Anda di halaman 1dari 16

PENDIDIKAN KELAS ABAD 21

PAPARAN berita yang bertajuk Saya bosan dengan cara cikgu mengajar yang
disiarkan dalam akhbar ini pada 9 Mac 2014 begitu menyentuh hati nurani para
pendidik yang begitu banyak menabur bakti dalam dunia keguruan. Pembaca setia
akhbar itu yang semestinya ibu bapa murid terbabit mungkin turut sama berasa
terkilan. Yang jelasnya, fokus utama ialah pengajaran guru yang tidak menarik
menyebabkan murid tersebut tekad ponteng sekolah.

Kalau itulah yang menjadi penyebabnya maka guru Bahasa Melayu dan guru-guru
mata pelajaran lain perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik
pengajaran baharu agar murid pascamerdeka kini suka akan guru sekali gus
pengajaran guru.

Sehubungan itu, baru-baru ini, penulis berkesempatan hadiri Seminar Pendidikan


Kelas Abad ke-21 anjuran salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota.
Antara peserta termasuklah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu, selain pensyarah daripada pelbagai institusi pendidikan tempatan. Apa yang
mengagumkan penulis juga ialah beberapa pensyarah asing yang fasih berbahasa
Melayu dari institusi pengajian tinggi awam turut menjayakan seminar ini.

Menurut salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar mantik itu,
pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah
diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England
sejak tahun 1970-an lagi. Hal ini menggambarkan pendidikan Barat begitu
mengambil berat tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian murid
mereka pada abad ke-21 kelak.

Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan
penanda aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh
Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Sebagai guru Bahasa Melayu yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu pada abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan
guru yang tidak sedikit. Pelajar pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong
pergerakan mereka di dalam kelas.

Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara 'chalk and talk' tidak
relevan lagi. Murid-murid mudah berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru
yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat
mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah
membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang
terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia
pengkomputeran.
Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur
kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap
minggu.

Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat
disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai
pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau
Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome
secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk mencari
maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa.

Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru


Bahasa Melayu atau guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan
menduduki peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain,
pengajaran guru yang memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu
sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pasca merdeka ini.

Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama,


iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
atau kurikulum. Penyampaian guru Bahasa Melayu secara aktif, komunikatif dan
kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini
kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu
peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Bahasa Sendi
Tamadun Bangsa.

Pendidikan kelas abad ke-21


NIK NOR AHMARIZAM NIK AHMAD
12 MAC 2015
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pendidikan-kelas-abad-ke-21-1.367783

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 - BAHASA MELAYU


Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

1.0 Latar Belakang

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang
semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan
besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian
semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan
memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan
menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi
pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu
menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan
pembelajaran. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013)

Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,


pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan
negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk
menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri
Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014).

Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara


untuk tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini
bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala
kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang
dan menangani cabaran abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing
dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan
berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.
- YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21


Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa
kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk
pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan,
mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata
pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang
berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik
digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.

Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan


yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang mencabar pemikiran
individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri pengajaran dan pembelajaran abad
21 termasuklah mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.

1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21

1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas


a) Kelas Tradisional
a. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi
guru-murid hanya boleh dilakukan sehala
b. Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas
c. Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang
d. Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan

b) Kelas Futuristik
i. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-
murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran
ii. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses
pembelajaran dengan baik.
iii. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
iv. Kemudahan TMK

1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21


Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:-
Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid
supaya menarik dan bermakna
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah
i. Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang).
ii. Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis.
iii. Sudut Parking Lot
iv. Sudut hasil kerja murid
v. Sudut maklumat
vi. Ruang santai
1.3 Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21
i. Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.
ii. Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih minda (minds-on).
iii. Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif.
iv. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK.
v. Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK.
vi. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan berterusan.

1.4 Prinsip Pembelajaran Abad 21


1.5 Elemen Pendidikan Abad 21

Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.


Kreatif dan inovatif
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
Komunikasi dan kolaborasi
Literasi maklumat
Literasi teknologi maklumat dan komunikasi
Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri
Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
Kemahiran sosial dan antara budaya
Produktiviti dan akauntabiliti
Kepimpinan dan tanggungjawab

1.6 Ciri-ciri Guru Abad 21

Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod
(2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang
diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para guru juga perlu
beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran
untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan beberapa ciri
tertentu seperti berikut:

1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum.


2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu Cognitive Psychology.
5. Memiliki kemahiran kaunseling.
6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21


1.7 Ciri-ciri Murid Abad 21

1. Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling.


2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
3. Yakin untuk berkomunikasi.
4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
5. Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
6. Mempunyai perasaan ingin tahu.
7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
8. Tidak pernah berputus asa.
9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi
10. Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi.
11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
12. Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.
13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun
di luar bilik darjah.

1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills

Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge


Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen
kemahiran alaf 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan
penekanan kepada kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge
Skills digambarkan seperti rajah yang berikut;
Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills

Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang
menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan
cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),
kekuatan minda,
menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
menggunakan teknologi maklumat terkini.

1.9 Kemahiran Pengajaran Abad 21

PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st
Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan
guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu
dikuasai adalah seperti berikut;

Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.


Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi
Kemahiran berkomunikasi
Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu
Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.
Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal
Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan.
Kemahiran literasi media dan informasi.
Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan
mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat kepimpinan, dapat
mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap
empati dan menghormati kelainan pendapat.
Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah
Yang dihadapi.
Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta
mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.
Kemahiran tanggungjawab sosial
Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat .

1.10 Pedagogi Abad 21

Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang


seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus
berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan
kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru
yang resourceful seperti yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

Rajah : Pedagogi Abad 21

1.11 Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21

1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)


2. Papan Putih Mini

Penasihat Utusan Pelajar dan Tutor Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain berjaya membangunkan
Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (Collaborative Instructional Design System, CIDS)
yang pertama di dunia.

Menurut Dr. Ismail, CIDS ini dihasilkan daripada penambahbaikan Model ASIE
yang merupakan model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
(PAK-21).

Penambahbaikan yang dibuat berdasarkan cadangan pihak penilai di


peringkat antarabangsa supaya Model ASIE dijadikan satu bentuk sistem reka
bentuk pengajaran yang dinamakan sebagai CIDS yang belum lagi wujud
dalam mana-mana negara, katanya.

Model ASIE versi baharu 3.0 sedang dirintis di beberapa buah sekolah di
daerah Klang dan Tanjung Karang, Selangor serta di Negeri Sembilan.

Pada Disember 2016, ramai peserta antarabangsa memberi maklum balas


positif terhadap Model ASIE yang dibentangkan di Universiti Freiburg, Jerman.

Malah, Model ASIE juga dijadikan kajian akademik untuk dilaksanakan dalam
kalangan guru-guru praperkhidmatan di Turki.

Dalam masa terdekat, Model ASIE akan dilengkapi beberapa ciri baharu
seperti aspek Professional Learning Community (PLC) dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) guru.

Menurut Dr. Ismail, konsep PLC dalam Model ASIE ini membolehkan guru
berkongsi ilmu dengan komuniti luar di dalam dan di luar negara daripada
pelbagai disiplin pengetahuan serta kepakaran.

Interaksi itu membantu mendapatkan input bagaimana pembelajaran yang


diajar berkaitan rapat dengan isu kebolehpasaran kerja pelajar, dan ini
memantapkan lagi PdPc guru ujarnya.

Selain itu, Utusan Pelajar menggunakan Model ASIE sebagai senarai semak
untuk guru merancang pelaksanaan PAK-21 di sekolah.

-Utusan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai