Anda di halaman 1dari 13

KERTAS CADANGAN

KEMPORI KUT TENGAH 2012


4 Mei 2012 6 Mei 2012
1.0

1.0 Pendahuluan
2.0 PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Kut Tengah telah sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan
KEMPORI KUT TENGAH 2012.
3.0 KEMPORI KUT TENGAH 2012 merupakan perkhemahan pengakap yang bakal disertai oleh ahli
pengakap tuan rumah iaitu SK Sungai Kut Tengah dan pengakap-pengakap dari beberapa buah
sekolah di sekitar kawasan berdekatan.
4.0 KEMPORI KUT TENGAH 2012 ini akan dicadangkan pada 4 6 Mei 2012 bertempat di Sekolah
Kebangsaan Sungai Kut Tengah, Dalat.
5.0 Sepanjang KEMPORI KUT TENGAH 2012, pengakap akan didedahkan dengan kemahiran pengakap
dan juga cara hidup seorang pengakap.
6.0 KEMPORI KUT TENGAH 2012 juga akan melibatkan penduduk sekitar bagi memindahturunkan
kemahiran kraft dari etnik Melanau setempat kepada para peserta.

7.0 Objektif
8.0 Tujuan program KEMPORI KUT TENGAH 2012 ini adalah seperti berikut :-
8.1.1 Mengeratkan ikatan silaturahim antara warga SKSKT, PIBG SKSKT, pengakap-
pengakap dari beberapa buah sekolah berhampiran dan masyarakat setempat.
8.1.2 Mengeratkan persaudaraan pengakap di kalangan para peserta dan pemimpin
yang mengambil bahagian.
8.1.3 Menerapkan kerjasama antara semua ahli pengakap yang mengambil bahagian.
8.1.4 Menerapkan ilmu kepengakapan dan jati diri pengakap dalam diri peserta.
8.1.5 Mendedahkan pelajar kepada kehidupan berdikari dan tolong menolong.
8.1.6 Membantu sekolah-sekolah kecil yang berhampiran untuk bersama-sama
menganjurkan perkhemahan untuk pelajar mereka.

1
2.0

9.0 Penganjur

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Kut Tengah dan Pengakap
Kumpulan 17 Dalat.

10.0Logo dan Tema


11.0Logo

Anak panah tiga bucu melambangkan 3 persetiaan pengakap.

Belahan pada tengah anak panah melambangkan perpaduan.

Terendak pada tengah anak panah melambangkan kesenian


warisan nenek moyang yang harus diperlihara.

Warna Merah, Kuning dan Hitam mewakili warna-warna


bendera Sarawak dan melambangkan Negeri Sarawak yang
mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya.

12.0 Tema
Baru Dituntut, Lama Diwarisi
Baru Dituntut, bermaksud ilmu dan kemahiran baru dicari dan dipelajari untuk
mempertingkatkan kualiti hidup.
Lama Diwarisi, bermaksud warisan lama dari nenek moyang dipelajari bagi mengekalkan
kesinambungan budaya agak tidak hilang ditelan zaman.

13.0Tarikh

14.0Tarikh cadangan : 4 Mei 2012 hingga 6 Mei 2012

15.0Tapak kem akan dibuka untuk kemkraf 5 hari sebelum Kempori Kut Tengah 2012 bermula.

16.0Lokasi

17.0Sekolah Kebangsaan Sungai Kut Tengah, Dalat

3.0 2
4.0
5.0

18.0Penyertaan
19.0Syarat-syarat penyertaan
19.1.1 Pemimpin atau ahli pengakap.
19.1.2 Bebas dari penyakit kritikal yang membahayakan diri atau peserta yang lain.
19.1.3 Yuran Penyertaan RM10.00

20.0Jurulatih: 38 orang

20.1.1 SK Sg Kut Tengah: 15 orang guru dan staf


20.1.2 SK Kg Kebuaw: 3 orang guru
20.1.3 SK Kg Tanam: 3 orang guru
20.1.4 SK St Bernard: 3 orang guru
20.1.5 SK St Kevin: 3 orang guru
20.1.6 SK Sg Ilas: 3 orang guru
20.1.7 SK St Jude: 3 orang guru
20.1.8 SK Sg Ud: 3 orang guru
20.1.9 Jemputan:
20.1.9.1 Ustaz Mohd Ihsan Bin Fauzi (SK Klid Plajau)
20.1.9.2 En Chuali Ulai (SMKA Igan)

21.0Petugas Sukarelawan PIBG: 9 orang

22.0Pengakap: 120 orang

22.1.1 SK Sg Kut Tengah: 50 orang


22.1.2 SK Kg Kebuaw: 10 orang
22.1.3 SK Kg Tanam: 10 orang
22.1.4 SK St Bernard: 10 orang
22.1.5 SK St Kevin: 10 orang
22.1.6 SK Sg Ilas: 10 orang
22.1.7 SK St Jude: 10 orang
22.1.8 SK Sg Ud: 10 orang

6.0 3
7.0
8.0

23.0Aktiviti

24.0Kem kraf

Membina gajet dan projek perintis di kawasan kem dalam sekawan di sepanjang Kempori Kut
Tengah 2012. Setiap sekawan akan dibantu oleh 3 orang guru dan beberapa orang pemudahcara
(penduduk setempat). Pemudahcara akan membantu peserta dalam kemahiran anyaman etnik
Melanau (atap rumbia dan anyaman dari pelepah rumbia). Latihan asas ikatan kepada guru-guru
akan diadakan seminggu sebelum Kempori Kut Tengah 2012 bagi memastikan kesediaan para
guru.

25.0Pertolongan Cemas

Peserta akan didedahkan dengan asas pertolongan cemas yang melibatkan balutan, anduh,
usungan dan bantuan pernafasan.

26.0Sukaneka

Peserta akan didedahkan dengan permainan-permainan tradisi pengakap. Aktiviti ini dapat
meningkatkan semangat setiakawan sesama ahli sekawan.

27.0Malam Pengakap

Pelajar akan didedahkan dengan lagu-lagu pengakap yang biasa dinyanyikan semasa malam
unggun api. Pada sesi ini juga pelajar akan diberikan tugasan untuk menyiapkan persembahan
bertema mengikut sekawan masing-masing untuk dipersembahkan pada Malam Unggun Api.

28.0Malaysia Cergas

Aktiviti senaman dan kecergasan yang akan melibatkan semua jurulatih dan juga peserta bagi
menerapkan gaya hidup sihat yang penting dalam kehidupan manusia bagi menjamin kesihatan
diri.

29.0Kembara

Peserta perlu bergerak dalam sekawan dengan panduan cebisan-cebisan benang berwarna.
Setiap sekawan perlu mengutip benang mengikut warna sekawan (Nama Sekawan). Sepanjang
kembara ini, peserta perlu menyelesaikan beberapa misteri dan halangan disamping menjaga
Barang Amanah.

9.0 4
10.0
8.0

30.0Masakan Rimba

Peserta akan didedahkan dengan kemahiran memasak makanan dengan menggunakan peralatan
dari sumber alam semulajadi. Aktiviti ini akan menerapkan kemahiran ikhtiar hidup dan
kerjasama. Menu wajib adalah Roti Lilit dan satu masakan rimba terpulang kepada sekawan
masing-masing.

31.0Malam Unggun Api

Malam unggun api merupakan acara kemuncak bagi perkhemahan KEMPORI KUT TENGAH
2012. Pengakap akan menghidupkan Istiadat Unggun Api di ikuti pula dengan nyanyian lagu-
lagu unggun api sambil diselangi dengan persembahan dari sekawan gabungan.

32.0Buku log kempori

Setiap peserta akan diberikan buku log kempori dan perlu menyelesaikan tugasan yang
diberikan sepanjang KEMPORI KUT TENGAH 2012. Buku log ini juga mengandungi markah
sahsiah peserta (bermula 100 markah) dan akan dipotong bagi setiap kesalahan yang dilakukan
oleh peserta. Bagi peserta yang mendapat markah di bawah 40 markah dianggap gagal dan tidak
layak menerima sijil KEMPORI KUT TENGAH 2012. Aktiviti ini bertujuan untuk
mendisiplinkan peserta dan memastikan kelancaran KEMPORI KUT TENGAH 2012.

9.0 5
10.0
11.0

33.0Jawatankuasa
34.0Jawatankuasa Induk
34.1.1 Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Dalat
34.1.2 Penasihat : Pesuruhjaya Pengakap Daerah Dalat
34.1.3 Pengerusi : Guru Besar SKSKT
34.1.4 Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKSKT
34.1.5 Setiausaha : En Muhd Nur Salhan Bin Salam
34.1.6 Penolong Setiausaha : En Dahlan Bin Pamuda
34.1.7 Bendahari : Ustaz Mohd Naim Zakaria

35.0Sekretariat
35.1.1 Kem Komandan : En Shamsul Bahri Bin Zainudin
35.1.2 Pen Kem Komandan I : En. Muhd Nur Salhan Bin Salam
35.1.3 Pen Kem Komandan II : Ustaz Mohd Naim Bin Zakaria
35.1.4 Kerohanian : Ustaz Mohd Naim Bin Zakaria
35.1.5 Buku Program : Cik Mahani Binti Mahmud
35.1.6 Peralatan : En Mohd Haris Bin Othman
35.1.7 Keselamatan : En Dahlan Bin Pamuda
35.1.8 Kebersihan : En Reduan Bin Kelinit
35.1.9 Rawatan dan Kecemasan : En. Muhammad Zulfitri Amin Bin Badrul Munir
35.1.10 Sijil dan Hadiah : Puan Suhizan Binti Ibrahim
35.1.11 Protokol : Puan Dayang Maslina Binti Awang
Petra
35.1.12 Makanan : Ust Mohd Noor Hidayat Bin Abu
Kasim
35.1.13 Urusetia : Puan Suhizan Binti Ibrahim
35.1.14 Pendaftaran : Cik Hatiah Binti Jamali
35.1.15 Aktiviti

35.1.15.1 Kem kraf : En. Mohammad Haris Bin Othman

35.1.15.2 Pertolongan Cemas : Pn Siti Elam Binti Hakim

35.1.15.3 Sukaneka : En Shahrul Nesrullah Bin Mustapha

35.1.15.4 Malam Pengakap : Puan Norazura Binti Jamain

35.1.15.5 Malaysia Cergas : En Reduan Bin Kelinit

35.1.15.6 Kembara : Ustaz Mohd Naim Bin Zakaria

35.1.15.7 Masakan Rimba : En. Muhd Nur Salhan Bin Salam

35.1.15.8 Malam Unggun Api : En. Shamsul Bahri Bin Zainudin

35.1.15.9 Refleksi : Puan Siti Elam Binti Hakim

12.06
13.0
14.0
36.0 Tentatif program
Tarikh / Hari Masa Agenda
29 April 3 Mei 2012 Kawasan Kem dibuka untuk kemkraf
1400 Pendaftaran
Jumaat 1430 Istiadat Laung Agung
1500 Taklimat Peserta dan Jurulatih
4 Mei 2012 1600 Solat Asar
1700 Sukaneka
1800 Makan malam dan solat Maghrib, Tazkirah, solat Isyak
2030 Malam Pengakap
2300 Tidur
0430 Bangun dan persiapan diri
Sabtu 0500 Solat Subuh dan Kuliah Subuh
0600 Malaysia Cergas
5 Mei 2012 0630 Sarapan Pagi
0700 Pemeriksaan Pagi
0730 Laung Agung
0815 Kembara
1230 Makan tengahari dan solat Zohor
1330 Pertolongan cemas
1600 Solat Asar
1700 Masakan Rimba
1800 Makan malam dan solat Maghrib, Tazkirah, solat Isyak
2030 Malam Unggun Api
0430 Tidur
Ahad 0500 Bangun dan persiapan diri
0600 Solat Subuh dan Kuliah Subuh
6 Mei 2012 0630 Malaysia Cergas
0700 Sarapan Pagi
0730 Membersihkan kawasan kem
0900 Persiapan majlis penutup
1100 Majlis Penutup
1200 Bersurai

15.07
16.0
17.0

37.0Kewangan
38.0Sumber Kewangan:
38.1.1 Yuran

Jumlah
Yuran dikenakan Bilangan
(RM) pembayar
(RM)

Peserta 10.00 120 1200.00

Jurulatih 10.00 35 350.00

JUMLAH 1550.00

38.1.2 Penaja
Penaja Cadangan Jenis Penajaan Jumlah
ISO Hitec Security Sdn Bhd Tshirt 3650.00
Baitulmal Sarawak (Caw Mukah) Bahan Makanan 1500.00
Jumlah 5150.00

39.0Anggaran Kasar Perbelanjaan

Jumlah
Harga
Perkara Kuantiti Unit
Seunit (RM)
(RM)

Skarf peserta 120 helai 7.00 840.00

Skarf jurulatih 37 helai 7.00 259.00

Kecemasan - - - 451.00

*Tshirt Peserta 120 helai 20.00 2400.00

*Tshirt jurulatih 36 helai 25.00 900.00

*Tshirt petugas 9 helai 25.00 225.00

18.08
19.0
17.0

*Tshirt VIP 5 helai 25.00 125.00

*Bahan Makanan 3 Hari 500.00 1500.00

JUMLAH 6700.00

Nota:

1. Perkara bertanda * akan disediakan hanya jika mendapat penajaan dari pihak yang
berkenaan.

2. Pihak sekolah dan peserta perlu menyediakan kelengkapan seperti berikut:-

a. Khemah dan keperluan asas perkhemahan.

b. Perkakas untuk memasak.

c. Setiap sekawan perlu menyediakan sebatang kayu (sebesar jari telunjuk dan panjang
30 sentimeter) untuk roti lilit dan bahan-bahan masakan rimba (bebas).

d. Ubat-ubatan peribadi. (sila maklumkan kepada penganjur jika ada peserta mengidap
penyakit kronik).

3. Sekolah/Peserta perlu menyediakan perkara-perkara berikut sekiranya pihak penganjur gagal


mendapatkan penajaan:

a. Bahan makanan dan peserta terlibat perlu memasak sendiri makanan mengikut
sekawan masing-masing dengan bantuan jurulatih-jurulatih sekawan.

b. Tshirt sukan sekolah masing-masing.

4. Setiap sekolah terlibat digalakkan membawa lampu sendiri kerana pihak penganjur hanya
memasang 4 lampu sorot untuk menerangi kawasan perkhemahan.

18.09
19.0
LAMPIRAN 1

BORANG PENDAFTARAN

KEMPORI KUT TENGAH 2012

AHLI PENGAKAP

A. MAKLUMAT PESERTA

NAMA ( HURUF BESAR )

NO SURAT BERANAK / KAD PENGENALAN

JANTINA BANGSA AGAMA

TARIKH LAHIR UMUR

SEKOLAH

ALAMAT SURAT MENYURAT

NO. TELEFON IBUBAPA / PENJAGA

B. KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA

Dengan ini saya membenarkan anak / anak jagaan saya



LAMPIRAN 1
Untuk menghadiri Kempori Kut Tengah 2012 dari 4 Mei 2012 HINGGA 6 Mei 2012. Saya
faham bahawa pihak tuan sentiasa memberikan segala penerangan dan akan mengambil
langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang diperlukan sepanjang Kempori
berlangsung.

Saya memahami bahawa saya TIDAK akan membuat sebarang tuntutan seandainya berlaku
sebarang kemalangan ke atas anak / anak jagaan saya sepanjang Kempori ini.

Tandatangan : Tarikh : ...

Nama : .. No. Telefon : ....

Alamat : ..

C. PENGESAHAN PEMIMPIN / PENOLONG PEMIMPIN KUMPULAN

Saya mengesahkan dan menyokong permohonan ini

Tandatangan : Tarikh :

Nama : .. No. Telefon : ....

D. PENGESAHAN PENGETUA/ GURU BESAR

Saya memperakui dan meluluskan permohonan ini.

Tandatangan : Tarikh :

Nama dan cop : COP RASMI :

( UNTUK DIISI OLEH URUSETIA KEMPORI)

E. PENGESAHAN PENERIMAAN
LAMPIRAN 1

Tandatangan : Tarikh Penerimaan Borang :

Nama Pegawai Penerima : .

Anda mungkin juga menyukai