Anda di halaman 1dari 1

KOD EVIDENS PENERANGAN EVIDENS TARIKH PENTAKSIRAN

B6D1E1 Menggunakan idea kreatif dan


inovatif untuk menyelesaikan
masalah matematik dalam suatu
situasi yang melibatkan gabungan
pengetahuan dan kemahiran
matematik.

Sempena minggu kokurikulum, sekolah anda akan menjalankan satu


perkhemahan badan beruniform di tapak perkhemahan Kem Rekreasi Ulu
Bendul, Negeri Sembilan. Seramai 100 orang pelajar akan terlibat yang
mewakili badan beruniform seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSM), Kadet Polis, Kadet Bomba dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
(PPIM). Anda sebagai AJK Persiapan Tempat telah ditugaskan untuk
melakar tapak perkhemahan berbentuk segi tiga ABC. Setiap bucu
kawasan ditandakan dengan tiang A, tiang B dan tiang C. Jarak antara
tiang A dan tiang C ialah 5.8 m, manakala sudut pada tiang A adalah 105
dan tiang C adalah 45.

Dengan menggunakan pembaris dan jangkalukis sahaja, bina satu rajah


untuk mewakili kawasan perkhemahan tersebut. 1 cm pada lukisan anda
mewakili 1 meter pada jarak sebenar.

Bentangkan hasil kerja anda di hadapan kelas dengan menggunakan


perisian persembahan Power Point.

Anda mungkin juga menyukai