Anda di halaman 1dari 9

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK 5 Teori Pembelajaran Behavioris

Sinopsis
Dalam topic ini, anda akan diperkenalkan dengan Teori Pembelajaran Behavioris. Anda
akan belajar tentang prinsip-prinsip pengukuhan, latihan, pembentukan dan pembelajaran
secara pemerhatian. Modul ini juga membincang tentang implikasi teori ini untuk
mengajar sesuatu konsep sains sekolah rendah.

Objektif
Menerangkan Teori Pembelajaran Behavioris.
Jelaskan prinsip-prinsip pengukuhan, latihan, pembentukan dan pembelajaran secara
pemerhatian.
Menerangkan implikasi teori dalam mengajar sains sekolah rendah.

Kerangka Tajuk-tajuk (Peta Konsep)

Teori Pembelajaran
Behavioris

Pembentukan dan Implikasi teori


Pengukuhan dan pembelajaran dalam mengajar
latihan secara sains sekolah
pemerhatian. rendah

1
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

5.1 Teori Pembelajaran Behavioris

Teori Pembelajaran Behavioris telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan

kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa

pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour). Teori

pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian

yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.

Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang

menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan

pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada

baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh

diperhatikan, dikawal dan diramal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris, pembelajaran

adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu melalui

pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan,

sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan

tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behavioris menumpukan

perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah

benda yang kita boleh perhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat

membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat

membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.

Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori


Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelapori oleh
dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman Klasik
dipelopori Pavlov dan Watson.

2
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori
tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori
pelaziman operan Thorndike. Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga
adalah implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek
kurikulum, pengajaran dan penilaian. Malah, perkara yang tidak kurang pentingnya ini juga
hendaklah diketahui dan difahami iaitu implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan
pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Berikut adalah perbandingan
pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori behavioris:

PERBANDINGAN PANDANGAN AHLI TEORI BEHAVIORIS

Pelopor John Broadus Ivan Petrovich Edward Lee Burrhus Frederic


Watson Pavlov Thorndike (1874- Skinner
Aspek (1878-1958) (1849-1936) 1949) (1904-1990)

Latar ** ** ** **
belakang
Nama Pelaziman Klasik Pelaziman Klasik Pelaziman Operan Pelaziman Operan
teori
Bahan Albert B Anjing Kucing Tikus putih
ujikaji (bayi 9 bln)

Asas Berkaitan Rangsangan & Hubungan @ Menekankan hasil


teori pelaziman & gerak balas connection antara kesan akibat
kawalam emosi (R-G) rangsangan membawa kpd
manusia iaitu dengan gerak tingkahlaku baru,
ujikaji tentang balas akan tingkahlaku
Albert (1920) menjadi kukuh jika diteruskan @
kesan tingkah laku diulang &
menyeronokkan @ sebaliknya
memuaskan
Implikasi ** ** ** **

**Sila buat rujukan dan bacaan tambahan mengenai latar belakang dan implikasi
setiap ahli behavioris ini.

3
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah


laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara
ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain
daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan
pengukuhan ransangan.

Teori Behavioris ini yang dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan
pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka
menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia
yang berasaskan situasi-situasi tertentu.

** sila buat rujukan seterusnya tentang sejarah perkembangan teori Watson/Pavlov dan
Thorndike/ Skinner.

Skinner telah menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan
burung merpati. Beliau telah menghasilkan Skinner Box yang mana tingkah laku
binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan serta
direkodkan. Kajian ini telah diguna pakai sebagai teori pelaziman operan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Antara eksperimen yang beliau jalankan ialah membina sebuah kotak khas yang
mana di dalam kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada
sebuah bekas makanan pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah
tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk.
Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundar-mandir di dalam
kotak untuk mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan tidak sengaja tikus itu
menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk. Tikus itu mendapat
makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan akhirnya tikus
itu terus menekan tuas apabila ia hendak mendapatkan makanan. Tikus ini telah
mempelajari satu cara mendapatkan makanan.

Untuk kajian seterusnya, Skinner telah memutuskan sambungan antara bekas


makanan dengan tuas. Selepas itu, tikus itu tidak lagi mendapat makanan walaupun tuas
itu ditekan. Setelah berapa kali mencuba, tikus itu berhenti menekan tuas kerana ia tahu

4
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

usahanya itu sia-sia sahaja. Skinner kemudiannya meletakkan sebuah lampu dalam kotak
itu. Apabila lampu itu menyala dan tuas itu pula ditekan makanan akan terkeluar.
Eksperimen ini dijalankan berulang kali hingga tikus itu sedar bahawa ia hanya akan
mendapat makanan jika tuas itu ditekan pada masa lampu menyala. Tindakan tikus
menekan tuas untuk mendapatkan makanan itu disebut pelaziman operan. Cahaya lampu
dalam eksperimen ini tidak menyebabkan tikus itu menekan tuas. Ia hanya bertindak
sebagai salah satu keadaan untuk membolehkan sesuatu tingkah laku itu (menekan tuas)
berlaku.

Menurut Skinner tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik
yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik).
Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas.
Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan
sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang
akan berlaku.

Peneguhan ialah antara perkara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan


sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk
memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan
meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu


ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik
darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan
dalam bilik darjah adalah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan
sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar,
memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat
mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga
mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu
diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

5
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan
ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji
usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon
yang spontan.

Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,
seorang guru selalu menegur kanak-kanak kerana tidak membuat kerja rumah yang
diberikan. Oleh kerana jemu teguran guru, maka kanak-kanak tadi menyiapkan kerja
rumahnya dengan lengkap. Tindakan kanak-kanak (menyiapkan kerja rumah) dapat
mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (teguran guru).

5.2 Pengukuhan

Pengukuhan merujuk kepada sesuatu perlakuan yang dapat meningkatkan


kebarangkalian sesuatu respons. Kanak-kanak biasanya menunjukkan pelbagai kelakuan
secara bebas dan factor persekitaran akan samada memberi ganjaran atau menghukum
kelakuan tersebut. Kelakuan yang dikukuhkan akan sentiasa diulangi dan kelakuan yang
tidak diulangi akan dilupai. Oleh itu, kanak-kanak belajar untuk beroperasi di dalam
persekitaran diri mereka untuk mendapat pengukuhan yang diinginkan.

Kanak-kanak boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak


balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini
atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas ( rangsangan )
pelajar berdiri dan mengucapkan Selamat Pagi ( gerak balas ). Guru pun memuji
pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali
seorang guru masuk ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan
melalui latihan. Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh
gerak balas terlazim. Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam
bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun
tiada pujian daripada guru. Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran
yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan
pelajar.

6
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

5.3 Latihan

Latihan adalah penggunaan pengulangan untuk belajar. Latihan juga menguatkan


perkaitan antara stimulus dan respons. Ia merupakan satu teknik pengajaran yang
bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas
yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Teknik ini dibentuk khas untuk
merangsang pembelajaran kanak-kanak berkaitan pengetahuan yang berprosedur
(procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan
juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Ia
menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru
sebelum kanak-kanak melakukannya semula.

5.4 Pembentukan

Pembentukan adalah pengukuhan yang positif. Motivasi dapat membangkitkan


tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai
sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki dalam
P&P. Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian, hadiah,
kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku yang diingini. Guru
juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi maksud penghapusan pula, jika sesuatu tingkah
laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-lahan. Sebagai contoh,
guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi P&P. Jika
seseorang kanak-kanak takut untuk membuat pembentangan di hadapan kelas, guru perlu
meningkatkan keyakinannya secara berperingkat. Pertama sekali, guru membiarkan
pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian
semasa dia berdiri. Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan
kelas. Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

5.5 Pembelajaran secara pemerhatian

Pembelajaran secara pemerhatian berlaku apabila sesuatu perubahan tetap


berlaku pada kelakuan kanak-kanak disebabkan perubahan perlakuan pada yang lain.
Kanak-kanak belajar secara tidak langsung dengan memerhatikan kelakuan kanak-kanak

7
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

lain dan seterusnya menyimpan kelakuan dan harapan yang diwakili tersebut untuk hasil
pembelajaran yang akan datang.

Proses pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkahlaku manusia. Kanak-


kanak akan mempelajari sesuatu tingkah laku apabila dia menumpukan perhatian
terhadap apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dia akan memerhatikan perlakuan
model dan proses pemerhatian ini akan berlaku berulang kali. Antara faktor-faktor yang
mempengaruhi pemerhatian ialah ciri-ciri model itu sendiri seperti umur, jantina, status
dan hubungan dengan pemerhati. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 6 tahun
sering memerhatikan ibunya menyapu sampah di halaman rumah dan berkemungkinan
kanak-kanak tersebut akan meniru apa yang dilakukan oleh ibunya itu. Bagi remaja pula,
pembelajaran melalui pemerhatian berlaku apabila mereka meniru gaya atau penampilan
seseorang yang dijadikan idola dalam hidup mereka. Contohnya, mereka gemar meniru
gaya penampilan artis-artis pujaan mereka.

Apabila peniruan yang dilakukan pemerhati mendatangkan kepuasan dan


mendapat peneguhan positif atau ganjaran, ianya akan mendorong pemerhati itu
mengulangi tingkahlaku yang diperhatikan tadi. Sebaliknya, seseorang pemerhati tidak
akan mengulangi perlakuan yang ditiru sekiranya didenda atau ditegur.

5.6 Implikasi Teori Behavioris terhadap Proses Pembelajaran

Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi
pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, tingkah laku kanank-kanak semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sains sangat bergantung kepada pertalian antara
peneguhan guru dan gerak balas kanak-kanak dalam bilik darjah.

Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku


apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah
pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang
lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara
yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain
(gerak balas) dapat diingatkan.

Implikasi Skinner dalam bilik darjah ialah pemberian peneguhan yang positif
seperti pujian, wang, motivasi dan lain-lain; menggunakan prinsip penghapusan dalam
8
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

bilik darjah; serta motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Bagi implikasi Behavioris
pula adalah menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan
pembelajaran; berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang
baru; serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan sekiranya
tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.

Soalan tutorial

1. Berdasarkan pengalaman diri anda, terangkan setakat mana teori


behavioris ini dapat membantu anda dalam mengajar sains sekolah rendah.
2. Bincangkan persamaan dan perbezaan teori skinner dan teori Pavlov.
3. Terangkan bagaimana peneguhan samada positif atau negatif dapat
mengukuh dan membentuk kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu
konsep sains.

Rujukan:
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA,
Allyn & Bacon.

Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.). Washington:
Wadsworth Publishing Company.

https://www.msu.edu/~purcelll/behaviorism%20theory.htm (Behaviourist Learning Theory)

http://hagar.up.ac.za/catts/learner/2000/scheepers_md/projects/loo/theory/behavior.html
(Behaviourist Learning Theory)

Anda mungkin juga menyukai