Anda di halaman 1dari 66

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan usaha seseorang untuk meneroka ilmu

pengetahuan dan berusaha untuk meningkatkan amalan diri melalui ilmu

yang dipelajari yang melatih diri untuk membentuk akhlak yang mulia dan

terpuji serta menghindarkan sifat yang terkeji. Di Malaysia, Pendidikan

Islam telah diberi seawal sekolah rendah bagi menyempurnakan tuntutan

fardu ain, sesuai dengan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan

jasmani murid-murid muslim. Tumpuan utama pendidikan islam sekolah

rendah adalah kepada bidang asuhan tilawah al-Quran, bidang asas ulum

syariah yang merangkumi ibadah, sirah, akidah serta bidang asas akhlak

islamiyah. Murid-murid bukan sahaja dikehendaki mempelajari, mengamal

dan menghayati kerana ketiga-tiga bidang ini yang merupakan asas fardu

ain setiap murid. Hal ini kerana, selari dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Islam yang ingin membentuk sikap, kemahiran dan pandangan

hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk

membangun diri, masyarakat dan alam.

Menurut Mohd Azam Mahat (2009), setiap murid Islam di Malaysia

wajib diajarkan ilmu Pendidikan Islam sebagai asas kekuatan dalaman

peribadi muslim untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Dalam

sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia, mata pelajaran Pendidikan

Islam diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan

menengah. Kurikulum Pendidikan Islam digubal berlatar belakang Falsafah

Pendidikan Islam (KPM, 2002). Hal ini selaras dengan matlamat Pendidikan

Islam untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan,

beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan sunnah

1
supaya menjadi hamba dan khalifah yang bertakwa dan menyumbang ke

arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara.

Ibadah merupakan satu cabang dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam di sekolah rendah. Ini bertepatan dengan objektif dalam sukatan

pelajaran Pendidikan Islam agar murid dapat memahami, merumus dan

mengamalkan konsep ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardhu ain dan

fardhu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian

sebagai muslim. Tambahan itu, Pendidikan Islam bertujuan bagi

memperkukuh dan meningkatkan amalan-amalan ibadah fardu ain dan

fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam dalam menyumbang kepada

kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.

Banyak perkara yang perlu diteladani daripada bidang ibadah ini.

Penyampaian yang berkesan dalam bidang ini perlu dititikberatkan agar

ibadah dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian di

samping dapat mencapai objektif dalam sukatan pelajaran Pendidikan

Islam seterusnya menjadi generasi yang celik dalam bidang ibadah. Guru

perlu melaksanakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pembelajaran

dan pengajaran (PdP) untuk memastikan apa yang ingin disampaikan

dapat diterima dan dihayati oleh murid-murid.

Saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam terpanggil untuk

mengaplikasikan penggunaan kaedah AIS (Angkat ingat Saya), di mana

kaedah ini dijalankan dengan menggunakan bahan bantu belajar seperti

papan tanda berwarna. Saya ingin melihat murid mampu mengingat

bacaan semasa duduk iftirasy. Ini kerana aktiviti latih tubi atau soal jawab

membolehkan murid menganalisis perkara-perkara yang berlaku di

sekeliling mereka atau pengalaman lepas yang dilalui.

4
Menurut Kamarul dan Ab. Halim (2007), guru merupakan agen

perubahan dan mempunyai unsur penting dalam dunia pendidikan serta

mempunyai pengaruh yang besar dalam keberkesanan sesuatu

pendidikan. Peranan guru sekolah rendah bukan sahaja mengajar namun

mereka juga berperanan sebagai penyelidik. Usaha yang boleh dilakukan

oleh guru bagi menambah baik cara pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan di bilik darjah adalah melalui penyelidikan tindakan. Syed Ismail

& Ahmad Subki (2010) menyatakan penyelidikan tindakan merupakan

salah satu amalan profesionalisme yang efektif dan mampu meningkatkan

profesionalisme diri seorang guru. Melalui hasil kajian yang dijalankan

guru dapat meningkatkan kemahiran PdP mereka. Ini selaras dengan misi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa:

Pendidikan di Malaysia adalah satu proses yang berterusan untuk


mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

(Laporan Tahunan 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Seorang guru perlu berperanan sebagai pengamal tindakan reflektif

serta menjadi pelaksana yang prihatin dalam menghasilkan

penambahbaikan kualiti dan inovasi dalam pengajaran seterusnya

meningkatkan kualiti dan nilai pendidikan dalam menjana generasi alaf

baharu. Menurut Ahmad Sarji Abdul Hamid (2003). Pendidikan Islam dianggap satu

proses pengisian kerohanian untuk individu sebagai pelengkap untuk diri ke arah

melahirkan individu yang kamil. Pengajaran mesti dilihat bukan sahaja untuk lulus

4
didalam peperiksaan semata-mata namun ianya memerlukan penghayatan dan

mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari.

Pelajaran Ibadah merupakan pelajaran yang penting kepada murid-

murid dalam menghayati dan mengamalkannya serta meningkatkan lagi

kehambaan, rasa cinta dan ketaatan kepada pencipta. Bak kata pepatah

ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah. Orang yang

mempunyai ilmu, tetapi tidak beramal dengannya adalah sia-sia.

Oleh itu, kita perlu menunjukkan ketaatan sebagai hamba kepada

pencipta dengan beribadah kepada Allah dimuka bumi ini, seperti firman

Allah dalam surah az-Zariyat, ayat 56.

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia

melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Oleh itu, kajian yang saya laksanakan ini adalah untuk menambah

baik amalan pengajaran saya dalam bidang ibadah agar kefahaman dan

penghayatan murid melalui isi pelajaran dapat dipertingkatkan melalui

kaedah pengajaran yang betul. Saya percaya dan yakin bahawa semua

murid boleh menguasai isi pelajaran dengan baik sekiranya aktiviti

pembelajaran dirancang dengan teratur melalui penggunaan teknik,

kaedah dan bahan bantu mengajar yang menarik.

1.2 Konteks

Saya merupakan pelatih guru daripada IPG KPI Bangi Selangor, saya telah

ditugaskan menjalani praktikum selama tiga bulan di sebuah sekolah yang terletak

di perkampungan pekan Banting, Selangor. Saya telah di beri tanggungjawab untuk

4
mengajar tahun 2 dalam bidang pendidikan Islam di sekolah ini. Saya telah

menerima dua buah kelas tahun dua, iaitu Dua Geliga dan Dua Jauhari, kedua-dua

kelas ini mempunyai bilangan murid yang ramai, kelas Dua Jauhari mempunyai 40

orang, 21 permpuan dan 19 lelaki. Manakala kelas Dua Pintar pula mempunyai

bilangan murid seramai 42 orang, 22 lelaki dan 22 perempuan.

Sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang menjadi rebutan untuk ibu bapa

menghantar anaknya ke sekolah, hal ini kerana sekolah ini terletak di tempat yang

strategik dan sesuai kerana pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Jarak sekolah

dan rumah yang tidak berapa jauh, menjadi salah satu faktor mengapa murid di

sekolah ini mencecah hampir 1800 orang murid. Sekolah ini terdapat dua sesi

pembelajaran, sesi pagi untuk murid tahap dua, manakala sesi petang untuk murid

tahap satu. Saya telah diamanahkan dan ditugaskan supaya menjalani praktikum

selama tiga bulan di sesi petang dan mengajar murid tahun Dua Jauhari dan Dua

Geliga

Semasa saya melaksanakan PdP di dalam kelas Dua Geliga, tentang bidang

ibadah tajuk bacaan duduk antara dua sujud saya dapati beberapa orang murid

saya menghadapi masalah dalam mengingat dan menyusun bacaan duduk antara

dua sujud dengan betul. Kelas Dua Geliga ini merupakan kelas yang ketujuh

daripada lapan kelas di sekolah ini, oleh sebab itu tidak hairanlah jika mereka

lambat untuk memproses dan mengingat apa yang mereka pelajari dalam tempoh

yang singkat. Saya membuat pemerhatian sebelum bertindak dan membuat

keputusan untuk membantu murid saya dalam mengatasi masalah ini.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pada 25 Julai 2016, saya telah menjalani latihan mengajar (program praktikum) siri

yang ketiga di sebuah sekolah di daerah Banting. Sekolah ini terletak di kawasan

kampung dan memiliki bilangan murid yang sangat ramai sekitar 1800 orang.

Bertitik tolak dengan itu, sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan

4
dalam dua sesi iaitu pada sesi pagi dan petang. Saya telah di tugaskan untuk

mengajar murid-murid Tahun Dua Jauhari dan Dua Pintar bagi mata pelajaran

Pendidikan Islam yang merangkumi bidang Asuhan Tilawah Al- Quran, Asas 'Ulum

Syar'iah, Asas Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi.

Bidang Ibadah adalah satu daripada komponen penting yang terdapat dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam. Banyak perkara yang berkaitan dengan Ibadah

dilaksanakan dalam kehidupan seharian seorang Muslim termasuk solat. Menurut

buku karangan Harun Din dalam Mohd Zaid (2002), solat adalah kata pinjaman

yang berasal daripada Bahasa Arab yang bermakna doa. Menurut istilah pula, ia

bermakna perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan

salam. Dalam pelaksanaan solat yang dilakukan setiap hari, ia merangkumi perkara

rukun, perkara sunat, termasuklah bacaan dalam solat.

Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan

dengan tajuk Bacaan Dalam Solat (Duduk Iftirasy), yang mana tajuk ini merupakan

salah satu tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tahun

Dua. Semasa saya menyampaikan sesi pengajaran ini terdapat beberapa murid

sukar untuk menentukan kedudukan dan susunan bacaan duduk antara dua sujud.

Hal ini dapat saya kesan ketika saya menyampaikan PdP berkaitan tajuk ibadat

dalam bahagian bacaan semasa duduk iftirasy, selain daripada itu kerana sewaktu

saya mengedarkan lembaran kerja setelah tamat sesi pengajaran dan

pembelajaran. Setelah masa yang diberikan tamat murid kelihatan kurang cekap

dalam menjawab soalan dan ada yang berulang kali bertanya kepada saya

walaupun saya telah memberi penerangan terlebih dahulu sebelum memberi

arahan untuk mereka menyiapkan kerja tersebut.

Selain daripada itu, sewaktu saya menguji murid untuk menghafaz bacaan

semasa duduk iftirasy mereka semua dapat menghafaz dengan betul. Akan tetapi

4
semasa saya meminta mereka menulis jawapan mereka di dalam kertas lembaran

kerja untuk menjawab soalan, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang lama

untuk menjawab soalan serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan

jawapan. Terdapat juga murid-murid yang termenung dan cuba mengimbas kembali

isi pelajaran yang diajar kepada mereka. Selain itu, terdapat juga murid cuba

berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan.

Melalui pemerhatian yang dibuat, murid tidak dapat menjawab soalan yang

diberikan dengan betul dengan alasan tidak ingat atau lupa.Murid tidak dapat

menyusun bacaan duduk antara dua sujud dengan betul dan tepat.Di samping itu

juga, murid-murid kelihatan keliru antara susunan bacaan duduk antara dua

sujud. .Situasi yang berlaku semasa sesi soal jawab dan aktiviti lembaran kerja

berulang pada sesi pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Gagne (1985), kemahiran-kemahiran di mana murid dapat mengawal

dengan sendiri proses-proses dalaman, iaitu memberikan perhatian, belajar,

mengingat dan memikir sesuatu.

Apabila melihat situasi sebegini, saya perlu bertanggungjawab untuk

memperbaiki tahap penguasaan murid dalam bidang ibadah ini terutama amali

bacaan dalam solat, saya khuatir jika dibiarkan keadaan seperti ini, murid tersebut

akan terus mundur dan tidak dapat melaksanakan solat dengan sempurna. Tajuk

solat merujuk kepada bacaan dalam solat yang mana jika murid tidak

menghafaznya dengan betul maka solat seseorang murid itu tidak cukup

sempurna.Bagi meningkatkan penguasaan murid-murid, saya telah membanding

beza beberapa bentuk kaedah yang sesuai dengan tahap kecerdasan murid-murid.

Menurut Gardner (1983), konsep kecerdasan pelbagai cara untuk tahu, belajar dan

melahirkan apa-apa yang diketahui.

4
Sehubungan itu, pada pengamatan saya, masalah ini harus diselesaikan

dengan menggunakan kaedah bimbingan yang mudah dan strategi mengingat

kembali apa yang telah dipelajari. Strategi mengingat boleh dibuat melalui

penggunaan kaedah AIS (Angkat Ingat Saya) .Maka saya memilih kaedah AIS

(Angkat Ingat Saya) berbantukan Bahan seperti papan tanda berwarna sebagai

medium untuk membimbing murid dalam mengingat dan menyusun bacaan antara

dua sujud dengan sempurna.Kaedah ini juga dapat membantu memori murid

menyimpan maklumat dan diaplikasikan untuk pelbagai tajuk yang dipelajari dalam

tempoh jangka masa panjang selain itu, mereka juga mendapat keseronokkan

dalam bermain. Kaedah bermain juga merupakan kaedah yang sangat efektif dalam

diri setiap murid. Lebih-lebih lagi dengan bahan yang mempunyai pelbagai warna

yang menarik. Saya berharap semua murid saya yang mempunyai kelemahan ini

dapat di selesaikan dengan secepat mungkin.

4
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Kajian yang saya laksanakan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana

penggunaan kaedah AIS berpotensi menambah baik kemahiran murid untuk

menguasai dan mengingat bacaan duduk antara dua sujud dengan betul. Kajian ini

juga dapat membantu murid untuk menyatakan kembali isi penting pelajaran

dengan baik.

Masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah mereka tidak dapat

menyatakan dengan lancar susunan bacaan semasa duduk antara dua sujud. Saya

ingin memperbaiki amalan pengajaran saya khususnya dalam membantu murid

mengingat dengan menggunakan bahan bantu belajar seperti papan tanda

berwarna mampu membantu murid untuk menyatakan semuka isi pelajaran

tersebut. Saya berasakan isu ini amat penting kerana kesan daripada penggunaan

kaedah AIS akan memudahkan murid mengingat bacaan semasa duduk antara dua

sujud tanpa perlu mengambil masa yang lama.

4
Selain itu, masalah lain yang dapat saya lihat adalah murid tidak fokus, tidak

gemar akan perkataan yang banyak dan tidak jelas tentang isi pelajaran berbanding

potongan kalimah-kalimah, maka saya cuba memperbaiki dan memikirkan medium

yang bukan sahaja memudahkan murid untuk menyatakan potongan bacaan tahiyat

awal ini dengan mudah malah dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk

mengingatinya. Dalam dunia pendidikan, warna memainkan peranan penting

sebagai daya penarik minat murif untuk belajar dan dapat membantu guru-guru

untuk memotivasikan murid ke arah pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Kenyataan ini turut disokong oleh Aminordin (2007), yang menyatakan bahawa

murid lebih fokus kepada kad yang berwarna dan mempunyai potongan kalimah

yang pendek kerana ia merupakan cara yang efektif untuk menarik perhatian dan

berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Selain

daripada dapat menarik perhatian murid Seperti kebiasaanya, saya menjalankan

pengajaran dengan hanya memberi mereka peluang untuk belajar tanpa sebarang

panduan. Maka, setelah saya mengetahui isu ini, saya berhasrat untuk memperbaiki

amalan saya dengan menggunakan papan tanda berwarna dan hanya membuat

potongan-potongan kalimah sahaja berbanding teks penuh yang membosankan

murid untuk menghafaznya. Berdasarkan pernyataan masalah yang telah saya

kenal pasti semasa saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,

Maka saya ingin fokuskan kajian saya kepada bagaimana murid dapat mengingat

bacaan semasa duduk antara dua sujud dengan menggunakan medium papan

tanda berwarna.

i. Kebolehtadbiran

Kajian ini menjadi mudah kepada saya untuk mentadbirnya kerana saya merupakan

guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam dalam kelas tersebut dan adalah lebih

4
mudah untuk saya menggunakan kelengkapan yang ada dalam kelas tersebut

semasa melaksanakan kajian ini.

Selain daripada dapat mentadbir kajian ini dengan mudah, data kajian ini

dapat dikutip dengan mudah kerana saya merupakan guru Pendidikan Islam

mereka dan saya terlibat sepenuhnya dalam pengajaran Pendidikan Islam. Selain

itu, saya memilih fokus kajian ini adalah kerana saya ingin meningkatkan keupayaan

murid untuk mengingat seterusnya dapat meyatakan kembali isi pelajaran dengan

baik dengan menggunakan medium bahan bantu belajar seperti papan tanda

berwarna dalam penggunaan kaedah AIS (Angkat Ingat Saya) dapat membantu

murid dalam pembelajaran dan membuat strategi pembelajaran berasaskan papan

tanda yang memiliki pelbagai warna yang membantu dalam memahami bagaimana

mereka memproses idea.

Tambahan pula, fokus kajian ini dipilih kerana peserta kajian yang terlibat

dalam kajian ini merupakan murid yang saya ajar dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam di kelas dan sekolah saya. Maka, dengan ini ia akan memudahkan saya untuk

mengawal selia mereka dan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada mereka

mengenai susunan bacaan duduk antara dua sujud dengan betul. Ini kerana saya

dapat melihat bahawa penggunaan papan tanda berwarna merupakan satu kaedah

untuk meningkatkan kemahiran belajar di sekolah dan menerapkan unsur

pembelajaran kelas abad ke-21.

Menurut Shazana (2012), warna, irama dan juga pergerakan merupakan

elemen yang sentiasa wujud di sekeliling kanak-kanak. Melalui kewujudan

unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru

disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka

juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan

dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen yang

4
tidak kurang penting dalam kehidupan, Tanpa warna kehidupan akan

menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada

hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi

bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam

pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.

Menurut Muhamaad Hasan Abdul Rahman (2003), aspek pemilihan

warna dalam satu-satu gubahan visual BBM adalah penting kerana ia

dapat menghasilkan daya tarikan kepada pelajar. Contohnya, dalam

pemilihan warna yang digunakan bagi menghasilkan poster, warna bagi

tujuan latar belakang haruslah disesuaikan dengan warna-warna huruf

yang digunakan.

Menurut kajian Ramlah dan Norehan (1997), mereka menyatakan bahawa

guru menggunakan pelbagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas. Namun, terdapat dua teknik yang sering digunakan oleh guru di sekolah

tersebut iaitu teknik penerangan dan soal jawab dalam sesi PdP. Keseluruhannya,

kebanyakan guru menggunakan teknik penerangan namun tidak menggunakan

medium lain bagi memudahkan murid menguasai isi pelajaran. Dengan hasil kajian

ini maka saya merasakan bahawa fokus ini amat relevan untuk membantu murid

saya memahami isi pelajaran ibadah tentang bacaan semasa duduk antara dua

sujud dengan menggunakan papan tanda berwarna yang mampu menjadi

ransangan kepada murid untuk menyebut dan mudah mengingat dengan

menggunakan perkataan yang ringkas dan elemen warna yang menarik. Selain itu,

kajian ini akan mudah dilaksanakan kerana tajuk yang saya ajar berkaitan dengan

ibadah solat yang merupakan ibadah yang menjadi tuntutan kepada individu muslim

dan mereka yang telah disyariatkan untuk mendirikan solat.

4
ii. Kepentingan

Penggunaan bahan bantu belajar yang berwarna sangat penting untuk

membolehkan saya memahami dengan lebih mendalam tentang keupayaan murid

saya mengingat isi pelajaran di dalam kelas seterusnya kepada kehidupan seharian

mereka sebagai individu muslim yang sejati dalam menjalankan ibadah fardhu ain

yang dituntut dalam rukun islam. Pada pendapat saya, penyelidikan ini perlu saya

lakukan bukan sekadar sebagai satu bentuk pembangunan profesionalisme

berterusan, tetapi untuk menjadikan diri saya seorang guru yang benar-benar pakar

dalam bidang kerjaya yang telah saya ceburi ini khususnya menyentuh aspek

pedagogi pengajaran. Saya percaya dan yakin bahawa penggunaan kaedah AIS

(Angkat Ingat Saya) dapat menyumbang ke arah perkembangan kognitif, afektif dan

tingkah laku murid.

iii. Kebolehgunaan

Pemilihan kaedah AIS dalam sesi pengajaran dilakukan memandangkan

kebolehgunaan medium tersebut dan boleh digunakan oleh guru-guru yang lain

dalam sesi PDP dan kelas yang mengalami masalah yang sama. Selain itu,

diharapkan dokumentasi kajian ini akan menjadi rujukan guru-guru lain agar dapat

melahirkan guru dan pendidik yang berkemahiran sebagai penyelidik agar setiap

kaedah pengajaran dapat ditambah baik dengan kepelbagaian kaedah baru yang

diinovasi yang mampu meningkatkan kefahaman dan tahap mengingat murid.

iv. Kawalan

Disebabkan semua murid terlibat dengan proses PdP, walaupun tumpuan saya hanya

kepada enam orang murid sahaja yang telah dikenal pasti, maka pelaksanaan

tindakan tidak akan menggangu perjalanan kelas. Kajian ini, mudah dikawal kerana

tidak menggunakan pergerakan murid yang terlalu banyak. Murid juga dapat

4
memberikan tumpuan yang baik kerana terdapat bahan bantu ransangan yang

berstruktur seperti penggunaan papan tanda berwarna sepanjang proses PdP

berlansung. Tambahan pula aplikasi penggunaan kaedah AIS ini bukan dilaksanakan

hanya untuk tempoh satu waktu pengajaran tetapi untuk sepanjang tempoh proses

PdP.

v. Kolaborasi

Saya membuat kajian tentang masalah ini kerana saya berpeluang untuk

berkolaboratif bersama guru-guru yang lain untuk mengumpul maklumat bagi

kutipan data tentang peserta kajian saya. Hal ini adalah kerana saya memerlukan

data yang terperinci tentang peserta kajian. Justeru, saya akan berjumpa dan

menemubual beberapa orang guru yang mengajar peserta kajjian untuk mengetahui

dengan lebih lanjut sikap peserta kajian dalam kelas bagi mata pelajaran lain. Hal ini

bermaksud saya mempunyai kesempatan untuk berkolaborasi serta mendapatkan

sokongan serta pandangan mereka. Keadaan ini bukan sahaja dapat menambah

maklumat tentang peserta kajian bahkan saya berpeluang mengeratkan hubungan

antara saya dan guru-guru yang terlibat.

vi. Kerelevanan

Fokus kajian ini amat relevan kerana tajuk kajian yang saya pilih ini merupakan satu

tajuk yang sangat penting, di mana bacaan ini juga termasuk rukun fili didalam

perbuatan solat dan mengingat bacaan yang betul adalah untuk mengukur sah atau

tidak solat seseorang dalam kehidupan beribadah seharian. Tambahan itu, ia

mendidik diri dari menjauhi perbuatan yang boleh mendatangkan perkara yang sia-

sia dalam kehidupan seharian murid ini dan juga pada masa hadapan. Tajuk ini juga

4
akan dapat melahirkan murid-murid yang mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. dan

istiqamah dalam kehidupan dalam kehidupan seharian sebagai muslim bagi

memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah sama ada di dalam atau diluar

sekolah. Dengan ini amat penting bagi setiap murid dan manusia untuk

mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tentang ibadah agar setiap

ibadah yang dilakukan menepati kehendak syarak dan sempurna seperti yang

diperintahkan-Nya.

Bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan medium papan tanda

berwarna dalam sesi pengajaran saya, di mana papan tanda berwarna ini akan

digunakan oleh murid untuk mengingat bacaan semasa duduk iftirasy sepanjang

pengajaran guru, mengulangkaji dan sebagainya. Ini sebagai satu alternatif untuk

meningkatkan semula minat dan penguasaan murid untuk menyatakan dan

mengingat bacaan semasa duduk antara dua sujud.

Daripada kaedah pengajaran biasa, saya telah menginovasi kaedah ini

dengan mencipta satu kaedah iaitu kaedah AIS (Angkat Ingat Saya) dengan

menambah elemen warna untuk memberi panduan kepada murid untuk belajar dan

mengingat dengan cepat bacaan duduk antara dua sujud.

2.2 Pengumpulan Data Awal

Untuk menyediakan kajian tindakan ini, beberapa langkah telah

dilaksanakan bagi mengenal pasti masalah murid-murid Tahun Dua Geliga. Antara

langkah-langkah tersebut ialah:

a) Pemerhatian

Saya melaksanakan pemerhatian ini untuk mengenal pasti murid yang

mempunyai masalah sepanjang proses PdP dijalankan di dalam kelas. Selain

itu, melalui pemerhatian berstruktur, saya dapat melihat tingkah laku murid

4
semasa PdP dijalankan dan saya juga dapat melihat penguasaan murid-murid

saya dalam menyatakan kembali isi penting pelajaran.

b) Latihan Bertulis

Saya juga menggunakan latihan bertulis selepas sesi PdP. Ini adalah untuk

melihat sejauh mana kefahaman dan penguasaan murid saya dalam memahami

serta mengingati bacaan semasa duduk iftirasy dengan menyusun semula

kalimah-kalimah dengan betul didalam tajuk Ibadah solat tiang agama yang

telah dipelajari. Pencapaian murid dapat dilihat berdasarkan keupayaan mereka

untuk menjawab latihan bertulis yang diberikan. Saya menyemak dan melihat

perkembangan semasa murid daripada latihan bertulis tersebut.

c) Temu bual

Saya telah menjalankan temu bual dengan beberapa orang murid untuk

mendapatkan maklum balas mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran

saya yang menyebabkan mereka sukar untuk mengingat dan menyusun bacaan

duduk antara dua sujud dengan betul. Sesi temu bual berstruktur ini dilakukan

secara tidak formal dan dilaksanakan selepas waktu PdP. Temu bual ini adalah

bertujuan untuk membantu saya mendapatkan punca utama yang menyebabkan

murid sukar untuk memahami, menguasai dan mengingati topik bacaan semasa

duduk iftirasy seterusnya menguasai subjek Pendidikan Islam.

d) Ujian lisan

Saya juga telah melaksanakan ujian lisan iaitu menggunakan teknik kuiz kepada

setiap murid di mana saya meminta murid untuk menyebut bacaan duduk antara

dua sujud dengan lancar namun murid ini tidak dapat memberi jawapan yang

sama seperti rakan sebelumnya. Dengan ini, saya dapat melihat keupayaan

murid untuk memberikan jawapan yang penuh keyakinan. Selain itu, dengan

4
cara ini saya telah dapat mengenal pasti murid yang kurang memberikan

tumpuan semasa PdP berjalan.

Jadual 1: Analisis Tinjauan Masalah

Proses Tindakan Hasil/Masalah yang dikenalpasti


Langkah 1 Pemerhatian Awal Hasil pemerhatian saya adalah seperti berikut:

1. Sebahagian kecil murid mempamerkan

tingkah laku yang kurang baik seperti

bersembang bersama rakan dan tidak

fokus kepada PdP yang berjalan.

2. Terdapat murid yang cuba mendapatkan

jawapan daripada buku teks.

3. Suasana kelas yang kurang kondusif.

Langkah 2 Ujian Lisan 1. Murid tidak yakin ketika memberi

jawapan.

2. Murid lambat memberikan isi pelajaran

yang telah dipelajari.

3. Murid tidak dapat memberikan isi

pelajaran yang telah dipelajari.

Langkah 3 Temu bual 1. Murid sukar menyatakan semula isi

pelajaran yang telah dipelajari.

2. Murid bosan semasa sesi PdP berjalan.

Langkah 4 Latihan Bertulis 1. Murid tidak dapat menjawab soalan yang

diberikan.

2. Murid keliru antara kalimah yang hamper sama

ejaannya.

3. Murid memberikan jawapan yang kurang tepat

4
dengan kehendak soalan.

Masalah ini timbul mungkin sepanjang proses PdP kerana kaedah perbincangan,

sumbang saran yang saya gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran lebih

berpusatkan kepada guru dan membosankan murid. Tambahan pula, kaedah kaedah

perbincangan, sumbang saran ini banyak memerlukan murid mendengar dan

memahami serta mengingati isi pelajaran tanpa memerlukan banyak bahan bantu

yang dapat membantu murid. Hal ini menyebabkan murid hilang tumpuan dan sukar

untuk memahami serta meningati isi pelajaran. Kesannya, murid sukar untuk

menyatakan semula isi pelajaran semasa kuiz diadakan.

2.3 Tindakan

Kajian tindakan ini merupakan salah satu cara yang digunakan untuk

mengenal pasti masalah, mencari punca masalah, mengumpul data dan memilih

jalan penyelesaian yang terbaik. Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah memilih

model Stephen Kemmis sebagai model kajian. Stephen Kemmis (1983) dalam

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin (2015) menjelaskan bahawa bagi setengah

kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah

pertama seperti konsep penyelidikan Lewin. Walaubagaimanapun, mereka

berpendapat bahawa kebayakan kumpulan akan membuat tinjauan awal (intial

recconaissance) terhadap situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

Penyelidikan tindakan ini merupakan satu proses berterusan tetapi terdapat

gelungan-gelungan refleksi kendiri dalam perkembangan kajian. Langkah kajian

adalah melalui perancangan, tindakan, pemerhatian, refleks dan semak semula

perancangan (revised plan) sebagai asas kepada penyelesaian masalah seperti

yang ditunjukkan dalam rajah.

4
MEREFLEK

MERANCAN
MEMERHATI G

BERTINDAK

Rajah 1 : Model Kitaran Stephen Kemmis (1983)

Model ini dipilih atas faktor kesesuaiannya dengan kajian yang dijalankan.

Model yang diasaskan oleh Stephen Kemmis ini melibatkan proses kitaran yang

berterusan di mana setiap kitaran mengandungi empat fasa yang bermula dari

mereflek, fasa merancang, fasa tindakan dan fasa pemerhatian. Setelah selesai

menjalankan kitaran satu, kitaran yang seterusnya akan dijalankan bagi membuat

penambahbaikan dari segi pelaksanaan tindakan. Kitaran berkenaan akan

dilaksanakan secara berterusan secara berulang-ulang kali sehingga masalah yang

dihadapi dapat diselesaikan.

4
Terdapat empat fasa yang perlu dilaksanakan oleh setiap pengkaji yang

menggunakan model kajian tindakan ini. Dalam fasa mereflek, setelah saya

mereflek PdP lalu, saya mencari isu utama yang perlu saya menambah baik dalam

amalan PdP yang menjadi permasalahan untuk dijadikan isu dalam melaksanakan

kajian tindakan saya. Saya dapati bahawa murid saya tidak boleh menyatakan dan

mengingat perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan baik dan keliru

dengan syarat sah puasa. Selepas mendapat isu, saya merancang untuk

menjalankan kajian bagi mengatasi masalah tersebut. Setelah itu, saya mengenal

pasti murid yang lemah sebagai peserta kajian dalam membantu kajian saya.

Apabila saya sudah mengesan masalah atau isu kajian, saya mula merancang

kaedah atau cara yang sesuai untuk membantu murid-murid tersebut. Perancangan

yang dibina perlu bersifat fleksibel untuk membolehkan adaptasi dilakukan ke atas

kesan atau halangan yang tidak dapat dilihat. Saya telah menggunakan konsep

papan tanda berwarna dengan mengadaptasi elemen kalimah dan warna. Sebelum

pelaksanaan, saya telah menyediakan dahulu beberapa borang pemerhatian dan

senarai semak sebagai nota bahan, temu bual dan beberapa soalan lembaran untuk

murid serta bahan-bahan bantu yang lain.

Setelah saya dapat menjawab kesemua seolan ini, maka saya perlu

melaksanakan fasa tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Saya tidak seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama

ada dapat menyelesaikan masalah dengan kadar segera atau sebaliknya.

Tambahan pula, tindakan yang perlu diambil bersifat tindakan strategik yang akan

menghasilkan sesuatu perubahan amalan. Mungkin timbul pada isu seterusnya

yang memerlukan kepada kitaran kedua kajian dilaksanakan.

Semasa melaksanakan fasa tindakan, saya perlu melaksanakan fasa

pemerhatian. Saya perlu membuat pemerhatian ke atas tindakan amalan-amalan

baru untuk membolehkan bukti-bukti yang diperolehi dan dibuat penilaian.

4
Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal dibuat untuk tujuan dokumentasi

dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam konteks situasi perlu

dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Saya menggunakan lebih dari

satu cara mengumpulkan data untuk membolehkan triangulasi data dihasilkan.

Triangulasi data merupakan kekuatan untuk memperoleh data dalam satu kajian.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1Objektif Kajian

1. Memperihalkan amalan pengajaran guru bagi meningkatkan

hafazan murid terhadap bacaan semasa duduk iftirasy

dengan menggunakan kaedah AIS.

4
2. Meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru

dalam bidang Ibadah bagi membantu murid menghafaz

bacaan semasa duduk iftirasy dengan betul.

3.2 Soalan Kajian

1. Bagaimanakah amalan pengajaran guru bagi meningkatkan

hafazan murid terhadap bacaan semasa duduk iftirasy

dengan menggunakan kaedah AIS?


2. Bagaimanakah amalan pembelajaran murid dalam

menghafaz bacaan semasa duduk iftirasy dengan

menggunakan kaedah AIS?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun Dua di sebuah sekolah di

Banting. Seramai empat orang murid yang terdiri daripada tiga orang

murid lelaki dan seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai peserta

kajian ini berdasarkan pemerhatian awal.

4
Jadual 2: Ringkasan data bagi peserta kajian
PERKARA PENJELASAN

Bilangan 4 orang
Jantina 3 orang lelaki

seorang perempuan

Nama Kelas Kelas Dua Geliga

Sekolah Sekolah Kebangsaan di Banting

Tahun Dua

Prestasi MI: Tidak mampu menyatakan isi pelajaran dan

Akademik lemah untuk mengingat isi pelajaran.

M2: Mempunyai pencapaian sederhana dalam tajuk

pelajaran pada hari ini.

M3: Mudah mengingat mata pelajaran, tetapi tidak

pandai membaca jawi.

M4: Dapat menguasai pelajaran pada hari ini tetapi

tidak mampu mengingat semula isi pelajara

yang dipelajari
Empat orang murid ini diambil sebagai peserta kajian berdasarkan

pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mereka

kelihatan pasif, kurang memberikan tumpuan semasa proses P&P

dijalankan. Selain itu, saya juga dapat melihat tahap pencapaian mereka

untuk menjawab ujian lisan dan ujian bertulis yang telah disediakan.

Kesemua peserta kajian saya ini juga merupakan murid yang boleh

membaca jawi dan tidak terbiasa melaksanakan penggunaan kaedah AIS

4
di dalam kelas namun masih memerlukan bimbingan supaya dapat

memberi impak yang positif kepada mereka.

Saya juga dapat melihat bahawa penghayatan mereka dalam

bidang Ibadah dan Akhlak Islamiyyah juga dilihat belum mencapai tahap

yang memuaskan. Saya mendapati ada dalam kalangan peserta kajian

yang jarang menunaikan solat dengan sempurna dalam sehari, tidak

dapat melaksanakan solat dengan sempurna. berdasarkan hasil tinjauan

dan maklumat yang diberikan. Selain itu, mereka juga tidak dapat

menguruskan diri dan masa dengan baik, contohnya, mereka berpakaian

tidak kemas, selalu tidak menyiapkan kerja yang saya berikan dan kurang

beradab semasa saya menjalankan sesi PdP. Tambahan pula, saya ingin

melihat perkembangan prestasi mereka semasa sepanjang menjalankan

penggunaan kaedah AIS dan penggunaan bahan bantu papan tanda

berwarna.

4
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-Langkah Tindakan

5.1.1 Fasa Refleksi

Setelah saya menjalankan sesi pengajaran di kelas Dua Geliga, saya telah

membuat refleksi tentang kelemahan dan kekuatan sesi PdP bagi mengenal

pasti isu dan masalah yang dihadapi dalam kalangan murid. Terdapat

kelemahan semasa sesi pengajaran saya kerana murid tidak dapat

mengingat dengan baik bacaan semasa duduk antara dua sujud (iftirasy)

dengan lancar dan mengambil masa yang lama untuk berfikir dan

mengingat susunan kalimah bacaan semasa duduk antara dua sujud.

5.1.2 Fasa Perancangan

Ekoran dari masalah yang telah dikenal pasti, saya telah membuat

perancangan berdasarkan tinjauan awal dibuat dan isu telah dipilih

berdasarkan kepada permasalahan utama murid-murid di sekolah saya.

Saya telah memulakan perancangan dengan memikirkan medium yang

dapat membantu murid mengatasi masalah tersebut. Proses

penambahbaikan perlu supaya murid dapat mencapai hasil pembelajaran

yang lebih memberansangkan. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki

(2010), sebagai langkah menarik minat murid dalam pembelajaran, guru

perlulah memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid

dan berpusatkan bahan belajar supaya murid terus kekal bermotivasi untuk

belajar. Kaedah utama yang saya gunakan adalah dengan memperkenalkan


kaedah AIS (Angkat Ingat Saya) dengan menambah elemen bahan bantu

belajar dengan menggunakan bahan seperti papan tanda berwarna untuk

membantu murid mengingati isi pelajaran.

Asmee Hj. Tajuddin (1996), menyatakan bahawa empat kebolehan

pemikiran kreatif yang boleh menjadi panduan guru untuk menghasilkan

pembelajaran yang berkesan, iaitu pengeluaran idea yang banyak

(fluency), tolak ansur (flexibility), keaslian (originality) dan huraian

(elaboration). Oleh sebab itu, saya telah memikirkan penambahbaikan yang

boleh saya lakukan dalam PdP bagi menghasilkan pembelajaran yang

berkesan kepada murid-murid dengan menggunakan kaedah AIS melalui

bahan yang menarik iaitu Papan Tanda Berwarna.

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan

pembelajaran kelas abad ke-21, saya telah mengambil langkah untuk

menggunakan konsep belajar melalui kaedah baru dengan menambah

elemen warna dan isi pelajaran yang ringkas yang dijangka dapat memberi

impak yang lebih besar kepada murid. Seterusnya, untuk membantu murid

untuk mengaplikasikan kaedah AIS, saya telah menyediakan papan dalil

sebagai panduan untuk mereka mengingat warna dan kalimah dengan

mudah dan cepat. Saya juga telah menilai penguasaan murid dalam

menyatakan isi pelajaran, menggunakan lembaran kerja dan ujian lisan

untuk melihat sejauh mana murid mampu menyebut dan menyatakan isi

pelajaran dengan betul dengan menggunakan kaedah AIS melalui bahan

bantu belajar seperti papan tanda berwarna.

5.1.3 Fasa Tindakan


Setelah perancangan dibuat saya mula melaksanakan tindakan yang telah

dirancang sebelum ini. Pelaksanaan tindakan ini ke atas keempat-empat

orang peserta kajian dengan menggunakan kaedah yang sama. Murid diberi

penerangan tentang konsep kaedah AIS (Angkat Ingat Saya) bahan dan

fungsinya. Kemudian, saya mengajar seperti yang terkandung dalam

dokumen standard kandungan. Setiap peserta kajian akan menggunakan

papan tanda berwarna, dan menghafaz selama 10 minit kalimah yang

sediakan di papan dalil sebagai panduan sebelum murid diminta

menggangkat papan tanda berwarna yang berlainan yang bersesuaian dan

menunjukkan hasil isi pelajaran melalui ujian lisan yang dijalankan di

hadapan kelas dan murid juga akan menyiapkan latihan lembaran kerja

yang diberikan untuk melihat tahap kebolehan mereka menyatakan semula

isi pelajaran yang telah dipelajari.

Jadual 5: Langkah Pelaksanaan Kaedah AIS

Langkah Pelaksanaan
Langkah 1 Memberi penerangan berkaitan papan dalil sebagai panduan kepada

murid
Langkah 2 Memberi mereka papan tanda berwarna mengikut kalimah dan

warna
Langkah 3 Menerangkan cara mengaplikasikan kaedah AIS sebelum meminta

murid menghafaznya
Langkah 4 Bersoal jawab bersama murid berkaitan cara mengaplikasikan

kaedah AIS.
Langkah 5 Murid diberi lembaran kerja sebagai penilaian

5.1.4 Fasa Pemerhatian


Sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini saya telah

membuat pemerhatian sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah AIS

dengan menggunakan papan tanda berwarna membantu murid untuk

mengingat dan menyusun bacaan semasa duduk iftirasy. Pemerhatian

tersebut telah dicatatkan dalam bentuk senarai semak yang telah

disediakan bagi mengenalpasti respond dan perubahan yang berlaku

terhadap peserta kajian melalui penggunaan kaedah AIS.

5.2 Kaedah mengumpul data

Saya telah menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian, analisis dokumen

dan juga temu bual bagi mengumpul data kajian. Pemilihan tiga jenis

kaedah ini bersesuaian dengan triangulasi data yang bertujuan untuk

mendapatkan data yang lebih tepat dan sahih. Triangulasi adalah satu

keperluan dalam kajian kualitatif. Triangulasi bermaksud integrasi kaedah

yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya

dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih meyakinkan

dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul.

a) Instrumen

5.2.1 pemerhatian

Melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan sistematik, pelbagai data

berguna dapat diperolehi untuk membantu penyelidik memahami tindakan

yang dilaksanakan (Chow Fook Meng, 2011). Dalam kajian ini saya memilih
untuk melaksanakan pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur

menggunakan senarai semak pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian secara sistematik ke atas tingkah laku

murid semasa proses PdP bagi murid tahun Dua Geliga. Berdasarkan

pemerhatian yang dijalankan, saya dapat melihat kelakuan murid semasa

sesi PdP, di mana terdapat murid yang kelihatan aktif, gembira,

memberikan tumpuan dan terdapat juga murid yang kurang fokus dan tidak

dapat membina ayat sendiri bagi isi pelajaran tersebut. Untuk kajian ini,

saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dari awal sehingga akhir.

Jenis pemerhatian yang saya gunakan adalah pemerhatian berstruktur.

Jadual dibawah menunjukkan borang senarai semak seperti lampiran 1 dari

sudut aspek yang diperhatikan pada kajian tindakan ini.

5.2.2 Temu bual

Saya telah menjalankan sesi temu bual bersama murid kelas Dua Geliga

untuk mendapatkan maklumat tentang masalah mereka dalam

pembelajaran dan membuat perbincangan untuk penambahbaikkan

terhadap kajian saya. Menurut Gay dan Airisian (2010) dalam Rosinah

Edinin (2012), menyatakan terdapat pelbagai jenis temu bual yang boleh

digunakan dalam mengumpul data. Antaranya ialah temu bual berstruktur.

Sepanjang kajian ini saya menggunakan temubual berstruktur.

5.2.3 Analisis Dokumen

5.2.3.1 Lembaran Kerja


Bell (1999) menyatakan bahawa kebanyakan penyelidikan tindakan

memerlukan analisis dari kenyataan atau bukti dokumen, seperti lembaran

kerja. Keberkesanan teknik yang telah saya gunakan ini dianalisis

berpandukan tugasan yang diberikan selepas sesi pengajaran dijalankan.

Salah satu sumber untuk saya mendapatkan maklumat semasa tinjauan

masalah adalah dengan melihat lembaran kerja murid tahun Dua Geliga. Ini

kerana lembaran kerja adalah salah satu sumber yang kita boleh kenal pasti

sejauh mana penguasaan murid faham isi pelajaran yang di ajar di dalam

kelas.

Setelah itu, saya membuat analisis terhadap jawapan murid dari

lembaran kerja yang diberikan.Selepas penggunaan papan tanda berwarna

diperkenalkan, saya dapat melihat keberkesanan teknik yang digunakan

oleh murid. Papan tanda berwarna didapati berkesan untuk melihat jawapan

yang diberikan oleh murid dan telah dapat mengingat bacaan semasa

duduk iftirays.

5.2.3.2 Catatan Refleksi

Penulisan refleksi ini memberi ruang kepada saya menganalisis dan

bermuhasabah diri selepas menjalankan proses PdP di dalam kelas. Catatan

refleksi seperti lampiran 4 ini merangkumi kelemahan dan kekurangan

terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh

saya sendiri. Jurnal refleksi saya adalah berdasarkan catatan refleksi yang

direkodkan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) setiap kali selesai

proses PdP. Refleksi ini ditulis untuk melihat penambahbaikan yang telah

saya buat untuk memperbaiki amalan pengajaran saya dalam bilik darjah.
Menurut Syed Ismail dalam kajian yang dijalankan oleh Siti Nuur

Baiah (2011), seorang guru bertanggungjawab terhadap murid, harus

melakukan amalan reflektif agar dapat membuat penambahbaikan

terhadap aktiviti pengajaran yang dilaksanakan. Frankel (2007) mengatakan

analisis dokumen yang digunakan untuk membantu penyelidik

mendapatkan data secara objektif melalui dokumen yang diberikan serta

dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data yang diperoleh

secara tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu

jawapan. Di sini jelas menunjukkan bahawa penggunaan analisis dokumen

melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu

mengukuhkan bukti yang sedia ada.

5.3 Cara Menganalisis Data

Menurut Bashah (2007), analisis data merupakan satu kaedah untuk

mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik. Data yang

dianalisis dan dibuat interpretasi membolehkan pengkaji melaporkan

dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti yang telah diperoleh, seterusnya

membuat ulasan mengenai data-data yang diterima. Kemudian, data

tersebut akan dianalisis serta diinterpretasikan berdasarkan maklum balas

yang diterima daripada murid dan mendapatkan kesimpulan serta

penyelesaian masalah terhadap kajian tindakan yang dijalankan dengan

berpandukan objektif dan soalan kajian.

5.3.1 Data Pemerhatian


Pada kajian tindakan yang saya jalankan ini, saya telah menggunakan satu

jenis pemerhatian berstruktur. Bagi instrumen pemerhatian berstruktur,

saya telah menyiapkan borang senarai semak untuk melihat tingkah laku

murid semasa menjalankan sesi PdP dan tahap penguasaan murid dalam

topik yang dipelajari dengan menggunakan kaedah AIS melalui pendekatan

bahan bantu belajar papan tanda berwarna. Malah saya juga telah

mengukur tahap tumpuan murid semasa aktiviti ini dijalankan sama ada

mereka boleh memberikan perhatian ataupun tidak. Pemerhatian

berstruktur ini, telah saya gunakan semasa menjalankan kajian tindakan.

5.3.1.1 Pemerhatian Berstruktur

Jadual 3: Senarai Semak Pemerhatian

ASPEK PEMERHATIAN M M M M

1 2 3 4
1. Murid mendengar penerangan dari guru. / / / /
2. Murid memahami arahan tugasan. / / / /
3. Murid melibatkan diri dalam PdP. / / x /
4. Murid dapat membuat tugasan yang diberikan. / / / /
5. Murid kelihatan gembira semasa menggunakan papan / / / /

tanda berwarna
6. Murid boleh membina ayat sendiri semasa diajukan / / / /

soalan.
7. Murid dapat menggunakan papan tanda berwarna / / / /

dengan betul
8. Murid dapat menyebut satu persatu kalimah bacaan / X / /

semasa duduk iftirasy


9. Murid dapat menyiapkan tugasan seperti waktu yang / / / /

ditetapkan.
Dapatan daripada pemerhatian ini, terdapat banyak perubahan

semasa menjalankan sesi PdP yang lalu dengan kitaran kajian tindakan ini

dengan menggunkan papan tanda berwarna. Berdasarkan senarai semak,

saya mendapati bahawa kesemua aspek dapat diikuti oleh murid dan

berlaku peningkatan terhadap tahap penguasaan murid untuk menyebut

semula dan menyatakan dengan jelas bacaan semasa duduk iftirasy.

Mereka juga memberikan tumpuan yang sepenuhnya serta dilihat begitu

seronok untuk belajar berdasarkan aspek 5. Selain itu, penggunaan saiz

kalimah yang besar, warna, bentuk bahan dan isi pelajaran yang ringkas

membantu murid untuk mengingat dan membina ayat yang mudah tanpa

perlu berfikir dalam masa yang lama pada aspek 9. Tambahan pula, mereka

mula yakin untuk menyebut bacaan semasa duduk iftirays dengan lancar

dan tidak lagi tergagap-gagap atau bertanya kepada rakan lain dari aspek

pemerhatian 8. Walaubagaimanapun, M3 masih lagi kurang melibatkan diri

dalam PdP dan tidak dapat menyebut perkara-perkara yang membatalkan

puasa selepas menghasilkan papan dalil dan papan tanda berwarna pada

aspek 3 dan 8 kerana murid tersebut kurang berkeyakinan diri, selain

seorang yang pendiam dan lemah dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, berdasarkan data-data pemerhatian ke atas

penggunaan papan tanda berwarna berlakunya peningkatan pada kesemua

item yang diperhatikan. Ini menunjukkan kajian tindakan yang

diperkenalkan berkesan kepada murid saya. Secara keseluruhannya,

objektif pemerhatian ini iaitu membantu murid menyebut semula dan

mengingat bacaan semasa duduk iftirasy dengan menggunakan papan

tanda berwarna pada kajian ini telah tercapai. Penggunaan papan tanda
berwarna dengan mengaplikasikan kaedah AIS dalam proses PdP ternyata

berkesan dalam meningkatkan minat untuk belajar. Seterusnya dapat

mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid

semasa PdP serta dapat meminimumkan masalah disiplin dalam kalangan

murid semasa menjalankan sesi PdP.

5.3.2 Temu Bual

Pada kajian kali ini, saya telah menggunakan dua jenis temu bual iaitu temu

bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Bagi temubual berstruktur

saya telah membina set soalan temu bual untuk diajukan kepada murid

tersebut manakala temu bual tidak berstruktur pula, saya akan bertanya

soalan yang saya perlu bertanya kepada murid sejurus selepas pelaksanaan

temu bual secara berstruktur. Saya juga telah menggunakan instrument

rekod anekdot di dalam temu bual ini sebagai bukti terhadap pelaksanaan

temu bual dalam kajian ini. Berikut merupakan rekod jawapan sesi temu

bual yang telah dijalankan.

5.3.2.1 Temu Bual

Berdasarkan data yang diterima ketika menjalankan kajian ini, saya

dapat melihat amalan yang telah saya tambah baik seterusnya dapat

melihat perkembangan murid untuk menjawab objektif dan soalan kajian

saya, maka saya telah melaksanakan temu bual ini pada 20 Februari 2017

jam 4.40 petang. Jenis temu bual yang saya gunakan adalah temu bual

berstruktur dan temu bual tidak berstruktur.


5.3.2.1.1 Temu Bula berstruktur

Jadual 4: Temu bual berstruktur (soalan 1)

Soalan 1: Apakah perasaan anda menggunakan papan tanda berwarna

dengan mengaplikasikan kaedah AIS dalam sesi PdP?


M1: Berasa gembira dan seronok...

M2: Rasa best dan seronok

M3: Perasaan saya apabila menggunakan papan tanda

berwarna ini rasa senang dan gembira

M4: Sangat seronok dan best

Berdasarkan soalan temu bual berstruktur yang telah saya lakukan,

saya mendapati jawapan kesemua murid hampir sama. Keempat-empat

murid berasa seronok dan gembira menggunakan kaedah AIS semasa sesi

PdP. Saya dapat melihat wajah mereka sedikit berbeza pada sesi PdP yang

lalu. Ini menunjukkan bahawa murid semakin seronok menggunakan

kaedah AIS yang mempunyai saiz kalimah yang sesuai, warna dan isi

pelajaran yang ringkas.

Jadual 5: Temu bual berstruktur (soalan 2)

Soalan 2: Apakah perbezaan proses pembelajaran menggunakan papan

tanda berwarna dan tanpa menggunakan bahan ini?


M1: Takde masalah la... Sebab susah sikit jer... dah boleh

fikir dan ingat

M2: Kalau ada kaedah ni lagi senang.. Dah tak susah nak

ingat

M3: lagi best guna papan tanda ni sebab warna cantik dan

tulisan besar..jadi cepat boleh ingat

M4: senang nak ingat, kalo tak guna macam susah sikit

Bagi soalan temu bual yang kedua adalah berkaitan dengan

perbezaan yang mereka dapat rasakan daripada sesi PdP yang lalu dengan

kajian tindakan yang dijalankan. Ini kerana saya ingin melihat

perkembangan murid semasa menjalankan kajian tindakan ini. M1

menyatakan bahawa penggunaan kaedah itu tidak mempunyai masalah

dan dapat memudahkannya untuk berfikir dan mengingat kerana

mempunyai gambar dan warna. Selain itu, M2 dan M4 menyatakan dengan

adanya papan tanda berwarna lebih memudahkan untuk mengingat isi

pelajaran dan dapat menyebut semula bacaan semasa duduk

iftirasy.Tambahan pula, M3 menyatakan bahawa dengan menggunakan

papn tanda berwarna memberi kemudahan kepadanya untuk mengeluarkan

idea bagi mendapatkan jawapan jika disoal oleh guru tanpa perlu

mengambil masa yang lama.

Kesimpulannya, ia jelas menunjukkan bahawa responden telah dapat

memahami konsep kaedah AIS dan mengemari bahannya iaitu papan tanda

berwarna yang ditekankan di dalam kajian yang dijalankan, mereka dapat

mengaitkannya pula dengan pengetahuan sedia ada. Oleh itu, penggunaan


papan tanda berwarna dengan elemen saiz tulisan dan isi pelajaran yang

ringkas dapat membantu murid untuk mengingat semula bacaan semasa

duduk iftirays dengan lancar dan baik.

Jadual 6: Temu Bual Berstruktur (Soalan 3)

Soalan 3: Apakah papan tanda berwarna ini membantu anda memahami

dan mengingati isi pelajaran pada hari ini?


M1: Ya

M2: Ya, ia sangat membantu

M3: Membantu

M4: Ya

Jadual di atas menunjukkan bahawa kesemua murid mengakui

bahawa papan tanda berwarna ini banyak membantu mereka memahami

dan mengingati isi pelajaran. Jenis soalan yang saya gunakan ini adalah

soalan Ya atau Tidak. Ini kerana saya hendak melihat tahap keyakinan

murid dalam menjawab soalan yang saya ajukan kepada kesemua murid.

5.3.2.2 Temu Bual Tidak Berstruktur

Jadual 8: Temu bual tidak berstruktur (Soalan 1)

Guru: Bagaimana papan tanda berwarna membantu kamu dalam pelajaran?

M1 : Boleh la membantu
M2 : Senang, sebabtak payah baca ayat yang panjang

M3 : Lagi mudah nak ingat sebab ada tak banyak perkataan

M4 : Membantu sebab senang untuk ulang kaji

Bagi temu bual tidak berstruktur ini, saya mendapati bahawa

sebenarnya murid semakin memahami fungsi papan tanda berwarna dalam

sesi PdP kerana ia dapat membantu murid dalam menyebut semula bacaan

semasa duduk iftirasy. M1 dan M4 menyatakan bahawa papan tanda

berwarna ini membantu mereka dan memudahkannya untuk mengulang

kaji pelajaran. Menurut M2 dan M3, kaedah ini menyenangkan mereka

kerana isi pelajaran yang digunakan dalam pengajaran mereka adalah

ringkas dan mudah.

Jadual 9: Temu bual tidak berstruktur (Soalan 2)

Guru : Senang tak hendak mengingat isi pelajaran dan apa penambahbaikan

yang kamu nampak?

M1 : Senang, sebabkalo ada gambar tu senang nak ingat apa isi penting,

ada akronim kot

M2 : Senang dah boleh jawab

M3 : Lagi mudah nak ingat sebab ada warna yang menarik..

M4 : Senangkalau kene soal, bole bagi jawapan..ada warna dan saiz

perkataan besar, mungkin ambil masa untuk menghafaznya

Berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat bahawa kebanyakkan murid

menyatakan bahawa mudah untuk mengingat isi pelajaran. Ini

menunjukkan bahawa mereka juga mampu menyebut semula dan


menyatakan isi penting berkaitan dengan bacaan duduk semasa duduk

iftirays. Bagi soalan yang seterusnya iaitu apa penambahbaikan yang

kamu nampak?, bagi soalan ini M2 tidak menjawab soalan ini kerana saya

dapat melihat dia agak sukar untuk bercakap. Manakala M1, M3 dan M4,

mereka menyatakan bahawa penambahbaikan yang dapat dilihat pada

papan tanda berwarna adalah gambar dan isi pelajaran yang ringkas dapat

memberi kemudahan kepada mereka untuk membina ayat.

Kesimpulannya daripada soalan temu bual dalam kajian tindakan ini,

saya mendapati bahawa elemen warna dan isi pelajaran yang ringkas pada

papan tanda berwarna melalui kaedah AIS sememangnya dapat

memudahkan murid untuk mengingat dan menyebut dan menyusun semula

bacaan semasa duduk iftirasy.

5.3.3 Analisis Dokumen

5.3.3.1 Lembaran Kerja Murid

Jadual 11: Analisis Data Lembaran Kerja

Muri Marka Marka Penerangan

d h h

Sebelu Selep

m as
PK1 2/8 8/8 - Murid dapat menjawab dengan

tepat.
PK2 2/8 8/8 - Murid menulis isi dengan lancar.
PK3 3/8 7/8 - Murid mampu membuat tanpa

meniru kawan.
PK4 2/8 7/8 - Murid dapat menulis sambil

menghafaz dengan baik.


Berdasarkan jadual diatas, terdapat beberapa penambahbaikkan

daripada PdP yang lalu, saya dapat lihat dari segi masa yang diambil oleh

murid untuk menyiapkan tugasan. M1 dan M4 dapat menyatakan isi dengan

banyak serta mampu membuat kepelbagai idea berbanding dengan M2

yang lebih banyak menulis isi pelajaran yang hampir sama iaitu menyusun

sambil menyebut dan menulis dengan lancar. M3 pula dilihat dapat

menulis tanpa pertolongan daripada sesiapa.

Daripada analisis lembaran kerja yang telah dibuat, saya mendapati

bahawa sebenarnya lembaran kerja sangat membantu untuk mengesan dan

menguji daya ingatan murid untuk menyebut semula serta menyusun

bacaan semasa duduk antara dua sujud. Hasil jawapan daripada lembaran

kerja dinilai bagi melihat sejauh mana tahap keberkesanan kajian tindakan

yang dilakukan dalam proses PdP. Analisis data turut dibuat daripada hasil

lembaran kerja. (Rujuk Lampiran 5)

Kesimpulannya, terdapat banyak peningkatan yang berlaku

dan saya dapat melihat keyakinan murid dalam menyatakan isi pelajaran,

ini kerana dengan adanya elemen saiz tulisan, warna dan isi pelajaran yang

ringkas digunakan dalam papan tanda tersebut. Ini bertujuan memudahkan

murid untuk mengingat isi pelajaran tersebut. Selain itu, saya dapat

merasakan bahawa papan tanda berwarna ini menyebabkan mereka lebih

fokus terhadap isi pelajaran kerana mereka tidak memerlukan ayat-ayat

yang panjang untuk mengingat.

5.3.3.3 Catatan Refleksi Guru


Catatan refleksi guru telah dicatatkan bertujuan untuk merekodkan

peristiwa yang menarik perhatian sepanjang pelaksanaan kajian ini. Berikut

adalah catatan daripada jurnal refleksi guru yang berkaitan dengan kajian

yang dijalankan setiap kali selepas sesi PdP dijalankan.

Jadual 13: Analisis Data Catatan Refleksi

Tarikh : 24 Februari 2017

Aktiviti : Penggunaan papan tanda berwarna dalam sesi PdP


Semasa saya menerangkan penggunaan kaedah AIS dengan bahan bantu

papn tanda berwarna. Alhamdulilah, saya dapat melihat sedikit demi

sedikit peningkatan yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam

mengingat dan menyebut dan menyusun bacaan semasa duduk iftirasy

atau bacaan duduk antara dua sujud. Mereka kelihatan begitu teruja dan

seronok untuk mengaplikasikan kaedah ini dengan penggunaan papan tanda

berwarna. Semasa sesi soal jawab, saya mendapati bahawa mereka lebih yakin

berbanding pada sesi PdP kali pertama dan yang paling menakjubkan saya ialah

mereka mampu mengingat serta menyebut semula isi pelajaran yang telah

diajar.

Disamping itu, warna, isi pelajaran yang ringkas pada penggunaan papan tanda

berwarna dapat membantu mereka mengingat dengan lebih mudah. Hasil

bimbingan yang saya berikan mereka juga dapat menyiapkan lembaran

kerja dengan betul tanpa merujuk kepada buku teks. Saya berasa amat lega

kerana penggunaan papan tanda berwarna yang digunakan dapat menarik

minat dan tumpuan murid untuk kekal bersemangat


Berdasarkan jadual 13, saya dapat merasakan bahawa papan tanda

berwarna yang saya gunakan dengan menambah elemen warna, saiz

kalimah dan isi pelajaran yang ringkas amat membantu murid untuk

memahami dan menyebut perkara-perkara yang membatalkan puasa.Selain

itu, semasa aktiviti soal jawab dilaksanakan, saya mendapati bahawa

keempat-empat murid amat yakin untuk menyebut semula isi pelajaran.

Seterusnya, penggunaan elemen gambar, warna, isi pelajaran yang ringkas

diterapkan pada penggunaan kaedah AIS, dengan bahan seperti papan

tanda berwarna ini. Peningkatan kefahaman dan kemahiran mengingat

bacaan semasa duduk iftirays telah diperkukuhkan melalui ujian lisan dan

lembaran kerja yang dijalankan.

Kesan daripada kefahaman yang jelas ini dapat dibuktikan melalui

catatan refleksi yang dibuat selepas saya menjalankan kajian tindakan

dengan menggunakan papan tanda berwarna kepada murid. Peningkatan

kemahiran mengingat murid-murid jelas terserlah apabila mereka berjaya

menyebut semula isi pelajaran berkaitan dengan bacaan semasa duduk

iftirays. Mereka juga melengkapkan lembaran kerja yang diberikan dengan

betul.

5.4 Cara Menyemak Data

Menurut Fatimah dan Lim (2010), maklumat yang didapati dari satu sumber

boleh disahkan dengan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber

lain. Triangulasi dalam penyemakan data adalah penting untuk memperoleh

kesahan data dan boleh dipercayai. Bagi menyemak data, saya telah
memilih kaedah triangulasi kaedah dan triangulasi data untuk kajian yang

saya jalankan.

Bagi mendapatkan data menggunakan pendekatan persoalan, saya

telah menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan tidak berstruktur

bagi menjawab segala persoalan dan meneroka maklumat yang lebih

mendalam. Data pemerhatian pula diperolehi melalui borang senarai semak

selain daripada foto ialah kesahan maklumat yang diperolehi. Analisis

dokumen digunakan sebagai membuktikan lagi data hasil kerja murid dan

penambahbaikan yang dilakukan oleh guru melalui lembaran kerja dan

catatan refleksi. Berdasarkan kepada kaedah triangulasi data, saya telah

membandingkan data pemerhatian dengan temu bual, temu bual dengan

analisis dokumen, pemerhatian dengan analisis dokumen atau dengan

menyemak ketekalan tentang apa yang diperkatakan oleh individu dalam

masa yang berlainan.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Dapatan Kajian


Pada bahagian ini, saya akan membincangkan berkaitan hasil dapatan yang

telah diperoleh. Saya akan menjawab setiap soalan kajian untuk

membuktikan bahawa penggunaan kaedah AIS membantu peserta kajian

saya untuk menyebut dan menyusun bacaan duduk semasa iftirasy dengan

lebih mudah. Melalui kajian ini, perkara yang saya dapat perhatikan adalah

berlaku banyak peningkatan dan juga perubahan positif ke atas peserta

kajian saya setelah diperkenalkan dan menggunakan kaedah AIS ini, Oleh

yang demikian, saya telah menghuraikan setiap dapatan yang diperolehi.

6.1. Bagaimanakah amalan pengajaran guru bagi meningkatkan

hafazan murid terhadap bacaan semasa duduk iftirasy dengan

menggunakan kaedah AIS.

Penggunaan kaedah AIS dapat membantu murid menyebut dan menyusun

semula bacaan semasa duduk iftirasy, berdasarkan data yang diperolehi

melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Menurut Ahmad

Mohd Salleh (2011), teknik pengajaran didefinisikan sebagai panduan yang

didikuti oleh guru untuk membantu meningkatkan kefahaman murid

terhadap sesuatu yang dipelajari. Lantaran itu, saya telah melakukan

sedikit inovasi dalam amalan pengajaran saya dimana saya telah

mengubahsuai penggunaan kaedah AIS dengan menggunakan bahan

seperti papan tanda berwarna untuk membantu murid menyatakan dengan

lebih mudah bacaan semasa duduk iftirays dengan susunan yang betul.

Setelah menggunakan papan tanda berwarna ini, saya mendapati

banyak perubahan yang berlaku terhadap tingkah laku dan tahap


penguasaan murid bagi isi pelajaran serta setiap peserta kajian mampu

untuk menyebut semula isi pelajaran hasil dari penggunaan kaedah AIS.

Hal ini dilihat daripada analisis ketiga-tiga kaedah yang saya gunakan

sebelum dan selepas menjalankan kajian tindakan ini diperkenalkan.

Pertamanya adalah kaedah pemerhatian, jenis pemerhatian yang saya

gunakan adalah pemerhatian berstruktur. Saya telah menjalankan

pemerhatian ini sepanjang proses pengajaran dijalankan.

Jadual 3: Senarai Semak Pemerhatian

ASPEK PEMERHATIAN M M M M

1 2 3 4
1. Murid mendengar penerangan dari guru. / / / /
2. Murid memahami arahan tugasan. / / / /
3. Murid melibatkan diri dalam P&P. / X / /
4. Murid dapat membuat tugasan yang diberikan. / / / /
5. Murid kelihatan gembira semasa menggunakan papan / / / /

tanda berwarna.
6. Murid boleh menyebut dengan spontan semasa / / / /

diajukan soalan.
7. Murid dapat menggunakan papan tanda berwarna / / / /

dengan baik.
8. Murid dapat menyebut dan mengingat dengan baik / X / /

bacaaan semasa duduk iftirays


9. Murid dapat menyiapkan tugasan pada waktu yang / / / /

ditetapkan.

Berdasarkan jadual 3 dalam analisis data ini, saya ingin fokuskan kepada

aspek 6 dan 8, saya mendapati bahawa terdapat beberapa

penambahbaikan terhadap penguasaan peserta kajian untuk menyatakan

isi pelajaran berkaitan dengan tajuk bacaan dalam solat. Semasa


menghasilkan papan tanda berwarna ini, saya dapat melihat perkembangan

peserta kajian di mana murid mampu menjawab dengan spontan tanpa

memerlukan bantuan dari rakan lain. Jika sebelum ini, peserta kajian

memerlukan bantuan rakan untuk menyebut dan mengingat, namun

selepas menjalankan tindakan ini, saya mendapati mereka lebih mudah

untuk meyebut dan menyatakan isi pelajaran.

Tambahan pula, mereka juga dapat menyebut dan mengingat bacaan

semasa duduk iftirasy dengan baik selepas menggunakan kaedah AIS

dengan bantuan penerangan guru dan isi pelajaran yang telah disediakan

kepada mereka. Kesemua murid dalam kajian yang dilakukan menunjukkan

perubahan postif terhadap kesemua item yang diperhatikan. Mereka juga

memberikan tumpuan yang sepenuhnya serta dilihat begitu seronok untuk

belajar.

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini adalah untuk

membantu murid menyebut dan mengingat bacaan semasa duduk iftirays

dalam kajian tindakan ini telah tercapai. Penggunaan papan tanda berwarna

dalam sesi pembelajaran ternyata berkesan dalam meningkatkan minat

murid untuk belajar, sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif,

menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi PdP serta dapat

meminimumkan masalah disiplin dalam kalangan murid.

Persoalan kajian ini telah diperkukuhkan juga dengan temu bual yang

dijalankan ke atas murid. Berdasarkan analisis soalan temu bual, mereka

telah memberikan maklum balas yang positif ke atas pelaksanaan

pengajaran berbantukan papan tanda berwarna. Kesemua soalan yang


diajukan saling berkaitan antara kaedah yang telah diaplikasikan ke atas

bacaan semasa duduk iftirasy tersebut seperti keberkesanan penggunaan

papan tanda berwarna yang mempunyai elemen saiz tulisan yang besar,

warna dan isi pelajaran yang ringkas serta padat.

Jadual 5: Temu bual berstruktur (soalan 2 )

Soalan 2: Apakah perbezaan proses pembelajaran menggunakan papan

tanda berwarna dan tanpa menggunkan papan tanda berwarna?


M1: Takde masalah la.. sebab ada warna.. dah boleh fikir

dan ingat

M2: Kalau ada papan tanda berwarna ni lagi senang.. dah

tak susah nak ingat

M3: lagi best guna papan tanda berwarna ni sebab ada

banyak warna senang nak bezakan....jadi ada idea kalau

ustazah tanya nanti

M4: senang nak ingat, kalo tak guna macam susah siket

Berdasarkan Jadual 5 dalam bab analisis masalah, saya mendapati bahawa

murid sudah dapat melihat perkara yang boleh membantu mereka dalam

meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam PdP. Bagi soalan temubual

yang kedua adalah berkaitan dengan perbezaan yang mereka dapat

rasakan selepas menggunakan papan tanda berwarna dalam sesi PdP. Ini

kerana saya ingin melihat perkembangan murid semasa menjalankan kajian

tindakan ini dan adakah mereka mampu untuk menyebut isi pelajaran bagi

mengingat bacaan semasa duduk iftirays.


Selain itu, mereka mengatakan bahawa dengan penggunaan papan

tanda ini, mereka tidak menghadapi masalah untuk menyebut dan peserta

kajian juga memaklumkan bahawa dengan adanya elemen warna dan isi

pelajaran yang ringkas ini membantu mereka untuk menyebut isi pelajaran

dengan cepat dan baik. Selain itu, terdapat data temu bual tidak

berstruktur yang menunjukkan perubahan positif seperti jadual dibawah.

Jadual 10 : Temu bual tidak berstruktur (Soalan 2)

Guru : Senang tak hendak mengingat isi pelajaran apa penambahbaikkan

yang kamu nampak?

M1 : Senang, sebabkalo ada warna tu senang nak ingat perkataan , warna

cantik

M2 : Senang dah boleh jawab

M3 : Lagi mudah nak ingat sebab ada warna..lagi isi penting dah tak

panjang.. M4 : Senangkalo kene soal, bole bagi jawapan..ada warna dan

tak banyak perkataan

Berdasarkan jadual 10 dalam Bab analisis masalah, dapat dilihat

kebanyakkan murid menyatakan mudah untuk mengingat isi pelajaran. Ini

menunjukkan bahawa mereka juga mampu menyatakan isi penting

berkaitan dengan mengingat bacaan semasa duduk iftirasy. Bagi soalan

seterusnya iaitu, apa penambahbaikkan yang kamu nampak? bagi soalan

ini, kesemua peserta kajian memberikan maklum balas yang positif

terhadap penggunaan papan tanda berwarna kerana mereka dapat

menyatakan isi pelajaran dengan mudah dan tidak mempunyai masalah

untuk mengeluarkan idea kerana dengan menggunakan papan tanda


berwarna dalam kaedah AIS, mereka dapat menjawab secara spontan serta

mudah untuk diingati oleh murid.

Daripada analisis lembaran kerja pula, keempat-empat murid

menunjukkan prestasi yang agak mengecewakan iaitu mendapat 2 hingga 3

markah sahaja semasa sesi PdP. Namun begitu, sejurus sahaja kajian

dijalankan dengan menggunakan papan tanda berwarna bergambar dengan

memasukkan elemen warna dan isi pelajaran yang ringkas, hampir

kesemua murid menunjukkan pencapaian yang begitu baik dengan

mendapat markah penuh bagi lembaran kerja yang diberikan dengan

mereka mampu untuk mengingat semula bacaan semasa duduk iftirasy.

Jadual 11: Analisis data lembaran kerja

Muri Marka Marka Penerangan

d h h

Sebelu Selep

m as
M1 2/8 8/8 - Murid dapat menjawab

dengan tepat.
M2 2/8 8/8 - Murid menulis isi dengan

lancar.
M3 3/8 7/8 - Murid mampu membuat

tanpa meniru kawan.


M4 2/8 7/8 - Murid dapat menulis sambil

menghafaz dengan baik.

Berdasarkan jadual 11 dalam bab analisis data diatas, terdapat

penambahbaikan daripada semasa sesi PdP kali pertama, ini dapat saya
lihat dari segi masa yang diambil oleh murid untuk menyiapkan tugasan.

Saya mendapati bahawa sebenarnya lembaran kerja sangat membantu

untuk menguji daya ingatan murid untuk menyatakan bacaan semasa

duduk iftirasy

Saya dapat melihat peningkatan markah dan penguasaan agak

ketara ke atas keempat-empat murid tersebut. Apa yang paling

menggembirakan saya ialah mereka dapat mengingat dan menyebut

bacaan semasa duduk iftirasy dengan penggunaan papan tanda berwarna.

Mereka telah dapat mengaplikasikan papan tanda berwarna dengan

memasukkan elemen warna dan isi pelajaran yang ringkas ketika

melakukan latihan dalam lembaran kerja.

Jadual 12: Senarai Semak Ujian Lisan

ASPEK PEMERHATIAN M1 M2 M3 M4
1. Murid menyatakan isi pelajaran. / / / /
2. Murid mengingat isi dan menyampaikan dengan / X / /

penuh yakin.
3. Nada suara murid jelas. / X / /
4. Murid dapat menyebut isi dengan gembira dan / / / /

mudah.

Jadual 12 dalam bab analisis data menunjukkan bahawa telah banyak

penambahbaikan berlaku hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan.

Antaranya murid menyebut bacaan semasa duduk iftirays dengan cepat

dan lancar, Ini menunjukkan bahawa selepas menggunakan kaedah AIS ini

sangat berkesan,tiada lagi murid gagap, maka selepas kajian tindakan ini

dijalankan mereka lebih yakin untuk menyatakan isi pelajaran, seterusnya


dapat menjawab soalan kajian yang pertama iaitu peserta kajian dapat

menyebut semula isi pelajaran dengan menggunakan papan tanda

bewarna.

Jadual 13: Analisis Data Catatan Refleksi

Tarikh : 24 Februari 2017

Aktiviti : Penggunaan papan tanda berwarna dalam PdP


Semasa saya menerangkan penggunaan kaedah AIS, Alhamdulilah, saya

dapat melihat sedikit demi sedikit peningkatan yang ditunjukkan oleh

murid-murid dalam mengingat bacaan semasa duduk iftirasy. Mereka

kelihatan begitu teruja dan seronok untuk menggunakan papan tanda berwarna.

Semasa sesi soal jawab, saya mendapati bahawa mereka lebih yakin

berbanding pada sesi P&P kali pertama dan yang paling menakjubkan saya ialah

mereka mampu mengingat serta menyebut semula isi pelajaran yang telah

diajar.

Disamping itu, warna dan perkataan yang sedikit dan ringkas pada penggunaan

papan tanda berwarna dapat membantu mereka mengingat dengan lebih

mudah. Hasil bimbingan yang saya berikan mereka juga dapat menyiapkan

lembaran kerja dengan betul tanpa merujuk kepada buku teks. Saya berasa

amat lega kerana penggunaan papan tanda berwarna yang digunakan dapat

menarik minat dan tumpuan murid untuk kekal bersemangat

Berdasarkan jadual 13 dalam bab analisis data diatas, saya dapat

merasakan bahawa penggunaan elemen warna dan isi pelajaran amat

membantu murid untuk mengingat bacaan semasa duduk iftirasy. Ayat

yang telah saya terangkan diatas menunjukkan bahawa murid lebih yakin
dalam menyatakan isi penting dan mereka berasa sungguh gembira ketika

menggu. Kesimpulannya, soalan kajian pertama terjawab dengan kaedah

pemerhatian, temu bual, jurnal refleksi guru, lembaran kerja dan ujian lisan

sememangnya membantu murid untuk mengingat semula bacaan semasa

duduk iftirasy.

6.2 Bagaimanakah amalan pembelajaran murid dalam menghafaz

bacaan semasa duduk iftirasy dengan menggunakan kaedah AIS?

Penggunaan papan tanda berwarna dilihat dapat membantu murid

menyebut dan mengingat bacaan semasa duduk iftirays berbanding pada

sesi P&P di dalam kelas. Soalan kajian ini juga dijawab berdasarkan

sokongan data daripada kaedah pengumpulan data yang telah digunakan

dalam kajian ini iaitu pemerhatian, analisis dokumen iaitu lembaran kerja

dan temu bual berstruktur.

Jadual 3 : Senarai Semak Pemerhatian

ASPEK PEMERHATIAN M M M M

1 2 3 4
1. Murid mendengar penerangan dari guru. / / / /
2. Murid memahami arahan tugasan. / / / /
3. Murid melibatkan diri dalam P&P. / X / /
4. Murid dapat membuat tugasan yang diberikan. / / / /
5. Murid kelihatan gembira semasa menggunakan papan / / / /

tanda berwarna
6. Murid boleh menjawab dengan spontan semasa / / / /

diajukan soalan.
7. Murid dapat menggunakan papan tanda berwarna / / / /

dengan baik.
8. Murid dapat mengingat bacaan semasa iftirays selepas / X / /

menggunakan papan tanda berwarna.


9. Murid dapat menyiapkan tugasan pada waktu yang / / / /

ditetapkan.

Berdasarkan jadual 3 dalam analisis data bagi senarai semak pemerhatian

pada kajian tindakan yang dilakukan mendapati terdapat perubahan

tingkah laku murid, dimana murid lebih seronok ketika menggunakan papan

tanda berwarna dalam PdP. Selain itu, saya juga dapat melihat murid lebih

fokus untuk menyiapkan tugasan untuk menyusun bacaan semasa iftirays.

Jika sebelum melaksanakan kajian tindakan ini, saya mendapati murid tidak

fokus dan mencari jawapan daripada buku teks, bertanya kepada rakan

mereka, maka dengan menggunakan papan tanda berwarna dapat

menjadikan mereka lebih fokus dalam sesi PdP.

Jadual 4: Temu Bual Berstruktur (Soalan 1)

Soalan 1: Apakah perasaan anda menggunakan papan tanda berwarna

dalam sesi PdP?


M1: Berasa gembira dan seronok...

M2: Rasa best dan seronok

M3: Perasaan saya apabila menggunakan papan tanda

berwarna ini rasa senang dan gembira

M4: Sangat seronok dan best

Berdasarkan jadual 4 diatas, saya mendapati jawapan kesemua murid

hampir sama. Kesemua murid berasa seronok dan gembira menggunakan

papan tanda berwarna sepanjang sesi PdP. Saya dapat melihat wajah
mereka sedikit berbeza daripada sebelum kajian ini dijalankan. Ini

menunjukkan murid semakin seronok menggunakan papan tanda berwarna

Selain itu, saya juga dapat menambahbaik amalan pengajaran saya

dalam sesi sumbang saran dan penerangan, dimana sebelum ini

pengajaran saya berpusatkan guru, penerangan secara umum, selepas itu

murid hanya perlu menyebut semula isi pelajaran tentang isi pelajaran

bacaan semasa duduk iftirasy dan selepas menjalankan kajian tindakan

dengan menggunakan papan tanda berwarna, saya mendapati murid lebih

gembira dan mudah memahami PdP yang saya laksanakan. Saya juga

dapat melihat reaksi murid ketika menjawab soalan ini, muka mereka

kelihatan gembira dan yakin untuk menjawab setiap soalan yang diberikan,

kerana mereka sudah berasa seronok untuk mengikuti proses PdP dengan

menggunakan papan tanda berwarna ini.

Jadual 13: Analisis Data Catatan Refleksi

Tarikh : 24 Februari 2017

Aktiviti : Penggunaan papan tanda berwarna dalam kaedah AIS dalam sesi PdP
Semasa saya menerangkan penggunaan papan tanda berwarna,

Alhamdulilah, saya dapat melihat sedikit demi sedikit peningkatan yang

ditunjukkan oleh murid-murid dalam mengingat dan menyebut semula

bacaan semasa duduk iftirasy. Mereka kelihatan begitu teruja dan seronok

menggunakan papan tanda berwarna. Semasa sesi soal jawab, saya mendapati

bahawa mereka lebih yakin berbanding pada sesi P&P kali pertama dan yang

paling menakjubkan saya ialah mereka mampu mengingat serta menyebut

semula isi pelajaran yang telah diajar.

Disamping itu, warna, potongan kalimah yang ringkas pada penggunaan papan
tanda berwarna dapat membantu mereka mengingat dengan lebih mudah. Hasil

bimbingan yang saya berikan mereka juga dapat menyiapkan lembaran

kerja dengan betul tanpa merujuk kepada buku teks. Saya berasa amat lega

kerana penggunaan papan tanda berwarna yang digunakan dapat menarik

minat dan tumpuan murid untuk kekal bersemangat

Berdasarkan jadual 13, saya dapat merasakan bahawa penggunaan papan

tanda berwarna dengan meletakkan elemen warna dan isi pelajaran amat

membantu murid untuk mengingat bacaan semasa duduk iftirasy dengan

lancar dan betul. Selain itu, saya dapat melihat murid lebih seronok dalam

proses PdP. Ini menjadikan saya lebih gembira dan bersemangat untuk

mengajar kerana melihat tingkah laku murid yang semakin bertambah baik.

Selain itu, saya juga dapat melihat mereka seronok dan gembira semasa

mengikuti proses PdP di dalam kelas. Kesan daripada perasaan seronok dan

kegembiraan mereka ini dapat dibuktikan dengan catatan refleksi yang

dibuat selepas saya menjalankan kajian tindakan yang menggunakan papan

tanda berwarna kepada murid.

Berdasarkan bukti-bukti yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa

penggunaan papan tanda berwarna telah membantu mencapai objektif

pembelajaran khususnya dalam memastikan murid-murid dapat menyebut

semula bacaan semasa duduk iftirasy dengan lancar dan seterusnya

menambah baik amalan pengajaran saya. Selain itu, saya juga dapat

memastikan murid sentiasa gembira dan seronok untuk mengikuti PdP saya

serta secara tidak langsung dapat mengubah suasana PdP sebelum ini yang
berada dalam suasana yang membosankan dan hambar kepada suasana

yang ceria selepas kaedah AIS ini diaplikasikan.

Merujuk kepada ketiga-tiga analisis kaedah dapatan ini, saya dapat

merumuskan bahawa guru telah dapat menambahbaik amalan rutin

pengajarannya di samping dapat membantu murid menyebut dengan

pantas dan lancar bacaan semasa duduk iftirasy Hal ini secara tidak

langsung telah menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu penggunaan

kaedah AIS telah menambah baik amalan pengajaran saya.

Setelah menjalankan kajian tindakan ini, saya sedar bahawa saya

perlu menambahbaik amalan rutin pengajaran saya di samping membantu

murid menyebut semula bacaan semasa duduk iftirasy dengan mudah dan

pantas. Secara tuntasnya, saya sangat bersyukur kerana saya telah dapat

membantu murid-murid tahun Dua ini supaya dapat mengingat semula

bacaan semasa duduk iftirasy dengan mudah. Saya sangat mengharapkan

agar melalui pelaksanaan kajian tindakan ini mampu memberikan inspirasi

dan batu loncatan kepada saya untuk terus memperbaiki strategi dan

kaedah pengajaran ke arah sesi PdP yang lebih menarik, kreatif dan

inovatif. Semoga dengan kajian yang telah dijalankan ini akan dimurnikan

serta ditambah baik oleh kajian susulan yang lebih jitu dan berkesan.

Tambahan pula, saya telah mengenal pasti masalah ini dan

memberikan tumpuan sepenuhnya untuk meningkatkan kemahiran berfikir

dan belajar murid kerana menyedari kepentingan kemahiran tersebut

dalam proses memperoleh dan pengekalan maklumat dalam tempoh yang

lama. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah AIS yang
digunakan dapat meningkatkan penguasaan murid untuk menyebut dan

mengingat bacaan semasa duduk iftirasy dengan lancar dan baik. Konsep

yang digunakan iaitu warna, bentuk bahan dan isi pelajaran yang ringkas

dapat membantu murid mengingat dan memenuhi keperluan kecerdasan

murid untuk menyatakan isi pelajaran.

7.0 REFLEKSI

Pada mulanya, murid-murid sukar memahami konsep penggunaan kaedah

AIS kerana murid-murid tidak pernah didedahkan dengan kaedah seperti ini.

Namun saya telah berjaya mengapliksikan kaedah ini dengan menggunakan


bahan bantu seperti papan tanda berwarna supaya memudahkan murid

untuk mengingat bacaan semasa duduk iftirays. .

Saya telah menjalankan kajian tindakan untuk menguji tahap

penguasaan murid dalam mengingat bagi tajuk bacaan dalam solat iaitu

mengingat bacaan semasa duduk iftirays dengan menggunakan kaedah

AIS. Pada awalnya muridmurid masih teragak-agak lagi untuk

menggunakan kaedah ini, bagi tajuk yang lemah untuk dikuasai mereka.

Namun, setelah diterangkan oleh guru, murid lebih yakin untuk

menggunakan kaedah ini dan ditambah dengan elemen warna yang

menarik serta jumlah perkataan yang sedikit pada papan tanda berwarna

tersebut

Melalui pemerhatian saya, murid telah menunjukkan minat untuk

terlibat dalam aktiviti PdP dan lebih yakin untuk menjawab apabila soalan

diajukan kepada mereka. Murid juga dilihat bersaing secara sihat untuk

menjawab apabila diajukan soalan dengan menggunakan papan tanda

berwarna. Hal ini menyebabkan peserta kajian berlumba-lumba untuk

menghafaz dan dapat menjawab dengan lancar.

Setelah menjalankan kajian tindakan ini, saya telah sedar bahawa

saya perlu menambahbaik rutin pengajaran saya di samping dapat

membantu murid mengingat dan menyusun bacaan semasa duduk iftirays

mudah dan pantas. Secara tuntasnya, saya sangat bersyukur kerana saya

telah dapat membantu murid-murid Tahun Dua ini supaya dapat mengingat

bacaan semasa duduk iftirays dengan mudah. Saya sangat mengharapkan

agar melalui pelaksanaan kajian tindakan ini mampu memberi inspirasi dan
batu loncatan kepada saya untuk memperbaiki strategi dan kaedah

pengajaran kea rah sesi PdP yang lebih menarik, kreatif dan inovatif.

Semoga kajian yang telah dijalankan ini akan dimurnikan serta ditambah

baik oleh kajian susulan yang lebih jitu dan berkesan.

Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2013), bahan bantu belajar

merupakan suatu alat yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar yang seterusnya

dapat meransang daya fikir seseorang. Sehubungan dengan itu, saya telah

mengenalpasti masalah ini dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk

meningkatkan kemahiran mengingat dan berfikir murid dengan

menggunakan kaedah AIS dan berbantukan bahan seperti papan tanda

berwarna kerana menyedari kepentingan kaedah tersebut dalam proses

memperoleh dan pengekalan maklumat dalam tempoh masa yang lama.

Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa papan tanda berwarna

yang digunakan dapat meningkatkan penguasaan murid untuk mengingat

bacaan semasa duduk iftirays dengan mudah dan lancar

Konsep yang digunakan iaitu warna, imej, papan tanda berwarna

sememangnya dapat membantu murid mengingat dan memenuhi

keperluan kecerdasan murid untuk menyatakan isi pelajaran. Kenyataan ini

turut disokong oleh Aminordin, (2007), yang menyatakan bahawa murid

lebih fokus kepada warna kerana ia merupakan cara yang efektif untuk

menarik perhatian dan berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menarik

dan menyeronokkan. Oleh itu, secara kesimpulannya, murid menunjukkan

minat untuk terlibat dalam aktiviti P&P dan murid juga mudah memahami

isi pelajaran yang diterangkan oleh guru.


8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian tindakan seterusnya perlu dilakukan oleh semua guru dalam

memastikan objektif-objektif tertentu terutamnya dalam memperbaiki

amalan dalam proses PdP di dalam bilik darjah. Ini penting dalam

membentuk murid-murid yang taat pada perintah dan suruhan Allah S.W.T.

dan meninggalkan segala larangan-Nya. Oleh yang demikian, penerapan

dan penghayatan tentang pengajaran Ibadat sangat penting dan ianya

menjadi asas dalam pembentukan peribadi muslim. Saya cuba untuk

meningkatkan tahap penguasaan dan mengingat murid dalam menyebut

bacaan semasa duduk iftirasy

Saya telah mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh

dilakukan jika kajian ini diteruskan. Cadangan-cadangan ini dikemukakan

berdasarkan kelemahan dan kekuatan yang telah dikenalpasti sepanjang

kajian dilakukan.

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk kajian

seterusnya.

i. Mengubahsuai papan tanda berwarna menjadi satu bahan yang lebih

interaktif yang mana adanya gabungan elemen ICT seiring dengan era

teknologi maklumat hari ini seperti clip art dan animasi.


ii. Penggunaan kaedah AIS bukan sahaja digunakan dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam sahaja, tetap ianya juga boleh digunakan dalam mata

pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Dunia

Sains dan Teknologi dan lain-lain yang bersesuaian.

Seandainya pengkaji lain ingin meneruskan kajian saya ini, saya

berharap agar dapat melihat sejauh manakah tahap ingatan muridmurid

di sekolah terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam yang berkaitan

dengan bidang Ulum Syariah (Ibadah) yang telah diajarkan kepada mereka.

Kajian ini bukan sahaja menunjukkan murid-murid memahami apa yang

disampaikan oleh guru, bahkan dapat mengingati maklumat-maklumat

tersebut dan secara tidak lansung, ianya telah menjadi suatu persiapan

bagi murid untuk menghadapi ujian. Kajian seperti ini dapat dijadikan bukti

bahawa penggunaan kaedah AIS bukan setakat memberi kefahaman yang

jelas kepada murid-murid, tetapi dalam masa yang sama ia dapat

membantu murid-murid mengingati apa yang telah dipelajari di sekolah.


9.0 Rujukan

Al-Quran dan terjemahannya. (2007). Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Abd Fatah Azhar. (2003). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh.(2011), . Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi
Pengajian Islam . Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aminordin Che Lah. (2007). Grafik animasi dalam pengajaran dan


pembelajaran. Tesis Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Asmee Hj. Tajuddin. (1996). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bashah Ahmad. (2007). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur:


Penerbitan Fajar Sdn. Bhd.

Bell, J. (1999). Bahagian Pernacangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,


Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPDP, KPM.

Chow dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan
dalam Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan . Shah Alam, Selangor:


McGraw-Hill (M).

David Hyerle. (1998 ). Student Successes With Thinking Maps. United


Kingdom: Corwin.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan.


Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarul Hashim, Abdul Halim Hj. Mat Diah. (2007). Pendidikan Islam di
Malaysia: Sejarah dan Pemikiran. Kuala Lumpur: ABIM.

Kementerian pelajaran Malaysia (KPM). (2002). Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah Pendidikan Islam Tahun 1-6. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

__________(2003). Laporan Tahunan 2003. Selangor: Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM)
Mohd Azam Mahat. (2009). Guru, Pendidik, Pengajar atau Pendakwah? .
Shah Alam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Khairul Zaman Md Yusof. (2015). Boneka Lidi Berskrip Membantu


Murid Tahun 5 menyatakan isi pelajaran dalam topik Carilah
Keberkatan Dalam Jual Beli . Bandar Baru Bangi, Selangor: IPG
Kampus Pendidikan Islam.

Mohamad Nasuha. (2005). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam,


Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Shazana (2012) Penggunaan Warna Bagi Membezakan Sebutan "E-


Pepet" dan "E-Taling" Dalam Kalangan Murid Tahun 3

Ramlah Hamzah, PhD, Norehan Md Shariff. (1997). Strategi dan keyakinan


pengajaran guru Sains Pertanian dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah,. Jurnal Teknologi 43 (27), 1-114.

Rosinah Edinin, Ph.D. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan.


Kuala Lumpur: Freemind Horizons.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki. (2010). Asas Kepimpinan &

Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Syed Ismail Syed Mustafa , Ahmad Subki. (2013). Belajar, Faham & Ingat. .

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


SENARAI

LAMPIRA

Anda mungkin juga menyukai