Anda di halaman 1dari 2

Mata Pelajaran

Kategori
Konstruk
Aras
Jenis Soalan
Tingkatan
Bidang
Tajuk
Objektif Pembelajaran
Hasil Pembelajaran

Matematik
Model (PISA)*
Aplikasi
Sederhana
Subjektif
Satu
Integer
Nombor Berarah
Melaksanakan operasi keatas nombor bulat dan perpuluhan
1. Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor

Pengetahuan Sedia Ada

bulat dan perpuluhan.


Melakukan pengiraan yang melibatkan semua operasi
nombor bulat dan perpuluhan.

Catatan
Soalan 1:
Australia sedang dilanda gelombang panas yang melampau. Suhu hariannya boleh
melebihi 40 C. Perubahan suhu yang mendadak menyebabkan penggunaan elektrik yang
sangat tinggi dan telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.
Thomas berada di Australia untuk menghadiri satu taklimat HOTS, suhu luar pada hari
tersebut pada suhu 44 C. Thomas masuk ke dalam bilik dan menghidupkan penghawa dingin
pada pukul 1.00 petang. Suhu bilik turun 2 C setiap lima minit. Selepas setengah jam, kawan
Thomas masuk ke bilik tersebut. Berapa lama kawan Thomas perlu menunggu supaya suhu
dalam bilik tersebut berada pada suhu 20 C.

Cadangan Penyelesaian:
Penurunan suhu bilik selepas 30 minit
2

= 30 C
5

= 12 C
Suhu bilik pada 1.30 petang
= 44 C 12 C
= 32 C
Perubahan suhu
= 32 C 20 C
= 12 C
Tempoh masa yang perlu ditunggu
= (12 C 2 C) 5 minit
= 30 minit
Kawan Thomas perlu tunggu selama 30 minit.

Mata Pelajaran
Kategori
Konstruk
Aras
Jenis Soalan
Tingkatan
Bidang
Tajuk
Objektif Pembelajaran
Hasil Pembelajaran

Matematik
Model (TIMSS)*
Aplikasi
Sederhana
Subjektif
Satu
Nombor
Nombor Bulat dan Perpuluhan
Melaksanakan operasi keatas nombor bulat dan perpuluhan
2. Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor

Pengetahuan Sedia Ada

bulat dan perpuluhan.


Melakukan pengiraan yang melibatkan semua operasi
nombor bulat dan perpuluhan.

Catatan
Soalan TIMSS:
1. Adila ingin membuat kek coklat sempena majlis harijadi anaknya yang ke-3 di rumah
mertuanya. Di rumah mertuanya hanya terdapat loyang kek yang berbentuk segiempat
tepat dengan keluasan 600 cm. Jika dia memotong kek itu dengan keluasan setiap
potongan 30 cm, berapa biji kek yang Adila perlu sediakan bagi memastikan 50 orang
tetamunya dapat menikmati kek coklat yang dibuatnya.

Cadangan penyelesaian:
600 cm 30 cm = 20 potongan kek bagi satu kek
50 orang tetamu 20 potongan kek 2.5 biji kek
Bagi memastikan semua tetamu menikmati kek coklat yang dibuat oleh Adila, dia perlu
menyediakan 3 biji kek.

Anda mungkin juga menyukai