Anda di halaman 1dari 9

KISAH NABI MUSA AS DENGAN

FIRAUN

DANISH MUIZZUDIN BIN MOHD FAUZIE


KISAH NABI MUSA A.S DENGAN FIRAUN

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Syukran ya pengacara majlis, ku mulakan kata barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, hadirin hadirat moga sejahtera, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

12 RabiulAwwal kelahiranNabi,
Insan Agung akhlak terpuji,
Kisah Nabi Musa dengan Firaun tajuk diberi,
Mari dengar serta hayati

Ya kawan-kawan,
Nabi Musa a.s. adalah seorang bayi yang dilahirkan dikalangan Bani Israil yang pada ketika
itu dikuasai oleh Raja Firaun yang bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa bin Imron bin Qahat
bin Lawi bin Yaqub. Nabi Musa a.s mempunyai bapa angkat yang bernama Firaun. Firaun
sering menindas penduduk Mesir.

Firman Allah dalam surah anNaaziatayat 24:

Dengan berkata: "Akulah Tuhan kamu, Yang tertinggi".

Rakyat dibunuh sewenang-wenangnya,


Dirampas segala harta yang ada,
Tenaga diperah sebagai hamba,
MengakuTuhan yang mesti dipuja.

Kesombongan manusia terbit daripada sedikit kenikmatan yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t.
Saksikanlah keangkuhan Amerika terhadap Iran. Sanggup menuding jari demi kepentingan
diri..

Nak tahu tidak kawan-kawan, apa yang berlaku selepas itu?


Pada suatu hari berlaku satu pergaduhan yang melibatkan Nabi Musa dan
berlaku pembunuhan. Lantaran peristiwa membunuh seorang kaum Firaun tanpa sengaja,
Nabi Musa telah menjadi buruan Firaun selama 10 tahun. Kerana takut atas pembunuhan itu,
nabi Musa meninggalkan istana Firaun.

Akhirnya Allah telah memerintahkan Nabi Musa pulang ke Mesir. Untuk mengadap Firaun
durjana. Seorang pembantu baginda pinta.

Nabi Musa berdoa kepada Allah swt agar diberikan teman dalam menjalankan misi dakwah
kepada Firaun. Allah swt mengabulkan doanya dan Nabi Harun dilantik sebagai pembantu
Nabi Musa menghadapi Firaun.
Firman Allah dalam surah Toha ayat 42 yang berbunyi:

pergilah engkau dan saudaramu, membawa mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu
berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingatiKu.

Ya kawan-kawan,
Berdakwah adalah tanggungjawab semua, samaada pemimpin ataupun individu. Peranan
media elektronik seperti radio IKIM banyak menyiarkan rancangan dakwah yang dapat
mendidik jiwa pendengar supaya mencintai agama Islam.

Hadirin sekalian,
Nabi Musa dan Nabi Harun seterusnya berdakwah kepada Firaun.Sebaliknya ..

Sombong Firaun tidak terperi,


Baginda Nabi sedih sekali,
Firaun mencabar tunjukkan bukti,
Andainya Musa seorangNabi.

Bila baginda mula dicabar,


Tongkat dilempar bertukar ular,
Tangan diunjuk cahaya bersinar,
Namun Firaun tetaplah ingkar.

Firman Allah dalam surah An Syuraa,ayat 34:

Yang bermaksud : Sesungguhnya dia (Musa ) adalah tukang sihir yang mahir.

Seterusnya kawan-kawan,
Firaun menjadi marah dan memanggil semua tukang sihir Mesir menentang Nabi Musa.
Pertandingan 72 orang tukang sihir dengan Nabi Musa a.s telah dijalankan.Tali-tali yang
dilemparkan oleh ahli sihir menjadi beribu ekor ular. Akan tetapi dengan izin Allah, tongkat
Nabi Musa telah menjadi ular yang paling besar lalu menelan semua ular kepunyaan ahli
sihir. Firaun tersentak hairan.Tukang sihir sujud beriman. Firaun mula hilang akal.

Sepertimana firman Allah dalam surah Toha ayat 70 :

Ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada
Tuhan YangMengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".
Maka tewaslah firaun. Kawan-kawan semua, perjuangan rakyat Palestin sekarang
membebaskan diri dari penindasan Israel sepatutnya dikongsi seluruh umat Islam. Mereka
berjuang mempertahankan negara mereka. Kita diMalaysia juga harus berjuang agar negara
kita sentiasa aman dan damai.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,


Pengikut Nabi Musa semakin bertambah. Firaun sangat marah. Dia bertindak membunuh
anak-anak lelaki agar generasi Bani Israel terkubur. Akibatnya bumi Mesir dilanda kemarau.
Firaun bersama pengikutnya menemui Nabi Musa.

Wahai Musa, sekiranya diturunkan hujan, kami akan beriman kepadaTuhanMu, jelas
Firaun.
Namun setelah hujan diturunkan, mereka tetap enggan beriman. Setelah kemarau, banjir
besar pula melanda. Diikuti pula serangan ulat, katak, belalang dan akhirnya limpahan air
darah dari Sungai Nil. Bumi Mesir dilanda petaka silih berganti akibat janji yang tidak
ditepati.

Kawan-kawan semua, tahun lalu kita lihat dalam berita televisyen banjir yang berlaku di Ibu
KotaThailand, Bangkok. Bencana ini adalah bukti kekuasan Allah swt.

AngkaraFiraun,
Bani Israel hidup
Penuh kesengsaraan
Pedih dengan penderitaan
Hanya satu tekad
Berhijrah ke BaitulMaqdis
Laut Merah menjadi saksi
Mukjizat Nabi Musa
Lautan menjadi dataran
Menyelamatkan kaum yang beriman
Lautan kembali bertaup
Tenggelamlah Firaun dengan kesombongannya.

Disebutkan dalam surah al Qasas ayat 40:

Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan
mereka kedalam laut.

Maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. Akhirnya


,Firaun bersama tenteranya tenggelam ke dalam laut

Begitulahkawan-kawan,
Allah membalas setiapkejahatan yang kita lakukan. Kawan-kawan semua, tindakan kerajaan
menahan warga Nigeria di Malaysia yang menjadikan warga kita sebagai keldai dadah harus
dibanggakan. Kepada sesiapa yang membuat perbuatan jahat mesti dihukum dengan
hukuman yang setimpal. Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita menjadi umat Islam
yang bertakwa kepada Allah swt dan menjauhkan diri daripada kejahatan.
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan.













KESABARAN NABI AYUB A.S

UMI NUR AMIRAH BINTI MOHD SYARIZAL


KESABARAN NABI AYUB ALAIHISSALAM

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh


Syukran ya pengacara majlis, ku mulakan kata barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, hadirin hadirat moga sejahtera, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Marilah mari kita dengarkan
Kisah sejarah yang dirakamkan
Dalam al-Quran Kisah Kesabaran (Boria)
Nabi Ayub yang diuji Tuhan

Ya kawan-kawan,
Nabi Ayub merupakan cucu nabi Ishak dan cicit nabi Ibrahim .Beliau diutuskan
kepada masyarakat bangsa Rom. Baginda merupakan seorang yang kaya raya, mempunyai
banyak binatang ternakan ,harta benda malah baginda juga mempunyai ramai anak lelaki dan
perempuan. Nabi Ayub tinggal di bumi Hauran sehingga berusia 90 tahun.

Nabi Ayub dikurniakan sifat pemurah, suka bersedekah, serta kuat beribadah.
Baginda juga seorang yang sabar, tabah dan istiqomah dalam kehidupannya.Bertepatanlah
dengan firman Allah dalam surah as-Sod ayat 44:


Sesungguhnya kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar

Wah...mulianya hati baginda kan kawan-kawan? Oleh kerana itu beliau dilantik menjadi
nabi.

Ingat ya kawan-kawan,
Sabar itu sebahagian daripada iman. Kesabaran rakyat Syiria di Aleppo menghadapi dugaan
peperangan dari tentera musuh patut dicontohi.

Nak tahu tidak kawan-kawan, apa yang berlaku selepas itu?


Iman dan sabar Nabi Ayub tiada tandingannya. Iblis sangat cemburu melihat ketaatan dan
kelebihan yang dikurnia Allah kepada nabi Ayub dan merencanakan satu muslihat bagi
memperdayakan Nabi Ayub.

Pada suatu hari, tanpa segan silu iblis bertemu Allah menyampaikan hasratnya.
Hambamu yang bernama Ayub tidak jujur dan berpura-pura taat kepada perintahmu, kerana
takut hartanya hilang. Lalu iblis meminta dari Allah yang Esa untuk merosakkan iman Nabi
Ayub. Allah menyanggah tuduhan iblis itu dan mencabar iblis untuk membuktikannya.

Iblis syaitan jalankan rancangan,


Memusnah segala kekayaan,
Hidup baginda dalam kemiskinan (Irama: Selawat)
Tabah hatinya menerima ujian
Masya Allah ..dalam sekelip mata semua kekayaannya musnah tidak diduga termasuklah
putera dan puteri tercinta. Melihat situasi itu iblis bersorak keriangan. Wah....gembira benar
iblis tu ya kawan-kawan. Tetapi, tidak sedikit pun goyah iman didada. Kerana semuanya
pinjaman semata-mata.

Firman Allah dalam surah as Sad ayat 41












Mafhumnya : Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan
.
Ya kawan-kawan.
Syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Lihat sajalah hari ini pelbagai kes
jenayah terus menjadi-jadi. Baru-baru ini , seorang ibu di Kelantan sanggup mengelar leher
anaknya yang berumur 2 bulan. Inilah akibatnya bila syaitan menguasai hati.

Dendam iblis tiada akhirnya. Iblis semakin marah. Nabi Ayub diuji kali kedua.
Hancur rumahnya dilanda gempa. Anak-anaknya mati semua.tinggallah Ayub dengan
isterinya. Tiada lagi zuriat baginda. Hilang nikmat sekelip mata. Masya Allah.....

Sudah jatuh ditimpa tangga. Kini penyakit pula datang melanda. Baginda diuji
dengan penyakit kulit yang sangat dahsyat menular keseluruh tubuhnya. Kecuali hati dan
lidah yang sentiasa berzikir kepada Allah.

Dugaan nabi semakin genting


Namun sikapnya tidak berpaling
Hina ejekan terus meruncing (Nasyid : Iman Mutiara )
Lalu dihalau ketempat yang asing

Kecuali isterinya Siti Rahmah tetap setia menjaga dan memenuhi keperluannya dengan
penuh kasih dan sayang.

Firman Allah lagi di dalam surah al-Baqorah ayat 153













Mafhumnya : Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Ya kawan-kawan,
Setiap orang yang beriman akan diuji oleh Allah. Ujian banjir di Pantai Timur yang berulang
kali sangat menguji keimanan mereka. Namun sebagai orang yang beriman, kita hendaklah
sentiasa redho dan bersangka baik dengan ujian Allahnya.
Iblis terus menggoda. Tanpa henti selagi impiannya memesongkan akidah nabi
Ayub tidak tercapai.

Apa yang berlaku seterusnya kawan-kawan,

Iblis tidak senang melihat ketaatan dan kesabaran, isterinya pula menghadapi ujian. Pada
suatu hari, isterinya terleka dan lambat menguruskannya.

Iblis mula mengatur strategi


Dugaan datang silih berganti (Pantun)
Isteri tercinta melangkah pergi
Kepada Allah berserah diri

Nabi Ayub mengetahui tipu daya iblis itu seraya berkata kepada isterinya, jika aku sembuh,
isterinya itu bakal dirotan 100 kali apabila pulih kerana kelekaan isterinya itu.

Berdoalah Nabi Ayub kepada Allah supaya disembuhkan. Lantas Allah menurunkan wahyu
di dalam surah as Sad ayat 42







Mafhumnya: Hentakkan kakimu , inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk
minumanmu.

Setelah mengikut suruhan tuhan


Air diminum badan dibersihkan
Hilang segala penyakit di badan (Sajak)
Hingga tiada sebarang kesan.

Ya kawan-kawan..
Sebagai isteri yang taat, dia kembali memohon ampun dan Nabi Ayub melaksanakan
sumpahnya, isteri dirotan 100 kali sebagai hukuman.

Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah kerana doa adalah senjata orang
mukmin. Kisah saudara Mohd Azarul Mukhris bin Abdul Rahman yang hilang di Bukit
Broga kemudian ditemui mengakui bahawa dia tidak putus-putus memohon doa kepada
Allah agar diselamatkan dari ujian tersebut, oleh itu jangan lupa berdoa ya kawan-kawan.

Alangkah kecewanya iblis dengan apa yang berlaku. Ternyata sangkaannya meleset
sama sekali. Akhirnya mengakui kesabaran Nabi Ayub alaihissalam menghadapi dugaan.
Derita berakhir sudah, taqwa kian bertambah. Anak isteri dikembalikan Allah. Harta diganda
melimpah ruah. Benarlah janji Allah.

Begitu kisah hamba beriman


Sentiasa tabah diberikan ujian
Hatinya pasrah kuat keimanan (Nasyid : Sepohon Kayu)
Amal ibadat makin digandakan

Anda mungkin juga menyukai