Anda di halaman 1dari 8

Kata Ganti Nama

( saya / kamu / kami / kita / mereka / kalian / hamba /


patik / beta / baginda / anda / beliau / aku / tuan /
puan / saudara / saudari / awak / engkau / dia / -nya)

1. Maafkan ( saya ), cikgu.


2. Cikgu maafkan ( kamu ).
3. ( Beliau ) guru kelas saya.
4. ( Beliau ) seorang hakim yang adil.
5. ( Dia ) kawan baik saya.
6. Kok Weng suka menolong orang lain. ( Dia ) seorang budak
yang baik hati.
7. ( Kita ) harus menjaga alam sekitar.
8. Abang dan saya mempunyai hobi yang sama. ( Kami ) suka
memancing ikan.
9. ( Kita ) harus makan makanan yang berkhasiat.
10. Mari ( kita ) membersihkan kawasan rumah pada hari
Ahad ini, kata ibu.
11. Abang dan kakak saya suka membaca buku. ( Mereka )
selalu membaca buku di perpustakaan.
12. Sila ( kalian ) beratur mengikut kelas masing-masing.
13. Adik dan saya suka bermain badminton. ( Kami ) bermain
badminton pada setiap petang.
14. Ben dan kawannya sedang menunggu bas. ( Mereka )
membaca buku sementara menunggu bas tiba.

15. Puan Chia guru kelas saya. ( ) mengajar Bahasa Malaysia.


A. Dia B. Aku C. Kamu D. Beliau
16. ( ) harus mendengar nasihat ibu, kata abang kepada
saya.
A. Aku B. Saya C. Awak D. Beliau
17. Abang dan kawan-kawannya pergi berkelah di tepi pantai.
( ) berkelah di pantai Port Dickson.
A. Kita B. Kami C. Kalian D. Mereka
18. ( ) dikehendaki berhimpun di padang sekarang, pesan
Cikgu Mah kepada murid-murid.
A. Kami B. Kamu C. Awak D. Kalian
19. Mandy kawan baik saya. ( ) selalu membantu ( )
dalam pelajaran.
A. Dia, saya B. Dia, kamu

C. Kamu, saya D. Beliau, saya

Kata Arah

1. Ibu menyimpan ikan di ( dalam ) peti sejuk.

2. Di ( tepi / hadapan / belakang ) rumah datuk ada sebuah


dusun buah-buahan.

3. Abang saya selalu memancing ikan di ( tepi ) sungai itu.

4. Pak Farid sedang menuai padi di ( dalam ) sawah.

5. Melinda duduk di ( atas ) sofa sambil membaca buku cerita.

6. Bau busuk itu datang dari ( ) longkang.

A. dalam B. bawah C. atas D. sisi


7. Pensel yang sudah patah itu disorokkan di ( ) pintu.

A. atas B. dalam C. belakang D. bawah

8. Abang meletakkan kasutnya di ( ) rak.

A. dalam B. atas C. sisi D. hujung

9. Keluarga miskin itu tinggal di ( ) kampung kerana


disisihkan oleh penduduk di situ.

A. hujung B. sisi C. sebelah D. antara

10. Pelbagai jenis makanan dihidangkan di ( ) meja.

A. atas B. sisi C. puncak D. pangkal

11. Budak perempuan itu duduk di ( ) ibunya sepanjang majlis


cukur jambul itu berlangsung.

A. penjuru B. bawah C. atas D. sisi

12. Sekumpulan mahasiswa telah berjaya sampai di ( )


gunung itu.

A. hujung B. lereng C. pangkal D. puncak

13. Rak yang baru dibeli oleh ibu diletakkan di ( ) ruang


tamu rumah kami.

A. penjuru B. sisi C. bawah D. atas

Kata Sendi Nama

1. Ibu membeli sayur ( di ) pasar.


2. Ibu berjalan kaki ( ke ) pasar.

3. Murid-murid membaca buku ( di ) perpustakaan.

4. Kami melawat ( ke ) zoo pada hari Ahad yang lalu.

5. Bola sepak Karim terjatuh ( ke ) dalam sungai.

6. Jeff menternak ikan emas ( di ) dalam akuarium.

7. Nenek memberi sebungkus angpau ( kepada ) saya.

8. Saya bangun ( pada ) pukul 6.00 pagi.

9. Kah Wai memberi makanan ( kepada ) anjing.

10. Abang menampal lukisan ( pada ) buku latihan.

11. Nini meniup lilin ( pada ) kek hari jadi.

12. Bapa mengucapkan terima kasih ( kepada ) posmen.

13. Saya akan menonton televisyen ( pada ) pukul 8.00 malam.

14. Cikgu Tan menulis sesuatu ( pada ) papan hitam.

15. Abang baru pulang ( dari ) sekolah.

16. Kakak mengambil bekas makanan ( dari ) peti sejuk.

17. Pokok epal lebih tinggi ( daripada ) pokok mawar.

18. Kerusi ini diperbuat ( daripada ) kayu.

19. Hujan turun ( dari ) awal pagi hingga sekarang.

20. Beg ini diperbuat ( daripada ) kulit asli.


21. Saya menerima sebungkus angpau ( daripada ) nenek.

22. Matahari terbit ( dari ) timur.

23. Kakak lebih gemuk ( daripada ) saya.

24. Kakak menerima piala ( daripada ) guru besar.

25. Jiran baharu kami berasal ( dari ) Taiwan.

26. Tayar diperbuat ( daripada ) getah.

27. Bas ini bertolak ( dari ) Kuala Lumpur ke Melaka.

28. Rambut Wendy lebih pendek ( daripada ) saya.

29. Semangat kejiranan penting ( ) melahirkan hubungan


yang baik sesama jiran tetangga.

A. dari B. untuk C. kepada D. daripada

30. Dia telah membeli cenderamata yang dipesan ( )


kawannya semasa bercuti di Melaka.

A. kepada B. daripada C. dengan D. oleh

31. Siti Marlisa mengucapkan terima kasih ( ) Soo Ai Ling


yang telah membantunya.

A. pada B. kepada C. daripada D. bagi

32. Joanne berkawan ( ) Julia sejak mereka kecil lagi.


a. kepada B. dengan C. dari D. sejak
33. Haniza mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan
( ) sahabat lamanya.

A. hingga B. daripada C. dari D. kepada

dengan / oleh

Kereta itu dipandu ( dengan ) lajunya.

Kereta itu dipandu ( oleh ) Alvin.

Daging itu dicincang ( dengan ) sebilah pisau.

Daging itu dicincang ( oleh ) ibu.

Kata Hubung
1. Saya ( dan ) adik suka makan epal.
2. Kamu hendak makan tembikai ( atau ) epal?
3. Kamu hendak makan nasi ( atau ) mi? tanya ibu.
4. Saya suka makan epal ( tetapi ) tidak suka makan betik.
5. Saya suka makan durian ( kerana ) rasanya sangat sedap.
6. Orang itu ditangkap ( kerana ) mencuri barang.
7. Abang saya kurus ( tetapi ) kuat makan.
8. Giginya sakit ( kerana ) makan terlalu banyak gula-gula.
9. Adik saya cerdik ( tetapi ) malas.
10. Bapa membaca surat khabar ( sambil ) makan roti.
11. Abang menanggalkan stoking ( lalu ) membersihkan stoking
itu.
12. Adik berjoging ( sambil ) mendengar lagu.
13. William terjatuh dari pokok ( lalu ) pengsan.
14. Abang menonton televisyen ( sambil ) makan.
15. Jane berlari ( sambil ) menjerit-jerit.
16. Abang berasa letih ( lalu ) tertidur di atas sofa.
17. Ibu masuk ke dalam bilik ( lalu ) memasang lampu.
18. Kakak sedang menggosok baju ( sambil ) mendengar radio.
19. Lori itu terbabas ( lalu ) terlanggar tiang lampu di tepi
jalan.
20. Swee Lin tidak hadir ke sekolah ( kerana ) sakit perut.
21. Siti menghias dirinya ( supaya ) kelihatan cantik dan
menawan.

Kata Bantu (telah / pernah / belum / masih)


1. Mereka tidak ( pernah) berjumpa sebelum ini.
2. Ayah ( telah ) pulang ke rumah dari tempat bekerja.
3. Pasu itu ( telah ) pecah kerana dilanggar oleh seekor
kucing.
4. Ain dan Syira ( pernah ) belajar di sekolah yang sama.
5. Dia tidak ( pernah ) datang lewat ke sekolah.
6. Saya ( telah ) memulangkan buku itu semalam.
7. Semua murid ( telah ) pulang ke rumah.
8. Abang ( pernah ) bekerja di Singapura selama tiga tahun.
9. Rahim ( belum ) memulangkan buku yang dipinjamnya.
10. Budak-budak itu ( masih ) bermain bola walaupun hujan.
11. Hanya Nelson yang ( belum ) menghantar kertas ujian itu.
12. Weng Keat ( masih ) lena walaupun sudah tengah hari.
13. Sampah di belakang rumah ( belum ) dikutip lagi.
14. Adik ( masih ) menangis walaupun telah dipujuk oleh kakak.

Anda mungkin juga menyukai