan kehidupan
rakyat Malaysia. Jelaskan dengan lebih lanjut.
8. Sebahagian rakyat Malaysia hanya bersedia
mengibarkan Jalur Gemilang yang didapati secara
percuma sahaja semasa merayakan ulangtahun hari
kemerdekaan. Bincangkan.
9. Darurat berlaku dari 1948 hingga 1960 adalah angkara
Parti Komunis Malaya dan meninggalkan kesan politik,
ekonomi dan sosial terhadap negara. Huraikan.
19
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

LAMPIRAN D

UWS10103 KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA


Group Assignment Rubric Marking Scheme [25%]

Leader Group Name and Matric No.:


Assignment Topic:
Points Earned
Knowledge Content 60% _____/60
Comments:
All key elements of the assignment are covered
Presented in course material and:
Is comprehensive and accurate
Is insightful and reflective
Develops a central theme or idea
Demonstrates the ability to analyse the ideas of others
Points Earned
Presentation Writing and Style 25% _____/25
Tone is appropriate to the content and assignment Comments:
Organisation is logical, paperwork is clear
The Introduction includes a clear paperwork and previews
main points of the paper/essay
The Body:
Develops paperwork
Includes clearly stated main points
Is comprehensive and accurate(no factual errors)
Is insightful and reflective
Effectively uses details, examples and/or analysis
The Conclusion flows from the body of the paper and reviews
main points of the paper/essay
Grammar:
Grammar, structure, spelling and punctuation are
correct
Sentences are well-structured, complete, clear and
concise
Topic and transition sentences are used and
organise/maintain the flow of thought
Points Earned
Administrative 15% _____/15
Completed within the prescribed timelines Comments:
Conforms to prescribed word limits
Conforms to any additional instructions provided
Citations are used where required and comply with the
assignment guidelines
Bibliography is complete and complies with assignment
guidelines
Points Earned
Total 100% _____/100
Summary/Additional Comments:
20
UWS 10103 Tugasan Berkumpulan / Individu

LAMPIRAN E

PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN TUGASAN PELAJAR [15%]


BUTIRAN MAKLUMAT
Nama Ketua Kumpulan : ............................................................. Seksyen : ................
Fakulti : .................................................................................................................................
Tajuk Tugasan : ....................................................................................................................

KRITERIA PEMBENTANGAN 10% RATING MARKAH / ULASAN

Bahan persembahan adalah amat tersusun atur dan Cemerlang


amat menarik
Pembentangan adalah amat mantap
8-10
Pengurusan masa yang amat baik

Bahan persembahan adalah tersusun atur dan


Baik
menarik
Pembentangan adalah mantap 6-7
Pengurusan masa yang baik

Bahan persembahan adalah bersesuaian Sederhana


Pembentangan adalah bersesuaian
Pengurusan masa yang bersesuaian
4-5

Bahan persembahan tidak tersusun atur Lemah


Pembentangan adalah tidak mantap
2-3
Pengurusan masa yang tidak baik

Bahan persembahan tidak menepati isi kandungan Sangat Lemah


Pembentangan adalah amat lemah
0-1
Tiada pengurusan masa

KRITERIA SOAL JAWAB 5% RATING MARKAH / ULASAN

Dapat menjawab semua soalan secara amat berkesan Cemerlang 5


Jawapan yang diberi adalah amat relevan

Dapat menjawab semua soalan secara berkesan Baik 4


Jawapan yang diberi adalah relevan

Dapat menjawab semua soalan secara sederhana


Sederhana 3
Sebahagian jawapan adalah tidak relevan

Tidak dapat menjawab sebahagian soalan Lemah 2

Tidak dapat menjawab semua soalan Sangat Lemah 1

Nama Pensyarah :................................................................

Tandatangan :................................................................
Tarikh :................................................................

Anda mungkin juga menyukai