Anda di halaman 1dari 2

Jasad bayi terapung bukan rekaan

10.2K 46 Google +6 4 0

Cetak
Text dan foto oleh Arifin Salleh

ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan


Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu
menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang
mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan
gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang
sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti
terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada
pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang
percaya ia kejadian di luar biasa.

Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera


wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi
perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar
kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan


perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui
di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana
ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya
sehingga selamat dikebumikan, katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk
masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada
jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap


paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan
komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad
bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan
sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak
benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu
mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup
kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya.

Anda mungkin juga menyukai