Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Guru adalah profesion yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin


masyarakat. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan
kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran
peribadinya. Selain itu, menurut Mak Song Sang,1988 Seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka
sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan. Oleh itu,
dapatlah dikatakan guru adalah orang bertanggungjawab membentuk tamadun
manusia di dunia menerusi penyebaran ilmu kepada masyarakat. Justeru semua
guru harus menyedari tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik sebagai
pendidik dan pemimpin masyarakat yang menjalankan tugas serta tanggungjawab
secara ikhlas dan jujur.

Seterusnya, para guru di negara ini dapat berperanan seperti diharapkan


telah digariskan akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara. Antaranya
tanggungjawab sebagai guru ialah beliau hendaklah menjalankan tugas untuk
menyebarkan cita-cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada
prinsip-prinsip Rukun Negara. Selain itu, guru juga harus memupuk nilai dan sikap
murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang kaum dalam diri pelajar.
Dengan hal ini, guru juga hendaklah menenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat.

Namun akauntabiliti keguruan perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya


seseorang guru berkenaan mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya, maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik
dan akan gagal dalam melahirkan modal insan seperti yang dinyatakan negara ini.
Hal ini juga akan menjatuhkan martabat profesion keguruan.

Anda mungkin juga menyukai