Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2017/ 1438 H

PERINGKAT SK.PASIR AMBOR

1. PENDAHULUAN
Majlis Sambutan Maulidurrasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap
Rasulullah s.a.w. ). Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga
dengan baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam
Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Majlis ini akan
dimuatkan dengan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibatkan semua guru dan murid muslim
bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di
samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada
murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah
serta memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda s.a.w.

2. MATLAMAT
Memperingati sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan mengambil iktibar daripada pengorbanan
Rasulullah terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid islam akan kasihnya
Rasulullah terhadap umatnya.

3. OBJEKTIF
3.1. Mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.
3.2. Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah saw
3.3. Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah saw.
3.4. Melahirkan kerjasama dikalangan murid dalam merealisasikan aktiviti sekolah.

4. SASARAN
Semua murid Islam SK.PASIR AMBOR

5. JANGKA MASA /TEMPAT


Tarikh : 20/1/2017
Hari : Jumaat
Masa : 9.30 pagi -10.30pagi
Tempat : Dewan SKPA

6. KAEDAH / METODOLOGI
6.1 Ceramah
6.2 Selawat beramai-ramai

7. JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA


Pengerusi : En.Jalaludin Bin Abu Bakar
Timbalan Pengerusi : Ustaz Syed Maarof Bin Syed Akil
Naib Pengerusi 1 : Puan Ruzimah Bt Zainal
Naib Pengerusi 2 : Pn Zakiah Bt Dol Rahman
Setiausaha : Ustaz AzdyAzahar Bin Muhamed Arif
Penyelaras : Pn.Mainon Bt Mat Aris

1
Persiapan Dewan : En. Masri Bin Mohamad. : En. Ramlan : Pn.Shima : En.Nordin
Buku Program/Bacdrop : Pn.Nurul Izati Bt Zaidi Mansor.
Pengacara Majlis : En.Shuhud Bin Abd Rahman
Kawalan Murid : Pn Zakiah Bt Dol Rahman.
Makanan/minuman : Pn. Ruzimah Bt Zainal : Pn Khairusilawati : Pn Fatimah Bt Yusuf
Bacaan Doa: Ustaz AzdyAzahar Bin Muhamed Arif
Ketua Selawat : Ustaz Syed Maarof Bin Syed Akil
Fotografi : Pn Zakiah Bt Dol Rahman

8. TENTETIF PROGRAM
745 pagi: Sarapan
830 pagi : Perarakan Selawat Nabi
900 pagi : Masuk Dewan
9.30 pagi : Majlis dimulakan.
9.35 pagi : Bacaan Doa.
9.40 pagi : Ceramah Maulidurrasul.
10.30 pagi : Jamuan.
10.45 pagi : PdPc .

9. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan diperolehi daripada derma ikhlas ibu bapa, guru-guru,Pibg,KAP ,peruntukan
Panatia Pendidikan Islam,Bimbingan & Kaunseling dan kakitangan sekolah.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN.

1. Saguhati Penceramah (seorang) RM150


2.Jamuan Makan 60 x 3 = 180
3.Plastik Makanan RM 10
4.Hadiah Murid RM 20
5.Lain-lain RM9

Jumlah Keseluruhan:RM 369.00

11.PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat menambahkan cinta kepada baginda
Nabi di kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan pengetahuan murid tentang sirah
kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

..
(AZDYAZAHAR BIN MUHAMED ARIF) (JALALUDIN BIN ABU BAKAR
Setiausaha Majlis Maulidur Rasul Guru Besar Sk.Pasir Ambor

2
3

Anda mungkin juga menyukai