Anda di halaman 1dari 21

Sistem Swing Forex 4H

Sistem Swing 4H
Bantuan Penyelesaian
Perdagangan Tukaran
Matawang Asing

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 1


Sistem Swing Forex 4H

Kandungan Muka Surat


Pengenalan..................................................................................3
Sistem Swing 4H ..........................................................................5
Setup........................................................................................................................................................5
Persediaan Untuk Open Position.............................................................................................................6
Short/Sell.................................................................................................................................................6
Long/Buy..................................................................................................................................................7

Pembentukan Candlestick...........................................................9
Doji..........................................................................................................................................................9
Engulfing................................................................................................................................................10
Inside Candle (Inside Bar)......................................................................................................................10
Hammer & Hanging Man......................................................................................................................11

Contoh .......................................................................................13
EU 4H dengan Candlestick ....................................................................................................................13
EU 4H Candlestick dan Bollinger Band...................................................................................................14
EU 4H Candlestick, Bollinger Band & Stochastic....................................................................................16

Penutup......................................................................................20

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 2


Sistem Swing Forex 4H

Pengenalan

Selamat datang ke Sistem Swing 4H. Sistem ini bukanlah ciptaan saya
tetapi saya membuat alihbahasa dari sebuah e-book Powerband yang
pernah dibaca dan dijalankan di Demo dan Live Account. Penulis
asalnya menceritakan bahawa sistem ini amatlah mudah, ringkas dan
menguntungkan kepadanya di dalam perdagangan tukaran matawang
asing. Saya membuat beberapa penerangan tambahan bergambar
untuk membantu melihat dengan jelas.

Sistem ini bukanlah akan menjadikan anda kaya dalam semalaman atau
pun sebulan dua tetapi memerlukan banyak latihan dan pemerhatian.
Banyakkan latihan di demo account untuk memberikan keyakinan dan
kefahaman yang lebih dalam sistem ini. Tidak perlu terkejar-kejar untuk
menjalankan di Live Account. Ingatlah seperti yang sering saya
tekankan .. Takkan Lari Pips Dikejar.. Tertinggal hari ini, esok ada
banyak lagi.

Peringatan kepada diri saya sendiri di dalam menggunakan sistem ini ..

Jangan keterlaluan kerana ini akan memusnahkan dan membunuh


diri anda. Sekiranya anda was-was dengan trade itu, jangan masuk
sehinnga keyakinan anda tinggi.

Sekiranya anda telah kalah dalam satu pertarungan, jangan


sesekali berniat untuk membalas dendam dan mengambil semula
wang dan pips yang hilang. Kekalahan adalah satu adat dalam

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 3


Sistem Swing Forex 4H

forex dan kita kena mengambil sikap positive kekalahan itu


dengan mengkaji di mana silapnya.

Kita harus melihat forex untuk satu tempoh yang agak lama.
Mungkin hari ini kita loss tetapi untuk tempoh seminggu, sebulan
dan setahun, hasil kita akan meningkat dengan konsisten dan
stabil

Sistem ini menggunakan beberapa indicator yang sedia ada tanpa


diubahsuai. Ramai yang suka melihat carta yang berwarna-warni, lebih
menarik bersama dengan berbagai-bagai confirmation untuk OP.
Sekiranya anda sukakan carta yang berwarna-warni, ini bukanlah sistem
yang anda cari.

Sekiranya anda dapat memenuhi syarat-syarat di atas, barulah kita


mulakan pembelajaran Sistem Swing 4H ini.

Ikhlas

~warhead~

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 4


Sistem Swing Forex 4H

Sistem Swing 4H

Penulis asal telah memerhatikan dan melihat hasil yang


memberangsangkan dengan menggunakan teknik ringkas ini. Saya
sendiri berasa yakin menggunakan sistem ini seperti yang
ditunjukkan di thread FXOpen dan ramai juga sahabat-sahabat yang
telah mencuba di Real Account dan berjaya mengutip purata 120-
250 pips dalam sesuatu trade.

Mengapa kita menggunakan 4H? Saya merasakan ramai di kalangan


kita ingin trade tetapi tiada masa yang sesuai. Jadi, saya berpendapat
bahawa dengan menggunakan 4H, kita akan mempunyai masa yang
lebih banyak untuk membuat tugasan harian. Apabila kita bermain
dalam 4H, kita hanya perlu melihat setiap 4H apabila CS baru
muncul.

Bagaimanapun setiap orang mempunyai cara dan kesesuaian yang


berlainan. Maka ikutlah selera.

Setup
Sistem 4H ini menggunakan indicator standard yang ringkas. Buka
carta 4H di MT4 Broker masing-masing. Gunakan MT4 yang bermula
dengan GMT00 (jam 5 pagi Malaysia Daylight Saving atau 6 pagi
Standard Time)

Indicator yang digunakan

Candlestick

Bollinger Band (16,2)


Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 5
Sistem Swing Forex 4H

Stochastic (9,3,3)

o Letakkan Level 80 dan 20

Stochastic menganggarkan Over-Bought apabila melepasi 80 dan


bersedia untuk Sell dan Over-Sold apabila menjunam ke 20 dan
bersedia untuk Buy.

Persediaan Untuk Open Position

Perkara utama yang perlu diperhatikan adalah kedudukan CS


menyentuh Bollinger Band (Upper/Lower). Apabila CS telah berada
berhampiran dengan Upper BBand (samada telah menyentuh atau
memotong), kita harus bersedia (ingat ya .. bersedia sahaja, sebab
ianya kita bermain dalam 4H. Market boleh berada di dalam ketidak
tentuan sehingga berakhirnya 4H tersebut).

Kemudian, perhatikan pula kedudukan Stochastic untuk menentukan


samada Stochastic telah pun berada di sekitar 80/20.

Short/Sell
Sekiranya Stochastic sudah melebihi puncak 80 dan menunjukkan
pemusingan arah, kita akan bersedia melakukan Short pada 4H tf
yang baru.

Sekiranya Stochastic sudah melebihi puncak 80, telah pun


bersilang dan keluar dari 80 ke bawah, kita sedia untuk melakukan
Short pada CS yang sama.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 6


Sistem Swing Forex 4H

Long/Buy
Sekiranya Stochastic sudah menjunam ke dalam lembah 20 dan
menunjukkan pemusingan arah, kita akan bersedia melakukan
Long pada 4H tf yang baru.

Sekiranya Stochastic sudah menjunam ke dalam lembah 20, telah


pun bersilang dan keluar dari 20 ke atas, kita sedia untuk
melakukan Long pada CS yang sama.

Apabila kedua syarat telah dipenuhi, kita akan perhatikan bentuk


CS sebelum membuat Open Position. Sekiranya terdapat bentuk
CS yang menunjukkan pertukaran trend, maka kita akan membuat
trade.

Bentuk-bentuk seperti Doji, Hammer, Inverted Hammer, Hanging


Man dan Shooting Star meyakinkan kita bahawa pembalikan arah
akan berlaku.

Pembentukan CS untuk menentukan keadaan psikologi market,


biasanya dengan ketepatan yang tinggi.

Stop Loss diletakkan di tahap Hi/Low yang terakhir dan anjakkan


ke Break-Even setelah mendapat 50 pips. Tetapi saya lebih suka
meletakkan SL +10 pips dari Hi/Low terakhir dan Break-Even +5
pips. Sekiranya saya kena SL setelah profit, saya masih lagi
menang sebanyak 5 pips.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 7


Sistem Swing Forex 4H

Jangan gunakan lebih dari 5% dari equity akaun anda untuk


sesuatu trade. Malah ramai supertraders mencadangkan hanya
3% sahaja dari keseluruhan akaun anda.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 8


Sistem Swing Forex 4H

Pembentukan Candlestick

Terdapat beratus-ratus jenis pembentukan CS tetapi kita hanya akan


memilih beberapa jenis CS sahaja yang boleh menunjukkan ke arah
mana price akan bergerak seterusnya.

Doji

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 9


Sistem Swing Forex 4H

Doji biasanya ditunjukkan oleh pembentukan CS di mana Open Price


dan Close Price adalah sama (perbezaan 1-2 pips juga diterima).
Sekiranya Doji terbentuk setelah sesuatu price berubah dengan banyak,
ianya adalah satu tanda yang kuat bahawa pembalikan arah akan
berlaku. Semak keadaan di mana Stochastic berada di keadaan Over-
Bought atau Over-Sold. Jika ini dapat disahkan, kita berada di dalam
keaadan yang baik untuk bersama-sama dengan arah pasaran selepas
itu.

Engulfing

CS Engulfing merujuk kepada perubahan momentum yang kuat


disebabkan Support/Resistance telah dipecahkan. Untuk Buy, CS yang
sebelumnya adalah Bearish dan CS yang berikutnya adalah Bullish yang
lebih besar dari yang sebelumnya. Sebaliknya adalah untuk Sell.

Inside Candle (Inside Bar)

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 10


Sistem Swing Forex 4H

Pembentukan Inside Candle adalah berlawanan dengan Engulfing di


mana CS yang terbentuk adalah berada di dalam Candle yang pertama
(lebih kecil Hi/Low tidak melepasi CS yang pertama). Pembentukan CS
ini menunjukkan sesuat trend itu semakin kehilangan kekuatan dan
berkemungkinan berlaku perubahan arah. Kita hendaklah
memerhatikan pergerakan CS yang selapas itu sebelum membuat
keputusan kerana Break-Out akan berlaku selepas ini.

Hammer & Hanging Man

Pembentukan CS ini merupakan kesukaan ramai yang menggunakan


Candlestick untuk trade.

Hammer dan Hanging Man dapat juga dijadikan penunjuk pembalikan


arah trend seperti terlihat pada gambar di bawah. Petunjuk ini haruslah
ditentukan dengan CS yang terjadi selepasnya. Syarat Hammer dan
Hanging Man adalah Shadow harus lebih panjang dibandingkan body.

Petunjuk yang ditunjukkan oleh CS dapat dijadikan sebagai petunjuk


awal pergerakan harga tetapi tidak boleh dijadikan sebagai acuan trend

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 11


Sistem Swing Forex 4H

utama kerana ianya menunjukkan pergerakan untuk beberapa CS ke


depan.. (tapi cukup makan 100-200 pips)

Secara keseluruhannya, pembentukan Engulfing dan Hammer memang


banyak membantu memerangkap pips.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 12


Sistem Swing Forex 4H

Contoh

EU 4H dengan Candlestick

Mari kita lihat carta CS EU

Carta 1: EU 4H Candlestick

Carta di atas adalah berdasarkan CS sahaja. Ianya mungkin tidah banyak


membantu untuk membuat trade, tetapi kita boleh mengagak ke mana
CS selepasnya sekiranya kita mahir melihat pattern CS berdasarkan
sedikit panduan Candlestick di muka sebelumnya.
Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 13
Sistem Swing Forex 4H

Mari kita lihat pula bagaimana jika kita gabungkan CS dengan Bollinger
Band.

EU 4H Candlestick dan Bollinger Band

Carta 2: EU 4H Candlestick & Bollinger Band

Carta di atas jelas menunjukkan pergerakan CS apabila menemui Upper


BBand, Mid Bband dan Lower Bband.
Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 14
Sistem Swing Forex 4H

1. Apabila dalam keadaan Uptrend (UT) di mana CS telah menyentuh


Low BBand dan bentuk CS adalah berkeadaan pembalikan arah :-

a. CS akan bergerak dari Low Bband menuju ke Mid Bband.


Sekiranya gagal melepasi Mid Bband yang bertindak sebagai
Resistance, ianya akan turun ke bawah sebelum menguji lagi
kekuatan Resistance tersebut.

b. Sekiranya CS berjaya menembusi Mid Bband, ianya akan


menuju ke Upper Bband.

c. Jadi, Mid Bband dan Upper BBand menjadi T1 & TP2

2. Apabila dalam keadaan Down Trend (DT) di mana CS telah


menyentuh Upper BBand dan bentuk CS adalah berkeadaan
pembalikan arah :-

a. CS akan bergerak dari Upper Bband menuju ke Mid Bband.


Sekiranya gagal melepasi Mid Bband yang bertindak sebagai
Support, ianya akan naik ke atas sebelum menguji lagi
kekuatan Support tersebut.

b. Sekiranya CS berjaya menembusi Mid Bband, ianya akan


menuju ke Upper Bband.

c. Jadi, Mid Bband dan Lower BBand menjadi T1 & TP2

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 15


Sistem Swing Forex 4H

EU 4H Candlestick, Bollinger Band & Stochastic

Carta 3: EU 4H Candlestick, Bollinger Band & Stochastic

Mari kita perhatikan bagaimana hubungan CS, Bollinger Band dan


Stochastic.

Hampir keseluruhan pergerakan CS seiring-sejalan dengan Stochastic


dan Bollinger Band. Apabila Stochastic sudah melebihi 80, CS telah
berada di atas Upper Band dan menghasilkan tanda penolakan (CS

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 16


Sistem Swing Forex 4H

mencucuk jarum ke atas - Hang Man, Shooting Star dan sebagainya), CS


yang berikutnya menunjukkan bearish dan mula bertukar trend.

Upper Band Mid Band Lower BBand

o Upper Band Mid Band

Sekiranya gagal melepasi Mid Band, akan retrace ke


atas sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika
berjaya, akan menuju ke Lower Bband

o Mid Bband Lower BBand

Sekiranya gagal melepasi Lower Band, akan retrace ke


atas sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika
berjaya, akan menuju ke Lower Bband

Proses ini akan berterusan sehingga CS berjaya


melepasi Mid Band untuk menyentuh Upper BBand

Lower Band Mid Band Upper BBand

o Lower Band Mid Band

Sekiranya gagal melepasi Mid Band, akan retrace ke


bawah sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika
berjaya, akan menuju ke Upper Bband

Sekiranya gagal melepasi Lower Band, akan retrace ke


atas sebelum membuat percubaan sekali lagi. Jika
berjaya, akan menuju ke Lower Bband

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 17


Sistem Swing Forex 4H

Proses ini adalah Swing yang tak akan habisnya.

Lihat carta di bawah

Carta 4: Penjelasan EU 4H Seiring Sejalan

Lihat CS-1 menunjukkan jarum tajam ke atas tanda kegagalan melepasi


Resistance. CS selepasnya ada Bearish CS diikuti persilangan Stoch-1
dan bergerak keluar dari 80 (dari atas ke bawah). OP selepas Stoch

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 18


Sistem Swing Forex 4H

bersilang memberikan 300++ pips apabila CS-2 menyentuh Mid BBand


dan naik ke atas kerana gagal membolosi Mid BBand. Kali kedua berjaya
bolos dan sangkut di CS-3 dan Stoch-2 bersilang. Pada kedudukan OP
CS-3 sebanyak 480 pips diperangkap.

CS gagal sentuh Lower Bband, retrace ke Mid Bband sehingga CS-4.


Gagal di situ, Stoch-3 bersilang kembali dan CS terjunam menuju CS-5
dengan 300++ pips.

Lihat CS-5 setelah beberapa kali penolakan (ada support di situ), CS


terbang ke atas. Stoch-4 bersilang dan CS menuju ke Mid Bband dan
Upper BBand dengan 450++ pips.

Pada CS-6 terdapat tanda Doji CS jatuh menuju Mid BBand dengan
180++ pips.

Begitulah sebenarnya cerita Swing yang tak akan ada kesudahannya.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 19


Sistem Swing Forex 4H

Penutup

Akhirnya, berjaya juga E-book Panduan Swing 4H disiapkan. Saya


merasakan sistem ini sangat ringkas dan mudah dan sesuai untuk
digunakan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang sesuai
menggunakannya.

Saya tidak pernah dan tidak akan mengatakan bahawa sistem ini kebal,
zero-loss dan sebagainya. Sekiranya anda temui sistem yang mengakui
tidak pernah tewas, sila beritahu saya. Tiada satu pun sistem yang
lengkap, 100% perfect. Pengajaran yang paling berharga ialah apabila
loss dalam sesuatu trade. Dari situ kita belajar apa erti kekalahan dan
membuat kajian di mana silapnya. Jika tidak, kita tidak akan belajar dari
kesilapan. Kami yakin dan pasti setiap orang akan membuat kesilapan
tanpa disedari atau tidak.

Paling penting, setiap hujung minggu dan hujung bulan, kita lihat
adakah akaun kita berkurang atau bertambah. Kaji dan kaji.

Sekali lagi, cubalah di Demo Account untuk satu jangka masa sehingga
anda yakin dan berjaya menggandakan wang demo secara berdisiplin.
Semakin lama anda membuat latihan, semakin mantap trading saudara
semua.

Akhir kata, kita telah berusaha yang termampu dan akan sentiasa
berusaha dan terus belajar. Sekiranya ada kesilapan dan kekurangan,
kami menyusun sepuluh jari memohon maaf. Mungkin di masa
hadapan, kami boleh memperbaiki kelemahan dan memantapkan lagi
sistem ini.

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 20


Sistem Swing Forex 4H

Perlu saya ingatkan bahawa semua sistem ada kelemahannya.


Janganlah diyakini 100% sistem ini memberikan kemenangan, tetapi
jika ianya dapat memberikan 75%-85% kemenangan, ianya adalah
sudah cukup membanggakan kerana kita ada banyak masa lagi untuk
membuat lain-lain urusan kehidupan.

Semoga kita semua akan mendapat kejayaan, dimurahkan rezeki dan


diberkati Allah selalu.

Wasalam

Ikhlas

~warhead~

Sistem Swing Forex 4H: Edaran Percuma oleh Warhead Page 21

Anda mungkin juga menyukai