Anda di halaman 1dari 9

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

Disediakan Oleh :

Intan Najihah binti Zamani,


Pengerusi,
Exco Kerohanian dan Insaniah,
IPG Kampus Perempuan Melayu.
Disemak oleh:

Puan Mahani binti Ismail,


Penasihat Exco Kerohanian dan Insaniah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu.
Disahkan Oleh :

Puan Zamrah Binti Bongsu,


Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu.
Disahkan Oleh :

Pn. Suriyati binti,


Ketua Unit Pengurusan,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

DILULUSKAN OLEH:

Puan Siti Norkiah Binti Idris,


Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

IMAN ILMU AMAL


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
75400 DURIAN DAUN, MELAKA

KERTAS KERJA
TAZKIRAH MINGGUAN

TARIKH/HARI
JUMAAT (SEPANJANG TAHUN)

TEMPAT
PUSAT ISLAM SAYYIDAH AISYAH
(PISA)

ANJURAN
EXCO KEROHANIAN DAN INSANIAH
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017/2018

KERJASAMA
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
JAWATANKUASA PUSAT ISLAM SAYYIDAH AISYAH 2017/2018

IMAN ILMU AMAL


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

KERTAS KERJA
TAZKIRAH MINGGUAN

1.0 PENDAHULUAN
Peperiksaan akhir semester merupakan peperiksaan yang amat penting bagi
menentukan dan melihat sejauh mana pencapaian yang dicapai oleh setiap guru pelatih.
Bertepatan dengan itu juga segala jerih perih usaha pendidik guru dalam melayari
estetika persediaan sebagai guru sepanjang semester akan teruji dalam peperiksaan ini.
Waima usaha saja sudah semestinya tidak cukup bagi menghadapi ujian segetir ini.
Sebagai teras Islam serta penghayatan kerohanian yang jitu, keberkatan dalam hidup
juga menjadi istilah penting sebagai muslimah sejati. Ironinya juga keberkatan memberi
seribu satu semangat dan iltizam kepada kehidupan yang lebih bersedia dan mantap.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menerapkan unsur


kerohanian, kepercayaan kepada pencipta menjadi medan utama mencari keredhaan
dan keberkatan dalam menghadapi peperiksaan yang mencabar dan penuh debaran.
Seusai usaha telah dilakukan, maka doa dan tawakal menjadi rasionalisasi terakhir
untuk melangkah ke medan peperiksaan.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
: Telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani
Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku
semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang
kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan,
maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka
biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan
memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.
(Hadis riwayat Abu Naim)

Demi menyahut seruan hadis di atas maka program ini dianjurkan bersempena
memohon keberkatan dalam menjalani peperiksaan akan mendatang bermula demi
menggambarkan kebergantungan kepada yang Khalik dalam sebarang urusan.

IMAN ILMU AMAL


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

2.0 RASIONAL

Rasional diadakan program ini ialah :


2.1 Menyemarakkan semangat juang dan bersungguh-sungguh dalam diri siswi
pendidik untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.
2.2 Dapat memberi keinsafan kepada siswi guru.
2.3 Dapat merapatkan ukhwah antara kalangan siswi guru dan para pensyarah.
2.4 Dapat mengurangkan tekanan peperiksaan.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini ialah untuk memberi semangat dan motivasi kepada para siswi
guru agar tidak mudah berputus asa dalam mencari keberkatan Ilahi untuk menuntut
ilmu. Keberkatan daripada Ilahi akan membolehkan siswi guru mampu menghadapi dan
bersedia menghadapi peperiksaan akhir semester dan supaya sentiasa dijauhi segala
bala dan musibah dalam perjalanan menghadapi peperiksaan dengan jayanya.
Keberkatan dalam hidup menjadi kunci utama kepada kejayaan seseorang. Dengan
keberkatan seseorang dapat melakukan yang terbaik dalam semua perkara yang
dilakukan. Dalam mencari keberkatan, siswi guru digalakkan memperbanyakkan doa.
Doa senjata orang mukmin. Bertepatan dengan itu juga, doa menjadi pencetus kepada
nilaian hidup yang diredhai dan kekuatan hidup seseorang muslim, muslimah sejati.
Waima, dugaan yang datang tersangat berat, berkat doa beramai-ramai jemaah, dapat
meringankan beban tersebut dengan natijah yang lebih baik. Keberkatan juga
membuatkan segala doa akan dikabulkan. Tuntasnya, segala bala dan musibah dapat
diatasi sekiranya berpegang kepada kepercayaan doa akan dikabulkan Allah dan hidup
dibawah keberkatan Ilahi. Dengan keyakinan tersebut dapat mengurangkan resah,
bahkan memberi kekuatan dan keyakinan untuk berjaya dalam peperiksaan dan ujian
mendatang.

3.0 OBJEKTIF

IMAN ILMU AMAL


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

Beberapa objektif telah digariskan melalui pelaksanaan Program Bingkisan Keberkatan


ini. Objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:
3.1 Memohon keberkatan dari Ilahi dan para pensyarah.
3.2 Melapangkan pemikiran dan menenangkan jiwa untuk menghadapi peperiksaan.
3.4 Merapatkan ukhwah sesama siswi guru.
3.5 Memberi keyakinan dan kekuatan kepada siswi guru dalam menghadapi
peperiksaan ini.
3.6 Meningkatkan semangat motivasi kepada siswi guru untuk membuat yang terbaik
dalam peperiksaan.

4.0 PENGANJUR

Exco Kerohanian dan Insaniah JPP IPG Kampus Perempuan Melayu sesi 17/18.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu
Jawatankuasa Pusat Islam Sayyidah Aisyah (PISA) sesi 17/18

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua siswi guru

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : Setiap hari jumaat
Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.
Tempat : Balai Islam Saidatina Aisyah

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

IMAN ILMU AMAL


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

Program ini akan diadakan pada setiap hari jumaat pada waktu pagi sebelum sesi kuliah
bermula. Pada waktu ini sesuai diadakan kerana hari Jumaat merupakan penghulu pada
segala hari. Selain itu, semua penyarah juga akan melibatkan diri dengan tazkirah
mingguan di Pusat Islam Sayyidah Aisyah (PISA)

8.0 AHLI JAWATANKUASA


(RUJUK LAMPIRAN A)

9.0 TENTATIF MAJLIS


(RUJUK LAMPIRAN B)

10.0 BELANJAWAN
(RUJUK LAMPIRAN C)

11.0 PENUTUP

Harapan penganjur program ini akan dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan dan
mendapat kerjasama daripada semua pihak sekali gusmencapai objektif program.
Selain itu, penganjur juga berharap program ini dapat dijadikan sebagai program rutin
untuk melahirkan siswi guru yang cemerlang dalam setiap aspek.

LAMPIRAN A
IMAN ILMU AMAL
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

JAWATANKUASA PROGRAM BINGKISAN KEBERKATAN


Jawatankuasa Induk
Penaung : Puan Siti Norkiah Binti Idris
(Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu)
Pengerusi : Puan Zamrah binti Bongsu
(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
Penasihat : Puan Mahani binti Ismail
(Penasihat Exco Kerohanian dan Insaniah)

Jawatankuasa Pelaksana
Pengarah Program : Intan Najihah binti Zamani
Timb. Pengarah Program : Asyiah binti Zolkipli
Setiausaha : Siti Khadijah binti Fadzil
Bendahari : Nurul Afida binti Kamar

JK Kawalan Disiplin dan Protokol


Biro Program Kerohanian Pelajar (PISA)

JK Teknikal dan Tempat


Exco Teknologi dan Informasi

JK Publisiti dan Dokumentasi


Biro Pembangunan dan Keceriaan

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM TAZKIRAH MINGGUAN


IMAN ILMU AMAL
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

7.15 pagi : Ketibaan pensyarah dan guru pelatih.

7.30 pagi : Qasidah/Zikir/Doa


: Tazkirah

8.00 pagi : Bersurai

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM BINGKISAN KEBERKATAN

IMAN ILMU AMAL


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK PM

JUMLAH
BIL PERKARA KOS BILANGAN SUMBER
(RM)
Jabatan
Teknologi
LCD Pendidikan
1 - - -
Projektor / Jabatan
Hal Ehwal
Pelajar

JUMLAH KESELURUHAN -

IMAN ILMU AMAL

Anda mungkin juga menyukai