Anda di halaman 1dari 1

KEENAM : SIFAT-SIFAT ORANG MUNAFIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

1.Penyakit Hati

Firman Allah S.W.T :


{
[ } 10:].

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),
maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab
seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan
kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10)

Telah berkata Al-Imam At-Tabari : Makna firman Allah Yang Maha Mulia : { }
Ianya bermaksud : Di dalam hati mereka,mereka percaya bahawa mereka percaya kepada
agama dan membenarkan Nabi Muhammad S.A.W,dan dengan apa yang datang daripada
Allah S.W.T kesakitan dan kesengsaraan.Hati mereka (orang munafik) berbelah bahagi
dengan dalil-dalil khabar (hadith) dengan maksud iaitu dari (berbelah bahagi) daripada
membenarkan khabar (hadith).Dan penyakit (maradh) yang disebut oleh Allah S.W.T Yang
Maha Mulia,bahawa sesungguhnya di dalam kepercayaan hati mereka yang telah kami
sifatkan dia itu adalah mereka syak/skeptisme (was-was) dengan ajaran Baginda Nabi
Muhammad S.A.W dan apa yang dibawa dengannya (Nabi Muhammad) ajaran/perintah
daripada Allah S.W.T dan mereka mengelirukan padanya.Tidak mereka beriman dengan
sebenar-benar keimanan,dan tidak pula mereka mengingkari dengan keingkaran yang
mensyirikkan,akan tetapi sepertimana yang disifatkan oleh Allah Yang Maha Tinggi mereka
adalah golongan yang sesat yang berada di antara keduanya itu,tidak ke dalam golongan
sana (mereka yang benar-benar beriman) dan tidak juga ke dalam golongan yang sana
(yang nyata syirik).Sepertimana dikatakan : Si Fulan sudah jatuh sakit di dalam
keadaan/kondisi ini,iaitu lemah keazaman dan tidak betul pemikiran padanya.[1]
Telah berkata Ibn Qayyim : Penyakit-penyakit syubhat dan dyahwat telah
melemahkan/melelahkan dan merosakkan hati-hati mereka,dan niat-niat yang buruk telah
melampaui/memakan niat dan keinginan mereka dan telah merosakkannya,dan kerosakan
mereka telah mencampakkan mereka kepada kecelakaan,maka doktor yang masyhur pun
tidak berupaya untuk merawat mereka "}

"{

[2]

2.Ketamakan Syahwat

Anda mungkin juga menyukai