Anda di halaman 1dari 3

Menghimpunkan Kesemua Hadis Yang Berkaitan Di Bawah Satu Tajuk

Hadis-hadis yang berkaitan mestilah dihimpunkan dan diletakkan di bawah satu tajuk.
Kemudiannya Hadis-hadis yang mutasyabih hendaklah dirujuk mengikut maksud
hadis-hadis yang muhkam. Hadis-hadis yang mutlak hendaklah dihubungkan dengan
hadis-hadis yang muqayyad. Hadis-hadis yang umum hendaklah ditafsirkan dengan
hadis-hadis yang khusus. Dengan demikian, akan jelaslah maksud hadis-hadis
tersebut dan tidak bercanggah sesamanya.
Contohnya hadis berkenaan dengan isbal iaitu melabuhkan pakaian ke bawah
melebihi buku lali. Antara contoh-contoh hadis tersebut adalah;
Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda

(Orang yang melabuhkan pakaian hingga ke bawah dua buku lali berada di dalam
neraka.- Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda:

(Allah tidak melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan bermegahmegah- Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Abdullah ibn Umar katanya Rasulullah SAW bersabda (Sesiapa yang
mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada
hari kiamat. Abu Bakar bertanya, Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku
labuh kecuali aku terpaksa menjaganya. Nabi SAW menjawab: Engkau bukan
daripada orang yang melakukan untuk bermegah-megah.Riwayat Al-Bukhari)
Dalam menjelaskan hadis-hadis ini, Imam An-Nawawi menjelaskan bahawa
hadis-hadis yang umum tentang masalah ini hendaklah dikhususkan dengan hadishadis yang ada kaitannya dengan bermegah-megah. Oleh itu, maksud tegahan di
dalam hadis ini ialah bagi orang yang mengheret-heret pakaiannya dengan bermegahmegah. Oleh itu Rasulullah SAW mengharuskan Abu Bakar kerana Abu Bakr
mengheret pakaian tidak kerana bermegah-megah
Syeikh Yusuf Al-Qardawi menjelaskan di dalam kitabnya bahawa orang yang
hendak memendekkan pakaiannya bertujuan kerana menikut sunnah, menjauhi sikap

bermegah-megah, menjauhi khilaf ulamak, dan hendak berpegang dengan yang lebih
utama, akan mendapat pahala dengan syarat dia tidak memaksa orang lain berbuat
demikian.
Kesimpulannya ialah tidak haram jika kita melabuhkan pakaian bukan
disebabkan ingin bermegah-megah. Apa yang dimaksudkan dalam hadis-hadis
berkaitan adalah haram melabuhkan pakaian dengan tujuan bermegah-megah dan
balasannya adalah neraka Allah SWT.

Rujukan

1. Al-Qardawi, Yusuf, al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah, Muassasah


al-Risalah,Beirut-Lebanon,hlm135,
2.http://www.bouizeri.net/arab/index.php?option=com_content&view=article&id=67:
2010-11-16-20-08-43&catid=5:2010-11-14-18-45-51&Itemid=3,
3.http://istiqama.net/articles/how-to-deal-with-sunna.htm

4.http://bro2009.blogspot.com/2011/01/kuliah-masaf-10-bagaimana-berinteraksi.html
5.http://www.bouizeri.net/arab/index.php?option=com_content&view=article&id=67:
2010-11-16-20-08-43&catid=5:2010-11-14-18-45-51&Itemid=3
6.http://www.al-mostafa.info/data/arabic/depot2/gap.php?file=002564.pdf,

7.http://istiqama.net/articles/how-to-deal-with-sunna.htm

Anda mungkin juga menyukai