Anda di halaman 1dari 10

‫نشأة البحث او املوضوع‬

‫ذكر األرأ‬

‫ذكر األدلة‬

‫الرتجيه‬

‫اسباب الرتجيه‬

Hukum memakai penutup muka (mask) semasa bersembahyang

Hukumnya sah sembahyang kita tetapi makruh. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

‫َأح ُد ُك ْم‬
َ ‫ب‬ َ َ‫فَِإ َذا َتثَاء‬
Imam Al-Khatib Al-Syarbini menjelaskan larangan di dalam hadis tersebut
membawa kepada hokum makruh. Ini dapat dilihat berdasarkan kata-kata beliau:

Dan dimakruhkan bagi seseorang yang solat dengan baju ynag terdapat gambar
padanya, juga makruh seorang lelaki solat dalam keadaan menutup mulut dan
(makruh juga) seorang perempuan solat dengan memakai niqab.

[Al- Iqna’, Al-Khatib Al-Syarbini (1/124)]

Berkenaan pemakaian mask semasa bersolat di masjid dan surau, asal hukumnya
adalah makruh. Sebelum pergi kepada hukum, elok kita fahami mengapa face mask
diwajibkan di tempat sesak termasuk di masjid dan surau. Penyakir covid 19 adalah
pemyakit yang sangat mudah merebak. Hanya dengan membuka mulut, partikel atau
wap air yang keluar daripada mulut akan membawa virus terawang ke udara. Dan ia
mampu pergi sehingga 4 meter dengan bantuan angina dan kipas. Kerana itu,
pemakaian mask adalah diwajibkan di tempat sesak. Ia dapat mengurangkan risiko
penularan penyakit. Atas sebab itu, pihak berkuasa mewajibkan berwuduk di rumah,
membawa sejadah sendiri dan memakai face mask apabila ke masjid dan surau. Dgan
tujuan mengelak dari partikel cecair tersebar di masjid dan surau. Apabila kita
berwuduk beramai-ramai di masjid dan surau, sukar mengawal penjarakan dan
banyak sisa air dari hidung dan mulut keluar.

Jika tidak membawa sejadah pertikel cecair akan wujud pada karpet masjid. Jika tidak
memakai mask, partikel cecair akan terawang di udara dengan jumlah yang banyak.
Jadi, maksud sebenar memakai mask di masjid dan dan surau adalah pada setiap masa
kerana mulut digunakan untuk menyebut rukun qauli yang akan menyebarkan
partikel cecair ke udara. Maka, maksud pemakaian mask bukan sahaja ketika datang
ke masjid atau dalam perjalanan pergi dan balik dari masjid, ia termasuk juga ketika
bersolat. Ketika solat, jarak adalah pada tahap minima dan berkumpul mengadap pada
satu arah yang sama. Jadi, kadar pembebasan pertikel adalah lebih tinggi. Walaupun
tidak dinyatakan secara jelas bila waktu yang perlu dipakai. Tetapi mengambil kira
keadaan yang sesak di pasar, di pantai yang mewajibkan face mask dipakai setiap
masa. Apatah lagipada waktu solat yang masing-masing tidak bergerak sambal
membaca bacaan rukun. Oleh itu, pemakaian face mask adalah lebih baik pada setiap
masa di dalam masjid. Dengan sebab itu, hukum makruh memakai face mask di
dalam solat adalah gugur kerana ada sebab takut dijangkiti atau mengjangkiti.

‫ضَر َر َواَل ِضَر َار‬


َ ‫اَل‬

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

 ُ‫صالَ ِة َوَأنْ ي َُغ ِّط َي الرَّ ُج ُل َفاه‬


َّ ‫َأنَّ َرسُو َل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم َن َهى َع ِن الس َّْد ِل فِي ال‬
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang meleretkan pakaian di dalam
solat serta (melarang) seseorang lelaki itu menutup mulutnya (di dalam solat).

Riwayat Abu Daud (643)

Hadis di atas secara jelas menunjukkan terdapatnya sighah larangan ke atas perbuatan


menutup mulut semasa solat. Cumanya para ulama berbeza pandangan samada
larangan tersebut membawa kepada hukum haram ataupun makruh.
Imam Al-Khattabi Rahimahullah dalam syarahannya ke atas hadis ini berkata: Antara
adat orang arab adalah menutup mulut mereka dengan menggunakan serban, maka
mereka ditegah dari melakukan perbuatan tersebut di dalam solat. Melainkan orang
yang sedang solat itu menguap, maka dia menutup mulutnya pada waktu tersebut
berdasarkan hadis yang menyebutkan tentangnya. Rujuk Ma’alim Al-Sunan, Al-
Khattabi (1/179).

Ini membawa erti, perbuatan menutup mulut di dalam solat secara umumnya adalah
dilarang. Namun di sana terdapat pengecualian ketika seseorang itu menguap maka dia
dituntut untuk menutup mulutnya dan perbuatan tersebut tidaklah dilarang meskipun
dalam keadaan sedang menunaikan solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

َ ‫ب َأ َح ُد ُك ْم َف ْل َي‬
‫ضعْ َيدَ هُ َع َلى فِي ِه‬ َ ‫َفِإ َذا َت َثا َء‬
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu menguap maka hendaklah dia meletakkan
tangannya ke mulutnya (menutup mulutnya).

Riwayat Al-Tirmizi (2746)

Imam Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan larangan di dalam hadis tersebut membawa


kepada hukum makruh. Ini dapat dilihat berdasarkan kata-kata beliau:

‫صلِّي الرجل متلثما َو ْال َمرْ َأة منتقبة‬


َ ‫ُورة َوَأن ُي‬ َ ‫َويكرهُ َأن ي‬
َ ‫ُصلِّي فِي ثوب فِي ِه ص‬
Maksudnya: Dan dimakruhkan bagi seseorang yang solat dengan memakai baju yang
terdapat gambar padanya, juga makruh seorang lelaki solat dalam keadaan menutup
mulut, dan (makruh juga) seorang perempuan yang solat dengan memakai niqab.
 Lihat Al-Iqna’, Al-Khatib al-Sharbini (1/124).
[1]

Secara asasnya, para ulama ada mengulas mengenai beberapa faktor yang menjadi
asas larangan perbuatan menutup mulut di dalam solat. Antaranya:

Pertama: Ia merupakan perbuatan kelompok Majusi.

Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Syaukani yang berkata: Telah berkata Ibn
Hibban: Kerana ia (menutup mulut) adalah antara perbuatan kelompok Majusi. Beliau
berkata lagi: Sesungguhnya larangan menutup mulut di dalam solat adalah apabila ia
dilakukan dalam tempoh yang lama. Bukanlah ia turut dilarang ketika menguap dengan
kadar yang mampu menahan (menguap). Rujuk Nail al-Authar, Al-Syaukani.

Kedua: Ia menghalang kesempurnaan bacaan al-Quran serta sujud.

Kata Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari: Golongan Arab dahulu menutup mulut mereka dengan
serban mereka. Mereka menjadikan bahagian hujung serban tersebut di bawah leher
mereka. Lalu mereka menutup mulut mereka supaya tidak dimasuki udara yang
bercampur dengan debu disebabkan panas atau sejuk. Kerana ia menghalang
kesempurnaan bacaan (dalam solat) serta menghalang kesempurnaan sujud.
Lihat Mirqat al-Mafatih, Mulla Ali al-Qari (2/636).

Meskipun begitu, terdapat para fuqaha lainnya yang membenarkan menutup mulut di


dalam solat sekiranya terdapat hajat keperluan yang menggesa kepadanya. Ini seperti
yang dinukilkan oleh Imam Ibn Qudamah bahawa Imam Ibn Abd al-Bar berkata: ‘’Para
ulama telah ijma bahawa hendaklah seorang wanita itu membuka wajahnya ketika solat
dan ketika ihram. Ini kerana menutup wajah dan mulut akan mengganggu terkenanya
dahi dan hidung (ke tempat sujud). Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melarang akan hal
tersebut. Namun sekiranya ada hajat seperti terdapatnya ajnabi (lelaki asing) maka
tidak makruh. Begitulah juga dengan lelaki, akan hilang kemakruhan (menutup mulut
semasa solat) apabila ada hajat kepadanya’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/432).

Kesimpulan

Sebagai penutup, setelah kami meneliti beberapa pandangan di atas maka kami
memperincikan jawapan kepada persoalan ini seperti berikut:

Hukum menutup mulut di dalam solat tanpa sebarang sebab adalah makruh. Ini kerana,
larangan di dalam hadis tersebut tidak menetapkan sebarang hukuman sama ada
duniawi atau ukhrawi sehingga menjadikan perbuatan tersebut haram.

Begitu juga perbuatan tersebut tidaklah memberi kesan kepada kesahihan solat. Ini
kerana larangan ke atas perbuatan menutup mulut di dalam solat datang dari  jihah
munfakkah (sudut yang berasingan) dari solat. Dalam erti, ia tidak memberi kesan
kepada rukun mahupun syarat sah solat.

Sekiranya seseorang itu menutup mulutnya di dalam solat kerana ingin mengelakkan
habuk atau debu yang bertebaran, kami lebih cenderung mengatakan bahawa ianya
diharuskan. Ini kerana terdapatnya hajat dan keperluan kepada hal tersebut.
Isu pertama yang perlu diselesaikan di sini ialah apakah saranan daripada pihak
berkuasa yang menguruskan wabak ini khususnya Kementerian Kesihatan. Berbeza
negara maka berbeza juga cara pendekatan pihak berkuasa menangani isu, sesuai
dengan kadar kawalan dan statistik penularan wabak tersebut. Pihak berkuasa adalah
bertanggungjawab untuk memastikan maklumat terkini disampaikan dengan tepat dan
pantas kepada masyarakat supaya penularan penyakit dapat dibendung.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah selaku
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengeluar satu kenyataan yang
bertajuk “Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit
Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia” pada 11 Mac 2020. Ketika mengulas isu
penularan wabak dalam kalangan peserta Himpunan Jemaah Tabligh yang diadakan
pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2020, beliau menyarankan suatu nasihat kesihatan
seperti berikut:-

“Berikutan dari kejadian COVID-19 di Brunei, KKM menasihatkan mereka yang telah
menghadiri perhimpunan tabligh itu:

 sekiranya mengalami gejala diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan


Daerah berhampiran atau CPRC Negeri di talian yang disertakan
dalam Lampiran 1 atau menghubungi Virtual Health Advisory (kolaborasi KKM
bersama DoctorOnCall) melalui pautan di laman sesawang KKM, untuk nasihat
lanjut. Selain itu, KKM juga telah berkolaborasi dengan BookDoc di mana orang
ramai boleh muat turun aplikasi BookDoc melalui Google Play store (untuk
android sahaja) untuk mendapatkan perkhidmatan “Health Advice” dengan
doktor secara percuma melalui chat sahaja. Sentiasa mengamalkan penjagaan
kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan dengan cara yang betul,
mengamalkan etika batuk dan bersin yang baik serta memakai topeng muka
(face mask);

         DAN

 sekiranya tidak mengalami gejala untuk mengamalkan jarak sosial (social


distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain selama 14 hari dari
tarikh akhir menghadiri perhimpunan tersebut.

KKM menyeru agar semua yang telah menghadiri perhimpunan ini memberi kerjasama
kepada pihak KKM bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak dalam
komuniti.

KKM juga ingin menggesa agar:

1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering)


ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku;
2. sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar
tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat
termasuk aktiviti keagamaan;
3. individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social
distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan
individu lain;
4. orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak
jangkitan COVID-19; dan
5. rakyat Malaysia yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan tidak
melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.”

Daripada kenyataan di atas, dapat kita fahami bahawa saranan untuk melakukan social
distancing adalah untuk individu-individu yang melibatkan diri dalam Himpunan
Jemaah Tabligh pada tarikh berkenaan, sama ada mempunyai gejala seperti demam,
batuk, sakit tekak dan sesak nafas, jangkitan kuman pada saluran pernafasan,
atau tidak bergejala, agar menjaga jarak diri daripada individu lain dengan jarak 1
meter.  Selain daripada kenyataan ini, sehingga saat ini belum ada lagi kenyataan
rasmi daripada pihak KKM berkenaan pelaksanaan social distancing kepada orang
ramai yang tidak terlibat dengan Himpunan Jemaah Tabligh berkenaan.

Timbul persoalan; adakah solat berjemaah boleh dilakukan dengan kaedah social
distancing? Sekiranya pihak berkuasa agama negeri memerintahkan penangguhan
aktiviti Solat Berjemaah dan Solat Jumaat di masjid-masjid dan suraru-surau bagi suatu
waktu yang ditetapkan, untuk tujuan pembersihan, menyahkuman dan menyekat
penyebaran virus, maka tidak berbangkit isu social distancing di masjid-masjid dan
surau-surau kerana solat berjemaah tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut arahan
pihak berkuasa. Pengecualian diberi kepada imam dan bilal yang ditugaskan untuk
menjaga masjid dan mengumandangkan azan pada waktunya.

Namun jika terdapat keperluan, contohnya terhadap individu-individu yang sedang di


kuarantin di rumah, atau di pusat-pusat kesihatan, adakah boleh dilaksanakan solat
berjemaah secara berjarak-jarak?

Hukum ini perlu kita kembalikan kepada hukum asal merapatkan saf dalam solat.
Hukum merapatkan solat adalah sunat dan merupakan salah satu daripada Sunat-
Sunat Hai`ah, bukanlah rukun atau, sunat ab`adh. sebuah hadis:

‫صاَل ِة‬ zِ ُ‫صف‬


َّ ‫وف مِنْ ِإ َقا َم ِة ال‬ ُّ ‫م َفِإنَّ َتسْ ِو َي َة ال‬zْ ‫صفُو َف ُك‬
ُ ‫َس ُّووا‬

Maksudnya: “Luruskan saf-saf kalian, kerana meluruskan saf termasuk


dalam sebahagian menegakkan solat (berjemaah)”.

Riwayat Bukhari (690)

Daripada Abu Mas’ud RA berkata:


‫م‬zْ ‫ِف قُلُو ُب ُك‬
َ ‫ َف َت ْخ َتل‬،‫ َواَل َت ْخ َتلِفُوا‬،‫ اسْ َتوُ وا‬:ُ‫ َو َيقُول‬،ِ‫صاَل ة‬ َ ‫م َيم‬zَ َّ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسل‬
َّ ‫ْس ُح َم َنا ِك َب َنا فِي ال‬ َ ‫هللا‬ َ ‫َك‬
ِ ‫ان َرسُو ُل‬
Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat
sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati
kamu juga turut berselisih.” 

Riwayat Muslim (432)

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

ُ ‫َوس‬
‫ ْال َخلَ َل‬z‫ِّطوا اِإل َما َم َو ُس ُّدوا‬

Maksudnya: “Jadikanlah kedudukan imam berada di tengah dan tutuplah ruang-ruang


kosong.”

Riwayat Abu Daud (681)

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar
R.A bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

ُ ‫ص ًّفا َق َط َع ُه هَّللا‬ َ ‫ص ًّفا َو‬


َ ‫صلَ ُه هَّللا ُ َو َمنْ َق َط َع‬ ِ ‫ت لِل َّش ْي َط‬
َ ‫ان َو َمنْ َو‬
َ ‫ص َل‬ ٍ ‫َوالَ َت َذرُوا فُر َُجا‬

Maksudnya: “Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa


yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan
saf, Allah akan memutuskan dirinya.”

Riwayat Abu Daud (666)

Hukum asal bagi merenggangkan saf adalah dimakruhkan dan meluputkan pahala solat
berjemaah, berdasarkan hadis-hadis di atas.

Namun begitu sekiranya merenggangkan saf dilakukan kerana keperluan, maka hal itu
tidaklah makruh atau diharamkan. Ini berdasarkan kaedah:

‫ت‬
ِ ‫ورا‬
َ ‫ظ‬ُ ْ‫ات ُت ِبي ُح ْال َمح‬
ُ ‫ُور‬
َ ‫ضر‬
َّ ‫ال‬

Maksudnya: “Perkara-perkara darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang


dilarang.”

Rujuk al-Asybah wa al-Nazha`ir (ms.84)

Kaedah lain menyebutkan:

‫ت َأ ْو َخاص ًَّة‬
ْ ‫ُور ِة َعام ًَّة َكا َن‬
َ ‫ضر‬ َ ‫ْال َح‬
َّ ‫اج ُة َت ْن ِز ُل َم ْن ِزلَ َة ال‬
Maksudnya: “Keperluan itu menduduki tempat darurat, pada peringkat umum atau
khas.”

Rujuk al-Asybah wa al-Nazha`ir (ms.88)

Ini boleh dikiaskan dengan isu solat di atas kerusi yang telah kami bahaskan sebelum
ini di mana menjadi kebiasaan di negara-negara umat Islam lain bahawa kerusi solat
untuk jamaah yang uzur diletakkan di bahagian belakang masjid. Oleh sebab itu, para
ulama usul menggagaskan kaedah:

‫اجة‬ َ ‫ال َك َرا َهة َت ُزو ُل‬


َ ‫بالح‬
Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan”

Rujuk Ma`lamah Zayed (no.267)

Perkara-perkara yang dimakruhkan di dalam solat tidak menjadi makruh apabila


terdapat keperluan untuk melalukannya. Contohnya, dalam hadis riwayat Abu Qatadah,
bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬:

‫ َفِإ َذا‬،‫يع‬
ِ ‫ْن الرَّ ِب‬ ِ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َوَأِل ِبي ْال َع‬
ِ ‫اص ب‬ َ ‫هللا‬ ِ ‫ُول‬ ِ ‫ت َرس‬ ِ ‫ب ِب ْن‬ َ ‫ُصلِّي َوه َُو َحا ِم ٌل ُأ َما َم َة ِب ْن‬
َ ‫ت َز ْي َن‬ َ ‫َك‬
َ ‫ان ي‬
َ ‫َقا َم َح َملَ َها َوِإ َذا َس َج َد َو‬
z‫ض َع َها‬

Maksudnya: “Pernah bersolat dalam keadaan mendokong Umamah bin Zainab binti


Rasulullah ‫ﷺ‬, anak Abu al-Aas bin al-Rabi`. Apabila baginda berdiri, baginda
mendokongnya, dan apabila baginda sujud, baginda meletakkannya.”

Riwayat Muslim (543)

Berkata Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Muslim (5/34):

“Diharuskan untuk melakukan perbuatan yang sedikit di dalam solat, maka jika langkah
dua kali itu tidak membatalkan solat tetapi lebih utama tinggalkan melainkan ada
keperluan, sesungguhnya pergerakan kerana keperluan itu tidak
dimakruhkan seperti mana yang dilakukan oleh Nabi ‫ﷺ‬. Hadis ini juga menunjukkan
bahawa dibenarkan untuk imam solat di atas tempat yang lebih tinggi daripada tempat
makmum-makmum, tetapi hukumnya adalah dimakruhkan apabila tempat imam lebih
tinggi atau tempat makmum lebih tinggi, melainkan kerana hajat. Maka jika ada hajat
keperluan seperti tujuannya untuk mengajar perbuatan-perbuatan solat maka tidak
dimakruhkan bahkan sunat berdasarkan hadis ini. Begitu juga apabila seorang
makmum bertujuan mengajar makmum lain perbuatan solat imam yang memerlukan
tempat yang tinggi.”

Syeikh Dr. Labib Najib Abdullah al-Adni, salah seorang ulama bermazhab al-Syafie
daripada Yaman apabila ditanya soalan yang serupa dalam laman webnya[1]. Kami
nukilkan seperti berikut:
“Aku jawab – dengan meminta pertolongan Allah Taala: bahawa solat sebegitu adalah
sah. Perkara ini disebut oleh para ulama kita, Syafieyyah – semoga Allah merahmati
mereka – bahawa apabila imam berkumpul dengan makmum dalam satu masjid maka
sah iqtida’ (solat berjemaah) dengan syarat makmum mengetahui perpindahan
perbuatan-perbuatan imam, dan makmum tidak mendahului imam pada tempatnya. Ini
yang menepati gambaran tersebut.

Akan tetapi; adakah terhasil pahala berjemaah?

Di sisi al-Syihab al-Ramli: ya terhasil.  Di sisi Ibn Hajar, tidak terhasil. Ibarat beliau di
dalam al-Minhaj al-Qowim (hlm. 164):

 “[dan] disunatkan [meluruskan saf dan menyuruhnya] bagi sesiapa sahaja [dan] juga
[yang menjadi imam] sama ada dia sendiri atau orang yang diberi izin [lebih ditekankan]
kerana mengikut (Nabi ‫ )ﷺ‬dan (menjauhi) ancaman yang dijanjikan bagi orang yang
meninggalkan (meluruskan saf). Maksudnya di sini ialah dengan menyempurnakan saf
pertama dan seterusnya, menutup ruang-ruang kosong, dan setiap orang berdiri saling
bersebalahan daripada sudut tiada seseorang lebih terkehadapan dadanya berbading
yang lain, tidak berada di atas orang lain yang bersebelahan (seperti memijak kaki), dan
tidak segera membuat saf kedua sehingga saf pertama sempurna dahulu, dan tidak
juga berdiri dalam suatu saf sehingga sempurna saf yang sebelumnya. Jika diselisihi
satu apa pun daripada peraturan itu, maka hukumnya dimakruhkan.” Intaha.

Berkata al-Tarmasi secara ta`liq dalam perkataannya [Hasyiah al-Tarmasi] (4/41):

“yakni luputlah fadhilat berjemaah di sisi pensyarah (yakni Imam Ibn Hajar), manakala
di sisi al-Syihad al-Ramli: Setiap perkara yang makruh dalam solat berjemaah
meluputkan fadhilatnya melainkan hukum meluruskan saf-saf.” Intaha.

Perkara yang sama juga disebut oleh al-Allamah Ba ‘Isyn rahimahullah dalam Busyra
al-Karim (hlm. 362).

Aku (yakni Dr. Labib) berkata daripada perspektif fiqh:

 “Barangkali hukum makruh di sini hilang di sisi al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami
Rahimahullah Taala apabila keadaannya berlaku akibat hajat dalam
melakukannya. Wallahua`lam.”

Berdasarkan kenyataan dan fakta di atas, kami cenderung kepada pendapat


bahawa diharuskan solat berjemaah secara berjarak-jarak bagi makmum dengan
makmum yang bersebelahan pada waktu wabak sekiranya solat berjemaah itu
masih lagi selamat daripada penularan wabak. Buat masa sekarang, gambaran yang
dibolehkan ialah dalam tatacara solat jenazah. Adapun dalam konteks solat berjemaah
dan solat Jumaat di masjid, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan masih
sedaya upaya berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan kerana kadar jangkitan
Covid-19 masih tinggi sekalipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah
berlangsung selama dua minggu. Oleh itu, kebolehpakaian cadangan ini tertakluk
kepada kebenaran pihak kerajaan selaku Ulil Amri supaya ia tidak menjadi sebab bagi
penularan penyakit dan mendatangkan mudarat kepada pihak yang tidak bersalah.
Justeru, jika solat berjemaah itu boleh membawa kepada penularan wabak maka solat
berjemaah itu sendiri tidak boleh dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai