Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS PELANCARAN HARI HUTAN ANTARABANGSA

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


21 MAC 2016
7.30 PAGI -10.30 PAGI
Yang Berbahagia, EN.RUSLI BIN TAHIR, Pengarah Perhutanan Negeri Pulau
Pinang,
Yang Berbahagia, EN. YUSOF BIN ABD RASHID, Penolong Pengarah Perhutanan
Negeri Pulau Pinang
Yang Dihormati, PN. NORMAH BINTI ZAHALAN, Naib Yang Dipertua PIBG SMK
Padang Polo,
Yang Berusaha, HAJAH ROZIAH BINTI HAJI ZAKARIA, Pengetua SMK Padang
Polo,
Yang Berusaha, PN. YON ZANARIAH BINTI OSMAN, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Yang Berusaha, PN. HAJAH MAHANI BINTI HAJI MAHAMAD, Penolong Kanan
Kokurikulum
Yang Berusaha, PN PUA YOKE FANG, Penolong Kanan PPKI
dif-dif jemputan, Guru-guru Kanan, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia, dan Salam Sehati sejiwa...
Istana kota sebelas tingkat,
Tempat baharu nakhoda pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari Hutan antarabangsa kita raikan.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana
pada pagi ini dapat kita bersama-sama berkumpul di Dataran Kasih, SMK Padang
Polo ini bagi Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau
Pinang bagi Tahun 2016.
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Dingin petang di atas buaian,
Sambil makan buah berangan,
Selamat datang saya ucapkan,
Kepada semua hadirin sekalian.
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia EN. RUSLI BIN TAHIR,

Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang


bersama dif-dif kehormat ke majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat
Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2016.
Hadirin yang dihormati,
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala sukacitanya
menjemput EN. MOHAMAD HASHIM BIN NOR SALIHIN untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.
#DOA
Amin amin Ya Rabbal ' Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN
MOHAMAD HASHIM atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Sejarah pengisyhtiharan Hari Perhutanan Sedunia bermula 21 MAC 1972 oleh
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsabangsa Bersatu (FAO) dan telah
disambut oleh 20 buah negara di seluruh dunia pada ketika itu.
Sambutan pada tarikh 21 MAC setiap tahun ini adalah simbolik hari pertama
bermulanya musim bunga di Hemisfera Utara.
Di malaysia, sambutan Hari Perhutanan Sedunia telah disambut buat pertama
kalinya pada tahun 1974 di Sarawak.
Pada tahun 2013, Hari Perhutanan Sedunia telah digantikan dengan Hari Hutan
Antarabangsa selaras dengan resolusi perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa
Bersatu ( United Nations General Assembly) dalam usaha meningkatkan
kesedaran di setiap lapisan masyarakat bagi mengukuhkan pengurusan,
pemeliharaan dan pembangunan secara berkekalan bagi semua jenis hutan bagi
faedah dan kesejahteraan hidup. Justeru itu, pada tahun ini dengan tema HUTAN
UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT sangat relevan dengan matlamat asal
Hari Hutan Antarabangsa.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Melilit rotan di dahan ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Bingkisan ucapan Pengetua tercinta.

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha


HAJAH ROZIAH BINTI HAJI ZAKARIA, Pengetua SMK Padang Polo untuk
menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
#UCAPAN PENGETUA
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Hajah Roziah atas ucapan sebentar tadi.
Puteri Bongsu berkaca mata
Cantik rupanya luar biasa
Hutan nadi kehidupan kita
Peliharalah ia sepanjang masa
Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berbahagia, EN.RUSLI BIN TAHIR, Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang
untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan Sambutan Hari
Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2016. Dipersilakan.
#UCAPAN PERASMIAN
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
yang Berbahagia EN.RUSLI BIN TAHIR atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha HAJAH ROZIAH BINTI HAJI
ZAKARIA, Pengetua SMK Padang Polo untuk menyampaikan cenderahati tanda
ingatan tulus ikhlas daripada warga SMK Padang Polo kepada Yang berbahagia
EN.RUSLI BIN TAHIR. Dipersilakan.
#PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Hajah Roziah.
Hadirin hadirat sekalian,
Seterusnya, majlis dengan sukacita mempersilakan EN. AZMAN BIN SAAD,
Penolong Pemelihara Hutan untuk memberikan taklimat penanaman pokok kepada
kita semua. Dipersilakan.
# TAKLIMAT TANAM POKOK
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada EN.AZMAN atas taklimat sebentar
tadi.
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik
bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu
dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan
jayanya.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan tetamu kehormat EN.RUSLI BIN
TAHIR dan DIF -DIF KEHORMAT yang lain ke Hadapan Pejabat Sekolah bagi
upacara menanam pokok sebagai gimik dan simbolik Perasmian Sambutan Hari
Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2016 dan
seterusnya ke majlis jamuan di Bilik Teratai. Majlis juga turut mengalu-alukan
Tetamu jemputan untuk bersama-sama melawat pameran di Dewan Sekolah.
Majlis mempersilakan.
Sekian, Wassalamualakum wbt
Makluman kepada para pelajar: para pelajar boleh melawat pameran yang
disediakan JABATAN PERHUTANAN secara berjadual.

Anda mungkin juga menyukai