Anda di halaman 1dari 34

APLIKASI TEKNIK KeNa ( KENAL DAN WARNA) BAGI MENINGKATKAN

PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA BERKAITAN HURUF BESAR PADA


AWAL AYAT.

NAMA : AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP

PUSAT PEMBELAJARAN : IPG KAMPUS IPOH

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 3
1.1 Refleksi pengalaman lalu 4
1.2 Sorotan literatur 7
2.0 Fokus Kajian/Isu Keperihatianan 8
2.1 Tinjauan Masalah 9
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum 10
3.2 Objektif Khusus 11
3.3 Soalan Kajian 11
4.0 Kumpulan Sasaran 11
5.0 Pelaksanaan Kajian 12
5.1 Perancangan Tindakan 12
5.2 Contoh Rancangan Pengajaran 18
5.3 Perancangan Cara Mengumpul Data 20
5.4 Perancangan Cara Maneganalisis data 22
5.5 Perancangan Pelaksanaan Tindakan 26
5.4.1 Jadual Pelaksanaan 27
5.4.2 Kos Kajian 28
6.0 Tinjauan Literatur 28
6.0 Rumusan 29
Rujukan 30
Lampiran 32

1.0 PENDAHULUAN

2
1.1 Pengenalan.
Dalam mempelajari Bahasa Melayu pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh
murid-murid. Salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh
murid-murid ialah kemahiran menulis. Kemahiran ini amat penting dikuasai
oleh mereka demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
hadapan. Kemahiran menulis juga merupakan suatu budaya intelek yang
saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan
menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin
ilmu di sekolah . Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat
meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan
mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian).

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) .Kemahiran menulis ialah satu bentuk
kemahiran berbahasa dan komunikasi yang penting dalam kehidupan
manusia masa kini. Di samping itu, kemahiran menulis berkaitan dengan dua
perkara penting iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca dan
kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea tersebut.
Selain itu, menulis bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan
huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui
tulisan dan catatan yang memakai huruf.

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara sesaorang murid
memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang akan
dihasilkan. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan sesaorang kanak-
kanak itu menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju
dan menyusun manik.Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus
ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat.Mereka
sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari
untuk menulis.

Manakala Sasson (1930) pula mendapati guru seringkali kurang memberi


penekanan kepada pengajaran menulis di kelas terutamanya cara
memegang alat tulis yang betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang
betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan

3
perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis
yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk
melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh kesenian.

Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu pada masa kini tertumpu
pada usaha menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Salah satu
kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran
menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan
mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan UPSR
tahun depan.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .

Saya merupakan pelajar PPG (Program Pensiswazahan Guru)


pengajian Bahasa Melayu kohot 1 dan juga merpakan seorang guru yang
berkhidmat di sebuah sekolah di daerah Batang Padang , Perak. Saya telah
diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 5
Arif di sekolah tersebut. Di sekolah ini terdapat hanya sebuah kelas bagi
setiap Tahun persekolahan.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya dapati


seramai 5 orang dari 27 orang murid mempunyai permasalahan dalam
menggunakan huruf besar untuk perkataan pada permulaan ayat. Dalam
soal jawab secara lisan dengan mereka saya telah telah mengemukakan
soalan-soalan berkaitan dengan penggunaan huruf besar pada permulaan
ayat, namun murid-murid yang terlibat tadi masih gagal menjawab dengan
tepat.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa, guru yang mengajar sebelum ini
kurang memfokuskan terhadap penulisan huruf besar dalam ayat dan hanya
menumpukan kepada format penulisan karangan sahaja. Kebanyakan latihan
yang dibuat, adalah berkaitan tatabahasa dan pemahaman, dan apabila
latihan karangan, fokus hanya kepada format penulisan sahaja. Murid menulis
ayat tanpa mengikut keperluan penggunaan huruf besar yang betul iaitu bagi
perkataan di awal ayat.

4
Semasa berada di tahun lima, murid sepatutnya sudah boleh membezakan
keperluan penggunaan huruf besar pada tempat dan waktu yang betul.
Penekanan terhadap aspek ini seharusnya dilakukan supaya penulisan ayat
murid adalah dalam keadaan yang betul. Selain itu, apabila guru tidak
menegur kesalahan ejaan murid, dan tidak cuba membaiki kesilapan itu,
murid akan berterusan mengulanginya.

Oleh itu, apabila saya dapat mengenal pasti masalah murid, saya pun cuba
membina latihan soalan berkaitan masalah penggunaan huruf besar di awal
ayat. Hasil daripada latihan tersebut, saya mendapati terdapat 5 orang murid
yang masih jelas ketara kesalahan huruf besarnya. Murid ini tidak memulakan
ayat dengan huruf besar pada awal perkataan pertama, dan masih keliru
untuk menggunakan huruf besar.

Penggunaan huruf besar ini adalah sangat penting dalam penulisan ayat,
terutama untuk karangan Bahasa Melayu. Penulisan huruf besar amat
dititikberatkan dan menjadi satu kesalahan jika berlaku kesilapan. Selain itu,
penulisan huruf besar juga penting untuk dikaji supaya penulisan akan lebih
baik dan betul. Dalam kertas peperiksaan, penggunaan huruf besar yang
salah diletakkan dalam kesalahan penggunaan ejaan. Dalam Bahasa Melayu,
ada peraturan tertentu dalam penggunaan huruf besar . Antara peraturan bagi
penulisan huruf besar ialah huruf besar perlu digunakan pada huruf pertama
pada awal ayat.

Begitu juga huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain, iaitu selepas
tanda noktah.. Peraturan kedua, huruf besar digunakan sebagai huruf
pertama dalam petikan langsung. Terdapat beberapa faktor lagi yang
menyebabkan penulisan huruf ditulis dalam huruf besar, namun saya hanya
memfokuskan kepada dua faktor ini kerana kesalahan ini sering dilakukan
oleh murid, sedangkan kedua-dua adalah faktor yang mudah. Format
penandaan Bahasa Melayu kertas juga menitik beratkan penggunaan huruf
besar yang betul. Ini kerana, penulisan huruf besar ini merupakan asas bagi
penulisan bahasa Melayu, dan seharusnya diketahui sejak murid berada di
tahun satu lagi.

5
Berdasarkan permasaalahan ini saya perlu mengambil satu inisiatif untuk
membuat tindakan tentang permasalahan murid masih tidak menggunakan
huruf besar untuk perkataan di permulaan ayat. Saya telah bercadang
menggunakan teknik KENA , iaitu singkatan perkataan Kenal dan Warna.
Teknik ini merupakan satu teknik penggunaan warna untuk menunjukkan
perbezaan antara huruf kecil dan huruf yang sepatutnya ditulis besar. Saya
perlu menggunakan teknik kepada murid-murid tahun lima berkenaan ,
kerana ingin memperbetulkan kesilapan mereka pada peringkat awal,
sebelum mereka melangkah ke tahun enam dan akan menduduki Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Saya juga bercadang untuk bekerjasama
dengan guru-guru lain, terutama guru Bahasa Melayu untuk cuba mengatasi
semampu boleh masalah ini dari peringkat yang lebih rendah, terutama sejak
murid mula belajar tentang penulisan ayat dan juga kata nama khas di tahun
satu lagi.

Pemilihan teknik kenal dan warna atau saya namakan teknik KENA ini adalah
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Greene, et al., (1983) dan Wilson
(1996), peningkatan pesat dalam teknologi yang menggunakan spektrum
warna penuh seperti televisyen, internet, dan telefon bimbit, telah
meningkatkan penyelidikan mengenai kesan warna pada proses psikologi
seperti rangsangan.

Justeru, kita dapat melihat bagaimana warna dapat memberi kesan terhadap
psikologi manusia sehinggakan banyak kajian telah dijalankan mengenai
kesan warna terhadap psikologi manusia. Berdasarkan pendapat tokoh di
atas, pengkaji percaya bahawa melalui teknik cam warna ini, psikologi murid
akan menjadi positif, dan mampu mengingat perkara tentang penulisan huruf
besar dengan baik.

Saya bercadang menggunakan teknik KENA kerana teknik ini dapat


membezakan secara lebih jelas tentang perbezaan huruf besar dan huruf
kecil dalam ayat. Menggunakan teknik ini, aras pemahaman dan
pengetahuan murid dapat diukur dan dilihat perkembangannya dengan
mudah.

1.2 SOROTAN LITERATUR


6
Sekolah-sekolah di Malaysia dipenuhi dengan murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang, budaya dan bahasa yang berbeza. Selain
itu terdapat juga perbezaan-perbezaan lain misalnya kebolehan, tahap
pemikiran, minat dan Bakat (Mok, 1996). Hal ini terjadi kerana terdapat
dalam kalangan murid yang kebolehan belajar yang dapat menangkap setiap
pegajaran yang diajar dengan cepat dan terdapat juga yang memerlukan
bimbingan serta pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, pelbagai trend pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan
mengikut kesesuaian dan kehendak murid-murid berdasarkan perbezaan-
perbezaan yang wujud. Ini merupakan cabaran yang perlu di depani oleh guru
dalam mendidik muridnya.

Kamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa Tulisan ialah bahasa yang
bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula,
ia dikatakan bahasa (ms 178).

Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada
sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk
mengelak permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku
seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
penulisan.

Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan


ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.
Penekanan dalam kamahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,
cantik dan kemas.

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah
Hamid Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk
kepada benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak.
Dari aspek penulisan kata nama am, huruf pertama tidak semestinya huruf
7
besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-
undang bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf
pertama Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.

Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh
dituliskan ditengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu
kesalahan tanda baca. Hal tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh
beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah penggunaan warna dipilih bagi
membantu masalah murid dalam menggunakan huruf besar pada huruf
pertama perkataan sesebuah ayat.

2.0 FOKUS KAJIAN


Saya mengajar di kelas 5 Arif yang terdiri daripada 27 orang murid yang tidak
banyak masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid murid
yang berada pada aras sederhana . Semasa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati hanya 5 orang murid
yang melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada dalam
menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya.
Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan
penggunaan huruf besar dalam kalangan murid ini .

Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh


murid disebabkan murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta
keliru dengan konsep penggunaan kata nama am dan kata nama khas . Oleh
itu saya telah melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik warna
dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan


menggunakan teknik dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang
telah dilakukan oleh saya terhadap masalah penggunaan huruf besar yang
pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon
(2009), Noraini (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@
Husaini (2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan Mahmud (2003).

8
Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar .
Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum
ada kajian tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini.
Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran
Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun 5 Arif
ini.

2.1. Tinjauan Masalah dan Analisis Masalah


Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam membuat tinjauan
berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai
kemahiran yang diajar. Untuk kajian ini, kaedah yang saya gunakan untuk
mengenalpasti permasalahan murid adalah melalui cara melihat latihan yang
dilakukan oleh murid di dalam buku latihan mereka. Dengan melihat kembali
kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid, saya secara tidak langsung
dapat mengetahui kesukaran yang dihadapi oleh murid dan seterusnya dapat
merangka rancangan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi
oleh mereka.

Dalam peringkat tinjauan masalah ini saya telah membuat pemerhatian


terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam
kelas. Saya mendapati murid murid mengalami masalah dalam penulisan
ayat. Kesalahan yang dilakukan adalah dalam aspek penulisan huruf besar.
Saya turut melihat rekod murid, buku latihan dan markah ujian bulanan bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan yang dikenal pasti.
Selain itu, saya turut berbual bersama guru kelas dan guru yang mengajar
mata pelajaran bahasa Melayu di kelas tersebut.

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya perlu meninjau


masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai
kemahiran penggunaan huru besar dengan menggunakan methodologi yang
dinyatakan.

Berdasarkan kepada instrument yang akan saya jalankan untuk meninjau


masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan
huruf besar , maka saya akan membuat analisis mengikut pecahan masalah
seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.

9
BIL MASALAH JUMLAH
(%)
1 Kurang tumpuan.
2 Sikap malas.
3 Tidak memahami arahan.
4 Kurang keyakinan diri.
5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar .
6 Tiada bimbingan di rumah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

Objektif kajian dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum
dan objektif khusus.

3.1 Objektif Umum.


Meningkatkan penguasaan huruf besar dalam kalangan murid semasa
penulisan ayat .

3.2 Objektif Khusus.


a) Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf besar.
b) Membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar dalam
ayat menggunakan teknik KENA.
c) Meningkatkan minat dan motivasi murid dalam menulis ayat menggunakan
huruf besar dengan betul melalui teknik KENA.

3.3 Soalan Kajian


1. Adakah murid sudah menguasai penulisan huruf besar?
2. Adakah teknik KENA dapat membantu murid meningkatkan penguasaan
penulisan huruf besar dalam ayat?
3. Sejauh manakah teknik KENA dapat meningkatkan minat dan motivasi
murid untuk menulis ayat menggunakan huruf besar dengan betul?

4.0 KUMPULAN SASARAN


10
Berdasarkan pemerhatian dan semakan buku latihan , serta lembaran kerja
murid saya telah mengenal pasti lima orang subjek yang akan menjadi
sampel dalam kajian ini. Subjek kajian adalah terdiri dari tiga orang lelaki dan
dua orang perempuan, kesemuanya adalah murid tahun 5 yang belajar di
sekolah ini. Setelah mengenalpasti murid-murid yang terlibat saya telah
mendapatkan butiran maklumat peribadi subjek kajian daripada guru kelas
mereka. Setelah butiran peribadi mereka diperolehi saya telah membuat
analisa latar belakang keluarga dan persekitaran mereka. Hasil analisa yang
saya lakukan , saya dapati kelima-lima murid ini adalah cucu peneroka di
Felda ini. Kesemua mereka tinggal dengan datuk dan nenek apabila kedua
ibubapa mereka bercerai.
Manakala ibu dan bapa mereka tinggal di bandar untuk bekerja mencari
rezeki.
Saya juga mendapati bahawa murid-murid ini kurang mendapat kasih sayang
dari kedua ibu dan bapa mereka.

Hasil semakan rekod disiplin juga mendapati mereka sering melakukan


pelbagai kesalahan disiplin di sekolah ini seperti bergaduh, ponteng sekolah
dan sebagainya lagi. Oleh itu demi memastikan kajian ini dapat memberi
manfaat yang baik, saya akan menggunakan teknik kenal dan mengecam
warna(KENA) supaya subjek kajian dapat di bantu dalam proses intervensi
nanti.
.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu action research cycle


merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian
tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model ini iaitu mereflek (reflect),
merancang (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe). Kajian
tindakan bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran, dalam masalah ini, tentang penulisan huruf besar dalam ayat.
11
Kemudian pengkaji akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk
mengatasi masalah yang dihadapinya.

Seterusnya pengkaji melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses


pelaksanaannya disamping melihat proses perkembangan hasil daripada
tindakan yang dibuat. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai
Gelungan Pertama (Cycle 1). Apabila masalah itu masih tidak dapat diatasi,
maka pengkaji bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua
(Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelung kedua, mesti
ada satu penambahbaikan supaya langkah yang diulang, lebih baik dan
mampu memberi perubahan kepada masalah. Model kajian tindakan ini
ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Gelung kajian Tindakan (Lewin, Kemmis & Mc Taggart (1988)

Saya telah pun memikirkan tindakan yang perlu diambil bagi menangani
masalah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan huruf
besar KENA dalam Program Kenal dan Warna . Dalam program ini, saya
akan melaksanakan intervensi yang pelbagai untuk penambahbaikan amalan
12
pengajaran dan pembelajaran mengenai penulisan huruf besar. Dalam
Program Kenal dan Warna (KENA) ini, terdapat tiga teknik dan langkah yang
pengkaji lakukan iaitu Teknik Ops KENA dan KENA Kekal. Kesemua langkah
ini, pengkaji memberi fokus kepada penggunaan warna sebagai satu cara
untuk membuatkan murid lebih mampu mengecam huruf yang perlu ditulis
besar. Penggunaan warna sebagai satu cara untuk menambah daya faham
murid dan juga memudahkan murid untuk menghafal.

5.1. Peracangan Tindakan


Tinjauan awal dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti
masalah utama yang menjadi fokus dalam kajian tindakan ini. Tinjauan ini
dilakukan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
bersama dengan responden sepanjang tempoh kajian dilakukan dan melalui
data awal yang dikumpul iaitu melalui semakan buku latihan dan pemerhatian
semasa sesi bimbingan.
5.1.1 Ujian Diagnostik
Bagi mengenalpasti masalah secara mendalam lagi, saya telah menjalankan
Ujian Diagnostik. Ujian ini dilakukan bertujuan bagi mencari sama ada betul
atau tidak murid yang saya pilih merupakan responden yang bersesuaian
dengan kajian saya. Selain daripada itu, saya hendak mencari bukti kukuh
bahawa responden yang saya pilih memang bermasalah dengan topik kajian
yang telah saya pilih.

5.1.2 Ujian Pra


Instrumen ini saya gunakan selepas pemilihan responden dilakukan. Segala
maklumat berkaitan dengan ujian ini direkodkan bagi tujuan perbandingan
dengan Ujian Pasca yang akan dijalankan selepas sesi intervensi dijalankan.

5.1.3 Program Intervensi Teknik Kenal Dan Warna.


13
Teknik Ops KENA.

Teknik Ops KENA ini merupakan teknik permulaan Program Kenal Dan
Warna. Teknik ini menumpukan penggunaan proses kenal kedudukan huruf
besar dalam sesuatu ayat serta mengecam warna dan pengulangan. Saya
menggunakan satu kad berwarna , iaitu berwarna kuning .
Kad berwarna kuning mengandungi contoh ayat-ayat serta perenggan yang
menunjukkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat.

Kad ini adalah perkaitan dengan Teknik Ops KENA dan teknik seterusnya,
KENA Kukuh iaitu apabila murid melihat penggunaan huruf besar pada huruf
pertama perkataan awal ayat yang ditulis dengan warna kuning . Apabila
murid melihat tulisan huruf berwarna kuning , murid akan merujuk kad
berwarna kuning, dan akan mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang huruf
besar pada huruf pertama perkataan awal ayat, supaya mendapat gambaran
yang lebih jelas tentang penulisan huruf besar untuk perkataan awal ayat ,
beserta contoh-contoh bergambar dan menggunakan simbol.

Saya ingin meneruskan lagi Program Kenal dan Warna dengan teknik Ops
KENA ini menggunakan kemudahan ICT terkini, saya mencadangkan satu
langkah pendekatan penggunaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan interaktif. Saya akan menggunakan kemudahan perisian
Microsoft Power Point. Dengan penggunaan perisian ini, pendedahan
maklumat dapat dilakukan dengan betul dan berkesan. Langkah dalam teknik
ini, saya akan menayangkan paparan tentang satu ayat penuh yang lengkap.
Dalam ayat ini, huruf besar iaitu huruf awal permulaan ayat akan ditulis dalam
warna kuning. Murid akan diminta mengalihkan penunjuk atau cursor dan
menekan pada huruf yang berwarna. Huruf yang berwarna tersebut akan
membawa kepada pautan paparan seterusnya.

Apabila murid klik pada huruf besar berwarna kuning, satu pautan akan
keluar. Pautan ini menerangkan tentang penulisan huruf besar pada
14
permulaan ayat. Penerangan merangkumi contoh-contoh penulisan huruf
besar pada awal ayat yang lain. Selain itu juga, terdapat juga latihan
pengukuhan tentang penulisan huruf besar dalam ayat.
Latihan dijalankan dengan pengkaji akan menayangkan latihan ayat dalam
huruf kecil keseluruhan, dan murid akan menyalin semula mengikut penulisan
menggunakan penulisan huruf besar pada tempat yang betul.

KENA Kekal
KENA Kekal adalah satu teknik akhir, iaitu bagi mengukuhkan lagi
pemahaman murid tentang penulisan huruf besar. Murid akan diberi satu kad
teks.
Teks ayat tersebut adalah dalam tulisan huruf kecil bagi keseluruhan ayat.
Murid perlu menulis semula ayat tersebut menggunakan huruf besar yang
betul, pada perkataan dan tempat yang betul, iaitu pada huruf pertama
perkataan permulaan sesuatu ayat.

Seterusnya, saya akan menyemak penulisan murid dan merekod kesalahan


penggunaan huruf besar. Langkah kedua, saya akan memberi teks yang
sama iaitu teks masih dalam tulisan huruf kecil keseluruhan namun pada
huruf awal permulaan ayat, akan menggunakan tulisan berwarna selain
warna hitam. Saya menggunakan warna kuning untuk huruf awal perkataan
pertama dalam ayat. Saya menerangkan supaya murid menyalin semula
teks dan dalam teks tersebut, murid perlu menulis huruf besar untuk huruf
berwarna kuning berdasarkan penunjuk warna yang diberikan oleh saya
kepada murid. Untuk langkah ini, saya melihat bahawa dengan
menggunakan warna yang berbeza, murid dapat mengenal huruf yang mana
perlu ditulis besar, dan sebab perlu menulis huruf besar, iaitu untuk huruf awal
permulaan ayat. Murid juga akan mudah mengingat tempat dalam ayat, dan
perkataan yang perlu ditulis menggunakan huruf besar.

Setelah itu, saya memberi semula teks ayat yang digunakan pada langkah
pertama,iaitu teks ayat dalam tulisan huruf kecil kesemuanya, tanpa penunjuk
warna dan tulisan keseluruhan berwarna hitam.

15
Murid diminta menyalin semula ayat tersebut menggunakan penggunaan
huruf besar yang betul. Pengkaji kemudian akan merekod keberhasilan teknik
ini.

5.1.4 Ujian Pasca


Setelah selesai sesi intervensi, satu ujian pasca akan dijalankan bagi
mendapatkan maklumat serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang
telah digunakan dapat memperlihatkan perubahan dari segi penguasaan
kemahiran di kalangan murid.
Keputusan ujian pasca dianalisis dengan membuat banding beza dengan
ujian pra bagi membuktikan bahawa kaedah yang digunakan berjaya.

5.1.5 Soal Selidik


Soal selidik dilakukan ke atas murid untuk mendapatkan maklumbalas
berkaitan dengan sesi intervensi yang telah dijalankan. Setelah selesai sesi
intervensi, satu ujian pasca akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat
serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang telah digunakan dapat
memperlihatkan perubahan dari segi penguasaan kemahiran di kalangan
murid. Keputusan ujian pasca dianalisis dengan membuat banding beza
dengan ujian pra bagi membuktikan bahawa.

5.1.6 Contoh Rancangan Pengajaran.


Tarikh : 22 Ogos 2014
Masa : 7.45 8.45 pagi (60 minit)
Tahun : 5 Arif
Bilangan murid : 27 orang
Tema: Pertanian
Tajuk : Buah-buahan
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
i. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai
untuk mendapatkan keyakinan dalam berurus niaga
ii. Memberi pendapat dan penilaian terhadap aktiviti simulasi yang
dilaksanakan.

16
iii. Murid dapat mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan
kelebihan buah-buahan, kemudian membuat peta minda.

Fokus Utama : 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan


bahasa
yang sesuai dan tepat.
Aras 3 (i) Membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas dan
terperinci.
Fokus sampingan : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Aras 3 (i) Mengambil imlak teks dengan ejaan dan tanda baca yang betul
berdasarkan teks yang diperdengarkan.
Sistem Bahasa : kemahiran menulis, bertutur dan mendengar.
Tatabahasa :
Pengisian kurikulum : Sains
Nilai : Mencintai buah-buahan tempatan
Kemahiran Bernilai Tambah :
i) Kemahiran Berfikir : Mengelaskan, menjana idea
ii) Kemahiran Belajar : Memberi maklumat
iii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, Kinestetik dan
Emosi.
iv) Pembelajaran konstruktivisme : Menghuraikan (elaboration)
Menarik minat (engagement)
Meneroka (exploration)
v) Pembelajaran kontekstual : Menemukan (Inquiry)
Bertanya (questioning)
Masyarakat-belajar (learning
comunity)
Refleksi (reflection)

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah merasai musim buah-buahan


dikampung.

Set Induksi ( 5 minit )


Guru edarkan teks lagu Buah-buahan Tempatan guru memperdengarkan
lagu
murid menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan. Guru bersoal jawab
dengan murid.
17
Langkah 1(10 minit)
Murid di pecahkan kepada empat kumpulan.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad gambar dan kad ayat.
Murid menyesuaikan gambar dengan kad yang dibekalkan.
Setiap kumpulan membuat laporan berdasarkan tema yang terdapat dalam
kad.

Langkah 2 (10 minit)


Guru menayangkan video cerita pendek.
Murid melihat cerita itu.
Guru membaca cerita pendek tersebut, murid menulis semula cerita itu dalam
buku latihan.
Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita yang telah mereka lihat.
Langkah 3 ( 30 minit)

Guru menggunakan power point untuk menerangkan tatacara penggunaan


huruf besar dalam ayat.
Guru meminta beberapa orang murid menggunakan persembahan power
point untuk mendapatkan maklumat.
Murid membaca maklumat yang dipaparkan.
Murid bergilir-gilir melakukan aktiviti dengan menggunakan power point.
Murid meneruskan aktiviti sehingga semuanya dapat menggunakan perisian
power point untuk mendapatkan maklumat.
Guru memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada murid.
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid, murid di minta
menulis huruf besar pada tempat yang sepatutnya.

Murid membuat latihan dilembaran kerja yang disediakan.


Guru mengumpul latihan murid dan membuat penyemakan, guru
memulangkan jawapan murid setelah dibuat pembetulan.
Guru memberi satu lagi lembaran kerja yang sama, dan murid di minta
menulis huruf besar pada permulaan ayat menggunakan warna kuning.
Murid membuat latihan, menulis huruf besar hingga selesai.
18
Guru mengumpul hasil kerja murid.

Penutup (5 minit)
Permainan kecil secara kumpulan.Setiap kumpulan akan melaksanakan satu
aktiviti mengikut kad yang diberi.
Murid membuat simulasi berdasarkan kad tugasan. Guru kemudiannya
memberi pengukuhan kepada murid-murid.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data.


Pengumpulan data merupakan satu cara yang sistematik
mendapatakan sesuatu maklumat yang dikehendaki. Berdasarkan kajian
yang dijalankan, terdapat beberapa instrumen dalam kaedah pengumpulan
data iaitu ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca, temubual, sola selidik dan
lain-lain lagi yang dirasakan sesuai.

5.2.1 Ujian Diagnostik


Saya menjalankan ujian ini bagi mengenalpasti masalah murid dalam
pembelajaran dan ianya lebih bersifat topikal. Dari ujian ini saya dapat
mengenalpasti murid yang akan dijadikan subjek kajian tindakan saya.

5.2.2 Ujian Pra


Ujian dan latihan yang diberikan untuk menilai dan mengesan kefahaman
murid terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

5.2.3 Ujian Pasca


Ujian yang dijalankan sebelum sesuatu intervensi dilaksanakan untuk
dijadikan panduan serta digunakan untuk membuat perbandingan dengan
ujian pasca yang akan dijalankan selepas intervensi dilaksanakan. Ujian ini
boleh digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas
sesuatu rawatan atau program inovatif seperti dalam reka bentuk bercorak
eksperimental.
5.2.4 Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan
oleh pengkaji.
19
Ia merupakan suatu cara yang paling mudah memperoleh data atau
maklumat yang diperlukan untuk membolehkan pengkaji mengetahui keadaan
sebenar tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Ianya mestilah dibina
selaras atau memenuhi objektif atau masalaha yang sedang dikaji.
Soalan soal selidik ini merupakan soalan jenis tertutup iaitu subjek kajian
hanya perlu menanda jawapan Ya ata Tidak sahaja.
Contoh soal selidik

BORANG SOAL SELIDIK MURID

TAHUN 5 ARIF

2014

BIL. SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/)


Tidak ( x )
1. Pengajaran cikgu menyeronokkan

2. Cikgu beri tumpuan kepada saya

3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4. Keluarga beri bimbingan di rumah

5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

6. Belajar menyeronokkan

7. Kerja sekolah yang diberi mudah

8. Saya suka menulis

9. Saya suka membaca

10. Saya faham arahan cikgu

11. Percakapan cikgu terlalu laju

5.2.5 Temubual
Menurut buku daripada Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008) menyatakan bahawa temubual

20
merupakan salah satu kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi
face to face antara pengkaji dan subjek. Jaedah ini adalah kaedah yang
terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada subjek secara mendalam.
Kaedah temubual dijalankan secara berstruktur, yakni soalan utama
disediakan terlebih dahulu dan disusuli dengan soalan sampingan yang dibina
secara spontan berdasarkan jawapan yang diberikan subjek kajian. Justeru
itu. Pengkaji akan dapat mencungkil masalah subjek secara mendalam
secara urutan.

5.2.6 Pemerhatian
Selain daripada kaedah yang disebut di atas, saya juga menggunakan
kaedah pemerhatian dalam mengumpul maklumat. Pemerhatian akan
dilakukan sepanjang aktiviti intervensi dilaksanakan. Melalui pemerhatian
yang dilakukan saya dapat melihat perkembangan serta kefahaman murid
terhadap intervensi yang dilaksanakan dan saya dapat mengubah teknik
pengajaran semasa aktiviti sedang dijalankan. Ini akan memberikan impak
yang tinggi dalam memperbetulkan kesalahan yang dilakukan murid semasa
aktiviti.

5.3 Perancangan Cara menganalisis Data

Pada bahagian ini, saya akan memperkatakan serta menghurai berkaitan


dengan cara menganalisis data/maklumat yang telah dikumpul melalui
instrumen pengupulan data yang telah digunakan.

5.3.1 Ujian Diagnostik.

Pemeriksaan kertas soalan dilakukan setelah ujian selesai dijalankan dan


mmarkah dikumpul dan dianalisis setiap jawapan yang diberikan murid.
Seterusnya kumpulan sasaran dibentuk berdasarkan analisis yang telah
dijalankan. Melalui ujian ini, saya cuba mengenalpasti kesalahan dan meneliti
setiap kesalahan yang dilakukan. Seterusnya saya menyenaraikan faktor-
faktor yang menyebabkan kesalahan itu dilakukan

21
5.3.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Ujian Pra dilakukan sebelum intervensi dijalankan dan ujian pasca


dijalankan selepas intervensi dilaksanakan. Setiap skor markah ujian yang
dijalankan akan direkodkan dan diakhir kajian iaitu apabila proses penyediaan
laporan akan dibuat, skor markah yang dikumpul akan dianalisis dengan
membuat banding beza bagi melihat sama ada terdapat peningkatan atau
tidak. Jika perbezaan yang berlaku menunjukkan positif, bermakna intervensi
yang dilaksanakan memberi impak yang baik terhadap kefahaman dan
penguasaan kemahiran dikalangan subjek yang dipilih.

Seterusnya saya akan menunjukkan perbezaan skor bagi


setiapmuridyangmenjadi subjek kajian dalam bentuk peratusan. Lihat jadual
dibawah.

Jadual : Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Bilangan Skor Skor

murid Ujian Pra Ujian Pasca

22
Berdasarkan jadual skor yang mengumpulkan setiap markah ujian pra
dan ujian pasca, saya membina graf palang dengan menggunakan Mircosoft
Excel untuk memaparkan peningkatan dan penurunan yang mungkin berlaku.
Penggunaan carta palang merupakan kaedah yang praktikal dalam melihat
perbezaan peningkatan sesuatu data di mana kita tidak perlu lagi merujuk
kepada markah.

Jadual : Peratusan perbezaan skor ujian Pra dan Ujian Pasca.


Peratusan
Skor Skor Perbezaan

Skor Ujian Pra Ujian Pasca Skor


perbezaan skor
2 1
(x - x )
( X1) ( X2 ) ( X2 X1 ) X 100
x
1

S1

S2

S3

S4

S5

5.3.3 Soal Selidik

Bilangan subjek yang menjawab Ya bagi setiap soalan akan dihitung


dan peratusannya akan dikira. Begitu juga bagi bilangan subjek yang
menjawab Tidak. Kemudian saya akan membina carta bar bagi

23
menunjukkan perbezaan peratus jawapan bagi setiap soalan soal selidik.
Melalui gambaran carta bar yang dibina, saya akan membuat rumusan yang
akan menjadi panduan dalam kajian tindakan saya ini.

Jadual : Kiraan peratusan soalan soal selidik.

Bil Soalan Ya % Tidak %

1 Pengajaran cikgu menyeronokkan.

2 Cikgu beri tumpuan kepada saya

3 Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4 Keluarga beri bimbingan di rumah


Bimbingan yang cikgu beri mencukupi
5

6 Belajar menyeronokkan

7 Kerja sekolah yang diberi mudah

8 Saya suka menulis

9 Saya suka membaca

10 Saya faham arahan cikgu

11 Percakapan cikgu terlalu laju

5.3.4 Temubual dan Pemerhatian

Bagi kaedah temubual dan pemerhatian yang dilakukan semasa sesi


intervensi dilaksanakan, maklumat yang di perolehi akan di buat catatan dan
seterusnya refleksi akan dibuat berdasarkan maklumat tersebut.

24
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan.

Dalam bahagian perancangan pelaksanaan tindakan, saya akan


memperincikan setiap proses serta aktiviti yang saya lakukan untuk
menyiapkan kajian tindakan ini dengan membina carta gant. Melalui carta
gant dapat dilihat setiap tempoh pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanakan
dan akan dilaksanakan. Seterusnya saya akan memperlihatkan kos yang
terlibat dapat menyiapkan kajian tindakan ini.

25
5.4.1 Jadual Pelaksanaan

2014 2015
Bil Aktiviti Catatan
Julai Ogos Sept Okt Jan Feb Mac Apr Mei
Taklimat Kajian Tindakan
Mengenalpasti masalah dan
pemgumpulan data awal
Bacaan dan taksiran maklumat
Menentukan fokus kajian
Merancang tindakan intervensi
Menulis porposal
Penyediaan media pengajaran
Melaksanakan tindakan
Pengumpulan data selepas
perlaksanaan intervensi
Menganalisis, mentafsir dan membuat
kesimpulan
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

26
5.4.2 Kos Kajian
Kos yang diperuntukan untuk kajian tindakan ini adalah seperti berikut :
Kos
Bil Bahan Kuantiti Kos
(Per unit)
1 Kertas A4 3 rim RM 8.00 RM 24.00
2 Pen Whiteboard (merah) 1 kotak RM 24.00 RM 24.00
3 Printer catridge 4 botol RM 15.00 RM 60.00
Hadiah galakan (gula-
4 1 peket RM 3.00 RM 3.00
gula)
Jumlah RM 111.00

6.0 Tinjauan Literatur.

Kajian yang saya lakukan ini adalah bersandarkan pada buah buku tulisan
Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS
Media Group Sdn Bhd dan juga buku Yahya Othman(2005) Trend Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu, Selangor : PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Selain itu kajian saya juga bertitik tolak dari kajian yang telah dilakukan oleh
Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf
Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Serta
Carmelya (2010) yang juga telah menggunakan imej visual untuk membantu
mengurangkan masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil
dalam penulisan yang mana beliau menggunakan keluarga ayam sebagai
bahan bantu utama untuk mengatasi masalah penggunaan huruf kecil pada
huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam
penyelidikan beliau.

7.0 Rumusan/Penutup

27
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat kerajaan untuk
mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-
murid menguasai kemahiran asas 3M. Jadi adalah menjadi tanggungjwab kita
untuk memikul amanah tersebut. Walaupun banyakan kekangan masa dan
bebanan tugas semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan.
Sebagai seorang guru kita buat semampu yang mungkin supaya semua
murid dapat menguasai huruf besar selaras dengan Visi dan Misi pendidikan
berkualiti dan selaras beraskan Kurikulum Pendidikan kebangsaan.

Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak


sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima
dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat
apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah
sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat
semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan
selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

Sikap murid kurang menumpukan perhatian , tidak ikut arahan dan tidak
faham arahan , serta sikap tidak ambil berat, kurang keyakinan diri, cuai dan
suka tergesa-gesa membuat latihan dan tanpa berfikir panjang akan
melakukan kesilapan menggunakan huruf besar ditempat yang sepatutnya
dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru mata Pelajaran Bahasa Malaysia,
guru mata pelajaran dapat membantu pencapaian murid untuk meningkatkan
peratus kelulusan prestasi Bahasa Malaysia.

RUJUKAN
28
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am, Selangor : PTS Professional, PTS
Media Group Sdn Bhd

Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5
Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta
Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran
Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran
membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan
luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun 2008.

Abdul Rasid Jamian. (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca dan


Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu

Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS


Media Group Sdn Bhd

Camelya Loyanto Bronie. (2010). Mengatasi kelemahan penggunaan huruf


besar di hadapan ayat Bahasa Melayu murid Tahun 4 melalui imej
visual.Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun 2009 IPGKBL, 66-84.

Campbell, B. (1989). New Horizons for learning on the beam, 9 (2).

Greene, T. C., Bell, P. A., & Boyer, W. N. (1983). Coloring the environment:
Hue, arousal, and boredom. Bulletin of the Psychonomic Society, 21, 253-
254.

Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). Jadual Formula Warna Kaedah


untuk Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran
dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.

29
Jurnal

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa


Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf


Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna.

Lampiran 1

30
Contoh Ujian Diagnostik

Nama:

Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang
sesuai.

1. hari rabu yang lalu saya dan keluarga pergi bercuti ke pulau pinang.

____________________________________________________ .

2. salim dan azmi selalu bermain bola sepak di padang sekolah.

____________________________________________________ .

3. sekolah kebangsaan seri kiantan menjadi johan perlawanan bola

sepak.

____________________________________________________

___________________ .

4. bapa hassan memandu kereta dengan berhati-hati semasa hari hujan.

____________________________________________________ .

5. guru kelas tahun lima arif bernama Puan Hasni.

LAMPIRAN 2

CONTOH UJIAN PRA

31
Nama : ______________________________

Kelas : Tahun 5

Item 1

Salin semula ayat berikut.

Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi
arnabnya makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang
akan arnabnya.

____________________________________________________

(5 markah)

Item 2

Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

1. kita mesti makan makanan yang bersih.

______________________________________________________ .

2. kita bersenam supaya badan kita sihat.

______________________________________________________ .

3. jangan makan kuih yang manis itu.

______________________________________________________ .

4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.

_______________________________________________________.

5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.

______________________________________________________ .

(5 markah)

Item 3

32
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.

_____________________________________________________ .

2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.

____________________________________________________ .

3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.

____________________________________________________ .

4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan.

____________________________________________________ .

5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.

____________________________________________________

____________________________________________________ .

(10 markah)

LAMPIRAN 3

Contoh Ujian Pasca

33
Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai
Buah-buahan tempatan

di negara kita mempunyai pelbagai jenis buah-buahan. Antara buah-


buahan yang terkenal di negara kita adalah seperti durian, betik, manggis,
mangga, rambutan, tembikai dan sebagainya. buah-buahan ini dipanggil
buah-buahan tempatan.
buah-buahan tempatan terbahagi kepada dua kategori iaitu buah-
buahan yang bermusim dan tidak bermusim. antara buah yang bermusim
adalah seperti rambutan, durian, manggis dan duku. bagi buah yang tidak
bermusim pula adalah seperti pisang, jambu, nanas dan ciku.
buah-buahan tempatan sedap rasanya. buah-buahan ini juga banyak
khasiatnya. kebanyakkan buah-buahan tempatan mengandungi vitamin A,
vitamin B dan vitamin c. khasiat yang terkandung dalam buah-buahan ini
amat baik untuk kesihatan kita.
buah-buahan tempatan lebih segar kerana dibawa terus dari ladang.
disamping itu, buah-buahan ini juga murah harganya berbanding dengan
buah-buahan dari luar negara. dengan harga yang murah, setiap orang
mampu membeli buah-buahan dan berjimat dalam berbelanja. dengan
membeli buah-buahan tempatan, kita dapat membantu meningkatkan
ekonomi Negara.
oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengutamakan buah-
buahan Negara kita sendiri. disamping kita dapat merasai buah yang segar,
kita juga dapat membantu meningkatkan kemajuan ekonomi Negara.

34

Anda mungkin juga menyukai