Anda di halaman 1dari 6

SMK PADANG POLO, PULAU PINANG

UJIAN KEMAJUAN 2 2016


PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 ( 1 JAM 30 MINIT )

Disediakan oleh : Pn. Nur Safawati Binti Mohd Nor


Disemak oleh : .
Disahkan oleh : .

Nama Pelajar : Kelas : 2 ..

Arahan : Jawab SEMUA soalan. Answer ALL of the questions.


Bahagian A : Section A [20 markah / 20 marks ]

1. Mengapakah kita perlu menunjukkan kasih saying kita kepada ibu bapa?
A kerana dituntut oleh setiap agama
B kerana mereka telah mendidik dan membesarkan kita
C kerana anak-anak wajib menyayangi ibu bapa mereka
D kerana undang-undang telah memperuntukkan perkara tersebut

2. Apakah kebaikan mengekalkan tradisi kekeluargaan?


A dapat mengenali diri anggota keluarga kita yang sebenarnya
B dapat mempengaruhi fikiran ahli keluarga yang lain
C dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga
D dapat mengambil kesempatan terhadap ahli keluarga

3. Bagaimanakah cara kita menghormati anggota keluarga?


A bercakap dengan suara yang kasar
B memarahi mereka degan sesuka hati
C melayani mereka dengan baik
D membiarkan mereka menyelesaikan masalah sendiri

4. Apakah kepentingan menjaga dan memelihara persekitaran sekolah?


A agar mendapat pujian daripada sekolah-sekolah lain
B agar sekolah dapat bersaing dengan sekolah-sekolah lain
C agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa
D agar pengetua berasa bangga dan gembira

5. Yang berikut merupakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan yang boleh dilakukan di kwasan
sekolah, kecuali
A menanam pelbagai jenis pokok bunga
B aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah
C melukis mural di dinding bangunan sekolah
D memetik bunga yang ditanam di kawasan sekolah

6. Antara berikut, yang manakah bukan cara menjimatkan air?


A menutup air selepas menggunakannya
B menggunakan air hujan untuk menyiram tanaman
C mengambil air daripada pili bomba
D melaporkan masalah kebocoran paip

1
7. Zon persisiran pantai Negara perlu dipelihara supaya
A rakyat hidup aman dan damai
B tidak dicemari nelayan dari Negara luar
C menjadi kawasan tarikan pelancong
D menjadi satu-satunya khazanah Negara

8. Antara berikut, yang manakah bukan langkah-langkah untuk menghadapi bencana alam?
A menyediakan bekalan makanan yang mencukupi
B membina bilik bawah tanah untuk bersembunyi
C menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat
D mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa

9. Yang berikut merupakan faktor-faktor bencana alam, kecuali


A faktor cuaca
B pusingan musim
C kejadian alam semula jadi
D perubahan bentuk muka bumi

10. Apakah faktor berlakunya penyalahgunaan kemudahan awam?


A kurang kesedaran sivik
B pengaruh budaya barat
C perkembangan teknologi moden
D pertambahan bilangan pendatang asing

11. Apakah langkah untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya menjaga kemudahan awam?
A mengenakan bayaran tinggi untuk kemudahan awam
B mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan kemudahan awam
C membiarkan individu merosakkan kemudahan awam
D memberikan hadiah kepada individu yang menggunakan kemudahan awam dengan baik

12. Kepentingan menjaga kemudahan awam adalah untuk


A menjaga imej Negara
B menambah sumber pendapatan Negara
C memberikan keselesaan kepda rakyat
D memberikan kemudahan kepada para pelancong

13. Nilai taat setia kepada raja dan Negara yang terkandung dalam rukun Negara merupakan prinsip
yang ____________________
A pertama
B kedua
C ketiga
D keempat

14. Tatalaku dalam sesuatu majlis atau istiadat rasmi melambangkan


A kedudukan para tetamu
B kesopanan tetamu yang hadir
C sokongan daripada tetamu yang hadir
D kemeriahan sesuatu majlis

15. Antara berikut, yang manakah bukan faedah meibatkan diri dalam aktiviti sukarela?
A membina pengalaman baharu
B mendapat lebih ramai kenalan
C berpeluang berbakti kepada Negara
2
D menaikkan imej diri

16. Sikap _______________ yang dimiliki oleh seseorang individu membolehkannya menjadi
sukarelawan yang berbakti kepada Negara
A bangga
B patriotik
C rendah diri
D lemah lembut

17. Program derma darah yang dianjurkan oleh PBSM adalah bermatlamat untuk
A memastikan bekalan darah mencukupi untuk orang ramai
B menggalakan orang ramai untuk menderma darah
C enggalakan orang ramai melakukan pemeriksaan darah
D mendorong masyarakat menajaga kesihatan

18. Mengapakah kita perlu melindungi hak kanak-kanak?


A agar mereka dapat membalas budi kita
B agar mereka cepat membesar
C untuk menajmin kehidupan yang sempurna
D untuk mengambil kesempatan terhadap mereka

19. Apakah nama pertubuhan antarabangsa yang aktif melindungi golongan kanak-kanak?
A WHO
B UNICEF
C UNESCO
D PERKESO

20. Bagaimanakah golongan pekerja boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran
Negara?
A melalui perkhidmatan yang berkesan
B melalui kerjasama dengan majikan
C melalui kerajinan yang ditunjukkan oleh pekerja
D melalui kuasa yang diperoleh dalam syarikat

1. 5. 9. 13. 17.

2. 6 10. 14. 18.

3. 7. 11. 15. 19.

4. 8. 12. 16. 20.

Bahagian B : Section B [ 50 markah / 50 marks ]

1 Tulis BENAR pada pernytaan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang sebaliknya.

(a) Kita perlu menunjukkan kasih saying kepada ibu bapa dengan membelikan mereka hadiah yang
mahal. [ __________________ ]
(b) Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. [ ____________________ ]
(c) Pergaduhan antara anggota keluarga sudah menjadi kebiasaan dalam sesbuah keluarga.
[ _________________ ]
3
(d) Setiap individu bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anggota keluarganya.
[ _________________ ]
(e) Perasaan kasih saying terhadap keluarga perlu dipupuk sejak kecil lagi. [ __________________ ]

[ 5 markah]

2 Nyatakan sikap yang menunjukkan sikap hormat dan taat kepada ibu bapa.

(a) ______________________________________________________________________________
(b) ______________________________________________________________________________
(c) ______________________________________________________________________________
(d) ______________________________________________________________________________
(e) ______________________________________________________________________________

[ 5 markah ]

3 Tulis YA pada perlakuan adat atau tradisi yang diamalkan oleh keluarga dan TIDAK pada yang sebaliknya.

(a) Pantang larang kaum Melayu yang melarang anak dara berdandan pada waktu malam dan
melihat wajah pada cermin tidak lagi diikuti oleh Cik Rohani. [ ____________________ ]
(b) Kaum Dayak meraikan Pesta Gawai selama seminggu selepas berakhirnya musim menuai padi.
[ ____________________ ]
(c) Rathan Singh tidak lagi memakai serban semasa belajar di luar Negara. [ _________________ ]
(d) Pak Cik Zakaria mengadakan majlis cukur jambul cucu pertamanya yang baru berusia 44 hari.
[ ____________________ ]
(e) Keluarga Satun masih tinggal di rumah panjang di kawasan pedalam Miri. [ ________________ ]

[ 5 markah ]

4 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Tanggungajawab teladan kejayaan pengorbanan pendidikan

(a) Keluarga memainkan peranan yang sangat penting bagi seseorang untuk mencapai
_______________________.
(b) Ibu bapa berperanan penting untuk memberikan _______________________ yang terbaik untuk
anak-anak.
(c) Anak-anak yang sudah bekerja dan Berjaya haruslah sentiasa mengenangkan
_______________________ ibu bapa.
(d) Setiap anggota keluarga mempunyai _________________________ untuk memajukan diri dan
keluarga.
(e) Ibu bapa harus menunjukkan _________________________yang baik dalam mendidik anak-
anak.

[ 5 markah ]

5 (a) Jelaskan cara untuk menyemai sikap menjaga kebersihan persekitaran sekolah dalam kalangan
pelajar.

(b) Nyatakan dua kesan negatif sekiranya amalan menjaga kebersihan persekitaran sekolah
diabaikan?

4
(c) Cadangkan dua aktiviti yang dapat dilakukan untuk menceriakan kawasan sekolah anda.

_________________________________________________________________________________
[ 5 markah ]

6 Nyatakan kepentingan menjaga kebersihan sumber air

(a) ______________________________________________________________________________
(b) ______________________________________________________________________________
(c) ______________________________________________________________________________
(d) ______________________________________________________________________________

[ 4 markah ]

7 Jelaskan punca pencemaran persisiran pantai.

(a) ______________________________________________________________________________
(b) ______________________________________________________________________________
(c) ______________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

8 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Pembangunan beriadah pembiakan terumbu karang pengusaha

(a) Kemusnahan kawasan __________________________ menyebabkan pengeluaran hasil hidupan


laut berkurangan.
(b) Kawasan persisiran pantai menjadi sumber rezeki utama bagi __________________________
pelancongan.
(c) ___________________________ yang tidak terkawal akan menyebabkan kemusnahan persisiran
pantai.
(d) Terumbu karang menajdi penghalang kepada hakisan pantai serta menjadi tempat
___________________________ hidupan marin.
(e) Terumbu karang menjadi tempat ______________________________ seperti aktiviti menyelam
dan snorkel.
[ 5 markah ]
Lagu Negaraku
9
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
(a) NyatakanRahmat bahagia
mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Negaraku
(i) Tuhan kurniakan
________________________________________________________________________
Raja kita
Selamat bertakhta 5
(ii) ________________________________________________________________________

(b) Bagaimanakah cara rakyat menghormati lagu Negaraku?

[ 3 markah ]

10 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Harmoni pertolongan patriotik pembangunan pengalaman

(a) Kita perlu membantu anggota masyarakat yang memerlukan _________________________.


(b) Remaja yang mempunyai semangat ___________________________ akan melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan.
(c) Penglibatan masyarakat dalam pertubuhan sukarela dapat membantu
_________________________ Negara.
(d) Seseorang pelajar akan memperoleh ____________________________ dan kemahiran apabila
melibatkan diri dalam aktiviti sukarela.
(e) Kita harus bersatu padu dan berkorban demi negara agar suasana Negara sentiasa
_________________________

[ 5 markah ]

11 Tulis POSITIF pada pernyataan yang benar dan NEGATIF pada pernyataan yang tidak benar.

(a) Kanak-kanak perlu dilindungi daripada sebarang penderaan. [ ____________________ ]


(b) Kanak-kanak tidak perlu dihantar ke sekolah kerana mereka masih kecil lagi.
[ ______________________ ]
(c) Kanak-kanak berhak mendapat perlindungan dan pendidikan yang sempurna.
[ ______________________ ]
(d) Ibu bapa atau penjaga tidak harus mendera kanak-kanak sebagai memberi pengajaran kepada
mereka. [ ___________________________ ]
(e) Ibu bapa yang kurang berkemampuan tidak perlu menghantar anak-anak ke sekolah.
[ ______________________ ]

[ 5 markah ]

~ SOALAN TAMAT ~

Anda mungkin juga menyukai