Anda di halaman 1dari 18

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

PANEL BIDANG SAINS SOSIAL


FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN
PEMBANGUNAN INSAN

PANDUAN TUGASAN INDIVIDU


DAN BERKUMPULAN

UWS 10103 / UWS 10503: KENEGARAAN DAN


PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA (KPMM)

SEMESTER I
SESI 2015/2016

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

ISI KANDUNGAN

Bil.

Tajuk

m/s

Penulisan Akademik

Perincian Panduan Tugasan UWS 10103

10

2.1

Tugasan Individu

10

2.2

Tugasan Berkumpulan

11

2.3

Tugasan Pembentangan Berkumpulan

12

Agihan Tema Tugasan Berkumpulan untuk


Setiap Pensyarah KPMM Semester 1

12

Lampiran A:Muka Hadapan Tugasan

14

Lampiran B:Kriteria Pemarkahan Individu

15

Lampiran C:Kriteria Pemarkahan Berkumpulan

16

Lampiran D:Penilaian Pembentangan Pelajar

17

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

PENULISAN AKADEMIK
PENGENALAN
Panduan ini menerangkan dengan terperinci tugasan-tugasan untuk kursus ini yang
merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan bagi memenuhi
60% markah kursus.
Tugasan Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia bertujuan untuk menilai
peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi iaitu :
1. kebolehan mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam
penyelesaian sesuatu masalah
2. menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasilkan sesuatu
yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.
Panduan ini mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan pensyarah
menilai hasil kerja pelajar.
CIRI-CIRI PENULISAN AKADEMIK
Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur
yang jelas.
Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.
Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran dan tidak
mengandungi kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.
APA ITU PLAGIARISME?
Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan
menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar.
Seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan
orang lain yang bermaksud seperti berikut:

Memetik atau meniru sebulat-bulatnya hasil kerja orang lain tanpa memberi
penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwa bahawa ia adalah hasil
ciptaan sendiri.

Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang
diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak
salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah
sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang
adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Pertimbangan ini
termasuk gambarajah, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya
yang tidak dinyatakan sumber asal.

Menyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih
kursus.

Bagaimana mengelak daripada PLAGIARISME?

Memastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang dipetik mempunyai


rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.
Menulis semula ayat atau perenggan dan memastikan rujukan dinyatakan
dalam kurungan.
Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat
segala rujukan.
Mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang boleh
gunakan tanpa hak cipta.

RUJUKAN
Penulisan akademik mesti mengandungi dua jenis rujukan iaitu rujukan dalam teks
dan senarai rujukan di bahagian akhir penulisan sebelum lampiran.
1. Rujukan Dalam Teks (Sistem Harvard)
Contoh penulisan rujukan dalam teks ialah seperti berikut :
Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang
dirujuk. Contoh:
Menurut David Drakakis (2000), perumahan dan perancangan pembangunan...."
Jika nama pengarang tidak ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun
dalam kurungan. Contoh:
Perumahan dan perancangan pembangunan yang baik adalah disebabkan peranan
pihak kerajaan yang efisyen dan dibantu oleh pihak swasta (David Drakakis,
2000).
Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan
nama kedua-dua pengarang. Contoh:
Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa
oleh Kralj dan Petrovic (1995)......
_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang
pertama. Contoh:
Safaai Deris, et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual.
Gunakan huruf kecil (a,b,c) untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan
oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG
Solver oleh Puget dan Albert (1994a).
Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran
buatan (Puget dan Albert, 1994b).
2. Senarai Rujukan / Bibliografi
Semua sumber yang dirujuk dalam teks mesti disenaraikan di akhir tugasan di bawah
tajuk Rujukan.
Kaedah Menulis Rujukan / Bibliografi
BUKU
Pengarang Tunggal
Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy
types and the fundamental groupoid. New York: The Free Press.
Nik Rahimah Nik Yacob. (1991) Perancangan dan pengurusan keluaran. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Pengarang Bersama
Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice: a
source book. London: McMillan.
Cohen, J. & Fischer, K. (1980). Statistical power analysis for the behavioral
sciences. New York: Academic Press.
Cetak Ulang, Edisi Baru & Jilid

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Buckley, C.B. (1965). An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak


ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saravananthan, K. (1988). Matematik pertama. Jil. 1 & 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Karya Mengikut Judul
Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia Kita: Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. (2001). Ed.
Ke-2. Selangor: International Law Book Service.
Terjemahan
Lazim Mat Haron. (1987). Gagasan ilmu baru. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.
Bab/Artikel dalam Buku
Mikesell, J.L. (1999). Government as an economic unit. Dlm. Buchanan, J.M. &
Flowers, M.R. (pnyt.). The public finances: an introductory textbook, hlm.
356-374. Illinois: Richard D.Irwin Inc.
Mohd Salleh Abas. (1987). Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam dua puluh
tahun yang pertama. Dlm. Tun Mohamed Suffian et al. (pngr.).
Perlembagaan Malaysia. Perkembangannya: 1957-1977. hlm. 189-222.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nota:
(pnys. = penyusun), (pnyt.= penyunting), (pngr. = penyelenggara)
JURNAL
Bahl, R. (1986). The design of Intergovernmental Transfers in Industrial Countries.
Public Budgeting and Finance Vol. 6 No: 4: 3-22.
Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989).
masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

Aspek ekonomi

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector optimization


problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.
DOKUMEN AWAM
Akta
Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.
Bhd.
Laporan
Kementerian Kewangan Malaysia. (1990). Laporan Ekonomi 1990-2001.
Laporan Unit Perancangan Ekonomi Negeri. (1999). Mesyuarat Pembangunan
Ekonomi Negeri Kali Kedua. Pejabat Setiausaha Negeri Johor, 15 - 16
Ogos.
Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000.
Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995.
Malaysia. (1990). Buku Maklumat Perangkaan 1990-2001. Kuala Lumpur:
Jabatan Perangkaan Malaysia.
Malaysia. (1989). Akaun Awam Lengkap. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan
Negara.
BAHAN TIDAK DITERBIT
Tesis/Latihan Ilmiah/Laporan Teknik
Yusnaidi Yusof. (2003). Peranan Pusat Zakat di Negeri Kedah. Tesis Ph.D.
Universiti Utara Malaysia.
Zuriana Zahrin. (2003). Federalisme Fiskal: Pemberian Kerajaan Pusat kepada
Kerajaan Negeri Johor & Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Malaya: Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran
Zuriana Zahrin. (2000). Pelacuran Gadis Bawah Umur: Kajian di Taman Sri
Puteri. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zuryani Zohari. (2006) Gaya kepimpinan dan pencapaian prestasi Koperasi
Pekebun Kecil Daerah Gerik Bhd. Laporan Praktikum. Fakulti Pengurusan
Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Kertas Kerja/Prosiding/Seminar
Chan Siew Hon. (2006). Private Finance Initiative (PFI): Privatization Revisited?
Kertas Kerja Simposium Pelaburan Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur. 14 Disember.
Zuriana Zahrin & Nor Azizah Zainal Abidin. (2006). Amalan Federalisme Fiskal
di Malaysia: Analisis Perbandingan Negeri Johor dan Kedah. Prosiding
Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam 2006, hlm. 55-65.
Temu Bual
Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.
MAJALAH
Artikel dengan Pengarang
Ismail Hamid. (1990). Sastera kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.
Mohd Yusman Awang, Muhd Izhar Abu Samah & Zamri Ramli. (2004). Dadah:
Merenung kembali erti sebuah kegagalan. Massa, 10 April: 27-33.
Artikel tanpa Pengarang
Ternama, terkenal dan dadah. (2004). Massa, 10 April. 37.
Drummer: The talk of the town. (2003). New Yorker, Oktober: 45.
AKHBAR
Artikel dengan Pengarang
Faisal Othman. (1992). Jaga kepentingan umum asas pemerintahan Islam.
Utusan Malaysia, 30 Oktober: 6.
Siti Zainon Ismail. (1990).
Februari: 7.
_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

Wanita, puisi dan peribadi.

Berita Minggu, 4

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Artikel tanpa Pengarang


Peningkatan kes belia tidak membayar pinjaman. (1992). Utusan Malaysia, 30
Oktober: 10.
Masjid di Algeria jadi medan latihan golongan pelampau. (1989).
Malaysia, 23 Februari: 10.

Mingguan

Berita/rencana dengan nama penulis


Kandau Sidi. (2000). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 5 Julai:
17.
Berita/rencana tanpa nama penulis
Telefon bimbit bukan sekadar penghubung. (2000). Berita Harian, 5 Julai: 24.

Surat kepada editor


Fizani. (1992). Jangan salahkan imam, bilal sahaja. Forum. Berita Harian, 30
Oktober: 13.
Izhab, Z. (1992). Effective reading is the way to ensure success of science
students. Surat kepada editor. New Straits Times, 25 Januari: 9.
Rujukan umum akhbar
Berita Harian. (1985). 28 Disember.
The Star. (1991). 2 Jun.
RUJUKAN ELEKTRONIK
Ackrill, R. (1998). EMU and stabilization: a reconsideration of the fiscal
federalism paradigm. Centre for European Economic Studies, Department
of
Economics,
University
of
Leicester.
(atas
talian)
http://www.le.ac.uk/economics/research/RePEc/lec/lecees/ceesrev.pdf (28
Jun 2003).
_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

10

Follesdal, A. (2003). Federalism. Standford Encyclopedia of Philosophy (atas


talian) http://folk.uio.no/andreasf.pdf (5 Jun 2003).
Majlis Perbandaran Kluang. (2007). Profil: Objektif & Misi Majlis Perbandaran
Kluang (atas talian) http://www.johordt.gov.my/mpk/ (3 Mac 2007).
Pritzer, T.J. (tanpa tarikh). An early fragment from central Nepal (atas talian)
http://www.ingress.com/astanart/pritzker.html (5 Jun 2000).
PERINCIAN PANDUAN TUGASAN UWS 10103 / UWS 10503
1. TUGASAN INDIVIDU [10 %]

Pelajar dikehendaki untuk memilih sebuah bab daripada mana-mana buku


Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia yang terdapat di Pusat
Sumber ataupun di Galeri Ilmu.

Bab buku berkenaan perlu dianalisis dan diulas menggunakan ayat sendiri
sepanjang 2-3 halaman bercetak sebagai refleksi bab merangkumi pemikiran,
perasaan dan pengalaman (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan gambar,
isi kandungan, rujukan dan lampiran).

Format penulisan ulasan ialah seperti berikut :


Font Times New Roman bersaiz 12
Langkau 1.5
Mengandungi pengenalan, 3 isu perbincangan artikel (huraian dan
ulasan) dan kesimpulan
Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan
berkaitan digalakkan
Melampirkan artikel yang dipilih di bahagian lampiran
Menyatakan sekurangnya 5 rujukan lain yang digunakan berkaitan
dengan artikel di bahagian rujukan.

Tugasan individu yang dihantar perlu mengandungi :


muka hadapan seperti contoh di Lampiran A
biodata pelajar (nama, no matriks, no kad pengenalan, alamat semasa,
alamat kampung, emel, nombor telefon, nama dan nombor telefon
rakan baik, motto hidup dan idola) beserta gambar
isi kandungan
ulasan artikel
rujukan
lampiran (artikel)

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

11

Penghantaran tugasan individu dalam bentuk hardcopy ialah pada Minggu


ke 9 perkuliahan.

Pemarkahan akan diberikan mengikut rubrik di Lampiran B.


2. TUGASAN BERKUMPULAN [25 %]

Pelajar dikehendaki untuk menulis tugasan secara berkumpulan sepanjang 25


hingga 30 halaman (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan gambar, isi
kandungan, rujukan dan lampiran) berdasarkan kepada tajuk yang diagihkan
oleh pensyarah masing-masing secara kritis. (Tajuk Tugasan di Lampiran C)

Pembentukan kumpulan mengikut kepada pembahagian yang dilakukan


pensyarah masing-masing.

Pelajar digalakkan untuk menyediakan proposal penulisan tugasan dan


melakukan perbincangan dengan pensyarah masing-masing sebagai panduan
menyediakan tugasan.

Format penulisan tugasan ialah seperti berikut :


Font Times New Roman bersaiz 12
Langkau 1.5
Mengandungi abstrak, pengenalan, sekurang-kurangnya 5 isi
perbincangan (huraian dan ulasan) dan kesimpulan / penutup.
Pembahagian pecahan isi boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tajuk
tugasan yang diberikan.
Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan
berkaitan digalakkan serta dinyatakan sumber rujukan
Menyenaraikan sekurangnya 10 rujukan lain dari pelbagai sumber di
bahagian rujukan.

Tugasan yang dihantar perlu mengandungi :


muka hadapan seperti contoh di Lampiran A
biodata pelajar (nama, no matriks, no kad pengenalan, alamat semasa,
alamat kampung, emel, nombor telefon, nama dan nombor telefon
rakan baik, motto hidup dan idola) beserta gambar berkumpulan
isi kandungan
abstrak
pengenalan
isi perbincangan
kesimpulan / penutup
rujukan
lampiran (sekiranya ada)

Penghantaran tugasan kumpulan dalam bentuk hardcopy ialah pada Minggu


ke 8 perkuliahan. Penghantaran dalam bentuk softcopy perlu disertakan
dengan bahan / medium pembentangan (powerpoint dan sebagainya) selepas
pembentangan kumpulan berlaku. *Bagi kumpulan yang mendapat giliran

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

12

awal pembentangan dibenarkan menghantar softcopy pada minggu ke 8


perkuliahan bersama hardcopy.

Pemarkahan akan diberikan mengikut rubrik di Lampiran C.

3. TUGASAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN [15 %]

Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil penulisan selama 25


minit bermula dari Minggu ke 6 perkuliahan. (15 minit masa pembentangan
dan 10 minit soal jawab)

Kaedah pembentangan adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing


(Contoh : lakonan, bual bicara, forum dan sebagainya) dan menggunakan
pelbagai bahan / medium pembentangan. (Contoh : powerpoint, flash, video
dan sebagainya)

Medium pembentangan tersebut perlu dihantar kepada pensyarah di dalam


satu CD beserta softcopy penulisan tugasan kumpulan.

Pemarkahan akan mengambil kira kreativiti pelajar, kelancaran, pengurusan


termasuk ketepatan masa, isi perbincangan, bahan / medium yang digunakan
dan kerjasama kumpulan.

Rubrik pemarkahan seperti di Lampiran D.

4. TEMA TUGASAN BERKUMPULAN

Setiap pensyarah perlu menyediakan sendiri soalan untuk tugasan


berkumpulan bagi seksyen masing-masing. Akan tetapi setiap soalan itu perlu
berdasarkan tema yang telah ditetapkan seperti dalam jadual di bawah. Prinsip
kaedah ini adalah untuk lebih fleksibel dalam memberi ruang kepada
pensyarah dan pelajar-pelajar masing-masing untuk lebih kreatif dan kritis
meneroka ilmu dalam kursus ini.

Perlu dipastikan bahawa setiap tugasan yang diberikan itu perlu seiring dengan
pengisian ilmu yang dipelajari melalui tajuk dalam silabus kursus.

Pensyarah juga perlu mengingatkan pelajar bahawa skop dalam tugasan


berkumpulan pelajar tidak boleh menyentuh isu-isu yang sangat sensitif
sehingga boleh melanggar Akta Hasutan.

Pensyarah boleh menetapkan sama ada perbincangan tugasan pelajar menjurus


kepada persoalan pokok tema, mahupun penelitian tentang faktor, proses,
impak dan cadangan dalam setiap isu tema, dengan mengaitkan isu masa kini
sebagai contoh dan kesan kesinambungan daripada sesebuah isu masa lalu.

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

13

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Penilaian pensyarah terhadap hasil tugasan pelajar berkumpulan perlu lebih


bercapah merangkumi elemen olahan idea dan pandangan yang relevan, serta
memantau keterlibatan dan sumbangan semua ahli dalam kumpulan tersebut.

AGIHAN TEMA UNTUK TUGASAN BERKUMPULAN PELAJAR


BAGI SETIAP PENSYARAH KPMM

Nama Pensyarah

Tema

PM. Dr. Khairul Azman b. Mohamad Suhaimy

Kefahaman Kenegaraan

PM. Hj. Shamsaadal Sholeh b. Saad

Warisan Kerajaan Tradisional

Dr. Khairunesa bt. Isa

Imperialisme dan Kolonialisme

Dr. Md. Akbal b. Abdullah

Sistem Kerajaan Malaysia

Dr. Siti Sarawati bt. Hj. Johar

Patriotisme dan Nasionalisme

Dr. Khairol Anuar b. Kamri

Kemerdekaan dan Kebebasan

Puan Harliana bt. Halim

Penubuhan Malaysia

En. Ku Hasnan b. Ku Halim

Perlembagaan dan Undang-undang

En. Zahrul Akmal b. Damin

Pembangunan Negara

Pn. Fauziah bt. Ani

Pemantapan Negara

En. Lutfan b. Jaes

Peranan dan Tanggungjawab


Warganegara

Dr. Fadillah bt. Ismail

Kemerdekaan dan Kebebasan

En. Johar b. Martam

Patriotisme dan Nasionalisme

Cik Fareza bt. Othman

Peranan dan Tanggungjawab


Warganegara

Setiap pensyarah diberikan peluang secara fleksibel menetapkan tajuk


khusus tugasan berkumpulan pelajar dengan merujuk kepada tema yang
ditetapkan di atas.

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

14

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Setiap pensyarah dibenarkan secara fleksibel untuk menetapkan pelajar


menghasilkan tugasan berkumpulan yang berkaitan dengan isu semasa.
Namun perlu diingatkan bahawa isu semasa tersebut tetap perlu
dikaitkan dengan tema utama yang terdapat dalam RPP (contohnya
mengenai kesinambungan isu daripada faktor dan kesan sesuatu
peristiwa).

LAMPIRAN A
(MUKA HADAPAN TUGASAN)

TUGASAN BERKUMPULAN / INDIVIDU


TAJUK :
KOD KURSUS
NAMA KURSUS

UWS 10103
KENEGARAAN & PEMBANGUNAN MUTAKHIR
MALAYSIA

FAKULTI

FKAAS

NAMA PELAJAR

1. KHAIRULSHAH FIRDAUS BIN ABU


(CF150033)

SEKSYEN
NAMA PENSYARAH

DR. SITI SARAWATI HJ. JOHAR

TARIKH HANTAR
MARKAH
TUGASAN
_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

15

LAMPIRAN B
KRITERIA PEMARKAHAN PENULISAN
TUGASAN INDIVIDU 10%
KRITERIA

SKALA

Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci


Skop literatur luas dan komprehensif dipilih dan sesuai.
Hubungkait idea jelas ditunjukkan
Reviu kritikal yang sangat baik
Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap.
Susunatur terbaik, logikal dan koheren.
Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan contohcontoh sesuai, penerangan dan huraian tambahan .
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik
Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder

Cemerlang
(8-10)

Liputan kandungan relevan dan sangat mencukupi


Skop literatur yang luas dipilih dan digunakan dengan sesuai .
Perhubungan idea yang jelas .
Reviu kritikal yang baik
Analisis idea tepat dan padat
Susun atur baik dengan kesilapan yang sedikit/minima
Idea dikembang dengan baik dan mengandungi fakta atau contoh
mencukupi untuk menyokong hujah
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik dengan
sedikit kesilapan .
Mempunyai lebih daripada mencukupi bahan sumber utama dan
sekunder

Kepujian
(6-7)

Liputan kandungan relevan dan baik


Jumlah tinjauan literatur relevan memuaskan. Perhubungan idea
agak jelas .
Reviu kritikal agak baik :
Analisis idea agak tepat dan mendalam .
Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan
Idea dikembang dengan agak baik dan mengandungi fakta/contoh
sokongan yang agak mencukupi.
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik
Mengandungi jumlah bahan sumber utama dan sekunder yang
Mencukupi

Sederhana
(5-6)

Liputan kandungan mencukupi dan relevan


Hanya bilangan kecil literatur dipilih dan digunakan.
Sebahagian perhubungan idea jelas.
Reviu kritikal mencukupi
Analisis idea mencukupi .
Susun atur memuaskan dengan beberapa kesilapan signifikan
Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/ contoh-contoh
Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baik dengan
beberapa kesilapan
Mempunyai bilangan bahan sumber yang tidak mencukupi

Lulus
(3-4)

Liputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan


Perhubungan idea tidak jelas .
Sedikit atau tiada reviu kritikal
Analisis idea tidak logikal dan tidak menyakinkan
Susun atur lemah dengan kesilapan yang nyata
Idea dikembang secara lemah dengan sedikit atau tiada huraian
tambahan

Gagal
(0-2)

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

MARKAH / ULASAN

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

16

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah.


Kekurangan bahan sumber utama dan sekunder

LAMPIRAN C
UWS10103 KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
Group Assignment Rubric Marking Scheme [25%]
Leader Group Name and Matric No.:
Assignment Topic:
Knowledge Content

60%

All key elements of the assignment are covered


Presented in course material and:
Is comprehensive and accurate
Is insightful and reflective
Develops a central theme or idea
Demonstrates the ability to analyse the ideas of others
Presentation Writing and Style
25%
Tone is appropriate to the content and assignment
Organisation is logical, paperwork is clear
The Introduction includes a clear paperwork and previews
main points of the paper/essay
The Body:
Develops paperwork
Includes clearly stated main points
Is comprehensive and accurate(no factual errors)
Is insightful and reflective
Effectively uses details, examples and/or analysis
The Conclusion flows from the body of the paper and reviews
main points of the paper/essay
Grammar:
Grammar, structure, spelling and punctuation are
correct
Sentences are well-structured, complete, clear and
concise
Topic and transition sentences are used and
organise/maintain the flow of thought
Administrative
15%
Completed within the prescribed timelines
Conforms to prescribed word limits
Conforms to any additional instructions provided
Citations are used where required and comply with the
assignment guidelines
Bibliography is complete and complies with assignment
guidelines
Total
Summary/Additional Comments:

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

100%

Points Earned
_____/60
Comments:

Points Earned
_____/25
Comments:

Points Earned
_____/15
Comments:

Points Earned
_____/100

17

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

LAMPIRAN D
PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN TUGASAN PELAJAR [15%]
BUTIRAN MAKLUMAT
Nama Ketua Kumpulan : .............................................................
Seksyen : ................
Fakulti : .................................................................................................................................
Tajuk Tugasan : ....................................................................................................................
KRITERIA PEMBENTANGAN 10%
Bahan persembahan adalah amat tersusun atur dan
amat menarik
Pembentangan adalah amat mantap
Pengurusan masa yang amat baik

RATING
Cemerlang
8-10

Bahan persembahan adalah tersusun atur dan


menarik
Pembentangan adalah mantap
Pengurusan masa yang baik

Baik
6-7

Bahan persembahan adalah bersesuaian


Pembentangan adalah bersesuaian
Pengurusan masa yang bersesuaian

Sederhana
4-5

Bahan persembahan tidak tersusun atur


Pembentangan adalah tidak mantap
Pengurusan masa yang tidak baik

Lemah
2-3

Bahan persembahan tidak menepati isi kandungan


Pembentangan adalah amat lemah
Tiada pengurusan masa

KRITERIA SOAL JAWAB 5%

Sangat Lemah
0-1
RATING

Dapat menjawab semua soalan secara amat berkesan


Jawapan yang diberi adalah amat relevan

Cemerlang 5

Dapat menjawab semua soalan secara berkesan


Jawapan yang diberi adalah relevan

Baik 4

Dapat menjawab semua soalan secara sederhana


Sebahagian jawapan adalah tidak relevan

Sederhana 3

Tidak dapat menjawab sebahagian soalan

Lemah 2

Tidak dapat menjawab semua soalan

Sangat Lemah 1

Nama Pensyarah

:................................................................

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

MARKAH / ULASAN

MARKAH / ULASAN

UWS 10103 / UWS 10503 Tugasan Berkumpulan/Individu

Tandatangan
:................................................................
Tarikh
:................................................................

_________________
SSJ-Ogos 2015-UWS10103/10503

18

Anda mungkin juga menyukai