Anda di halaman 1dari 21

Hukum Islam, Fitrah & Aqal Manusia

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Islam adalah sebuah cara hidup yang amat bertepatan dengan fitrah manusia. Setiap hukum yang
diletakkan oleh Allah SWT adalah bertujuan membawa kebaikan kepada manusia dan menjauhkan
mereka dari kemudaratan samada yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancaindera dan logik aqal
manusia atau tidak.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut, tidak mungkin akan dijumpai satu arahan Allah dari sumber nas
Al-Quran atau hadith nabi yang merupakan perkara mustahil. Jika ada, sudah tentu samada dalil dari
hadith itu kurang sohih atau aqal manusia masih gagal mencari hikmah dan kebaikan yang terselindung
disebaliknya. Hal ini juga telah lama disebut oleh Imam Izzuddin Abd Salam dalam Qawaid al-ahkam fi
masalihil anam dan juga oleh Imam Ibn Taymiah dalam kitab khasnya yang menghuraikan isu ini.
"Tapi ustaz, ada juga beberapa benda yang Islam larang, tapi saya rasa memberi manfaat kepada
manusia" tegas seorang doktor perubatan kepada saya di sebuah masjid selepas mendengar kuliah saya.
"Boleh bagi contoh" tanya saya
"Contohnya kenapa Islam perlu menghalang seorang wanita dalam iddah berkahwin lain setelah
bercerai dengan suaminya, jika Islam inginkan rahim isteri itu bersih dari suami, bagaimana jika sudah
ada teknik yang boleh mengesahkan rahim tersebut tiada benih suaminya, adakah Islam akan
haruskan?" Tanya doktor itu lagi.
"ye, masih dilarang" kata saya ringkas
"Itu lah yang saya maksudkan nampak macam bertentangan dengan kebaikan, sedangkan isteri tadi
mungkin perlukan teman dengan segera agar tak terjebak dengan maksiat pula, malah rahimnya juga
telah disahkan bersih" Hujah doktor tadi mengasak saya.
"Mudah saja, sebab Islam menghalalkan Ruju' (kembali) bagi suami selama masih dalam tempoh iddah,
rujuk tidak perlu kepada aqad nikah baru. Tempoh iddah adalah satu bentuk masa istimewa' buat
suami untuk memikirkan samada ia benar-benar tidak boleh bersama lagi dengan isterinya lagi atau ia
tersilap membuat keputusan menceraikannya" saya menerangkan.
"Tempoh waktu ini amat diperlukan oleh fitrah manusia yang perlukan masa untuk menenangkan diri
dan berfikir tentang sesuatu dengan lebih matang dan waras, keperluan iddah bukan hanya bergantung
kepada isu rahim kosong dari benih suami atau tidak sahaja, itu hanya salah satu dari objektif iddah
yang cuba dilontarkan oleh ulama mazhab Hanafi" Tegas saya lagi.
Ajar Utamakan Nas dari Logik
Sebab itulah saya kurang bersetuju untuk kita mendahulukan logik aqal ketika cuba menyakinkan orang
ramai tentang sesuatu hukum. Sewajarnya, kita ajar dahulu mereka dengan dalil dan ketetapan Allah.
Selepas itu barulah diiringi dengan tambahan logik itu dan ini. Jika diajar, setiap hukum dengan logik,
satu hari..pendakwah Islam akan terperangkap.
Bayangkan, saya selalu dengar, bila ditanya :
"kenapa Islam haramkan makan babi"
Ada yang akan menjawab, kerana babi itu ada kuman yang sangat merbahaya, dia makan najis, kotor
dan lain-lain.
Benar, ia jawapan yang sangat baik. Tapi bagaimana jika satu hari pembunuh dan penawar kepada
kuman babi dapat dihasilkan. Adakah kita ingin mengatakan.
Oleh kerana kuman dan segala mudarat babi tu telah berjaya dihapuskan, kini ia jadi halal ?
Dalam hal hukum yang tidak bergantung kepada 'sebab musababb khas' atau yang disebut juga sebagai
'illah, maka janganlah kita mempopularkan hikmah dan logik disebalik arahan sebegini ( khasnya dalam
bab ibadah). Ia akan mengelirukan kelak.
Pendakwah Islam perlu memikirkan cara untuk membajai iman yang teguh kepada Allah, kasih kepada
Allah dan keyakinan kepada segala arahannya walaupun tanpa logik. Ia perlu dibina terlebih dulu
sebagai Nabi Saw sentiasa ingatkan sahabatnya dengan akhirat dan kematian dalam apa jua keadaan.
Adapun cara lanjutnya, sama-sama kita fikirkan.
Sebagai contoh cara lanjutannya, saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya (www.saifulislam.com)
yang specialized dalam bidang sikap, yang mengajak kita berfikir tentang akhlak sebagai salah satu
cara berkesan dalam dakwah, jambatan kepada segala 'gap'. Kerana akhlak punyai kekuatan untuk
mempengaruhi manusia walaupun tanpa logik. Punyai kekuatan pengaruhi manusia untuk tidak
bersangka buruk bila di ajak.
Akhlak juga adalah salah satu punca untuk sampai kepada kasih. Orang berkasih, semua yang datang
dari kekasihnya adalah baik. (Sebab tu ramai wanita yang kena rogol dengan orang yang dikenali dan
dipercayainya - menurut statistik)
Demikian juga, bila sudah yakin dan percaya kepada kebijaksanaan dan rahmat belas Allah SWT,
semuanya akan diterima samada ia logik atau tidak. Samalah macam bila sudah yakin dan kasih kepada
seseorang alim, cakapnya akan lebih mudah diterima dari orang lain.
Demikian Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, yang menerima kebenaran Isra Mikraj baginda SAW walaupun ia
tidak logik dek aqal, kerana ia adalah dari Muhammad Bin Abdullah yang amat amanah lagi berakhlak.
Fitrah, Tempoh Bertenang & Tidak Bertegur
Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana
pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab
dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu
cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.
Nabi SAW bersabda :

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana
pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari" ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar
jangan marah dalam sabdanya :-






Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT ,
jawab Nabi : Janganlah kamu marah " ( Riwayat Ahmad, 2/175)
Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan
motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan
orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan
persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.
Imam An-Nawawi menyebutkan :-

Ertinya : "Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan
dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk
melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia
sentiasa terbawa-bawa sifat marah" ( Syarah Sohih Muslim, 16/117)
Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia,
justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.
Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah
manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada
ikatan dan keutuhan sesama Islam.
Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-

Ertinya : "Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi" ( Az-Zakhirah, 2/467 ;
Al-I'tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)
Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati
batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam
yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani
kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.
Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi
sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.
Hakim, Fitrah & Tempoh Bertenang
Islam sangat mengambil berat perihal keadilan di dalam sebarang penghakiman. Walaupun demikian,
Islam amat memahami hal keadaan seorang hakim yang ditugaskan menjaga keadilan itu. Walaupun
sehebat dan sebijak mana sekalipun ia, Islam masih meraikan kelemahannya sebagai manusia yang
terbatas kemampuan dan perasaan. Sebagai contoh jelas, Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Janganlah sesekali seorang hakim menetapkan sesuatu hukuman di antara dua orang
(yang sedang bertelagah) dalam keadaan hakim itu sedang dilanda perasaan marah" ( Riwayat Al-
Bukhari, 6/2616 ; An-Nasaie, 3/474 )
Hukum larangan ini bertujuan memastikan keadilan di capai dalam apa jua keputusan. Sebarang
perasaan tidak sedia seorang hakim seperti marah, mengantuk, pening, lapar, ingin ke tandas dan lain-
lain yang boleh menganggu keputusannya, perlu dijauhi di ketika membuat keputusan penting
melibatkan keadilan dua pihak. Demikian disebutkan oleh Imam Ibn Daqiq Al-Id dan Imam Ibn Hajar Al-
Asqolani (Fath Al-Bari, 13/137)
Hukum ini menunjukkan ketrampilan Islam sebagai sebuah agama fitrah, yang sangat memahami
keadaan fitrah manusia yang lemah dan mudah terkesan dengan suasana fizikal dan mentalnya.
Aqal Manusia Tidak Mampu
Allah SWT juga menegaskan bahawa aqal manusia juga tidak sebegitu canggih untuk mengenalpasti
setiap yang baik dan yang buruk untuk dirinya dengan tepat.
Firman Allah SWT :-




Ertinya : "dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu
sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah : 216)
Justeru, Islam sekali lagi mengajar kita agar tidak terlalu mengukur sesuatu menurut aqal semata-
mata. Terdapat banyak perkara yang memerlukan penilaian iman bagi mencapai kebenaran.
Sedarilah, terlalu banyak perkara yang kelihatan baik untuk kita, menyebabkan sebahagian besar kita
berasa marah apabila mengetahui ia adalah haram. Banyak pula perkara yang kita merasakan sukar dan
tidak best' tetapi ia wajib dijaga. Semuanya adalah untuk kebaikan kita.
"jangan makan tu" jerit seorang ibu kepada anaknya yang cuba makan sesuatu yang sudah basi.
"jangan keluar main waktu begini, panas ni tak elok" Kata bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki
berumur 10 tahun.
"Hari ini, tak boleh makan gula dan aiskrim" tentu kita kerap menyebut perkataan ini kepada anak kita.
"Cukup-cukup, tutup tv tu, dah panas dah dia" tegas seorang datuk kepada cucunya.
Pastinya kanak-kanak yang dihalang sedemikian mencebik dan adakalanya cukup benci dengan pantang
larang ini.
Apakah sebabnya pantang larang ini dibuat? Adakah kerana dengki, agenda tersembunyi si ibu bapa dan
datuk?
Jawabnya adalah kerana kasih mereka untuk memastikan kebaikan buat orang di bawah jagaan
mereka. Kasih inilah agenda tersembunyi.
"eleh, kalau gitu, sebutlah elok-elok, ni tak kasar dan keras je" tegas seorang anak protes.
Kasar dan keras bergantung kepada teknik masing-masing. Nabi SAW juga pernah berkeras dengan
sahabat. Seperti memboikot Ka'ab bin Malik dan 2 orang lagi kerana ter'cicir mereka dari perang
Tabuk.
Yang lebih penting adalah ia dilakukan kerana ilmu si ibu bapa lebih dalam dari pengalaman
pendek si anak. Ia juga dibina atas rasa kasih dan ingin menjaga kanak-kanak itu. Tanpa kasih, ibu
bapa akan membiarkan saja anak-anak itu buat apa yang disukainya tanpa larangan. Kesannya, anak
akan menderita jangka panjang, gembira jangka pendek. Ibu bapa tadi pula dianggap tidak
bertanggungjawab kepada anaknya.
Allah SWT maha bijaksana, lalu memberikan beberapa larangan dan arahan bagi keselamatan kita dunia
dan akhirat. Hukum hakam seterusnya diulas oleh baginda Nabi SAW sebagai penjelas kepada apa yang
dituurnkan Allah SWT. Selepas kewafatan baginda, dalam perkara yang tiada sebarang nas yang khusus,
para sabahat baginda dan seterusnya para ulama akan membuat penelitian mendalam terhadap seluruh
hukum yang telah ada lalu membuat perbandingan hukum (qiyas) bagi mengeluarkan apa jua hukum
bagi masalah baru. Bersandarkan kepada ilmu al-Quran dan al-Hadith yang amat mendalam, mereka
akan meneliti hikmah dari setiap hukum yang asal agar setiap hukum yang difatwakan bertepatan
dengan kehendak Allah dan RasulNya. Sudah pasti banyak larangan dan arahan ini yang bertembung
dengan kehendak peribadi masing-masing. Yakinlah ia adalah baik untuk dunia dan akhirat kita.
Belajarlah untuk meyakininya.
Ulama Tiruan
Benar, memang terdapat ulama tiruan, mata duitan' dan macam-macam lagi gelarannya (moga
dijauhkan Allah dari kita semua). Bagaimanapun, apa jua niat mereka, apabila mereka mengeluarkan
sesuatu fatwa, yang pertama perlulah kita melihat kandungan saranan mereka terlebih dahulu serta
hujjahnya.
Tidak lupa jua ahlaknya, tetapi jangan kerana rupanya kurang tampan, akhlaknya kurang baik, nadanya
tinggi, wajahnya kelihatan sombong, lalu ditolaknya fatwa mereka tanpa sebarang pertimbangan.
Ingat juga, jangan kita kerap menyamakan orang lain dengan kita. Ada orang yang dirinya jarang sekali
ingin berbuat baik kepada orang lain tanpa sebarang habuan dan upah. Semua mesti nak upah. Tiba-
tiba dia ternampak ada orang lain berbuat baik, terus disangkanya sapa yang upah dia. "Mesti dia buat
sebab nak upah punya pasal, berapa dia dibayar, dan pelbagai lagi"
Jangan, jangan fikirkan semua orang macam kita, jahat macam kita dan tak ikhlas macam kita.
Melakukan generalize' kelemahan yang ada pada diri kita dan mengganggapnya ada pada orang lain
akan menyebabkan banyak sangkaan buruk berlaku. Kerap prejudis kepada sesiapa jua.
Kerana itulah Allah SWT menyifatkan individu yang mampu menahan sangka buruk dari orang Islam
yang lain adalah salah satu sifat orang yang beriman.


Ertinya : "Adalah baik kiranya mereka mendengar (sesuatu berita) maka orang yang beriman lelaki dan
wanita akan bersangka baik tentang sesama mereka.." ( An-Nur : 12)
Ayat ini menjelaskan secara tersirat, individu yang mudah bersangka buruk dengan apa jua
kebaikan yang dilakukan oleh orang lain sebagai tidak ikhlas, untuk dapat habuan itu dan ini, jaga
kedudukan dan lain-lain. Sebenarnya hanyalah memantulkan sifat dirinya sendiri, selain ia tidak
menepati sifat seorang mukmin di sisi Allah. Maka jauhilah ia.
Redha Dengan Hukum
Hanya dengan keyakinan terhadap kebijaksanaan Allah SWT sahaja yang dapat menjadikan kita sebagai
orang yang redha dengan hukum yang ditentukan oleh Nya. Allah menegaskan tiada pilihan aqal boleh
masuk campur apabila sesuatu ketetapan hukum yang qati'e telah dibuat.
Sebagai hamba, kita diwajibkan menerimanya tanpa bantahan dan pilihan. Kecuali jika hukum itu tidak
bersifat putus (Qat'ie). Untuk itu, seseroang yang ingin mempertikai perlu merujuk kepada mereka yang
pakar bagi menentukan samada sesuatu hukum itu Qa'tie' atau Zhonni' sebelum ingin
mempertikaikannya.
Firman Allah SWT :-






Ertinya : Dan tidaklah boleh bagi seorang lelaki yang beriman dan wanita yang beriman itu, apabila
Allah SWT & RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum, maka mereka ingin memilih (mengikut suka
hati mereka), dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, ia telah sesat dalam kesesatan
yang nyata.
Allah SWT tidak akan mentaklifkan (meletakkan tanggung jawab) kepada manusia sesuatu arahan dan
larangan yang mustahil mampu dikerjakan oleh manusia. (Al-Muwafaqat, As-Syatibi)
Semoga kita sedar Islam amat toleransi dengan kita, aqal kita pula memang kurang cukup bagi melihat
kebaikan yang tersembunyi dan seluruh hukum Islam dibina atas fitrah buat keselamatan di dunia dan
akhirat.
Sekian
U. Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
25 Jun 2007
10 Jumada Al-Akhir 1428 H
How to Be a VIP on the Day of Judgment
by: www.islaaminfo.co.za

Abu Hurairah reported that the Prophet (Peace and blessings be upon him) said: "Allah will
cover seven people with His shade, on the Day when there will be no shade but His: a just ruler,
a youth who has grown up in the worship of Allah, a man whose heart is attached to the
mosques, two persons who love each other only for Allahs sake and they meet and part in
Allahs cause only, a man who refuses the call of a beautiful and influential woman for illicit
relation with her and says: I am afraid of Allah, a man who gives charitable gifts so secretly that
his left hand does not know what his right hand has given, and a person who remembers Allah
while he is alone and his eyes are flooded with tears." (Al-Bukhari)

We all need Allahs shade. To be under Allahs shade is to be protected by Him and be blessed
by Him. We need His shade in this life and in the Hereafter. It is mentioned that the Day of
Judgment will be a very hard and difficult Day. On that day everyone will be worried and will try
to find some protection and shade; but there will be no shade on that Day except the special
shade of Allah. This shade will be granted to seven special types of people:

1. A just ruler or a just leader: It could be any person who has some authority and he/she uses
this authority with justice and fairness without any favoritism or prejudice. Justice is the
command of Allah for all people; but the most critical is the doing of justice when one has
power and authority. More difficult is, of course, dealing justly with those who show hate and
animosity towards you. A just person, especially a just leader or ruler, is given number one
place in this list of seven.

2. A young person growing up in the worship of Allah: Worship of Allah is good for all
people at any age and time; but the worship of Allah from the tender young age has special
blessings. Many people become devoted to Allah when they grow old. In the old age when the
body becomes weak, people start paying attention to the spirit. However, to be conscious of
ones spirit and growing up as a youth in the obedience of Allah bring a special honor and
blessings.

3. A person whose heart is connected to the Masjid: Literally it says that the heart is hanging
(mu`allaq) in the masjid. Imam Malik explained that it was a person who when he leaves the
musjid, looks forward to coming back again soon. Normally peoples hearts are attached to
their jobs, business and home. The masjid are not the priority for many people. However, those
who love the House of Allah and keep it as their priority are the blessed people and they shall
receive the special favor of Allah.

4. Two people loving each other for the sake of Allah: One should be friendly to all people
and deal with all people in a kind and courteous manner. However, the friendship for the sake
of Allah, for the reasons of piety and goodness is a very blessed friendship. This is a sincere
friendship and when two or more people become attached to each other for Allahs sake they
bring a lot of good to themselves and to those around them. This is a kind of friendship that
generates goodness in the world and is especially blessed by Allah.

5. A person of solid moral character: The Prophet gave an example of this solid character. He
said a man tempted for illicit relationship by a woman who is beautiful and rich, influential or of
a prestigious family (the word mansib means all these things in Arabic) and he refuses. Imam
Ibn Hajar says that this is not limited to a man only who is tempted by a woman; it equally
applies to a woman who may be tempted by a man who is very beautiful, powerful and rich and
she refuses and says I fear Allah. It requires a lot of moral strength to refuse temptation when
the other partner is attractive, rich, and not only consenting but persuasive. Those who have
such a strong character are indeed under the protection of Allah.

6. A person of charity who does not show off his/her charity: A person gives charity in such
a way that even his left hand does not know what his right hand has done. This is a very
powerful and beautiful way to say that a person gives quietly, discreetly and with sincerity.
His/her purpose is not to show off, seek publicity, name or fame; but only to please Allah. This
is the highest kind of charity and it has a special reward and blessing from Allah.

7. A person who remembers Allah privately with eyes filled with tears: Thinking of Allah,
repeating His Beautiful Names, thanking Him and praising Him, these are the ways to remember
(dhikr) Allah. Doing the dhikr alone in ones privacy, when no one is watching, with moving
heart and tearful eyes is a sign of sincere faith and deep love of Allah. Those who have the love
of Allah, they are indeed under His shade and protection.

All these seven characters are deeply moral and spiritual characters. They indicate a persons
faith and sincere commitment. They are related to feeling, thinking, speaking and action. These
are true characters of sincere believers. We pray to Allah to bless us with these characters and
with his shade in this world and also in the Hereafter. Ameen.
Menangani Ajaran Sesat Dan Penyelewengan Agama Di Malaysia

Islam merupakan sebuah agama yang suci dan terpelihara dari penyelewengan sejak dari di utusnya
baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sehinggalah ke hari akhirat.

Ini disebutkan melalui firman Allah swt :

Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Adz-Zikr (Quran) dan kamilah yang akan
menjaganya (Surah : al-hijr : 9).

Islam itu ialah apa yang tersimpul dari panduannya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang melengkapi dan
bersifat syumul dan ini disebut secara jelas oleh Allah swt dalam firman-Nya :

Dan diturunkan kepada kamu kitab (Al-Quran) yang telah menerangkan segala-galanya (Surah
An-Nahl : 89).

Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan
segalanya (Surah Al-Anam : 38).

Juga termasuk pertunjuk yang diberi oleh Allah swt kepada hamba-Nya ialah dari sunnah nabi-Nya
Muhammad Salallahualaihiwasalam yang menerangi apa yang tersirna dari kegelapan kejahilan.

Sabda baginda rasul :

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan
sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik
dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : Tidaklah
tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah
diterangkan pada kalian. Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya Rasulullah meninggalkan
kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di
udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami. (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam
Mujamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung
dari riwayat lain).

Hal ini sendiri bahkan sampai disebut dalam Al-Quran yang diturunkan sebagai pertunjuk manusia
dengan mengarahkan supaya manusia menuruti pertunjuk sunnah baginda salallahualaihiwasalam
seperti firman Allah swt :

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
rasul.." (An-Nisa :50).

Dan taatlah kamu kepada rasul semoga kamu diberoleh rahmat. (Surah An-Nur : 56).

Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik. (Surah Al-
Ahzab : 21).

" Dan taatlah kamu kepada Allah dan kepada rasul jika kamu benar-benar beriman " (Surah Al-
Anfaal : 1).

Barangsiapa yang mentaati rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah" (Surah An-Nisa :
80).

Ketaatan kepada rasulullah itu dijelaskan dalam Al-Quran dan mentaati rasul bererti menuruti
pertunjuk sunnahnya. Ini kerana baginda pernah menyebut baginda salallahualaihiwasalam menyebut
seperti dalam riwayat Abu Hurairah dengan sabdanya :

Setiap Ummatku akan masuk syurga melainkan mereka yang ingkar, maka sahabat bertanya,
siapakah yang ingkar itu wahai rasulullah ? Siapa yang mentaati aku maka dia akan masuk syurga
dan siapa yang menderhakai aku maka dialah golongan yang ingkar. (Hadith Sahih riwayat Bukhari
no. 728).

Dalam hadith yang lain baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut :


Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku). (Hadith
Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1). Dari Sufyan As-Sauri berkata Tidak diterima perkataan melainkan
dengan amal dan tidak diterima amal dan perkataan melainkan dengan niat (ikhlas) dan tidak
bermanfaat perkataan, amal dan niat ikhlas melainkan dengan menepati Sunnah.

Malangnya pada hari ini setelah kewafatan baginda salallahualaihiwasalam dan hilangnya berlalu pergi
generasi yang disebut sebagai sebaik-baik ummah iaitu para sahabat dan zaman tabiein maka umat
Islam kini ditimpa musibah kejahilan dan penyelewengan dalam agama yang menyesatkan.

Umat Islam kini seolah masih tidak memahami, seolah masih tidak menyakini bahawa telah sempurna
Islam ini sehingga tidak perlu ditokok tambah oleh sesiapa. Sebenarnya ajaran sesat, penyelewengan
agama berlaku akibat tidak berimannya umat Islam kepada satu prinsip Islam iaitu :

Kesempurnaan Islam sebagai deen di sisi Allah swt

Sesungguhnya prinsip ini telah disebut oleh Allah swt dalam firman-Nya :

Pada hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan
nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu. (Surah Al-Maidah : 3).

Umat Islam pada hari ini ramai yang mengingkari dan kufur kepada ayat Allah swt yang menerangkan
mengenai lengkapnya ajaran Islam dari perlu ditambah dan diubah suai baik dalam keadaan sedar dan
tahu atau kerana kejahilan.
Dan diturunkan kepada kamu kitab (Al-Quran) yang menerangkan segala-galanya (Surah An-
Nahl : 89).

Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan
segalanya (Surah Al-Anam : 38).

Bahkan tanpa sedar atau mungkin kerana kejahilan mereka sebenarnya turut kufur dan tidak beriman
kepada rasulullah dengan tidak yakinnya mereka kepada hadith baginda yang sahih apabila baginda
Salallahualaihiwasalam bersabda :


Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari
kami maka sesungguhnya ianya ditolak. (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim
no.4467) .

Sepatutnya bagi mereka yang beriman kepada Allah dan rasul maka mereka patut sudah beriman
bahawa Islam ini sudah syumul dan sempurna dan tidak memerlukan lagi kepada penambahan dan ubah
suai baik oleh para ulamak atau cendiakawan atau cendawan atau bangsawan atau ilmuwan atau orang
yang sawan otaknya sehingga mengaku sebagai pemegang pintu syurga.

{KUALA LUMPUR 18 Julai -Ketua kumpulan yang dipercayai mempunyai ratusan pengikut dari
dalam dan luar negara telah mendakwa dirinya sebagai jelmaan semua nabi dan rasul
menjalankan kegiatan ajarannya di sebuah kawasan yang dipanggilnya `kerajaan langit' di
Besut, Terengganu.} (Utusan Malaysia)

{BESUT 8 Julai - Seorang lagi kenalan, Wan Abdullah Wan Abdul Latif, 70, yang juga bekas
Penggawa Mukim Ulu Besut berkata antara penyelewengan ajaran Ayah Pin tidak mewajibkan
pengikut-pengikutnya menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan.
``Beliau (Ayah Pin) mendakwa amalan itu hanya memadai dengan niat tanpa perbuatan,''
katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Payong, di sini.
Wan Abdullah berkata beliau mengenali Ayah Pin yang tinggal di Batu 13 kira-kira satu kilomter
dari rumahnya sejak tahun 1964 iaitu sebelum beliau bersara.
``Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak pernah menerima pendidikan Islam selain berguru
dengan Hassan Anak Rimau yang juga pernah menjadi kontroversi berkaitan ajaran salah,''
katanya.
Wan Abdullah berkata, selain itu Ayah Pin juga gemar laga ayam di Golok, Selatan Thailand
setiap Jumaat selain suka bertaruh dalam perlawanan gasing di Besut.
Katanya pada setiap malam Sabtu, beliau menerima tetamu yang ingin mengubati pelbagai
penyakit dengan menggunakan air telaga dalam rumahnya yang didakwanya mengalir dari Sungai
Nil.
Wan Abdullah berkata selain tetamu yang datang dari negeri Perak dan Johor yang
sebilangannya wanita jelita terdapat juga tetamu dari Indonesia.
``Pernah saya terdengar seorang wanita mengakui beliau terpaksa ke sini kerana asyik teringat
Ayah Pin yang dilihatnya dalam mimpi; beliau (Ayah Pin) berada di bulan,'' katanya.
Wan Abdullah berkata, selain beristeri empat, Ayah Pin juga mempunyai sembilan isteri yang
dinikahinya secara batin yang terdiri daripada pelajar. - Bernama

Sangat mengemparkan apabila muncul di Malaysia pelbagai ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, ajaran
Hasan Anak Rimau, ajaran sembilu, ajaran Taslim matahari di Kampung Seronok di Pulau Pinang, ajaran
Tok Ayah, ajaran Qadiyani, ajaran haji Husin, ajaran pak Mat, ajaran itu dan ini.

Sangat melucukan apabila orang kampung yang tidak dapat berbahasa arab dan untuk membaca al-
quran pun memerlukan kepada seorang ustaz untuk membetulkan tajwidnya apatah pula ketika untuk
menafsirkan Al-Quran perlu membuka terjemahan al-Quran terlebih dahulu tiba-tiba sewenang-
wenang dapat mengaku sebagai rasul, sebagai imam mahdi sebagai wakil Allah sebagai wali Allah swt,
sebagai pemegang kunci pintu syurga, sebagai khalifah, sebagai ulamak, malang sekali mereka ini dan
sangat menyedihkan mereka yang mempercayai golongan ini.

{BESUT 24 Julai - Beberapa pengikut ajaran sesat Ayah Pin dikatakan pernah mencari rezeki
dengan melakukan pelbagai kerja pelik termasuk menjual katak kepada restoran bukan Islam dan
menjadi bomoh judi nombor ekor.
Perkara ini didedahkan oleh beberapa penduduk Kampung Batu 13 yang mengakui pengikut
kumpulan itu sanggup melakukan pekerjaan yang menjelekkan dan menyalahi agama bagi
mendapatkan wang untuk menyara kehidupan mereka}. (Utusan Malaysia 25 July 2005)
Menurut riwayat Abdullah Ibn Masud ra pernah menyebut Manusia akan selalu dalam keadaan baik
selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama) mereka dan jika mereka mengambil dari
As-shaghir yang buruk, mereka pasti hancur. (Ibn Abd Bar Jami Bayan al Ilmi, m/s 248).

Dimaksudkan dengan As-shaghir itu ialah ahli bidah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnul Abdil Bar,
bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, Siapakah golongan As-shaghir itu ?. Dia pun menjawab
:Orang yang berbicara dengan rayu (akal & menafsir sendiri tanpa merujuk dalil) adapun orang
yang mengambil ilmu dari pembesar (ulama) bukan termasuk As-shaghir. (Jami Bayan al Ilmi, m/s
246).

Mereka inilah golongan sesat yang bermain disebalik tasawuf, tareqah dan lain-lain ajaran kebatinan,
kesufian yang sangat memelikkan dan jalan mereka yang mengelirukan, penuh rahsia, penuh cerita-
cerita khayalan yang sehingga menjadi suatu yang mistik dan berhantu ajaran itu maka mereka inilah
yang sering menjadi mangsa dalam kesesatan dan penyelewengan agama akibat ditunggang oleh syaitan
lantaran kejahilan mereka.

Hari ini untuk menjadi seorang yang boleh berkuasa dan hebat agak susah, untuk menjadi pemimpin
perlu masuk politik dahulu dan perlu bersusah payah, untuk menjadi ulama pun agak susah perlu masuk
universiti atau pusat pengajian agama terlebih dahulu dan setelah berapa lama baru akan dikenali
sebagai alim jadi cara mudah oleh golongan yang inginkan kedudukan cepat dalam masyarakat ialah
dengan menajdi wali atau nabi atau ketua sesuatu ajaran baru yang di ubahsuainya dari Islam.

Menjadi wali modalnya tidak banyak, cukup berpakaian jubah atau berkopiah atau berpakaian pelik
sambil bertingkah laku aneh maka akan menjadi perbualan orang. Bercakap perkara-perkara pelik, soal
hati , mengajar zikir-zikir pelik, mengadakan cerita aneh, menimbulkan persoalan ganjil maka
insyaAllah tidak lama akan segeralah mendapat pengikut dan murid dari golongan bodoh yang mahu
mempelajari dan ingin mengambil keberkatan.

Itulah realiti masyarakat Malaysia yang berada di tangga terbawah dalam keilmuan Islam dan berada di
kedudukan tercorot dari segi kefahaman Islam yang syumul. Apabila seorang ustaz mengajar di masjid
jika beliau menceritakan tafsir Al-Quran maka sangat kurang minatnya orang ramai, jika mengajar
hadith pun begitu.
Begitu juga jika beliau mengajar sirah nabi , mengajar sirah sahabat, mengajar kitab feqah, aduh
sangat sedikit yang suka dan sedikit sekali yang tertarik. Namun jika sang ustaz itu mengajar tasawuf,
mengajar pembersihan hati, mengajar cerita wali-wali , cerita orang soleh, cerita ajaib seperti jalan
atas air, jalan atas angin, menukar bukit pasir menjadi emas maka cepat sahaja ustaz itu terkenal dan
ramai pengikut dan kuliahnya pun ramai orang mendengar.

Begitu juga jika sang ustaz pula pandai memberi tips doa-doa, tips zikir-zikir seperti jika baca ini akan
dapat itu, jika zikir begini akan dapat begitu maka pasti ramailah yang suka dan sering mencatat dan
mengikuti. Bagi sang isteri pastinya tertunggu sang ustaz memberikan doa-doa khas bagi suami
menyayangi dirinya, sang lelaki pula menanti ustaz memberi doa pengasih dan zikir-zikir bagi mendapat
rezeki dan harta kerana mungkin kereta lama sudah sampai masa untuk ditukar baru mungkin perdana
V6 mahu diganti dengan Putera atau Proton Waja.

Sangat malang umat Islam, sangat rugi umat Islam, sangat menyedihkan kerana dalam soal duniawi,
soal kehidupan mereka tidak pula bersikap kreatif, inovatif mahu memperbaharui kehidupan mereka,
mahu berfikir bagaimana mempelbagaikan jalan dan mencari sumber rezeki yang halal, mahu
memikirkan bagaimana mahu mempertingkatkan taraf kehidupan, bersikap keratif menghasilkan
ciptaan baru dan mengkaji teknologi seperti contohnya menghasilkan penyapu sampah robot yang boleh
mengesan di mana sampah dalam rumah dan tahap kebersihan dan mengenal pasti identiti kuman atau
bakteria dalam rumah serta menjelaskan kepada isi penghuni rumah virus apa yang tersebar atau
contohnya menghasilkan senjata canggih dalam ketenteraan bagi menandingi barat dari sudut teknologi
atau lain-lain.

Sebaliknya dalam soal agama , dalam hal aqidah kepercayaan umat Islam merugikan dan memalangkan
nasib mereka sendiri dengan menjadi kreatif dan inovatif apabila bersikap bodoh yang berlagak pandai
dengan mengubah suai ajaran asli Islam, menokok tambah kepercayaan Islam dan membuang ganti isi
pokok ajaran Islam sesuka hati mereka atau kerana kejahilan mereka dari sikap suka mengikut dan
bertaqlid.

Amatlah dirisaukan balasan ke atas mereka ini di akhirat seperti disebut dalam hadith baginda dari
riwayat Abdullah ibn Masud bahawa baginda salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang
bermaksud Aku bersama kamu di telaga Al-Haud ketika para malaikat menghambat sekumpulan
dari umat aku dan aku mengenali mereka dari ummat aku, maka aku berkata kepada tuhan (Allah)
Wahai tuhan mereka umatku, maka dijawab Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah
mereka perbuat selepas kematianmu (yakni mereka telah menyeleweng, berbuat bid;ah). (Hadith
Sahih disepakati Bukhari no. 6576 & Muslim no. 2257).

Sebagai peringatan dan demi keselamatan bersama kembalilah kepada As-Sunnah dan bersamalah
dengan golongan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah seperti mana di sebut dalam hadith baginda yang
diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud Akan datang kepada umatku perkara seperti yang
pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan
mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan
sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah
umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah
para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab
baginda Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku . (Hadith Hasan, riwayat
Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Jika dinisbah kepada maksud golongan yang baginda berada di dalamnya ialah bermaksud pada sudut
aqidah, ibadah dan pengamalan agama yang baginda rasulullah berada pada pengamalannya dan
amalan para sahabatnya sebagai jalan selamat yang satu-satunya perlu diikuti oleh kita semua.

Maka awasilah mereka yang bernama wali, nabi, rasul, imam, tok guru, ustaz atau apalah lagi gelaran
mereka hendaklah dinilai dengan ilmu dan kaca mata ilmiah supaya kita tidak tersesat bersama
mereka.

Sangatlah elok dan menarik ungkapan Imam Az Dzahabi yang pernah berkata, Jika ada seorang ahli
kalam (Ahli akal, mantiq, rasionalis yang juga ahli bidah berkata, Jauhkan kami dari Al Quran dan
As Sunnah dan biarkan kami menggunakan akal, maka ketahuilah dia ialah Abu Jahal. Bila ahli
Suluk & ahli Tasauf & golongan tariqah berkata, Tinggalkan dalil zahir dan akal, pakailah zauq
(perasaan) dan wajd (suara hati, wahyu dalam ibadah), maka ketahuilah dia adalah iblis dalam
bentuk manusia. Jika dia mendekatimu, larilah atau perangi hingga kalah atau bacakanlah ayat
kursi lalu cekiklah dia . (SiyarAlamun Nubala m/s 472 Jilid 4 ).
Dari riwayat Irbad ibn Sariyah ra baginda rasul salallahualaihiwasalam pernah bersabda sebagai pesan
yang sangat penting buat semua umat Islam iaitu baginda bersabda :

Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah
kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup
selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah
aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah)
sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu.
Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama)
ialah bidah !!! dan setiap bidah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud
(no. 4607) dan Ahmad (no.12561).
Hadits-Hadits Tentang Kesempurnaan
Islam
Kesepuluh
ISLAM ADALAH AGAMA YANG SEMPURNA

Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

C. Hadits-Hadits Tentang Kesempurnaan Islam


Hadits Pertama:

:.

:






:
.

Dari Shahabat Abu Dzarr Radhiyallahu anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wa sallam telah pergi meninggalkan kami (wafat), dan tidaklah seekor burung yang
terbang membalik-balikkan kedua sayapnya di udara melainkan beliau Shallallahu
'alaihi wa sallam telah menerangkan ilmunya kepada kami. Berkata Abu Dzarr
Radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda, Tidaklah
tertinggal sesuatu pun yang mendekatkan ke Surga dan menjauhkan dari Neraka
melainkan telah dijelaskan semuanya kepada kalian.[1]

Hadits Kedua:

Dari Abu Dzarr Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam telah pergi meninggalkan kami (wafat) dan tidaklah seekor burung pun yang
terbang dengan kedua sayapnya melainkan kami memiliki ilmunya.[2]

Perkataan Abu Dzarr Radhiyallahu anhu di atas diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad
(Musnad Imam Ahmad V/153, 162). Kemudian ada syahidnya dari perkataan Abud
Darda Radhiyallahu anhu yang diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam Mujam al-Kabir
sebagaimana dikatakan Imam al-Haitsami dalam Majmauz Zawaa-id (VIII/264).

Hadits Ketiga:




:


.
Dari Abud Darda Radhiyallahu anhu, ia berkata, Sungguh Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wa sallam telah pergi meninggalkan kami (wafat) dan tidaklah seekor burung yang
terbang di langit melainkan beliau telah menerangkan kepada kami ilmunya.[3]

Hadits Keempat:


:
:





.

Dari Muththalib bin Hanthab, seorang Tabiin terpercaya, Sesungguhnya Rasulullah


Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Tidaklah aku tinggalkan sesuatu pun dari
perintah-perintah Allah kepada kalian, melainkan telah aku perintahkan kepada kalian.
Begitu pula tidaklah aku tinggalkan sesuatu pun dari larangan-larangan Allah kepada
kalian melainkan telah aku larang kalian darinya.[4]

Hadits Kelima:

: !

: :



!

Dari Salman Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Orang-orang musyrik telah bertanya
kepada kami, Sesungguhnya Nabi kalian sudah mengajarkan kalian segala sesuatu
sampai (diajarkan pula adab) buang air besar! Maka, Salman Radhiyallahu anhu
menjawab, Ya![5]

Hadits Keenam:

:

:


...

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa


sallam bersabda, Sesungguhnya kedudukanku terhadap kalian seperti kedudukan
seorang ayah, aku mengajari kalian semua.[6]

Hadits Ketujuh:




:




...

Dari Hudzaifah Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa


sallam pernah berdiri di hadapan kami (berkhutbah), tidaklah beliau Shallallahu 'alaihi
wa sallam tinggalkan sesuatu pun juga di tempatnya itu (tentang peristiwa-peristiwa)
yang akan terjadi sampai hari Kiamat melainkan beliau menceritakannya kepada kami.
Akan hafal orang yang hafal dan akan lupa orang yang lupa... [7]
Hadits Kedelapan:




:) (






.

Dari Abu Zaid (yaitu Amr bin Akhthab Radhiyallahu anhu), Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam shalat Shubuh berjamaah (mengimami) kami, lalu (setelah shalat)
beliau naik ke mimbar dan berkhutbah kepada kami sampai tiba waktu shalat Zhuhur.
Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam turun dari mimbar dan shalat berjamaah
(mengimami) kami. (Setelah shalat) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam naik (lagi)
ke mimbar dan berkhutbah kepada kami sampai tiba waktu shalat Ashar, maka Nabi
Shallallahu 'alaihi wa sallam turun dari mimbar dan shalat berjamaah (mengimami)
kami. (Setelah shalat) kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam naik ke mimbar lagi
dan berkhutbah kepada kami sampai saat matahari terbenam. Beliau Shallallahu 'alaihi
wa sallam mengkhabarkan kami tentang apa-apa saja yang sudah terjadi dan yang
akan terjadi. (Abu Zaid) berkata, Orang yang paling mengetahui adalah orang yang
paling hafal di antara kami. [8]

Hadits Kesembilan:

Umar Radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah


berdiri (khutbah) di hadapan kami, lalu menceritakan kepada kami tentang awal
penciptaan makhluk sampai penghuni Surga memasuki tempatnya dan penghuni
Neraka memasuki tempatnya. Telah hafal orang yang menghafalnya dan telah lupa
orang yang melupakannya.[9]

Hadits Kesepuluh:







:
.

Dari Mughirah Radhiyallahu anhu bahwa dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam berdiri di antara kami pada suatu tempat, kemudian menceritakan tentang apa
yang terjadi pada umatnya sampai hari Kiamat. Telah hafal orang yang menghafalnya
dan telah lupa orang yang melupakannya. [10]

Hadits Kesebelas:


(...





)

Abu Musa al-Asyari Radhiyallahu anhu berkata, Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu


'alaihi wa sallam pernah berkhutbah kepada kami, menjelaskan sunnah-sunnah kepada
kami dan mengajarkan (cara) shalat kepada kami. (Dalam suatu hadits yang panjang)
[11]

Hadits Kedua belas:


:








...

Dari Iyadh bin Himar al-Mujasyiiy Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasulullah


Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda pada suatu hari dalam khutbahnya,
Ketahuilah sesungguhnya Rabb-ku telah menyuruhku untuk mengajarkan kalian hal-
hal yang kalian tidak mengetahuinya, dari apa-apa yang Dia telah mengajarkannya
kepadaku hari ini .... [12]









:
) ...( :.

Imam Malik bin Anas rahimahullah [13] berkata, Barangsiapa yang mengadakan suatu
bidah dalam Islam yang ia pandang hal itu baik (bidah hasanah), maka sungguh dia
telah menuduh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam mengkhianati risalah
agama ini. Karena sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah berfirman: Pada hari ini
telah Ku-sempurnakan agama-mu untukmu... [Al-Maa-idah: 3]. (Imam Malik
rahimahullah selanjutnya berkata), Maka sesuatu yang pada hari itu bukanlah ajaran
agama, maka hari ini pun sesuatu itu bukanlah ajaran agama. [14]

Risalah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam datang secara sempurna untuk
seluruh umat manusia dan segenap bangsa jin, orang-orang Arab dan non Arab, cocok
untuk setiap tempat dan waktu, setiap generasi dan kondisi. Tidak ada suatu kebaikan
melainkan telah ditunjukkan oleh Islam dan tidak ada keburukan melainkan telah
diperingatkan oleh Islam. Allah Azza wa Jalla tidak akan menerima suatu agama dari
siapa pun selain agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa
sallam.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata, Saya berpesan


kepada mereka yang terjerat dalam perbuatan bidah, yang mungkin ia mempunyai
tujuan baik dan menghendaki kebaikan. Apabila Anda memang menghendaki kebaikan,
maka demi Allah, tidak ada jalan yang terbaik melainkan jalan yang telah ditempuh
oleh Salafush Shalih Radhiyallahu anhu
.
Wahai saudara-saudaraku, berpegang teguhlah kepada Sunnah Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam, ikutilah jejak Salafush Shalih dan laksanakanlah apa yang mereka
amalkan dan perhatikanlah apakah hal itu merugikan Anda?!! [15]
[Disalin dari buku Prinsip Dasar Islam Menutut Al-Quran dan As-Sunnah yang Shahih,
Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa Po Box 264 Bogor
16001, Cetakan ke 3]
_______
Footnote
[1]. HR. At-Thabrani dalam Mujamul Kabir (II/155-156 no. 1647) dan Ibnu Hibban (no.
65) dengan ringkas dari Shahabat Abu Dzarr Radhiyallahu anhu. Lihat Silsilah al-
Ahaadits ash-Shahihah no. 1803.
[2]. HR. Ibnu Hiban (no. 65/at-Taliiqatul Hisaan ala Shahiih Ibni Hibban) dari
Shahabat Abu Dzarr Radhiyallahu anhu.
[3]. Riwayat ath-Thabrani, lihat Majmauz Zawaa-id (VIII/264) dan Abu Yala (no.
5087).
[4]. Riwayat Imam asy-Syafii dalam kitab ar-Risalah (hal. 87-93 no. 289), tahqiq
Syaikh Ahmad Muhammad Syakir v, al-Baihaqi (VII/76). Lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-
Shahihah (no. 1803).
[5]. Riwayat Muslim (no. 262 (57)), Abu Dawud (no. 7), at-Tirmidzi (no. 16) dan Ibnu
Majah (no. 316), dari Salman al-Farisiz.
[6]. HR. Abu Dawud (no. 8) dan lainnya.
[7]. HR. Al-Bukhari (no. 6604), Muslim (no. 2891 (23)), Abu Dawud (no. 4240) dan al-
Hakim (IV/487), lafazh ini milik Muslim dari Shahabat Hudzaifah Radhiyallahu anhu.
[8]. HR. Muslim (no. 2892), al-Hakim (IV/487) dan Ahmad (V/341) dari Shahabat Amr
bin Akhthab Radhiyallahu anhu.
[9]. HR. Al-Bukhari (no. 3192) secara muallaq, dengan lafazh jazm (bersifat pasti).
[10]. Riwayat Ahmad (IV/254) dan ath-Thabrani dalam Mujamul Kabir (XX/441 no.
1077) dan pada sanad hadits ini terdapat periwayat yang lemah, Amr bin Ibrahim bin
Muhammad, akan tetapi hadits ini memiliki beberapa penguat, yaitu hadits-hadits yang
sebelumnya, sehingga derajat hadits ini naik menjadi hasan. Lihat Majmauz Zawaa-id
(VIII/264).
[11]. HR. Muslim (no. 404 (62)), Abu Dawud (no. 972), an-Nasa-i (II/241), Ibnu Majah
(no. 901), Ahmad (IV/401, 405) dan al-Baihaqi (II/140-141), dari Shahabat Abu Musa
al-Asyari z.
[12]. HR. Muslim (no. 2865 (63)) dan Ahmad (IV/162, 266 ).
[13]. Beliau adalah gurunya Imam asy-Syafii, dan wafat tahun 179 H.
[14]. Al-Itisham (I/ 64-65) tahqiq: Syaikh Salim bin Ied al-Hilaly cet. I, th. 1412 H,
Daar Ibni Affan
[15]. Al-Ibdaa fii Kamaalisy Syari wa Khatharil Ibtidaa (hal. 23) oleh Syaikh al-
Allamah Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah.

Anda mungkin juga menyukai