Anda di halaman 1dari 2

Rumusan

Tajuk Artikal: Remaja, Kemiskinan Dan Juvana Suatu Realiti

Pada pandangan saya, dapatlah disimpulkan bahawa keruntuhan moral dalam kalangan

remaja akan menyebabkan berlakunya juvana. Pada zaman dulu, golongan remaja yang

terlibat dalam kes-kes jenayah yang serius hanyalah kecil bilangannya, tetapi kini angka itu

semakin meningkat dengan mendadak sekali bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang

mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi kesan terhadap masyarakat

dan kredibiliti sekolah yang berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi

muda.

Beberapa faktor telah dibincangkan dalam artikal ini dimana menyumbang kepada

kes jenayah juvana ini. Antaranya, pendapatan yang tidak saksama disebabkan oleh

ketidakseimbangan pembangunan ekonomi serta kurangnya peluang pekerjaan akibat

kelembapan dan ketidakstabilan ekonomi menyumbang kepada masalah kemiskinan dan

seterusnya meningkatkan masalah sosial. Tidak dinafikan sikap juga memainkan peranan.

Kemiskinan merupakan satu masalah sosioekonomi. Orang miskin biasanya terbeban dengan

hutang yang banyak, kurang pendidikan, mempunyai perlindungan kesihatan yang terhad,

tanggungan yang ramai dan lebih terdedah kepada jenayah kerana desakan hidup.

Kes jenayah juga semakin bertambah disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu

yang baru tetapi tidak berpandukan agama dan akal. Golongan remaja terutamanya sering

bertindak mengikut perasaan. Mereka menganggap tindakan mereka betul dan tidak

mengendahkan nasihat atau pandangan orang lain terutamanya orang yang lebih tua atau

berpengalaman seperti ibu bapa dan guru. Selain itu Selain itu, masalah gejala sosial

berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak.
Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak mengambil berat tentang didikan agama

terhadap anak-anak.

Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang mengharapkan pihak lain terutamanya pihak

sekolah dan guru memberikan didikan agama kepada mereka. Pengabaian pendidikan agama

akan menyebabkan remaja tidak mempunyai asas panduan hidup dengan kukuh. Sebagai

contoh, remaja mungkin hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Mereka tidak dapat

menilai baik buruk sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Remaja juga sanggup

melakukan apa-apa sahaja dan mudah terpengaruh dengan situasi yang kurang sihat.

Kecetekan ilmu agama ini menyebabkan remaja kurang kesedaran dan keinsafan diri

sehingga menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam gejala sosial. Jelasnya, ibu bapa

yang tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak turut menyumbang

berlakunya masalah gejala sosial.

Anda mungkin juga menyukai