Anda di halaman 1dari 7

Kesan Pengabaian Ibadah di dalam Kehidupan

Kesan Pengabaian Ibadat di dalam Kehidupan


(mawqif idho'at al-'badat fi al-hayat al-yawmiyyah)

Oleh:
Abu 'Amrullah Muhammad ADIS el-Merbawiy
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Perlis
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH

Pendahuluan

Terdapat kesan besar pengabaian beribadat kepada Allah swt. Samada pengabaian itu disebabkan
oleh disengajakan kerana ingkar atau disebabkan oleh kelemahan peribadi dan iman atau kerana
alasan Syarie (dharurah atau rukhsah kegawatan bahaya dan kelonggaran Syariat). Semuannya ini
membawa kesan besar, iaitu meninggalkan ibadah dengan keizinan Islam dan tidak mendapat restu
Islam. Impak langsung dari pengabaian ialah tidak berlaku SUATU BENTUK PENGHAYATAN
ISLAM HAKIKI DI DALAM SESEBUAH MASYARAKAT MUSLIM TERSEBUT. Maka akan lahirlah
kesan segera bermula dari mendapat kemurkaan Allah swt, kehilangan keberkatan, timbul huru-hara,
terjadi ketidak seimbangan di dalam muamalat manusia dan berlaku penzaliman dan kezaliman
secara berleluasa. Ancaman terakhir ialah masyarakat yang mengabaikan Ibadah akan dibinasakan
mengikut janji Allah swt di dalam al-Quran [waidha aradnaa an nuhlika qaryatan. Fa haqqa
alyhim al-Qaulu, fa dammarnaaha tadmeera] Berikut diringkaskan beberapa impak besar kesan
daripada pengabaian Ibadat di dalam Islam dan di kalangan umat Islam seperti berikut;

1. Tidak berlaku Perlaksanaan Syariat Allah swt di bumi

Ibadat adalah pensyariatan Allah swt melalui Nabi Muhammad saw kepada umat agar menyembah
Allah swt. Inilah syariat Islamiah yang berubah dengan pindaan (nasikh mansuukh) agar memenuhi
keperluan nabi-nabi dan umat semasa. Muhammad saw telah mengkhatamkan syariat Islamiah ini
untuk semua warga bumi sehingga hari kiamat. Tidak melaksanakan ibadah bermaksud tidak
melaksanakan hukum Allah swt dengan sebaik dan sewajarnya dalam menghubungkan manusia
dengan Allah swt, sesama insan dan alam raya. Kegagalan manusia melaksanakan pengabdian ini,
bererti kegagagalan sebahagian dari proses kepatuhan alam raya kepada sistemnya. Sedarkah
manusia itu bahawa mereka adalah sebahagian dari cakerawala alam raya (universe) ini. Jika mereka
tidak melaksanakan pengabdian diri, maka rosaklah jentera kepatuhan makhluk kepada aturan Allah
swt, sama seperti halnya jika mahatari itu berhenti dari bersinar akibatnya kesejukanlah muka bumi
dan bertukar menjadi salji permukaan bumi sepanjang tahun.

Dalam konteks Syariat Islamiah, ianya merupakan jalan selamat untuk manusia hidup harmoni di
kalangan manusia berdasarkan panduan Ilahi. Firman Allah swt yang bermaksud : Dan Bukanlah
seseorang itu dianggap Muslim dan bukan juga Mukmin, apabila Allah swt dan rasulnya telah
memutuskan sesuatu peraturan itu, maka masih ada lagi pilihan peraturan lain yang diikutinya.?
Maka pengabaian ini juga pengabaian syarak di kalangan manusia sesama mereka dan alam raya di
sekeliling mereka.

2. Tercabut keikhlasan dan digantikan dengan nifak dan tujuan


amalan menjadi kepada keduniaan dan kebendaaan semata-mata.

Keikhlasan adalah tunjang dan prinsip di dalam ibadat Umat Islam. Hal ini boleh dirujuk kepada
surah al-Bayyinah ayat 5 [mukhliseena lahu al-Deenu] dan juga boleh merujuk Hadith Muslim
riwayat Umar ibn al-Khattab bahawa sesungguhnya setiap amal umat Islam itu dengan Niat, dan
ganjaran akan mengikut apa yang diniatkannya [wainnamaa likullin imrin maa nawaa] . Begitu juga
Allah swt mengaku bahawa di dalam ibadat Qurban Dia tidak menerima daging-daging dan darahp-
darah korban bersifat material tersebut, sebaliknya menerima TAQWA [walaakin yanaluhu al-taqwa
minkum] yang dengannya hak-hak Allah swt itu ditunaikan. Inilah sifat-sifat yang tercabut dari
manusia yang enggan melaksanakan ibadat di dalam kehidupan mereka seharian.

Begitu juga fenomena yang ada hari ini, sekiranya perlaksanaan Sistem Perbankan Islam, Pajak gadai
Islam dan Sistem Perundangan Syariah di Mahkamah Sivil dan Syariah, hanya bertujuan
mengekalkan kuasa politik Melayu, mencari keuntungan keuntungan kewangan, agar tidak dipajak
emas dan perak kepada tangan-tangan orang kafir sahaja, nescaya muamalat itu terlaksana dan
keuntungan diperolehi. Perlu diingat adakah perlaksanaan-perlaksanaan tersebut lahir dari semangat
taabbudiyyah pengabdian diri kepada Allah swt, melaksanakan perintahNya dan mengharapkan
keredhaanNya BUKAN HANYA mengharapkan keuntungan duniawi dan mengekalkan kuasa semata-
mata. Inilah impak kepada pengabaian hakikat beribadat di dalam kehidupan manusia Muslim.
Amalan umat Islam akan menjadi bahan pameran semata-mata untuk melariskan budaya nifaq di
kalangan Umat Islam dan bekerja untuk faedah dunaiwi tanpa dapat dihubungkaitkan dengan faedah
di akhirat nanti. Inilah suatu kerugian amalan umat Islam yang sangat nyata [dhaalika khusraanun
mubeena].

3. Usaha manusia tidak mampunyai kualiti dan memiliki kesan hebat ke atas manusia rahbatu ala
adaaina

Amalan ibadat kepada Allah swt akan membawa kesan hebat dan melemahkan golongan kafir
mukjizat para Nabi a.s., karamah para wali dan barakat aamileen umat. Keutuhan pengabdian ini
terjadi demikian kerana amalan ini bernilai amalan ahli syurga dan mereka melaksanakan kerja-kerja
yang telah ditukarkan nilai-nilainya kepada keampuhan dan keutuhan nilai-nilai ukhrawi. Setiap
amalan yang dilakukan untuk Allah swt dan diterima Allah swt, dengan sendirinya menjadi amalan
yang sangat berkualiti dan bernilai menjangkaui perbatasan duniawi. Jika amalan tersebut digunakan
untuk kemajuan dunawi, maka ternyata jelas ia mencapai melebihi dari sempurna dan melengkapi
keperluan-keperluan duniawi. Contohnya jika umat Islam melaksanakan sistem perekonomian Islam
dengan seluruh sistemnya, maka bukan sahaja kemajuan ekonomi dan agihan kekayaan seimbang
serta penigkatan produktiviti dapat dihasilkan, bahkan unsur intrinsik seperti keamanan,
kebahagiaan, kesejahteraan, jauh dari tipu daya, ekonomi mesra pelanggan dan sebagainya bakal
diperokehi kerana unsur-unsur intrinsik tersebut adalah hadiah Allah swt kepada kesungguhan
hambanya melaksanakan tugas perekonomian mengikut syariat dan mematuhi hakikat dan hasrat
limpahan rezki dari Allah swt dengan jaya dan sempurna. Friman Allah swt yang bermaksud :
Sekiranya sesuatu ahli wilayah tersebut itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan bukakan
kepada mereka keberkatan dari pintu langit dan kesuburan bumi, tetapi malangnya ramai di kalangan
mereka yang mendustainya.

Pekerjaan-pekerjaan yang tidak dikira ibadat tersebut akan hilang seri, kekuatan dan kelebihannya
yang datang dari sisi Allah swt. Ia tidak mampu bersaing kerana tujuan perlaksanaanya hanya dikawal
oleh manusia bukan dikawal selia untuk kebesaran Allah swt. Kawalan mutu kerja kerana manusia
sangat lemah, dan boleh diselewengkan oleh sesiapa sahaja. Sebaliknya bila kualiti kerja dibuat
kerana Allah swt, Tuhan yang Maha melihat dan Mengetahui itu, maka kualiti yang terhasil pun
adalah kualiti sebenar mengikut piawaian ilmu pengetahuan dan berteknologi tinggi serta produktiviti
yang meningkat. Maka jika amalan dibuat kerana selain dari Allah swt, ia akan menjadi rendah kualiti
dan tidak memenuhi piawaian ilmu pengetahuan serta teknologi tinggi, dan akhirnya selama-lamanya
tidak layak untuk diangkat ke martabat ketamadunan manusia.

4. Hilang keberkatan, ketenangan, keuntungan dan kebahagiaan dari sisi Allah swt

Sifat-sifat keberkatan (barakat wa huduu), ketenangan (itminaan al-qulub), keuntungan (al-falah wa


an-najat) dan kebahagiaan (as-saaadah wa ar-rakhaa) adalah sifat batin dan ruhaniah yang layak
diberikan kepada ahli keruhanian sahaja. Mereka terdiri dari kalangan ahli-ahli ibadah yang
mengabdikan diri kepada Allah swt di dalam segala kerja amal mereka di dunia ini hanya kerana ingin
mendapat keredhaanNya. Merekalah yang layak mendapat ganjaran berharga ini dari Alah swt, hasil
ketekunan dan jihad mereka mencari kemenangan sejati dan hakiki di alam raya ini. Manakala
golongan Materialist tidak akan menerima manfaat sifat-sifat ini kerana mereka hanya menerima
manfaat dan kelebihan duniawi dan kelebihan material semata-mata. Mereka dijauhkan Allah swt
dari memiliki sifat-sifat ini kerana tidak ada unsur pengabdian diri kepada Tuhan di dalam amalan
mereka di dunia dan segala amalan tersebut bertujuan sementara dan jangka pendek; keuntungan
hidup di dunia sahaja. Firman Allah swt yang bermaksud :

..Bahkan mereka itu hanya mengutamakan hidup mereka di dunia sahaja, sedangkan kehidupan di
akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi. (Surah al-Alaa, 87:16-17 )

Inilah kelebihan bergama Islam itu demi untuk meraih sesuatu yang sangat sesuai dengan tuntutan
jiwa manusia dan keruhanian manusia kerana hakikat diri insan itu bukanlah nafsu syahwat mereka
yang dituruti, namun ianya adalah hakikat ketundukan kepada Allah swt sebagai pengabdian diri bagi
memenuhi keperluan tunduk dan sujud kepada pencipta (rukkaan sujjadan yabtaghuuna fadhlan
minallaahi wa ridhwaanaa, seemaahum fi wujuuhihim min athari as-sujuud) dan menjadi hambanya
yang sangat taat dan setia. Sesuai dengan sifat rendah diri itulah Allah swt menganugerahkan kepada
golongan Mukminin, maqam dan sifat yang terpuji kepada hamba-hambaNya sahaja. Maka golongan
sebaliknya tidak akan memiliki dan memperolehi kedudukan tersebut di sisi Allah swt kerana mereka
terlebih dahulu menjauhi Allah swt dan menghampiri sembahan-sembahan mereka yang terdiri
daripada kebendaan dan kedunaiaan yang rendah. Inilah yang dikatakan hilang keberkatan, harta
sedikit tidak mencukupi, malah kekayaan yang bertimbun pun akan berlaku pembaziran dan
kemungkaran (kemaksiatan dan kefasikan) dengan harta benda tersebut. Hal-hal seperti ini tidak
membawa kepada kebahagiaan dan ketenteraman hati dan jiwa manusia selama-lamanya. Firman
Allah swt yang bermaksud :

Barangsiapa yang berpaling dari meningatiKu, maka baginya suatu penghidupan yang gersang, dan
di akhirat nanti mereka akan dihimpunkan dalam keadaan buta..

5. Tamadun di dunia tidak lagi berkait dengan Adikuasa langit

Allah swt memerintahkan umat manusia mengurus dan mentadbir bumi dengan pemantauan dari
Allah swt dan memenuhi hasrat langit, agar perjalannnya teratur dan terpimpin dengan kepakaran
ilmu, kebijaksanaan dan luas sudut pandanganNya. Acuan pembinaan tamadun yang lahir dari
keingkaran kepada Allah swt dan penentangan aturanNya akan memutuskan hubungan pengurusan
dan bentuk pentadbiran Manusia dengan Adikuasa; Allah swt azza wajalla. Bermula dari penolakan
sikap Tawhid, penolakan Syariat Islamiah dan pengabaian Akhlak Islam dan penolakan sistem
kemasyarakatan serta keilmuan sains dan teknologi berdasarkan Islam berkembang subur di dalam
masyarakat industri dan ketamadunan yang dibina oleh mana-mana golongan manusia pun. Dapatlah
dibayangkan bahawa segala urusan keilmuannya hanya berdasarkan kecerdasan akal manusia yang
tidak mendapat bimbingan Ilahi, seluruh jentera teknologi dan kejuruteraan dilaksanakan dengan
sewenang-wenang tanpa mengambil kira kepentingan manusia dan alam sekitar, kerana fokus
pembangunan yang mereka kehendaki ialah kekuasaan, kewangan, kemewahan, kerseronokan
hedonestik dan dominasi ke atas negara-negara lain di atas muka bumi ini untuk tujuan kekuasaan
dan kuasa ekonomi serta sumber tenaga terjamin secara beterusan. Oleh itu, warna peradaban barat
hari ini menampakkan ciri-ciri peradaban yang memutuskan hubungan pemerintahan Manusia
dengan Adikuasa tertinggi, yang akan menuju ke arah pelbagai bentuk keruntuhan dan peperangan
berlaku secara meluas demi memenuhi kerakusan hasrat manusia yang tidak bertuhankan Allah swt.

6. Bangkit lebih Ramai Diktator dan Penzalim

Dalam konteks pemerintahan yang tidak mempunyai bentuk pengabdian diri kepada Allah swt, maka
bentuk Syura dam muafakat serta tolong menolong ke arah kebaikan (wataaawanuu al birri wa
taqwa) tidak berlaku kerana corak Ilahi di dalam pengurusan manusia tidak lahir dengan nyata dan
tersendiri, kerana semua corak pengurusan manusia berdasarkan kehendak pemerintah dan
penguasa demi memenuhi visi dan misi pemimpin sahaja. Maka hal seperti ini akan melahirkan
orientasi sehala from the top to bottom management sahaja. Tidak ada bantahan kerana ruang
perbincangan tertutup, kerana tidak perlu kepada respon kerana prinsip kebenaran tidak menjadi
tunjang kepada pemerintahan tersebut. Keinginan pemerintahan sahaja yang menjadi tunjang utama,
baik pemerintah mestilah baik kepada rakyat jelata. Orientasi sepeprti inilah melahirkan diktator dan
penzalim di kalangan pemerintah dahulu mahu pun moden.

Kediktatoran lahir dari rasa congkak dan keangkuhan penguasa yang tidak akan tunduk kepada
prinsip keadilan dan kebenaran al-Quran dan keagamanaan Islam. Semua prinsip mestilah
berorientasikan akal fikiran semata-mata dan pengalaman-pengalaman pengembelingan kuasa dan
tenaga manusia secara maksimum. Jika boleh dibahagi-bahagikan manusia dan diugut serta ditakut-
takutkan rakyat agar tidak ada pilihan selain bergantung kepada pemerintah tersebut sekali pun
mereka berbuat zalim dan tidak berperikemanusiaan malah jauh dari sifat-sifat keilmuan dan
berketamadunan serta perikemanusiaan. Ditambah lagi dengan pelbagai kurupsi dilakukan oleh
penguasa yang bercanggah dengan aturan rasional dan prinsip-prinsip syarak berkembang sehingga
jelas di mata rakyat segala penindasan dan peras ugut berlaku kepada rakyat, masih lagi rakyat
mentaati dan terpaksa akur dengan kekuasaan dan memberikan kemenangan dan mandat kepada
penguasa diktator tersebut. Minda anak bangsa terjejas dan tidak berkembang melainkan untuk
berbakti dan berkhidmat demi kepentingan kediktatoran penguasa-penguasa zalim inilah dari seluruh
peringkat; bawahan, menengah dan atasan.

Rumusan jelasnya ialah, ketika prinsip keadilan, kebenaran, kemanusiaan dan keilmuan diketepikan,
maka tidak berlaku lagi bentuk-bentuk ketaatan kepada Allah swt dan RasulNya serta kasih mesra di
kalangan mukminin di dalam masyarakat Islam mahu pun bukan Islam. Kerana Ibadah dan
kebenaran serta keadilan itu seiring dengan pengbadian kepada Allah swt, kerana pengabdian itu
datang daripada kepastian ilmu pengetahuan dari setiap tingkatnya. Maka pengabdian tanpa merujuk
kepada prinsip Tawhid uluhiyah, syariat dan perlembangaan serta sifat semulajadi kemanusiaan dan
realiti kebenaran dan keadilan, akan berlakulah ketaatan melulu tanpa mengenal batasan benar dan
salah, perkara penting ialah kuasa dan autoriti dapat diperolehi dan sokongan paksaan kepada
tertegaknya sebuah kerajaan korupsi dan kuku besi demi kelangsungan sesuatu empayar dan dinasti
atau regim.

7. Harga Dunia dan seisiNya akan menjadi murah dan tidak bererti lagi di sisi Allah swt [hubbu al-
dunya wa karahiyyatu al-mawtu]

Pengabdian adalah saluran yang sangat baik untuk meningkatkan kualiti amal duniawi agar menjadi
amal ukhrawi dan tukaran dengan nilaian amal soleh berserta ganjaran syurga yang dijanjikan Allah
swt, sekalipun pada pekerjaan yang bersifat duniawi dan kebendaan. Namun kebendaan yang
dibangunkan atas nama Allah swt dan demi memenuhi hasratNya azza wa jalla, maka harga amalan
dunia dan yang seisinya itu bernilai dan berharga di sisi Allah swt dan golongan soliheen. Firman
Allah swt bermaksud : barangsiapa yang beramal sebesar zarrah dari amal soleh itu akan diberi
ganjaran dengan dia. Sentuhan pengabdian diri kepada Allah swt di dalam projek pembangunan dan
kemajuan di dunia ini menjadikan sesuatu perkara sangat bererti di dalam kemajuan dan
ketamadunan yang di bina kerana Allah swt agar terbentuk Tamadun Islam al-Hadharah al-
Islamiah atau Islamic Civilization.

Maka apabila prinsip pengabdian ini diabaikan daripada usaha kemajuan dan pembangunan,
manusia hanya berupaya membangunkan kerja-kerja bersifat material atau kebendaan yang
sementara tanpa kualiti keruhanian (batiniyyah). Maka tersergamlah bangunan-bangunan dan
monumen yang beku dan mengkagumkan golongan pencinta benda dan duniawi. Aspek-aspek sosial,
kemasyarakatan dan perundangan dimajukan hanya untuk mengatur menusia secara struktur,
mekanik dan robotik, jauh dari sifat-sifat pembangunan kejiwaan yang mendasar menuju kepada
kebahagiaan dan ketenteraman jiwa. Hasilnya pembagunan kebendaan dan duniawi tidak bererti
kerana tidak dapat menampung kehausan kebahagiaan dan kepuasan nikmat ketaqwaan dan
kesolehan amal individu manusia tersebut. Kegersangan jiwa manusia menjadi-jadi apabila matlamat
kemajuan dan pembangunan tidak melebihi apa yang ada di sekitar muka bumi, malah mereka tidak
mengetahui sesuatu pun tentang bahaya ancaman balasan azab Allah swt dan neraka sedia menanti
golongan yang sesat dengan kemewahan kebendaan yang tidak disalurkan menjadi bahan-bahan
berfaedah untuk pahala dan ganjaran syurgawi di akhirat nanti.

Rumusan dan Penutup

Pengabdian diri kepada Allah swt ketika dilihat dari sudut-sudut yang berbeza seperti yang
dihuraikan di atas, jelas kepada kita bahawa peranan ibadat atau pengabdian diri kepada Allah swt
atau dalam erti kata lain menyembah Allah swt sangat penting kepada makhluk manusia. Kerana
segala perkembangan dan pembangunan serta kemajuan di dunia ini tidak akan memberi erti atau
makna serta hakikat sebenar, kecuali setelah semuanya ini dilaksanakan hanya kerana kepatuhan,
ketundukan dan mencari redha Allah swt di dalam segala bentuk aktiviti-aktiviti kebendaan dan
keduniaan barulah segala bentuk usaha dan amalan manusia tersebut dikira memperolehi pahala dan
ganjaran syurga menunggu mereka yang beriman dan beramal soleh dari kalangan lelaki mahu pun
wanita. Ternyata pintu-pintu syurga akan terbuka luas kepada mereka yang beribadat dengan
berterusan menyembah Allah swt dengan baik di dunia ini. WaLlahu alaam bi kulli sawaabin.

Hakcipta dan milik Intelektual dari Allah swt untuk disebarkan dan diguna pakai demi kebaikan
bersama di dunia dan akhirat Abu Amrullah Muhammad el-Merbawiy April 2008.

Anda mungkin juga menyukai