Anda di halaman 1dari 17

1

P Q

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan dua jenis sel saraf P dan Q dalam badan manusia. Antara berikut, yang
manakah mewakili sel-sel saraf tersebut?

P Q
A Neuron deria Neuron perantaraan
B Neuron perantaraan Neuron motor
C Neuron motor Neuron deria
D Neuron motor Neuron perantaraan

P
Q

R
S

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan kelenjar-kelenjar endokrin yang utama dalam badan. Antara kelenjar P,
Q, R, dan S, yang manakah berfungsi apabila seseorang memakan madu dalam kuantiti yang tinggi?

A P
B Q
C R
D S

3
organ deria neuron deria sistem saraf X

otot neuron motor

Rajah 3

Rajah 3 di atas menunjukkan pergerakan impuls dari organ deria hingga ke otot seorang budak
yang sedang menulis. Antara berikut, yang manakah mewakili sistem saraf X?

A Sistem saraf autonomi


B Sistem saraf pusat
C Sistem saraf periferi
D Sistem saraf somatik

Q
S
R

Rajah 4

Mata seorang pelajar mengerlip untuk mengelakkan kemasukan seekor serangga kecil ke dalamnya.
Antara bahagian yang berlabel P, Q, R, dan S pada Rajah 4 di atas, yang manakah bertanggungjawab
kepada gerak balas itu?

A P
B Q
C R
D S

kelenjar Y
ginjal

Rajah 5

Kelenjal Y, dalam Rajah 5, berfungsi untuk

A merangsangkan pertumbuhan
B menyediakan uterus untuk menerima ovum
C mengawal aras gula dalam darah
D menambahkan keupayaan badan untuk mengatasi tekanan hidup

I
II

III
IV

Rajah 6
Berdasarkan Rajah 6 di atas, kekurangan hormon dari kelenjar manakah boleh menyebabkan
seseorang menghidap penyakit goiter?

A I
B II
C III
D IV
X
7

reseptor

dendrit
Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan suatu neuron deria. Bahagian berlabel X dikenal sebagai

A dendron
B akson
C sinaps
D badan sel

8 Kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid akan mengakibatkan

A kadar metabolisme dipercepatkan


B penyakit goiter
C perkembangan otak kanak-kanak terencat
D perkembangan ciri-ciri seks sekunder terencat

Rajah 8

Berdasarkan Rajah 8, antara bahagian-bahagian berlabel A, B, C, dan D, yang manakah


merembeskan hormon bagi mengawal kandungan gula di dalam darah?

10
reseptor sistem saraf pusat efektor
X Y
Rajah 9

Rajah 9 di atas menunjukkan hubungan reseptor dan efektor dengan sistem saraf pusat. X dan Y
ialah
X Y
A neuron motor neuron deria
B neuron perantaraan neuron deria
C neuron deria neuron motor
D neuron deria neuron
perantaraan

11

Rajah 10

Rajah 10 di atas menunjukkan keratan rentas otak manusia. Bahagian berlabel X ialah

A serebelum
B serebrum
C jirim putih
D jirim kelabu

12 Rembesan hormon yang berlebihan oleh kelenjar adrenal mengakibatkan

A penyakit kencing manis


B pertumbuhan yang melampau
C kekurangan kandungan garam dalam darah
D tekanan darah tinggi

13
Menyebabkan kretinisme
Menyebabkan kegergasian
Ciri-ciri di atas disebabkan oleh kegagalan satu daripada kelenjar endokrin untuk berfungsi dengan
baik . Apakah kelenjar endokrin itu ?

A Kelenjar tiroid
B Kelenjar pankreas
C Kelenjar pituitari
D Adrenal

14 Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak dikawal oleh medula oblongata?
A Peristalsis
B Pemikiran
C Denyutan jantung
D Peredaran darah

15 Ubat penenang yang diambil dalam dos yang banyak boleh menyebabkan

I mengantuk
II koordinasi otot terbantut
III penglihatan menjadi kabur

A I sahaja
B II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

16 Bahagian X membentuk sebahagian besar otak. Antara berikut , yang manakah fungsi bahagian X
itu?

I Mengawal aktiviti mental


II Mengawal tindakan terkawal
III Mengawal keseimbangan badan

A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

17 sel kulit
neuron motor

neuron perantaraan

neuron deria

otot
Rajah 11

Rajah 11 di atas menunjukkan keratan rentas bagi saraf tunjang. Bahagian yang manakah dilabelkan
dengan betul?

I Neuron deria
II Neuron motor
III Neuron perantaraan

A III sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III
18 Antara berikut , yang manakah tergolong di dalam sistem saraf periferi manusia?

I Saraf kranium
II Saraf spina
III Saraf tunjang

A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

19 Antara berikut , yang manakah benar tentang sistem saraf manusia?

I Terdiri daripada kelenjar-kelenjar tanpa duktus


II Impuls dihantar secara kimia melalui darah
III Impuls bergerak dengan sangat cepat

A I sahaja
B II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

20 Gerak balas refleks tidak melibatkan

I otak
II otot
III saraf tunjang

A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

21 Di manakah terdapat reseptor regang?


I Sendi
II Ligamen
III Otak

A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

22

Rajah 12

Rajah 12 di atas menunjukkan pertukaran bahan genetik pada kromosom. Proses ini berlaku di
A hati
B ginjal
C kulit
D ovari

23
sperma
(22 kromosom)

ovum zigot
(normal)

Rajah 13

Rajah 13 di atas menunjukkan persenyawaan antara satu ovum yang normal dengan satu sperma yang
mempunyai 22 kromosom. Antara berikut, yang manakah mungkin dialami oleh bayi yang
berkembang daripada zigot itu ?

A Matanya berwarna merah muda


B Kerencatan ciri-ciri seks sekunder
C Darahnya lambat membeku
D Hemoglobinnya tidak cekap membawa oksigen

24 Seekor seladang dikacuk dengan seekor lembu. Diketahui bahawa bilangan kromosom dalam sel
soma bagi seladang dan lembu masing-masing ialah 56 dan 60. Berapakah bilangan kromosom pada
sel gamet anak hasil daripada kacukan tersebut ?

A 29
B 30
C 58
D 116

25
W Kromosom tersusun di pusat sel
X Kromatid-kromatid terpisah
Y Kromosom melakukan proses penduaan
Z Kromosom menebal

W, X, Y, dan Z di atas menunjukkan peringkat-peringkat mitosis. Antara berikut, yang manakah


menunjukkan turutan yang betul ?

A X, W, Z, Y
B Y, Z, X, W
C W, Z, Y, X
D Z, Y, W, X

26
X Y
Ibu Ovum

Zigot Bayi

Bapa Sperma

Rajah 14

Rajah 14 di atas menunjukkan peringkat-peringkat pembentukan bayi. Antara berikut, yang manakah
mewakili proses X dan Y ?

X Y
A Mitosis Meiosis
B Meiosis Mitosis
C Persenyawaan Mitosis
D Pindah silang Persenyawaan

27 Antara penyakit baka berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen ?

A Sindrom Turner
B Sindrom Klinefelter
C Mongolisme
D Hemofilia

28 Suatu atom mempunyai 9 elektron dan nombor nukleon 19. Berapakah bilangan
neutron bagi atom itu?

A 9
B 10
C 19
D 28

29 Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan suatu bahan bukan logam?

A Membuat mancis
B Membasmi kuman dalam loji air
C Sebagai bahan api
D Membuat dawai

Soalan 30 dan 31 berdasarkan Rajah 15 di bawah.

30 R V
S T U

Rajah 15

Rajah 15 di atas menunjukkan beberapa unsur yang terletak dalam jadual berkala. Antara unsur berikut,
yang manakah merupakan halogen?
A R
B S
C T
D U

31 Antara pasangan unsur berikut, yang manakah apabila bergabung akan mengalirkan elektrik dalam
keadaan leburan?

A R dan W
B R dan U
C W dan T
D T dan U

32
suhu C
X

YY

masa (minit)

Rajah 16

Graf pada Rajah 16 di atas menunjukkan penyejukan cecair naftalena mengikut masa. Apakah yang
berlaku pada tempoh masa X dan Y?

A Haba diserap dari sekitar


B Suhu naik secara mendadak
C Pergerakan zarah menjadi semakin lambat
D Zarah terpisah semakin jauh

33 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang Jadual Berkala?

A Unsur-unsur disusun berdasarkan nombor proton


B Kumpulan I merupakan unsur lengai
C Terdapat 7 kumpulan dan 8 kala
D Sifat kelogaman berkurangan dari kiri ke kanan Jadual Berkala

34 Antara berikut, yang manakah benar tentang zarah-zarah subatom dalam suatu atom neutral?

A Elektron terletak di dalam nukleus


B Jisim proton sama dengan jisim neutron
C Bilangan elektron sama dengan bilangan neutron
D Bilangan proton sama dengan bilangan neutron

35
Kebolehan mengkonduksi elektrik dalam
Bahan Takat lebur (C) keadaan
pepejal leburan
X 1 540 Boleh Boleh
Y 800 Tidak Boleh
Z 115 Tidak Tidak
Jadual 2

Jadual 2 di atas menunjukkan sifat-sifat bagi tiga bahan, X, Y, dan Z. Apakah jenis
zarah yang terkandung dalam bahan X, Y, dan Z?

X Y Z
A Ion molekul atom
B Molekul ion atom
C Atom molekul ion
D Atom ion molekul

36 Bahan-bahan yang dikelaskan sebagai sebatian molekul ialah

A natrium klorida dan plumbum bromida


B gula dan naftalena
C oksigen dan hidrogen
D aluminium dan zink

37 Atom X mempunyai nombor atom 12 dan nombor jisim 25. Ini bermakna atom X yang
neutral mempunyai

A 12 elektron
B 13 elektron
C 12 neutron
D 13 proton

38 Oksigen mempunyai nombor atom 8 dan nombor jisim 16. Suatu bahan lain dikatakan isotop
bagi oksigen jika ia mempunyai

Nombor Nombor
jisim atom
A 17 8
B 16 9
C 17 9
D 16 7

39 Suatu atom neutral mempunyai nombor atom 17. Dapat dibuat kesimpulan bahawa atom itu mempunyai

I 17 neutron
II 17 elektron
III nombor jisim 34

A II sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

40
elektrod

nukleus
8 proton
8 elektron

Rajah 17

Rajah 17 di atas menunjukkan struktur bagi satu zarah oksigen. Antara berikut, yang manakah
benar tentang zarah itu?

I Nombor atomnya 8
II Nombor jisimnya 16
III Zarah itu merupakan atom oksigen yang neutral

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

41 Nukleus atom 20 Ca terdiri daripada

I 20 proton
II 20 neutron
III 20 elektron

A II sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

42 Antara berikut, yang manakah sifat bahan ion?

I Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal sahaja.


II Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
III Biasanya wujud dalam keadaan cecair dan gas pada suhu bilik.

A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

43 Antara berikut, yang manakah adalah sama bagi unsur-unsur sepasang isotop?

I Bilangan proton
II Bilangan neutron
III Bilangan elektron

A I sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II dan III
44

Rajah 18

Rajah 18 di atas menunjukkan perubahan jirim bagi suatu bahan. Antara berikut, yang
manakah berlaku semasa perubahan jirim itu?

I Zarah-zarah membebaskan tenaga


II Daya tarikan antara zarah-zarah dilemahkan
III Zarah-zarah terbebas ke udara\

A III sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

45 Antara berikut, yang manakah benar tentang pepejal?

I Zarah-zarahnya bergerak bebas


II Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuat
III Tenaga kinetik zarah-zarahnya bergantung pada suhu

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

46

Rajah 19

Bahan yang ditunjukkan dalam Rajah 19 di atas berkemungkinan besar ialah pepejal

I aluminium
II naftalena
III natrium klorida

A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

47 Antara berikut, yang manakah sifat logam?


I Mengalirkan elektrik
II Tidak larut dalam pelarut organik
III Mempunyai daya tarikan antara zarah yang kuat

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

48 Nukleus atom Cl terdiri daripada

I 17 proton
II 18 elektron
III 18 neutron

A I sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

49 Antara sifat berikut, yang manakah dipengaruhi oleh faktor persekitaran

A Warna kulit
B Kumpulan darah
C Jenis cap ibu jari
D Kebolehan menggulung lidah

50 Pokok kacang jenis tinggi dikacukkan dengan pokok kacang jenis rendah. Anak-anak generasi
pertama kesemuanya bersifat tinggi. Ini bermakna

I gen untuk sifat tinggi adalah dominan


II pokok kacang jenis tinggi mempunyai dua gen dominan dalam sel somanya
III pokok kacang jenis rendah mempunyai satu gen dominan dalam sel somanya

A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III
BAHAGIAN A : [ 20 MARKAH]

1 badan sel
dendrit

reseptor Y

X Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan suatu neuron.


(a) Namakan neuron ini.

______________________________________________________________________________

(b) Pada Rajah 1 di atas , labelkan dengan anak panah arah gerakan impuls.

(c) (i) Namakan bahagian berlabel X.

_____________________________________________________________________________

(ii) Apakah fungsi X?

_____________________________________________________________________________

(d) Namakan satu organ yang mungkin bagi reseptor Y.

______________________________________________________________________________
[ 5 markah ]

Q
R

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan kedudukan tiga kelenjar endokrin dalam badan manusia.

(a) Nyatakan satu kesan jika kelenjar yang berlabel P merembeskan hormon yang berlebihan.
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(b) (i) Namakan kelenjar yang berlabel Q

___________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan hubungan antara hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q dengan penyakit
kencing manis.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(c) (i) Namakan kelenjar yang berlabel R.

___________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan satu fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[ 5 markah ]

Soalan Esei

1 (a) (i) Terangkan maksud minda. [ 1 markah ]


(ii) Nyatakan tiga ciri mental yang sihat dan kurang sihat. [ 6 markah ]
(b) Terangkan bagaimana mental yang sihat dapat dibentuk. [ 3 markah ]

2 (a) Berikan dua perbezaan di antara sistem saraf dan sistem endokrin . [ 4 markah ]
(b) Terangkan bagaimana sistem saraf berkoordinasi supaya seseorang dapat melarikan
diri apabila ternampak seekor anjing yang garang mengejarnya. [ 6 markah ]

JAWAPAN Bab 3
Soalan Objektif

1B 2A 3C 4B 5C
6D 7A 8B 9A 10 B
11 A 12 C 13 C 14 C 15 D
16 C 17 D 18 A 19 C 20 B
21 D 22 C 23 C 24 B 25 D
26 B 27 D 28 A 29 C 30 D
Soalan Struktur

1 (a) Neuron deria


(b)
arah impuls

(c) (i) Akson


(ii) Membawa impuls menjauhi badan sel neuron
(d) Kulit/Mata/Lidah/Telinga/Hidung

2 (a) Kadar metabolisme meningkat/Selalu berpeluh/Kadar denyutan jantung bertambah


(b) (i) Pankreas
(ii) Jika kurang hormon dirembeskan, seseorang akan menghidap penyakit kencing manis
(c) (i) Kelenjar adrenal
(ii) Menambahkan metabolisme badan supaya dapat mengatasi tekanan hidup

Soalan Esei

1 (a) (i) Keupayaan untuk berfikir dan menaakul


(ii) Ciri-ciri mental yang sihat (mana-mana tiga)
- Bersikap positif - Bersikap sabar
- Berdikari - Berfikir secara rasional
- Berkasih sayang - Kreatif
- Bertanggungjawab - Bersikap tabah

Ciri-ciri mental yang kurang sihat (mana-mana tiga)


- Tidak sopan - Tidak dapat menerima kelemahan diri
- Tidak dapat mengawal perasaan diri - Cepat meradang
- Bersikap agresif - Suka berseorangan
- Sentiasa risau - Kurang keyakinan diri

(b) - Mempunyai disiplin diri


- Mengekalkan sikap dan fikiran yang positif
- Mempunyai kesedaran terhadap nilai-nilai sosial yang murni
- Bergaul dengan orang yang bersikap positif
- Menggunakan masa dengan cekap dan produktif

2 (a)
Aspek Sistem saraf Sistem endokrin
1 Terdiri daripada Neuron Kelenjar-kelenjar endokrin
tanpa duktus
2 Bentuk utusan Secara elektrokimia Secara kimia melalui
terhasil peredaran darah
3 Masa untuk Cepat Lambat
bergerak balas
4 Kesan hormon / Rangsangan impuls Merembeskan hormon
impuls
( mana-mana dua )
(b) - Mata mengesan rangsangan anjing yang garang lalu menghantarkan impuls ke otak melalui
sistem saraf.
- Otak mentafsirkan impuls ini dan menyebabkan orang tersebut berasa cemas.
- Perasaan cemas ini merangsangkan kelenjar adrenal (dalam sistem endokrin) untuk
menambahkan metabolisme badan dengan merembeskan hormon adrenalin.
- Hormon adrenalin menyebabkan peningkatan kadar respirasi, kadar denyutan jantung, dan
kandungan gula dalam darah bertambah.
- Isi padu oksigen yang sampai ke otot-otot juga bertambah dan tenaga yang terhasil turut
bertambah.
- Rembesan hormon adrenalin menyediakan badan untuk bergerak balas. -
Sementara ini berlaku, otak mencetuskan impuls gerak balas ke otot-otot badan supaya
melarikan diri daripada anjing tersebut.
- Otot-otot dapat bertindak apabila menerima impuls daripada otak kerana sistem endokrin telah
menyediakan badan untuk bertindak.

Anda mungkin juga menyukai