Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Kami memilih bab 6 iaitu motivasi kerana kami berpendapat motivasi ini merupakan
suatu elemen yang amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Setiap
pekerja mahupun peringkat atasan sehinggakan pekerja diperingkat bawahan perlu
mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Motivasi ini dapat dilihat apabila
seseorang pekerja memberikan komitmen dan berusaha bersungguh-sungguh dalam tugasan
kerja yang diberikan serta berjaya menunjukkan prestasi yang tinggi. Motivasi merupakan
satu set kuasa bertenaga yang berasal dalam dan luar seorang pekerja yang memulakan usaha
yang berkaitan dengan kerja dan menentukan arah, intensiti dan kegigihan. Ia dapat dinilai
dengan apa yang dilakukan oleh seseorang pekerja itu, sejauh mana tahap kesukaran tugasan
yang diberikan dan berapa lama masa yang diambil bagi menyiapkan sesebuah tugasan.
Terdapat 4 teori dalam bab motivasi ini iaitu teori jangkaan, teori penetapan matlamat, teori
ekuiti dan teori pemberdayaan psikologi. Dalam video yang kami lakonkan kami telah
memilih salah satu dari teori motivasi iaitu teori jangkaan.

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, definisi motivasi adalah keinginan yang
keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau
melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Motivasi berasal dari bahasa
Latin iaitu movere yang bermaksud dorongan atau gerakan. Motivasi adalah dorongan
psikologi dan membantu mengarahkan seseorang ke arah sesuatu tujuan bagi mencapai
matlamat, visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan bagi sesebuah syarikat. Kebiasaannya,
setiap tindakan yang dilalukan oleh manusia selalu diawali dengan motivasi. Kejayaan
sesebuah organisasi pastinya terletak ditangan pekerja yang berada di dalam sesebuah
organisasi tersebut. Pekerja merupakan modal dan penggerak kepada pencapaian matlamat
dalam sesebuah organisasi.

Bagi menjadi seorang pekerja yang bermotivasi serta berkualiti dalam


menyempurnakan matlamat penubuhan sesebuah organisasi ternyata bukan mudah kerana
kekangan yang dihadapi oleh setiap pekerja dalam menjalani kehidupan seharian yang
semakin mencabar dari semasa ke semasa. Setiap pekerja mempunyai potensi serta prestasi
yang berbeza dan memberikan satu persepsi yang kukuh bahawa pekerja yang menunjukkan
prestasi yang tinggi memerlukan perhatian dan pengawasan yang kurang berbanding pekerja
yang menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Hal ini demikian kerana
pekerja yang menghasilkan produktiviti yang rendah mungkin kurang bermotivasi dalam
pelaksanaan tugasan yang diberikan. Jadi, pengawasan yang khusus dan lebih perlu diberikan
kepada pekerja yang didapati mempunyai prestasi kerja yang kurang memuaskan kerana
mungkin pekerja tersebut mengalami masalah tersendiri di tempat kerja agar ia tidak terus
berlarutan sehinggakan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi. Segelintir pula, prestasi
kerjanya dikira amat baik tetapi tidak dihargai oleh pihak atasan dan seterusnya menyebabkan
pekerja tersebut mengalami stress dan dapat mengurangkan motivasinya dalam pelaksanaan
sesuatu tugasan yang diberikan. Oleh itu, pihak atasan perlu memainkan peranan yang
penting iaitu memberikan motivasi yang sewajarnya kepada setiap pekerja agar matlamat
organisasi dapat dicapai.

Rujukan:

1. Zatilarumah bt Deraman (2004), Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pekerja


kumpulan sokongan di jabatan pendidikan negeri Sarawak.
2. Pusat rujukan persuratan melayu, kamus dewan bahasa dan pustaka Malaysia online
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=motivasi

Anda mungkin juga menyukai