Anda di halaman 1dari 3

Konsep Penambahbaikan Sekolah

Soalan :
"If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. We too, will not survive if
we dont respond to the radical way in which the world is changing" Charles Handy...

Pernyataan ini menunjukkan jika kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku yang sentiasa
menekan diri sendiri, kita akan mati. Ini menggambarkan keadaan di sekolah yang perlu menangani kehendak
masyarakat.

Soalannya apakah perubahan pada hari ini yang memerlukan warga sekolah berubah? Adakah sekolah anda
memastikan perkara ini berlaku sekiranya anda seorang pemimpin sekolah?

dan

Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?

Jawapan :

Pada pendapat saya, sekolah mesti berubah mengikut arus perubahan sejagat. Kegagalan
sekolah untuk berubah menyebabkan ianya tidak lagi relevan terhadap dengan keadaan
sekelilingnya.
Sebagai contoh pada masa kini, peranan dan pengaruh ICT dan internet sangat besar dalam
kehidupan kita. Namun dilihat masih terdapat sekolah dan warga yang tidak tahu
menggunakan ICT dan internet serta seterusnya tidak menggalakkan pelajar mempelajarinya.
Malahan keadaan bertambah lebih teruk apabila guru bertindak menyekat penggunaan
internet di sekolah dengan pelbagai alasan yang munasabah dan tidak munasabah. Sedangkan
kita telah sedia maklum bahawa kanak-kanak berumur seawal 3 tahun sudah tahu
menggunakan internet serta gajet terbaru dipasaran seperti iPad, iPod, Tablet, Note dan
telefon pintar.

Selain itu, perubahan perlu dibuat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
pentaksiran. Bagi menghasilkan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik, warga sekolah perlukan bersama-sama untuk mewujudkan perkongsian ilmu dengan
mengamalkan Profesionalisme Learning Community (PLC). Jika dahulu, guru kurang
mengamalkan perkongsian ilmu pengetahuan dan lebih bersikap individualistik. Melalui PLC
ini guru baru dan guru berpengalaman bersama-sama mencurahkan idea dan akhirnya akan
membentuk satu budaya yang baik di kalangan warganya rentetan dari kejelekitan yang
wujud antara mereka.

SEKOLAH BERKESAN :
Mengikut kefahaman saya, sekolah berkesan adalah sekolah yang berjaya meningkatkan
prestasi dan pencapaian akademik pelajarnya. Sekolah berkesan juga berjaya membentuk satu
iklim dan budaya cemerlang yang sentiasa diamalkan oleh warganya.
Sebelas ciri sekolah berkesan yang dirumus oleh Mortimore ialah:

(a) Kepemimpinan profesional


Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus
mempunyai pentadbir proaktif yang
menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses
memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan
musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan
menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada
pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan
kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta
sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan
dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

(b) Perkongsian wawasan dan tujuan


Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah
serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada
pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan
piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga
bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta
penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.

(c) Persekitaran pembelajaran


Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah
yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang
tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam
suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar
yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

(d) Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran


Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana
keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah.
Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut
memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian
oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan
masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata
pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada
pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif
murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar
bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang
berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-
kemahiran asas.

e) Pengajaran yang bertujuan


Mortimore mendapati kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping
memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai
organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang
fleksibel.

f) Jangkaan kejayaan yang tinggi


Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang
terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan
yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati
sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga
sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang
mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.

(g) Pengukuhan yang positif


Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor
penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil.
Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa
kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di
sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap
tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu
disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.

(h) Memantau kemajuan


Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa
melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat
menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan
kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan
kaedah mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan
guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

(i) Hak dan tanggungjawab pelajar


Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha
meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam
pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan
tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

(j) Hubungan rumah-sekolah


Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi
meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu
bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini
seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan
anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula
mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

(k) Organisasi Pembelajaran


Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai
organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu
profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program
perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan
mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH :

penambahbaikan sekolah bermaksud usaha-usaha atau amalan yang dilakukana secara


berterusan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurang yang wujud dalam sesebuah sekolah
dan seterusnya berusaha mempelbagaikan kaedah dan aktiviti serta program bagi
mempertingkatkan lagi prestasi dan pencapaian kecemerlangan sekolah dan pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai