Anda di halaman 1dari 2

Soalan SCE 3133

1 Sesuatu masalah kajian boleh dikaji dengan reka bentuk yang berlainan berdasarkan
tujuan penyelidikan yang hendak dilaksanakan.
Jika konteks masalah ialah kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid,
huraikan bagaimana kajian berbeza boleh dilaksanakan berkenaan masalah tersebut
dengan menggunakan reka bentuk eksperimen dan tinjauan. Huraian anda harus
merangkumi tujuan kajian dan ciri-ciri utama setiap reka bentuk tersebut berdasarkan
contoh yang sesuai.

2. Seorang guru matematik mendapati bahawa murid-muridnya sentiasa kelihatan bodan


dalam kelas matematiknya. Walaupun kerap ditegur, mereka masih tidak memberi
tumpuan kepada pengajaran guru. Berpandukan situasi di atas, huriakan satu
penyelidikan tindakan yang boleh dilaksanakan bagi mengkaji isu yang dihadapi oleh
guru matematik tersebut.

3. Interprestasi data adalah satu prosedur penting dalam menulis dapatan penyelidikan
tindakan. Berikut adalah penulisan interpretasi dapatan seorang guru dalam kajiannya
yang berkaitan penggunaan pembelajaran koperatif untuk membantu murid belajar topik
pecahan.

Analisis daripada ujian pra dan pasca, nota pemerhatian dan semakan hasil kerja murid
menunjukkan kefahaman murid dalam menambah dua pecahan wajar bertambahbaik
selepas menggunakan pembelajaran koperatif. Dapatan ini menunjukkan pembelajaran
koperatif boleh membantu murid saya menguasai kemahiran menambah dua pecahan
wajar. Dapatan ini adalah tidak hairan memandangkan pembelajaran koperatif
menggalakkan murid-murid membantu satu sama lain dalam pembelajaran.

Pada pendapat anda, terangkan sama ada penulisan interprestasi data tersebut dapat
memberi makna kepada hasil dapatan. Berikan hujah anda dengan merujuk kepada
contoh-contoh teknik membuat interprestasi data.

4. Penyelidikan kualitatif dan kuantitatif mempunyai perspektif berbeza tentang


pernyataan sesuatu tajuk, ulasan literatur, pengumpulan data dan penulisan laopran.
Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, huraikan bagaimana
penyelidikan kualitatif dan kuantitatif berbeza dalam aspek-aspek yang disebut di atas.

5. Murid Tahun 3 Anggerik sering tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan yang
dijalankan. Saya juga menghadapi masalah untuk meneruskan pengajaran kepada topik
baru kerana lembaran kerja dan tugasan yang diberikan dalam kelas tidak disiapkan atau
jika siap, hasilnya kurang memuaskan. Saya sangat risau tentang perkara ini. Saya
bercadang untuk menggunakan sistem ganjaran kepada kelas ini.
Bina satu ringkasan proposal penyelidikan tindakan yang anda boleh jalankan untuk isu
di atas.

6. Penerbitan hasil kajian dalam jurnal adalah satu cara menyebar luas hasil sesuatu
kajian.
Jika anda ialah seorang penerbit sebuah jurnal penyelidikan tindakan, bincangkan
kriteria artikel yang sesuai diterbitkan dalam jurnal anda. Beri justifikasi setiap kriteria
yang anda beri.

7. Penyelidikan tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam
situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasi amalan sosial kendiri,
kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan
(Kemmis, 1988;42)
Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.

8. Cikgu Eileen seorang guru Tahun 4, ingin melaksanakan satu kajian tindakan untuk
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran beliau di bilik darjah. Fokus
kajiannya adalah menambah baik pengendalian aktiviti eksperimen dengan
menggunakan manual amali Sains.
Sediakan cadangan kajian tindakan bagi fokus kajian tersebut di atas.

9. Seseorang penyelidikan tidak boleh mempiagiat apa-apa idea, penulisan data atau
ciptaan orang lain.
Pertimbangkan penyataan tersebut dalam konteks penulisan laporan kajian tindakan.

1. Xian hern & xin yi


2. Ah ming & jia wei
3. Zi jie & Ah tai
4. Yoong yoong & Chui Ying
5. Michelle & Jia Chyi
6. Hui yu & Shi Ying
7. Ewe jin & Ah ho
8. Ah kew & Shau Liang
9. See Chiong & Yeng Thai

Anda mungkin juga menyukai